Itinerari 3H2M Budget-Friendly di Langkawi: Tempat Menarik, Aktiviti Best dan Makanan Sedap!

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 30 Apr 2024
BM Itinerari 3H2M Langkawi

Jom pergi Langkawi dengan percutian yang murah!

BM Langkawi Beach
Terdiri daripada 99 pulau di pantai barat laut Semenanjung Malaysia, Langkawi adalah syurga tropika yang cerah yang sempurna sama ada anda mengidamkan percutian santai atau pengembaraan yang penuh adrenalin.
Dilengkapi dengan bukit-bukit yang ditumbuhi hutan belantara, pantai berpasir panjang, pelbagai aktiviti air yang mengujakan, dan beberapa tarikan yang menakjubkan, sukar untuk mencakup semua yang ditawarkan oleh Langkawi dalam hanya beberapa hari.
Walau bagaimanapun, kami telah menyusun beberapa tempat, aktiviti, dan restoran kegemaran kami di Langkawi untuk anda tambahkan ke senarai perjalanan anda! Jangan lupa lihat panduan itinerari Langkawi 3 hari 2 malam kami jika anda perlukan bantuan merancang percutian pulau anda.
Untuk memudahkan perjalanan anda di Langkawi, anda boleh sewa kereta dengan Klook. Senang je, tak payah pening pening!
Nak tahu benda best lagi? Klook ada tawarkan pas tarikan yang best untuk percutian anda di Langkawi! Pas tarikan Langkawi ni jimat sehingga 53% dan anda boleh pilih 2 hingga 4 daripada tarikan teratas di Langkawi.

Hari Pertama

1. Check in di Resort World Langkawi

Langkawi Resort World
Apabila anda tiba di Langkawi, perkara pertama yang anda kena lakukan adalah check-in di hotel anda dan mulakan percutian. Hotel di Resort World Langkawi boleh menjadi pilihan yang sempurna untuk penginapan anda kat Langkawi. Resort mewah ni terletak dekat je dengan pantai dan mempunyai view laut dan yacht yang cantik. Dan dengan Klook, korang boleh tempah penginapan korang dengan mudah dan selesa, paling penting boleh dapatkan diskaun. Hotel kat sini bermula dengan RM170 satu malam. Paling best, hotel ni dekat area pantai Cenang je! Senang nak berjalan - jalan.

2. Makan tengahari di Smiling Buffalo Cafe

Langkawi Smiling Buffalo
Kredit: @izzatishaffira
Lepas dah check-in, perut mesti lapar kan? Smiling Buffalo merupakan salah satu cafe yang famous dan sering dikunjungi oleh para pelancong. Smiling Buffalo ni terletak dekat je dengan Pantai Cenang, dekat juga dengan hotel! Makanan kat sini halal dan sedap tau, rugi kalau tak cuba! Paling best, banyak ootd spot!
  • Alamat: 965, Jalan Pantai Chenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8:00AM-4:00PM)

3. Pergi ke Kereta Kabel Langkawi (SkyCab)

Langkawi Skycab
Menjejak kaki di Langkawi bukan sahaja bermakna menikmati keindahan pantainya yang memukau, tetapi juga untuk mengalami keunikan tarikan-tarikan menarik yang ditawarkan di pulau ini. Salah satu tarikan yang wajib anda sertakan dalam senarai lawatan anda adalah Kereta Kabel Skycab Langkawi. Tak best la kalau pergi Langkawi, tak naik cable car.
Langkawi skycab
Kalau korang nak tahu pengalaman menaiki kereta kabel ini bukan sahaja memukau tetapi juga mendebarkan. Anda akan dibawa melalui hutan-hutan yang subur, menuruni cerun timur gunung, dan tiba di puncak kedua tertinggi Langkawi dalam beberapa minit je! Sambil - sambil tu boleh tengok pemandangan cantik dan ambil gambar.
Kalau nak lagi best, korang boleh cabar diri dengan memilih gondola lantai kaca. Harga bermula dari RM39 je! Kalau nak mudah, book je dengan Klook. Tunggu apa lagi? jangan lepaskan peluang korang untuk meneroka tarikan-tarikan menarik lain macam Skydome, Sky Bridge, Skyrex, 3D Art Langkawi, dan banyak lagi. Banyak instagrammable spot tau kat sini! Jadi, bila korang kat Langkawi, pastikan Kereta Kabel Skycab menjadi satu daripada destinasi utama korang okay!
  • Alamat:  Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9:30AM-6:00PM)

4. Dinner di Hidden Langkawi

Hidden Langkawi
Selepas penat menikmati keindahan gunung-ganang kat Cable Car, mesti dah lapar balik kan? Perjalanan pula dah ambil masa lebih kurang 34 minit untuk pulang ke Pantai Cenang. Jangan risau, ada kedai makan best dan muslim friendly tepi pantai yang anda boleh pergi. Lagi best kalau anda pergi waktu sunset. Nama kedai makan ni Hidden Langkawi.
Langkawi Hidden Beach
Kredit: @putthehigness
Hidden Langkawi ni juga terkenal dalam kalangan pelancong sebab makanan sedap dan tempat dia cantik sangat! Sambil tengok sunset boleh dinner dan dengar air laut. Tenang dan best kan? Perjalanan balik ke hotel daripada Hidden Langkawi pun mengambil masa kurang dari 5 minit. Jadi jangan lupa untuk singgah ke Hidden Langkawi tau.
  • Alamat: 2461, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (12:00PM-12:00AM)

5. Pergi ke Dream Forest Langkawi

Dream Forest Langkawi
Lepas dah dinner, hmm awal lagi kan kalau nak tidur? Ada satu tempat baru yang korang mesti check out di Langkawi - Dream Forest Langkawi. Pastikan korang ready untuk rasa pengalaman yang seronok dalam hutan hujan tropika yang cantik ni. Kat Dream Forest Langkawi, korang akan dapat merasai pengembaraan seronok dengan cerita-cerita epik Langkawi.
Dream Forest Langkawi
Dari kisah-kisah klasik tentang Puteri Dayang Bunting sampailah kisah-kisah heroik Merong Mahawangsa, setiap sudut Dream Forest penuh dengan teknologi interaktif, lampu yang cantik, dan bunyi-bunyi yang memikat yang buat cerita-cerita tu hidup di depan mata korang. Jelajahi hutan hujan tu dengan total jarak laluan 1.2km yang penuh kejutan dan seronok! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman tak terlupakan ni! Tiket bermula dengan harga RM66 sahaja di Klook.
  • Alamat: Lubuk Semilang, Mukim, Jalan Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (7:00PM-12:00AM)

Hari Kedua

1. Sarapan di Warung 19

Warung 19 Langkawi
Mulakan hari kedua anda dengan makan di Warung 19! Makanan kat sini sedap, korang boleh makan nasi lemak sebelum mulakan hari korang. Kedai ni juga berkonsepkan rumah lama. Cantik untuk ambil gambar! Ada vibes ala-ala kampung. Baru la boleh feeling balik kampung sambil bercuti kan? Jangan risau tau, kedai ni nampak je macam dalam pendalaman tapi dekat je dengan hotel dan pantai.
  • Alamat: Ala Kampung @ Pantai Chenang 07000 Langkawi, Kedah
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8:00AM-12:00PM)

2. Pengembaraan di Mangrove Tour

Langkawi Mangrove Tour
Kredit: @putthehigness
Jom check this out! Ada plan best tak nak explore sisi Langkawi lain? Jom join trip ke Tanjung Rhu Mangrove Tour dengan Klook! Naik bot je, terus masuk hutan bakau, tengok helang laut tu terbang atas kepala kita. Lepas tu, jalan-jalan dalam hutan bakau, lawat Gua Buaya, Gua Kelawar, and macam-macam lagi! Nak trip ramai-ramai ke, atau nak private pun boleh, ikut mood korang je. Macam best je kan? Harga bermula dari RM80. Nak lagi murah? Anda boleh beli Pas Klook!

3. Makan tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur

Langkawi Restoran Kak Yan Nasi Campur
Kredit: @izzatishaffira
Lepas dah pergi pengembaraan Langkawi, it's time for lunch! Makan tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur dengan lauk - lauk melayu yang sedap. Kat sini banyak pilihan lauk yang anda harus cuba, lebih dari 20 pilihan lauk tau. Antaranya ialah ikan bakar, sotong bakar, sup daging, udang masak lemak, daging harimau menangis dan bronok yang korang kena cuba kalau datang Langkawi! Kalau taknak makan nasi, ada juga mee rebus dan bubur nasi. Restoran ni juga sering dikujungi oleh para pelancong bila datang Langkawi tau. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk makan di Restoran Kak Yan Nasi Campur.
  • Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi,Kedah
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8:00AM-4:00PM) / Rabu sahaja (12:00PM-4:00PM)

4. Jalan - Jalan di Pantai Cenang

Cenang Water Sports
Lepas dah penat mengembara kat Mangrove Tour dan makan, korang boleh lepak santai - santai di Pantai Cenang. Nikmati pemandangan yang cantik kat sana. Nak buat aktiviti macam parasailling pun ada. Kalau anda pergi dah lewat petang boleh tengok sunset sambil healing kat bean bag yang boleh disewa kat situ. Kalau korang nak buat aktiviti air di Pantai Cenang pun best juga.Kalau pergi malam pula, boleh tengok pertunjukan api. Menarik kan? Jangan lupa untuk ambil gambar and video banyak - banyak. Harga bermula dari RM23 sahaja di Klook.

5. Makan Malam di Telaga Seafood

Nikmati makan malam seafood yang best di Telaga Seafood. Lepas dah healing, mesti perut rasa lapar balik kan? Telaga Seafood ada banyak menu yang anda boleh pilih. Harga di sini juga berpatutan. Korang kena cuba sotong, ketam dan udang kat kedai ni. Sedap! Lepas dah makan, boleh la sambung berjalan kat Cenang ni sebab kedai ni kat area Pantai Cenang tau! Bestnya! Jangan lupa untuk try okay.
  • Alamat: Telaga Seafood Restaurant, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (5:30PM-11:30PM)

Hari Ketiga

1. Brunch di Nasi Dagang Pak Malau

Langkawi Nasi Dagang Pak Malau
Kredit: @nasidagangpakmalau
Nasi Dagang Pak Malau merupakan salah satu spot breakfast yang famous di Langkawi. Banyak pelancong yang datang ke kedai ni untuk menikmati keindahan sawah padi sambil makan nasi dagang. Kat Nasi Dagang Pak Malau, bukan ada kari ikan biasa je tau tapi ada juga kari ayam, rendang daging, kurma daging biri-biri, dan beberapa jenis lain untuk pilih. Yang penting, lepas perut dah kenyang, boleh ambil gambar untuk kenang- kenangan. Menarik sangat kedai ni, harga pun murah. Boleh feeling breakfast with a view!
  • Alamat: 186, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Makam Mahsuri, 07000 Langkawi, Kedah
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8:00AM-2:00PM)

2. Pergi ke Langkawi Wildlife Park

Langkawi Wildlife Park
Lepas perut dah kenyang, jom mulakan aktiviti hari ketiga. Mulakan hari ketiga anda dengan pergi ke Langkawi Wildlife Park. Tempat ni menarik, penuh dengan flora dan fauna unik Malaysia. Ada lebih dari 2,500 burung eksotik dari 150 spesies haiwan lain, termasuk macaw warna-warni dan flamingo pink.
Langkawi Wildlife Park
Korang boleh ambil gambar dengan habitat semula jadi kat sini. Paling best, boleh bagi makan haiwan kat sini tau. Ada juga show makan, borak - borak pasal haiwan, dan kafe kalau korang lapar. Jangan lupa singgah shopping area dia, ada jual barang-barang souvenir comel! Harga Langkawi Widlife Park ni bermula dari RM43 je kat Klook. Kalau nak lagi jimat, anda boleh guna Pas Klook untuk tarikan ni.
  • Alamat: Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8:30AM-5:30PM)

3. Membeli - belah di Haji Ismail Group

Langkawi Haji Ismail Group
Kredit: @putthehigness
Lepas dah kenyang, boleh la terus ke pekan Kuah untuk membeli - belah. Kalau dah datang Langkawi, mesti la kena beli chocolate dan pinggan mangkuk yang cantik kan? Anda boleh pergi ke Haji Ismail Group. Kat sini, macam- macam ada tau. Harga pun murah berbanding tempat lain.
  • Alamat: Jalan Penarak, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

4. Makan petang di Laksa Power Ikan Sekoq

Langkawi Laksa Ikan Sekoq
Kredit: @adriana.safiah
Sebelum pulang ke destinasi, mesti la anda kena try Laksa Power Ikan Sekoq. Korang tak boleh balik tau kalau tak cuba Laksa kat Langkawi ni. Selain laksa, ada juga pasembor, mee goreng mamak, laksa sarang burung, mee rojak, ABC, air kelapa dan macam macam lagi. Paling best, anda boleh makan semua ni sambil menikmati view laut tau. Makan tepi pantai! Best kan? Ada juga kuda yang boleh dinaiki kat sini.
Langkawi Laksa Power Ikan Sekoq
Nak ambil gambar ootd lepas makan pun onz sangat sebab tempat ni dijadikan ootd spot untuk para pelancong juga. Kedai ni juga berdekatan dengan airport Langkawi, jadi anda juga boleh nampak kapal terbang landing! Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini okay!
  • Alamat: Laksa Power Airport, 07000 Langkawi, Kedah

Dapatkan Pas Klook tarikan Langkawi untuk lebih jimat ✨

tanjung rhu beach langkawi
Photo Credits: northabroad.com
Jangan lupa untuk dapatkan pas Klook tarikan Langkawi untuk lebih jimat ketika bercuti di Langkawi! Pas tarikan Langkawi ni menjimatkan sehingga 53%, dan anda boleh memilih 2 hingga 4 daripada tarikan utama di Langkawi.

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
klook kod promo pengguna baru
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Lebih banyak tarikan di Langkawi 🦅✨

Lebih banyak inspirasi Langkawi di sini! ✨🦅

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu