Percutian Keluarga ke Langkawi: 15 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Di Langkawi Bersama Anak-anak!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 25 Jul 2023
MY BM perkara menarik untuk dilakukan bersama anak-anak dalam percutian keluarga di langkawi

Kredit Foto: @izzyatkin, @miziemohd92, @elyshanorizal

Merancang percutian keluarga ke Langkawi? ๐Ÿ๏ธโœจ

MY BM ladang crocodile adventureland langkawi percutian keluarga bersama anak-anak
Kredit Foto: @eerezzzang
Langkawi ialah syurga tropika Malaysia yang sempurna, dikelilingi pasir halus, pancaran matahari dan penuh dengan keseronokan (dan coklat bebas cukai *kenyit mata*), yang menjanjikan pengembaraan keluarga yang menarik! Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa, daripada pelayaran melihat matahari terbenam hinggalah lawatan pulau ke pulau. Berikut ialah beberapa aktiviti yang paling direcommend kalau anda ke Langkawi bersama anak-anak!

Jom kita Cuti-Cuti Langkawi ๐ŸŒด๐ŸŒŠ

BM MY Cuti Cuti Langkawi
Tengah rancang percutian akhir tahun anda sekeluarga? Jom kita Cuti-Cuti Langkawi! Nikmati diskaun sebanyak 10% untuk semua aktiviti di Langkawi, ada macam-macam aktiviti yang menyeronokkan menanti anda tau ๐ŸŒด๐ŸŒŠ
Anda juga boleh dapatkan Pas Klook Langkawi untuk dapatkan akses dari 2 hingga 6 aktiviti best di sana! Tak perlu tempah aktiviti secara berasingan kalau anda boleh gunakan satu pas sahaja ๐ŸŽŸ๏ธ

Aktiviti menarik untuk dilakukan di Langkawi bersama anak-anak

1. Langkawi SkyCab

kereta kabel skycab langkawi
MY BM langkawi kereta kabel skycab
Kredit Foto: @_shahrulsani
langkawi kereta kabel skycab
Kredit Foto: @johannakalda
Percutian anda ke Langkawi tidak lengkap tanpa menaiki Langkawi SkyCab yang terkenal di dunia, sebuah kereta kabel yang menempatkan namanya di Malaysia Book of Records sebagai 'The Longest Free Span Mono-Cable'. Bersedia untuk melihat pemandangan gunung, lembah dan laut yang menakjubkan di bawah kaki anda. Bagi mereka yang berani, tingkatkan pengalaman dengan memilih pakej gondola lantai kaca! Tiket Klook juga disertakan dengan pilihan Express Lane supaya anda dan anak-anak tidak perlu beratur.

2. Langkawi Skybridge

MY BM kereta kabel skybridge langkawi
Kredit Foto: @jiaxern
MY BM kereta kabel skybridge langkawi
Kredit Foto: @bosleygaming
Perjalanan menaiki Langkawi SkyCab selama 15 minit akan membawa anda ke Skybridge Langkawi yang tersergam indah, terletak 2,300 kaki di atas paras laut. Jambatan yang menakjubkan ini adalah antara jambatan pejalan kaki melengkung terpanjang di dunia dan menawarkan pemandangan panoramik 360 darjah mengelilingi pulau. Skybridge Langkawi dinilai sebagai salah satu lawatan wajib dikunjungi di Langkawi. Jadi, pastikan diri anda dan anak-anak tiba di atas jambatan ini.ย Tiket Skybridge Langkawi boleh ditempah pada kadar diskaun di Klook!

3. Oriental Village

MY BM langkawi oriental village
Kredit Foto: @uatiramisu
MY BM Oriental Village
Kredit Foto: @yosoykamal
Oriental Village terletak di Stesen Pangkalan kereta kabel Langkawi. Kompleks terbuka ini dipenuhi dengan gerai yang unik, kedai runcit, restoran, spa urutan Thai, ladang haiwan dan juga Muzium Seni 3D. Terdapat begitu banyak tarikan untuk dilihat dan dilakukan terutamanya bersama kanak-kanak, jadi pastikan anda memperuntukkan sedikit masa untuk menerokai kampung sebelum atau selepas anda menaiki kereta kabel.
Anda juga mempunyai banyak pilihan restoran bersahaja yang mesra keluarga di Oriental Village, termasuk medan selera jika anda mengidamkan hidangan asli Malaysia seperti nasi lemak, nasi ayam, nasi campur dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik?

4. Eagle Square

Eagle Square
Photo Credit: @luqmann.el
MY BM langkawi dataran lang percutian keluarga bersama anak-anak
Kredit Foto: @zvlaika
Arca helang besar setinggi 12 meter di Dataran Helang Langkawi (juga dikenali sebagai Dataran Lang dalam bahasa tempatan) merupakan salah satu monumen pulau yang paling dikenali, dibina sebagai lambang Langkawi. Helang itu berdiri dengan bangga di atas platform berbentuk bintang biru dengan sayapnya terbentang, kelihatan bersedia untuk terbang ke langit.
Jemputlah untuk swafoto atau tangkap foto keluarga dengan arca ikonik Langkawi sebagai kenangan lawatan anda! Lebih baik jika anda melawat semasa matahari terbit atau terbenam kerana bahang matahari pada sebelah petang sangat terik disebabkan tidak banyak tempat teduh di kawasan itu. Sebagai alternatif, anda juga boleh melihat sekilas helang yang menyala dengan lampu pada waktu malam.

5. Underwater World Langkawi

MY BM Langkawi Underwater World
Kredit Foto: @j_sriselvam
Langkawi Underwater World adalah salah satu akuarium terbesar di Malaysia. Akuarium ini menempatkan 4,000 spesies akuatik yang berbeza dan berkeluasan hampir enam ekar. Kegemaran kami di sini adalah terowong gergasi sepanjang 15 meter. Anda boleh melihat jerung, pari gergasi, kerapu dan penyu secara dekat. Anda juga boleh berkawan dengan penguin comel di Penguinarium di sini!
Tempah tiket masuk bertarikh terbuka anda di Klook untuk menikmati kadar diskaun tanpa perlu beratur di kaunter tiket.

6. Pulau Paradise 101

MY BM pulau paradise 101 langkawi
Kredit Foto: @paradise101langkawi
MY BM pulau paradise 101 langkawi
Kredit Foto: @applelulu
MY BM pulau paradise 101 langkawi
Kredit Foto: @paradise101langkawi
Pulau Paradise 101 ialah pulau persendirian buatan manusia berhampiran dengan Pantai Kok yang boleh diakses melalui bot. Terletak di tengah-tengah Laut Andaman yang indah dan dikelilingi oleh pantai berpasir dan pokok ru yang melambai-lambai, pulau ini sesuai untuk anda menikmati hari yang baik bersama pasir, matahari dan laut.
Pulau ini merupakan hab untuk pengembaraan serta bersantai, dan dilengkapi dengan segala-galanya daripada taman air kembung hinggalah sukan air seperti perahu pisang, jet ski, paralayar, zipline dan banyak lagi. Anda tidak perlu risau tentang anak-anak anda tersesat di pantai di sini kerana ia tidak sesak!

7. Langkawi Wildlife Park

MY BM langkawi wildlife park
Kredit Foto: @dinawakaka
Langkawi Wildlife Park sesuai untuk kanak-kanak yang menggemari haiwan! Dengan suasana hutan hujan tropika, Langkawi Wildlife Park menempatkan lebih 150 spesies haiwan dan burung dari seluruh dunia seperti benturung, kancil, burung unta, rakun, tikus belanda dan sangkar burung yang penuh dengan burung yang bebas berterbangan.
Satu perkara yang menarik tentang Langkawi Wildlife Park ialah taman ini merupakan ruang yang dilindungi sepenuhnya dengan laluan pejalan kaki berbumbung dan kawasan pameran terlindung - dengan cara ini anda tidak akan terdedah dari matahari dan menerokainya tidak kira hujan atau cerah. Pastikan anda menyemak jadual taman dan jangan lepaskan waktu istimewa untuk menyuap haiwan sepanjang hari!

8. Crocodile Adventureland

MY BM ladang crocodile adventureland langkawi percutian keluarga bersama anak-anak
Kredit Foto: @eerezzzang
Crocodile Adventureland Langkawi ialah sebuah taman buaya yang terletak di kawasan Teluk Datai Bay di hujung barat laut pulau itu. Anda boleh mendekati salah satu koleksi terbesar buaya air masin Malaysia daripada pelbagai spesies dan saiz yang berbeza di taman seluas 20 ekar ini! Taman ini diselenggara dengan baik dan menjanjikan lawatan yang menyeronokkan dan penuh pembelajaran - pelawat juga boleh memberi makan kepada buaya muda serta menonton gelagat dan aksi mereka.

9. Sunset Dinner Cruise

MY BM Langkawi Sunset Cruise
Kredit Foto: @waiwaichen
MY BM Langkawi Sunset Cruise
Kredit Foto: @ali_shehzad_paul
Langkawi Sunset Dinner Cruise yang terkenal pastinya merupakan destinasi yang perlu anda masukkan ke dalam jadual perjalanan anda. Saksikan matahari terbenam yang menakjubkan di atas Laut Andaman yang tenang bersama keluarga anda sambil menikmati makan malam di atas kapal layar mewah. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba pemintal dan ikan terbang!
Pastikan anda bawa pakaian renang untuk berendam di jakuzi air masin selepas jamuan yang memuaskan. Walaupun destinasi ini terkenal dalam kalangan pasangan, ia juga sesuai untuk keluarga. Tempah pakej pelayaran anda di Klook yang disertakan dengan set makanan, minuman, insurans, serta panduan berbahasa Inggeris.

10. Aktiviti air di Pantai Cenang

MY BM pantai cenang pulau terbaik langkawi
Kredit Foto: @elyshanorizal
Pantai Cenang semestinya pantai Langkawi yang paling terkenal, meriah dan menarik dengan banyak perkara untuk dilakukan, disaksikan serta dimakan di sepanjang laluannya. Pantai ini dipenuhi dengan restoran, kompleks membeli-belah bebas cukai, pusat peranginan, rumah urut, Underwater World Langkawi dan banyak lagi.
Bukan setakat sukan air yang terkenal, anak-anak juga akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan aktiviti menyeronokkan! Elakkan daripada tertipu dengan kenaikan harga yang ditawarkan oleh pengusaha tempatan di pantai. Pratempah aktiviti air anda di Klook untuk kemudahan, ketenangan fikiran dan penjimatan yang menakjubkan.

11. Taman Tema Air Splash Out

MY BM taman tema air splash out langkawi
Kredit Foto: @miziemohd92
MY BM taman tema air splash out langkawi
Taman tema ini mesti dikunjungi di Langkawi jika anda melancong dengan anak-anak! Splash Out ialah taman tema air yang terkenal di Langkawi dengan pelbagai permainan dan tarikan yang menyeronokkan untuk golongan muda dan mereka yang berjiwa muda. Naiki ombak setinggi 5 kaki di Wild Water, terjun ke bawah gelongsor air yang berpusing, dan tangkap setong air di Big Splash Kingdom. Anda dengan mudahnya boleh menghabiskan setengah hari di sini melalui permainan-permaian yang mendebarkan.

12. Langkawi Skytrex Adventure

MY BM Langkawi Ziplining
Kredit Foto: @rayan.alshali
Biarkan anak kecil anda terbang, meluncur, berayun, dan menjuntai seperti Tarzan di Skytrex Adventure Langkawi! Walaupun kedengaran agak menakutkan, percayalah bahawa anda berada dalam kesalamatan yang baik di Langkawi Skytrex sambil mereka menggantung anda di atas hutan hujan tropika yang subur. Anda boleh memilih pakej Tahap Beginner, Tahap Intermediate atau Tahap Advanced yang disertakan dengan pelbagai jenis tarikan dan halangan yang sesuai dengan umur dan tahap stamina anda.

13. Pantai mesra kanak-kanak

pantai pasir tengkorak langkawi beach
Photo Credit: @mathildetraveling
Daripada pantai yang sibuk kepada pantai yang tenang dan santai, Langkawi menawarkan senarai hebat pantai berpasir yang indah untuk diterokai. Tidak semua pantai di Langkawi mesra kanak-kanak kerana ombaknya bergelora di sesetengahnya, dan kawasan lain yang lebih tenang lebih sesuai untuk pasangan dan orang dewasa.

14. Rumah Terbalik

MY BM Upsidow Langkawi
Kredit Foto: @sachini_silva
Rumah Terbalik Langkawi merupakan satu lagi tarikan yang sesuai untuk lawatan keluarga! Dibina hanya menggunakan bahan kitar semula seperti perabot lama, kereta klasik, roda basikal dan tong minyak, rumah dua tingkat ini membolehkan anda mengakses dunia ilusi yang pelik. Bersedia untuk mengambil banyak gambar yang menyeronokkan di sini. Sebaik sahaja anda selesai menerokai bilik-bilik di dalam rumah itu, naik ke atas bumbung untuk menikmati pemandangan kawasan ladang Langkawi yang luas tanpa gangguan! Tempah tiket masuk anda di Klook yang termasuk dengan pemindahan dari hotel anda.

15. Island Hopping

Langkawi Pulau Payar Snorkelling
Photo Credits: @andrewchoojh
Island hopping adalah aktiviti yang menyeronokkan apabila berada di Langkawi! Naiki bot laju dan terokai pulau-pulau unik yang dipenuhi dengan air jernih dan pantai berpasir. Tempat kegemaran kami untuk diterokai termasuk Pulau Beras Basah, Pulau Dayung Bunting, dan Pulau Singa Besar. Di sini, anda boleh menyaksikan burung helang menikmati makanannya di depan mata anda.

Lebih banyak aktiviti menarik untuk perjalanan anda ke Langkawi!

๐Ÿ’ก Tip Klook ๐Ÿ’ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu