Kunjungi Tempat Terbaik di Bangkok Hanya dalam 3 Hari dengan Jadual Perjalanan 3H2M Ini

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 15 Mac 2024
MY BM Jadual Peerjalanan 3H2M Bangkok

Rancang percutian hujung minggu anda ke Bangkok!

3 day weekend in Bangkok itinerary
Photo Credit: Mos Sukjaroenkraisri
Bersedia untuk bercuti ke negara yang terkenal dengan keramahan penduduknya? Tokong yang megah, kehidupan malam yang meriah dan kehijauan Bangkok yang subur menanti anda di sini. Dengan pembukaan sempadan Thailand kepada semua pelancong antarabangsa melalui Program Test & Go mereka, apa kata kita merancang perjalanan singkat ke ibu kota yang indah itu?
3D2N Bangkok Thailand Itinerary
Photo Credit: Andreas Brücker
Sebagai hab kebudayaan dan komersial Thailand, Bangkok dipenuhi dengan begitu banyak tempat untuk dilawati, pemandangan untuk disaksikan termasuk makanannya. Manfaatkan 3 hari anda di Bangkok dengan jadual perjalanan 3H2M Bangkok yang lengkap ini. Kami akan pastikan anda dapat meneroka semua tempat terbaik yang mesti dikunjungi dalam masa kurang dari 72 jam!

Jadual perjalanan terbaik Bangkok selama 3 sari

Hari Pertama

1. Makan tengah hari di Wattana Panich

Wattana Panich Beef Broth bangkok itinerary lunch
Mulakan pengembaraan Bangkok anda dengan semangkuk mi daging Thai di Wattana Panich. Terkenal dengan daging lembu yang direbus perlahan bersama pelbagai herba dan rempah ratus, gerai itu telah menyajikan hidangan istimewa mereka selama lebih 40 tahun. Anda hanya perlu cari kawah rebusan daging lembu yang terkenal itu! Direneh selama 8 jam setiap hari, daging lembu yang aromatik dan lembut dihidangkan bersama mi atau nasi pilihan anda. Anda juga boleh mencuba sup mi kambing mereka sebagai alternatif. Bukan penggemar mi daging? Jangan risau, kami juga mengesyorkan supaya anda pergi ke Nhong Rim Klong yang terletak hanya dalam jarak berjalan kaki dari Wattana Panich. Restoran ini menyajikan hidangan ketam goreng tumis istimewa!
  • Alamat: 336 338 Jalan Ekkamai, Khlong Tan Nuea, Watthana, Bangkok 10110, Thailand

2. Membeli-belah di Siam Area

Shopping malls at Siam Area 3d2n bangkok itinerary
Photo Credit: Peerapon Chantharainthron
Dengan pelbagai pilihan pusat membeli-belah moden yang besar, Bangkok menjadi salah satu destinasi kegemaran kami untuk membeli-belah. Pergi ke Siam Area, kawasan beli-belah di Bangkok dan berbelanjalah sepuas hati anda di mana-mana pusat beli-belah yang terletak di kawasan ini:
  • CentralWorld
  • Siam Paragon
  • MBK Center
  • Siam Center
  • Platinum Fashion Mall
  • EmQuartier
  • Icon Siam

3. Makan malam di Jeh O Chula

Dinner at Jeh O Chula 3d2n bangkok itinerary
Jeh O Chula street food in Bangkok Thailand
Berehat sebentar daripada sesi terapi membeli-belah anda di Siam Area dengan makan malam yang lazat di Jeh O Chula, salah satu tempat terkenal Bangkok untuk makan malam dan makan lewat malam. Kedai makan sederhana ini sangat digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong kerana mereka menyajikan tom yam paling lazat di kota ini. Anda wajib mencuba tom yam mereka bersama dengan snek makanan jalanan dan hidangan makanan laut yang lain.
  • Alamat: 113 Khwaeng Rong Muang, Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand

4. Terokai Pasar Minggu Chatuchak

Chatuchak Weekend Market 3d2n bangkok itinerary
Photo Credit: Lisheng Chang
Sambung pengembaraan membeli-belah anda pada waktu malam! Jika ada satu perkara di Bangkok yang anda tidak boleh ketinggalan jika ke sini, sudah semestinya menerokai Pasar Minggu Chatuchak. Dengan keluasan sehingga 35 ekar dan menempatkan lebih 15,000 buah gerai, pasar yang luas ini merupakan pasar di luar yang terbesar serta pelbagai di dunia. Anda boleh menemui macam-macam jenis barangan di sini. Bukan sahaja pakaian dan kosmetik bahkan makanan serta cenderamata juga boleh didapati di sini. Bersedialah untuk pengalaman membeli-belah yang paling menggembirakan!
  • Alamat: Jalan Kamphaeng Phet 2, Chatuchak, Bangkok 10900, Thailand

Hari Kedua

1. Sarapan di Kope Hya Tai Kee

Breakfast at Kope Hya Tai Kee 3d2n bangkok itinerary
Photo Credit: โกปี๊เฮี้ยะไถ่กี่ Kope Hya Tai Kee (Facebook)
Kope Hya Tai Kee best breakfast spot in Bangkok Thailand
Photo Credit: โกปี๊เฮี้ยะไถ่กี่ Kope Hya Tai Kee (Facebook)
Mulakan hari kedua pada awal pagi dengan sarapan tempatan yang lazat serta kopi yang enak di Kope Hya Tai Kee. Ditubuhkan pada 70 tahun yang lalu, kedai kopi ini merupakan tempat sarapan pagi popular yang terletak di tengah-tengah Bangkok, menyajikan kopi ais tradisional Thai, set sarapan kai kata istimewa mereka dan banyak lagi!
Pilihan lain yang terletak berdekatan untuk menikmati pengalaman sarapan Thai yang autentik ialah Tee Yok Coffee dan On Lok Yun.
  • Alamat: Jalan Siri Phong, Samran Rat, Phra Nakhon, Bangkok 10200, Thailand

2. Melawat ke Royal Grand Palace

Royal Grand Palace 3d2n bangkok itinerary
Photo Credit: Jose Llamas
Royal Grand Palace best place to visit in Bangkok Thailand
Photo Credit: Hanny Naibaho
Royal Grand Palace merupakan mercu tanda unik serta mewah yang mempesonakan pernah menjadi kediaman rasmi Raja-raja Siam dan pegawai-pegawai istana. Berehat dengan elegan di sepanjang Sungai Chao Phraya, kompleks besar ini sudah pasti merupakan mercu tanda paling terkenal di Bangkok yang dipenuhi dengan warna-warna terang, seni bina yang teliti, serta taman dan halaman berlandskap. Ia merupakan kota terulung di Bangkok!
  • Alamat: Jalan Na Phra Lan, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon, Bangkok 10200, Thailand

3. Makan tengah hari di Tsai Eatery

Lunch at Tsai Eatery 3d2n bangkok itinerary
Photo Credit: Tsai Eatery (Facebook)
Tsai Eatery best place for lunch in Bangkok Thailand
Photo Credit: Tsai Eatery (Facebook)
Nikmati angin sepoi-sepoi bahasa serta pemandangan sungai Chao Phraya di Tsai Eatery, destinasi tepi sungai terbaharu popular untuk gambar Instagram di Bangkok. Kafe rumah kaca ini terletak betul-betul di tepi sungai, dengan patio luar yang indah, di bawah teduhan pokok banyan yang besar. Nikmati hidangan gabungan yang lazat di sini termasuk stik dengan nam jim jaew, pasta Nero tom yam dan kari hijau ayam dengan roti rangup. Anda juga boleh nikmati kek dan minuman yang enak untuk melengkapkan hidangan anda!
  • Alamat: Somdet Chao Phraya 3 Alley, Somdet Chao Phraya, Khlong San, Bangkok 10600, Thailand

4. Terokai Tokong Bersejarah Bangkok

Wat Arun place to visit in Bangkok Thailand
Photo Credit: Kelvin Han
Wat Pho best place to visit in Bangkok Thailand
Photo Credit: Johnny Africa
Thailand kaya dengan sejarah keagamaan yang pastinya patut diterokai, terutama melalui tokong-tokong megah yang terletak di seluruh Kota Lama Bangkok. Binaan bersejarah yang menakjubkan ini merupakan pemandangan yang benar-benar menakjubkan dan mampu menarik perhatian anda. Kami telah menyenarai pendek 8 tokong yang mesti lawati di kota ini dan jika anda ingin menerokainya satu per satu, boleh saja lawati tokong-tokong tersebut mengikut urutan ini:
  1. Wat Arun
  2. Wat Phra Si (Tokong Emerald Buddha)
  3. Wat Phra Chetuphon (Wat Pho)
  4. Wat Suthat Thepwararam
  5. Wat Saket (Phu Khao Thong)
  6. Wat Benchamabophit Dusitwanaram
  7. Wat Mangkon Kamalawat (Wat Leng Noei Yi)
  8. Wat Traimit Withayaram Worawihan

5. Manjakan diri dengan sesi spa

One More Thai Massage 3d2n bangkok itinerary
Let's Relax Onsen and Spa 3d2n bangkok itinerary
Percutian ke Bangkok tidak lengkap tanpa sesi spa yang menenangkan. Manjakan diri anda dengan bersantai di kota ini dengan urutan, rawatan spa atau berendam di dalam kolam air panas. Setiap sesi mengambil masa kira-kira 1 hingga 2 jam dan ini adalah cara terbaik untuk berehat selepas seharian berjalan di sekitar kota. Tidak pasti spa mana yang hendak dicuba? Kami telah menyenarai pendek beberapa tempat untuk anda:

6. Nikmati makan malam menaiki cruise di sepanjang Sungai Chao Phraya

Dinner Cruise along Chao Phraya River 3d2n bangkok itinerary
Dinner Cruise on Chao Phraya River best thing to do in Bangkok Thailand
Sungai Chao Phraya ialah sungai indah yang mengalir merentasi kota Bangkok. Di sini anda boleh menaiki bot mewah serta menikmati malam sebagai memori yang tidak dapat dilupakan dengan makan malam sambil menaiki pelayaran persiaran. Semasa anda belayar merentasi sungai, nikmati hidangan bufet makan malam yang lazat sambil menikmati persembahan kumpulan nyanyian secara langsung dan mungkin juga dapat menyaksikan matahari terbenam.

7. Pergi ke King Power MahaNakhon

King Power MahaNakhon 3d2n bangkok itinerary
Photo Credit: Joshua Rawson-Harris
King Power MahaNakhon best place to visit in Bangkok Thailand
Tamatkan malam anda dengan pemandangan terbaik kota dari puncak King Power MahaNakhon. Struktur ikonik ini dengan gah berdiri setinggi 320 meter di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Bangkok dan merupakan tempat terletaknya Mahanakhon SkyWalk iaitu dek puncak yang menawarkan pemandangan paling epik di kota ini. Anda juga boleh merasai cabaran ketika berjalan di atas ‘lantai kaca’ di situ.
  • Alamat: 114 Jalan Naradhiwas Rajanagarindra, Khwaeng Silom, Khet Bang Rak, Bangkok 10500, Thailand

Hari ketiga

1. Berkunjung ke Pasar Terapung Damnoen Saduak

 Damnoen Saduak Floating Market 3d2n bangkok itinerary
Photo Credit: Norbert Braun
Walaupun tidak terletak di Bangkok, Pasar Terapung Damnoen Saduak hanya satu setengah jam perjalanan menaiki kereta dari kota. Perjalanan ini sangat berbaloi demi melawat pasar terapung terbesar dan paling popular di Thailand. Bersedia untuk bersarapan pagi di sini sambil berjalan-jalan melalui kedai-kedai, membeli-belah dan makan sepuas hati anda. Kraftangan tempatan unik, hidangan boat noodle dan produk pertanian datang terus dari ladang para penjual! Pilihan lain yang lebih dekat dengan bandar ialah Pasar Terapung Taling Chan, Pasar Terapung Wat Sai dan Pasar Terapung Bang Nam Phueng.
  • Alamat: Damnoen Saduak, Daerah Damnoen Saduak, Ratchaburi 70130, Thailand

2. Lawati SEA LIFE Bangkok Ocean World

SEA LIFE Bangkok Ocean World 3d2n bangkok itinerary
SEA LIFE Bangkok Ocean World best place to visit in Bangkok Thailand
Beramah mesra dengan hidupan laut di SEA LIFE Bangkok Ocean World, yang merupakan akuarium terbesar di Asia Tenggara. Dengan keluasan lebih 10,000 meter persegi, akuarium ini menempatkan 30,000 makhluk laut daripada ratusan spesies marin yang berbeza. Terdapat 14 tarikan unik untuk anda terokai semasa berada di sini, termasuk Ocean Tunnel dan Shark Walk.
  • Alamat: Tingkat B2, Bangunan Siam Paragon, B1, 991 Rama I Road, Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand

3. Makan tengah hari di Som Tam Nua

Lunch at Som Tam Nua 3d2n bangkok itinerary
Somtamnua best place for lunch in Bangkok Thailand
Dikenali kerana menyajikan som tam terbaik di Bangkok, Som Tam Nua ialah pilihan popular dalam kalangan penduduk tempatan untuk masakan Thai Timur Laut. Restoran ini juga salah satu tempat makan kegemaran kami jika inginkan hidangan tempatan autentik. Selain daripada som tam, kami mengesyorkan supaya anda turut memesan ayam goreng, tam muah dan tom saap.
  • Alamat: 392, 12-14 Jalan Rama I, Khwaeng Pathum Wan, Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand

Bonus: Terokai bandar Ayutthaya Purba

Historic city of Ayutthaya 3d2n bangkok itinerary
Photo Credit: Cyril Zissou
Ayutthaya City best place to visit in Bangkok Thailand
Photo Credit: Stacy Ropati
Jika anda masih mempunyai masa pada hari terakhir, kami cadangkan supaya anda pergi ke utara untuk ke bandar bersejarah Ayutthaya. Pernah menjadi ibu kota Kerajaan Siam, ia merupakan salah satu kawasan bandar kosmopolitan terbesar di dunia yang berkembang pesat dari abad ke-14 hingga ke-18. Anda akan terasa seperti berada di era lain sambil menerokai Taman Bersejarah Ayutthaya dan mercu tanda tersergam indah yang masih kukuh sehingga ke hari ini.
  • Alamat: Daerah Phra Nakhon Si Ayutthaya, Wilayah Phra Nakhon Si Ayutthaya 13000, Thailand

Dapatkan insurans pelancongan anda untuk Thailand!

Travel Guard AIG covid travel insurance from RM56 Malaysia
Bercuti tanpa bimbang ke Thailand dengan mendapatkan insurans pelancongan! Kami telah bekerjasama dengan AIG Malaysia untuk membolehkan anda membeli insurans anda di Klook hanya dengan beberapa klik. Untuk pelan yang meliputi kos berkaitan COVID-19 dan memenuhi semua keperluan insurans mandatori, kami mengesyorkan supaya anda mendapatkan pelan Superior yang boleh dibeli dengan harga serendah RM60 bagi setiap perjalanan. Ketahui lebih lanjut di sini:
💡 Petua Klook 💡Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk mendapatkan maklumat tawaran pelancongan yang terkini dan terbaik khas untuk anda! Anda juga akan mendapat diskaun 5% untuk tempahan aplikasi pertama anda apabila menggunakan kod promosi <BETTERONAPP>. Terma dan syarat dikenakan.
Tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store. Sudah ada pada peranti mudah alih anda? Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu