Panduan Lengkap Melancong ke Jepun Untuk Menemui Rumoi dan Mashike Di Hokkaido 2023

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Okt 2023
-

Terokai Rumoi dan Mashike, Jepun

Ketahui budaya tempatan dengan terperinci di bandar-bandar Hokkaido ini!

Summer in Hokkaido - Rumoi & Mashike Travel Guide
Mencari destinasi kesukaan anda yang seterusnya pada musim panas di Jepun? Jika anda ingin mencuba aktiviti baharu, pergi ke daerah Rumoi di Hokkaido dan teroka dua bandar yang terletak di tepi pantai yang kaya dengan pengalaman budaya.
Hokkaido seaside - Rumoi & Mashike Travel Guide
Bandar yang dimaksudkan ialah Rumoi dan Mashike, bandar di tepi laut yang menjadikan jadual percutian musim panas di Jepun tidak dapat dilupakan! Bandar Rumoi ialah bandar pelabuhan yang terkenal untuk memancing dan matahari terbenam yang indah manakala Bandar Mashike ialah kawasan dusun buah yang terletak di bahagian paling utara di Jepun.
Jadi, jika anda inginkan sesuatu yang berbeza, tiba masanya untuk percutian ke Hokkaido! Ingin tahu apa lagi yang ditawarkan oleh kedua-dua bandar ini? Jangan tertanya-tanya lagi - kami ada semua maklumat berkaitan yang anda perlu ketahui untuk pelayaran yang lancar di kedua-dua bandar kecil daerah Rumoi!

Di manakah Rumoi dan Mashike?

Where Are Rumoi And Mashike Located In Hokkaido, Japan?
Anda boleh menemui kedua-dua bandar di Daerah Rumoi (Rumoi Subprefecture) di Barat Laut Hokkaido (Northwestern Hokkaido), bahagian paling utara empat pulau utama Jepun. Lapangan terbang terdekat dengan kedua-dua bandar ini ialah Lapangan Terbang Asahikawa di bahagian Timur dan Lapangan Terbang New Chitose di bahagian Selatan.
Mashike berjarak 114km (dengan menaiki kereta melalui jalan pantai) dari Sapporo, iaitu ibu kota Hokkaido. Rumoi terletak 16.2km Utara Mashike, lebih kurang 20 minit jika memandu. Anda boleh sertakan kedua-dua bandar ini dalam jadual pelancongan anda!

Bagaimanakah saya boleh ke sana?

Langkah pertama ke bandar-bandar ini adalah dengan terbang ke lapangan terbang terdekat: Lapangan Terbang Asahikawa dan Lapangan Terbang New Chitose. Dari sana, anda boleh menggunakan mod pengangkutan darat berikut:

Rumoi

  • Kereta api
Travel by Train to Mashike, Hokkaido - Japan Travel Guide
Perjalanan ke Rumoi dari Lapangan Terbang New Chitose agak mudah. Anda boleh menaiki kereta api secara terus di Stesen Lapangan Terbang New Chitose dan menghala ke Stesen Sapporo, Stesen Fukagawa dan akhirnya Stesen Rumoi.
Jika anda datang dari Lapangan Terbang Asahikawa, anda hanya perlu menaiki bas atau teksi ke stesen kereta api Asahikawa. Anda boleh menaiki kereta api dan melalui Stesen Fukagawa sehingga anda sampai ke Stesen Rumoi.
  • Bas
Anda juga boleh memilih untuk menaiki bas dari Sapporo untuk pergi ke Rumoi. Jika anda inginkan pengalaman yang lebih indah, Hokkaido Chuo Bus High-Speed ​​Rumoi akan membawa anda terus ke bandar dalam masa 3 jam, dan Bus Limited Express Haboro dalam masa kira-kira dua jam 15 minit.
Pilihan lain adalah dengan menaiki Coastal Bus Rumoi Asahikawa Line dari Asahikawa, laluan bas terpantas antara ketiga-tiga yang dinyatakan.
Mashike
  • Kereta api & Bas
Jika Stesen New Chitose ialah lapangan terbang pilihan anda, anda pasti akan menikmati perjalanan menaiki kereta api dan bas. Dari lapangan terbang, naiki kereta api ke Stesen Sapporo dan naiki bas lebuh raya ke Terminal Mashike.
  • Kereta Sewa
Kereta sewa adalah pilihan perjalanan yang mudah di Hokkaido. Anda boleh mendapat kereta sewa di Lapangan Terbang Asahikawa untuk pergi terus ke Mashike.

Bilakah masa terbaik untuk kunjung ke sini?

Best Time To Visit Rumoi Subprefecture in Hokkaido, Japan
Jika anda tanya kami, anda boleh pergi ke Daerah Rumoi pada bila-bila masa, tetapi orang ramai lebih suka pergi pada musim panas. Cuaca panas pada masa itu sesuai untuk pelbagai aktiviti luar yang membolehkan anda untuk belajar tentang budaya dan mengagumi pemandangan sekeliling. Walaupun musim panas di Jepun biasanya pada bulan Jun hingga Ogos, sebaiknya pergi ke kedua-dua bandar ini dari Mei hingga September.
Suhu mungkin lebih sejuk daripada biasa pada bulan Oktober, tetapi anda masih boleh pergi melawat! Ambillah ini sebagai peluang untuk memakai koleksi baju sejuk anda dan panaskan badan anda dengan secawan teh dan kopi yang berwap semasa anda pergi bersiar-siar pada waktu petang. Bulan lain yang lebih sejuk mungkin tidak begitu terkenal untuk pelancong, tetapi hal ini tidak sepatutnya menghalang anda untuk pergi! Bawa sahaja pakaian musim sejuk anda yang paling selesa!

Tarikan dan perkara untuk dilihat di Rumoi dan Mashike

Kedua-dua bandar merupakan rumah kepada tempat pelancongan mengagumkan yang dapat memuaskan keinginan anda untuk berkelana dan memenuhi memori kamera anda. Berikut merupakan tarikan dan perhentian yang anda boleh kunjungi:

Rumoi

Sunset in Rumoi, Hokkaido - Japan Travel Guide
Fakta menarik: Rumoi dikenali dengan pemandangan matahari terbenam yang terbaik di Jepun, dan terdapat tiga tempat untuk menikmati matahari terbenam—semua menghadap Laut Jepun—yang menawarkan pemandangan terbaik fenomena harian yang menakjubkan ini.
Cape Ogon best sunset view in Rumoi, Hokkaido - Japan Travel Guide
www.good-hokkaido.info
Cape Ogon terdahulu merupakan tempat ikan hering berkumpul dan bertelur, dan kini merupakan tempat melihat matahari terbenam. Satu lagi ialah Senobodai Lookout, yang terletak di atas bukit 180 meter dari aras laut, dan Reiju Ranch merupakan tempat yang ketiga.
Anda juga dapat temui Golden Beach di Rumoi, sesuai untuk penggemar pantai dan bersiar-siar dengan pemandangan indah. Sebaliknya, Kamuiwa Comprehensive Park, iaitu taman terbesar di bandar ini, sesuai untuk mereka yang meminati bunga sakura dan hiasan kehijauan.

Mashike

sake brewery in Mashike, Hokkaido - Japan Travel Guide
Mashike mempunyai susunan tarikan yang wajib dikunjungi. Inginkan minuman keras? Anda boleh pergi ke Kunimare Sake Brewery, kilang sake (sejenis arak Jepun yang diperbuat daripada tapai beras) di bahagian paling utara Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1882. Rasa sake yang betul-betul berperisa secara percuma dan kunjungi kedai cenderamata untuk membawa pulang manisan!
Untuk menghargai sejarah reka bentuk tradisional, anda juga boleh melawat Old Merchant House Of The Maruichi Honma Family, yang menampilkan gaya seni bina Jepun pada abad ke-90. Pada zaman dahulu, tempat ini berfungsi sebagai kedai umum di bandar, kedai kimono, kilang sake dan banyak lagi!

Oloron Line

Menjadi sebahagian daripada Oloron Line adalah persamaan yang dimiliki oleh Mashike dan Rumoi. Oloron Line merupakan jalan pantai di bandar yang terkenal, bermula dari Otaru di Selatan ke Wakkanai di Utara, dan terkenal dengan matahari terbenam yang terbaik di Jepun. Daerah Rumoi terletak di pertengahan Oloron Line, jadi anda berada dalam jagaan yang baik apabila anda datang ke tempat melihat matahari terbenam! Selain daripada tiga tempat yang dinyatakan di atas, terdapat lebih banyak tempat yang menakjubkan di sekitar kedua-dua bandar ini.

Buku panduan pengalaman tempatan

Memandangkan Rumoi dan Mashike terletak berhampiran, anda dapat melawat tempat ini secara berturut-turut semasa anda melancong ke Hokkaido untuk pengalaman musim panas yang lengkap dan mengasyikkan di Jepun. Jarak dekat kedua-dua tempat ini memberi anda banyak masa untuk mencuba semua pengalaman tempatan!
Ini adalah peluang anda untuk melakukan apa yang penduduk tempatan lakukan. Untuk perjalanan yang lancar, kami telah mengumpulkan semua aktiviti dan laluan terbaik!

Laluan Model 1

Pagi

  • Pengalaman menangkap ketam Rumoi
Rumoi Crab Catching Experience - Hokkaido, Japan Travel Guide
Menangkap ketam di bandar ini bukan sekadar menangkap ketam semata-mata. Anda boleh melakukan aktiviti ini di tanjung emas Rumoi yang menakjubkan, satu lagi tempat yang digemari untuk melihat matahari terbenam. Sementara itu, ketahui lebih lanjut tentang budaya dan sejarah Rumoi dengan bantuan panduan berpengetahuan anda.

Tengah hari

  • Lawatan basikal bandar Rumoi
Rumoi City Bike Tour - Hokkaido, Japan Travel Guide
Kayuh dan lawati tempat terbaik di Rumoi yang anda tidak dapat alami dengan menaiki kereta atau berjalan kaki. Berbasikal ke Gold Cape Seaside Park sambil dibelai angin laut dan terokai semua tempat tersembunyi di bandar ini. Anda juga akan belajar tentang semua produk tempatan dengan bantuan panduan anda!
  • Lawatan merasa Sake di Hokkaido oleh Kunimare Sake Brewery K.K.
Sake Tasting Tour at Kunimare Sake Brewery K.K. - Hokkaido Travel Guide
Mengunjungi kilang sake yang disenaraikan sebagai warisan, Kunimare Sake Brewery, adalah sangat mudah bersama lawatan ini—dan ya, lawatan ini sudah termasuk merasai sake percuma! Kepada mereka yang tidak minum alkohol janganlah risau: anda boleh mendapatkan minuman tanpa alkohol dan hidangan lazat lain di kedai itu.

Laluan Model 2:

Pagi

  • Pengalaman memetik buah dan mata air panas di Mashike
Mashike Fruit Picking Experience - Hokkaido, Japan Travel Guide
Mashike adalah sebahagian daripada kawasan dusun buah-buahan Jepun, jadi anda dapat menjadi orang tempatan sejati dengan memetik buah! Melangkah ke kawasan luar bandar Mashike untuk memilih dan merasai hasil tempatan. Selepas penat lelah memetik buah-buahan yang lazat, anda boleh berenang di kolam air panas di Tron Onsen, Auberge Mashike.

Tengah Hari

  • Lawatan berjalan kaki tempatan 2 jam di Rumoi
Local Walking Tour in Rumoi - Hokkaido, Japan Travel Guide
Lihat Rumoi dari perspektif penduduk tempatan dalam lawatan berjalan kaki ini. Terokai tempat membeli-belah untuk makanan tempatan, ambil gambar untuk dihantar di Instagram, dan lokasi restoran serta kafe terbaik. Lawatan selama dua jam ini akan membuatkan anda memahami keindahan bandar tepi laut.

Inspirasi perjalanan Jepun lebih untuk anda

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu