12 Taman Tema Yang Anda Mesti Lawati Di Jepun Pada Tahun 2023

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Nov 2023
12 Taman Tema Yang Anda Mesti Lawati Di Jepun Pada Tahun 2023

Pastikan taman tema ini tersenarai dalam dalam percutian ke anda Jepun! ๐ŸŽข

MY BM usj universal studios japan
Kredit Foto: @stephyyiwen
Tokyo DisneySea theme park
Kita semua tahu bahawa Jepun ada beberapa taman tema terbaik di dunia. Antaranya ialah Universal Studios Japan dan Tokyo Disneyland yang terkenal di seluruh dunia, taman tema unik berdasarkan kartun dan anime yang sangat digemari. Anda pasti akan menemui sesuatu yang anda sukai di sini tidak kira umur atau minat anda!
MY BM Huis Ten Bosch in Nagasaki Japan
Kredit Foto: @huistenbosch_official
Jika anda sedang merancang untuk melancong dengan lebih keseronokan di Jepun, apa kata anda lawat salah satu taman tema yang menarik ini? ๐ŸŽข Kami dah senaraikan 12 taman tema terbaik di Jepun yang menampilkan pelbagai tarikan dan tema berbeza, jadi teruskan membaca dan pilih yang mana paling best!

12 taman tema terbaik di Jepun 2023 ๐ŸŽก

1. Universal Studios Japan

MY BM Universal Studios Japan best theme park in Japan
MY BM universal studios japan usj super nintendo world
Universal Studios Japan di Osaka ialah taman tema terkenal di dunia yang menawarkan pengalaman hiburan yang mendebarkan dan mengasyikkan bagi pelancong daripada semua peringkat umur. Kredit gambar: ยฉNintendo TM & ยฉ Universal Studios. Hak cipta terpelihara.
๐Ÿ“ Osaka
Pada bahagian atas senarai kami tidak lain tidak bukan adalah, Universal Studios Japan (USJ). Sarat dengan keseronokan, anda pasti tidak akan kecewa semasa berada di sini sambil meneroka pelbagai zon bertema seperti Wizarding World of Harry Potter, Super Nintendo World dan Jurassic Park. Dengan lebih daripada 10 kawasan berbeza tersebar di seluruh taman tersebut, anda boleh jangkakan permainan bertema yang mendebarkan, tarikan mesra keluarga dan persembahan menyeronokkan yang diadakan sepanjang tahun.
  • Alamat: 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, 554-0031, Jepun
  • Waktu Operasi: 10am - 7pm (hari bekerja), 9am - 7pm (Sabtu & Ahad))

2. Tokyo Disneyland

MY BM Tokyo Disneyland taman tema terbaik di Jepun
Kredit Foto: Joseph Costa
MY BM Tokyo Disneyland taman tema terbaik di Jepun
Kredit foto: Romรฉo A.
๐Ÿ“ Chiba
Kembalikan kenangan zaman kanak-kanak anda dengan lawatan ke Tokyo Disneyland . Raja yang telah berkurun memerintah menawan hati kanak-kanak (dan mereka yang berjiwa kanak-kanak), saksikan pelbagai detik ajaib semasa anda melihat istana ikonik Cinderella atau bertemu dengan Buzz Lightyear dan Mickey Mouse buat kali pertama. Nantikan lebih daripada 35 tarikan dan permainan menyeronokkan yang merentasi 7 kawasan bertema - kami sangat syorkan untuk melawat kawasan Beauty & The Beast yang eksklusif di Tokyo Disneyland!
  • Alamat: 1-1 Maihama, Urayasu, Chiba 279-0031, Jepun
  • Waktu Operasi: 8am - 10pm, dibuka pada setiap hari

3. Tokyo DisneySea

MY BM Tokyo DisneySea taman tema di Jepun
Kredit Foto: @hisland.xokoyrx
MY BM Tokyo DisneySea taman tema di Jepun
๐Ÿ“ Chiba
Nantikan pelabuhan romantik, perjalanan bot yang indah dan permainan air yang menggirangkan di Tokyo DisneySea,, taman tema seolah-olah Tokyo Disneyland. Seperti namanya sendiri, taman ini bertemakan nautika, dengan pertunjukan dan tarikannya berdasarkan mitos dan legenda laut, dan tema ini sangat sesuai dengan lokasinya yang berhadapan Tokyo Bay. Permainan di sini juga adalah lebih mendebarkan berbanding Tokyo Disneyland kerana taman ini disasarkan untuk remaja dan orang dewasa. Fakta menarik: taman ini merupakan satu-satunya DisneySea di dunia!
  • Alamat: 1-13 Maihama, Urayasu, Chiba 279-8511, Jepun
  • Waktu Operasi: 9am - 9pm, dibuka pada setiap hari

4. Sanrio Puroland

MY BM Sanrio Puroland taman tema terbaik di Jepun
MY BM Sanrio Puroland taman tema terbaik di Jepun
Kredit Foto: @purolandjp
๐Ÿ“ Tokyo
Temui Hello Kitty dan rakan-rakannya yang comel (Gudetama, My Melody dan ramai lagi!) di Sanrio Puroland Tokyo, sebuah taman tema tertutup yang semestinya lebih comel daripada yang disangkakan. Taman ini dipenuhi dengan permainan bertema di setiap 4 tingkat, selain perarakan dan tayangan filem yang pasti boleh dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Jika anda peminat tegar Sanrio, anda wajib menaiki Sanrio Character Boat Ride, pelayaran yang menyeronokkan untuk melihat dunia Sanrio dan wataknya dari dalam bot anda.
  • Alamat: 1 Chome-31 Ochiai, Tama, Tokyo 206-8588, Jepun
  • Waktu Operasi: 10am - 5pm (Jumaat), 9am - 5pm (Sabtu), 8.30am - 5pm (Ahad), 10am - 5pm (Isnin), 9.30am - 5pm (Selasa), ditutup pada hari Rabu & Khamis

5. LEGOLAND Japan

MY BM taman tema LEGOLAND Japan
Kredit foto: @legolandjapanresort
MY BM taman tema LEGOLAND Japan
Kredit foto: @legolandjapanresort
MY BM taman tema LEGOLAND Japan
Kredit foto: @legolandjapanresort
๐Ÿ“ Aichi
LEGOLAND Japan yang meriah merupakan taman tema LEGOLAND kedua di Asia (sejurus selepas LEGOLAND Malaysia kita sendiri!) dan merupakan rumah kepada 40 tarikan menarik dan interaktif yang dibina untuk keseronokan bersama rakan dan keluarga. Taman berwarna-warni ini terbina daripada 17 juta kepingan LEGO tulen dan 10,000 set model LEGO, dan terdapat banyak aktiviti untuk diterokai merentasi 7 kawasan bertema di sini. Tempat yang paling utama di sini ialah MINILAND, anda dapat melihat miniatur terperinci 10 destinasi Jepun berbeza yang hebat!
  • Alamat: 2-2-1 Kinjoufutou, Minato-ku Nagoya-shi, Aichi 455-8605, Jepun
  • Waktu Operasi: 10am - 4pm (Isnin - Jumaat), 10am - 5pm (Sabtu & Ahad)- 4pm (Mon - Fri), 10am - 5pm (Sat & Sun)

6. Fuji-Q Highland

MY BM Fuji-Q Highland taman tema terbaik di Jepun
Kredit foto: @ta_photo824
MY BM Fuji-Q Highland taman tema terbaik di Jepun
Kredit foto: @fujikyuhighland
๐Ÿ“ Yamanashi
Bagi penggemar adrenalina, ini mungkin untuk anda! Jika anda meminati permainan lasak, maka anda pasti akan temui permainan yang hebat di Fuji-Q Highland. Sebuah taman tema yang terletak di kaki Gunung Fuji dan dikenali dengan permainan mendebarkan yang memecahkan rekod dunia dan tarikan yang tidak dibina untuk mereka yang lemah semangat. Antara kesukaan kami ialah Takabisha, roller coaster yang terkenal dengan kejatuhan yang sangat curam, dan Jikyu General Hospital, rumah berhantu bertemakan hospital yang menyeramkan.
  • Alamat: 5 Chome-6-1 Shinnishihara, Fujiyoshida, Yamanashi 403-0017, Jepun
  • Waktu Operasi: 9am - 6pm, dibuka pada setiap hari

7. Huis Ten Bosch

MY BM Huis Ten Bosch taman tema terbaik di Jepun
MY BM Huis Ten Bosch taman tema terbaik di Jepun
Kredit foto: Camille San Vicente
MY BM Huis Ten Bosch taman tema terbaik di Jepun
๐Ÿ“ Nagasaki
Dengan rekaan seperti bandar Belanda yang asli, Huis Ten Bosch membolehkan anda untuk merasai keindahan negeri Belanda tanpa perlu melangkah keluar dari Jepun! Di sini, anda dapat menyaksikan saluran canal yang menakjubkan, kincir angin dan keajaiban seni bina lazim budaya orang Belanda. Dengan lebih daripada 50 kemudahan berbeza untuk disaksikan, kami amat mengesyorkan anda untuk merancang perjalanan anda terlebih dahulu sebelum lawatan! Beberapa tarikan kesukaan kami termasuk City of Flowers yang mengagumkan, dan juga Kingdom of Light, yang menerangi langit malam dengan cahayanya yang berkelip-kelip.
  • Alamat: 1-1 Huis Ten Bosch Machi, Sasebo, Nagasaki 859-3292, Jepun
  • Waktu Operasi: 9am - 9pm (Ahad - Jumaat), 9am - 10pm (Sabtu)

8. Yomiuri Land

MY BM Yomiuri Land taman tema terbaik di Jepun
Kredit foto: @onumaaan
MY BM Yomiuri Land taman tema di Kawasaki Jepun
Kredit foto: @onumaaan
MY BM Yomiuri Land taman tema cantik  di Jepun
Kredit foto: @onumaaan
๐Ÿ“ Tokyo
Terletak di Tokyo, Yomiuri Land ialah taman hiburan terbesar di bandar ini yang merupakan sebuah kawasan ajaib sepanjang tahun! Antara aktivitinya ialah permainan di pertengahan musim bunga sakura dan aktiviti kolam pada musim panas, pertunjukan cahaya yang mempesonakan pada musim yang lebih sejuk. Anda akan menikmati sesuatu yang baharu bagi setiap musim di sini. Terdapat lebih daripada 40 tarikan berbeza di sini untuk dinikmati tidak kira waktu sepanjang tahun - kesukaan peribadi kami ialah Bandit, iaitu sebuah roller coaster berkelajuan tinggi, serta Roda Ferris yang ikonik.
  • Alamat: 4015-1 Yanokuchi, Inagi, Tokyo 206-8566, Jepun
  • Waktu Operasi: 10am - 8.30pm (Isnin - Sabtu), 9.30am - 8.30pm (Ahad)

9. Nijigen No Mori

MY BM Nijigen No Mori taman tema terbaik di Jepun
MY BM Nijigen No Mori taman tema terbaik di Jepun
MY BM Nijigen No Mori taman tema terbaik di Jepun
๐Ÿ“ Hyogo
Jika anda peminat Naruto, Nijigen No Mori wajib dikunjungi. Taman tema yang dibina untuk pencinta anime, anda akan dapati diri anda hanyut dengan tarikan bertemakan Naruto di sini, termasuk pagar sesat gergasi yang sarat dengan halangan dan aktiviti memburu sebagai seorang ninja! Bukan sahaja Naruto - satu lagi aktiviti yang menonjol di taman ini ialah luncur keluang sepanjang 162 meter yang akan terus mencampak anda ke mulut Godzilla yang mengerikan. Malah terdapat taman kembara luar yang didedikasikan kepada anime ikonik, iaitu Crayon Shinchan dan aktiviti RPG medan Dragon Quest yang mengasyikkan.
  • Alamat: Iwaya, Awaji, Hyogo 656-2401, Jepun
  • Waktu Operasi: 12pm - 9pm (Isnin - Jumaat), 10am - 10pm (Sabtu, Ahad & hari cuti)

10. Edo Wonderland

MY BM Edo Wonderland Nikko Edomura taman tema budaya Jepun
Kredit foto: @edowonderland_official
MY BM Edo Wonderland Nikko Edomura taman tema budaya Jepun
Kredit foto: @edowonderland_official
MY BM Edo Wonderland Nikko Edomura taman tema budaya Jepun
Kredit foto: @edowonderland_official
๐Ÿ“ Tochigi
Kembali ke Jepun pada abad ke-17 bersama perjalanan ke Edo Wonderland Nikko Edomura, replika asli sebuah kampung yang dibina pada Zaman Edo. Taman tema budaya yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi berpendidikan. Dapatkan peluang untuk menghidupkan semula sejarah Jepun yang berwarna-warni di sini sambil anda berjalan di laluan yang penuh dengan aksi di Edo Village, di sini anda dapat melihat segala-galanya termasuk ninja dan pertunjukan silap mata air! Anda juga boleh berpakaian seperti watak dengan menyewa pakaian dan berlatih kemahiran kaligrafi di sekolah tempatan di sini.
  • Alamat: 470-2 Karakura, Nikko, Tochigi 321-2524, Jepun
  • Waktu Operasi: 9am - 5pm, ditutup pada hari Rabu

11. Tokyo Joypolis

MY BM Tokyo Joypolis SEGA taman teman di Jepun
Kredit foto: @tokyojoypolis
MY BM Tokyo Joypolis taman tema tertutup di Jepun
Kredit foto: @tokyojoypolis
Tokyo Joypolis indoor theme park arcade in Japan
๐Ÿ“ Tokyo
Syurga buat pakar permainan dan teknologi, Tokyo Joypolis ialah taman tema tertutup terbesar di Jepun yang dikendalikan oleh SEGA, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan kebanyakan pemain di luar sana. Taman tema ini menampilkan kemudahan hiburan yang canggih serta memberi anda akses kepada lebih daripada 20 permainan mendebarkan yang berbeza, tarikan VR, simulator realistik dan permainan arked. Tetapi yang baik sekali pastinya tarikan bertemakan filem dan anime popular seperti Sonic, Resident Evil, Initial D dan pelbagai lagi!
  • Alamat: DECKS Tokyo Beach, 1 Chome-6-1 Daiba, Minato City, Tokyo 135-0091, Jepun
  • Waktu Operasi: 10am - 7pm (Isnin), 11am - 7pm (Selasa - Jumaat), 10am - 8pm (Sabtu & Ahad)

12. Moominvalley Park

MY BM Moominvalley Park taman tema terbaik di Jepun
MY BM Moominvalley Park taman tema terbaik di Jepun
MY BM Moominvalley Park taman tema terbaik di Jepun
Kredit foto: @moominvalleypark
๐Ÿ“ Saitama
Tempat yang mesti dikunjungi oleh semua peminat Moomin, Moominvalley Park ialah taman bertemakan Moomin yang pertama di luar Finland, membawa anda ke dunia impian keluarganya yang tercinta. Seolah-olah berada dalam dunia Moomin sebenar - anda akan disambut di Metsรค Village dan bersiar-siar dengan santai melalui kampung Nordic, sebelum menuju ke taman tema dengan 4 zon luar yang berbeza. Yang paling terkenal di sini pastinya ialah Moominvalley, anda dapat menemui Moominhouse yang ikonik dan teater luar untuk persembahan harian.
  • Address: 327-6 Miyazawa, Hanno City, Saitama 357-0001, Japan
  • Waktu Operasi: 10am - 5pm (Isnin - Jumaat), 10am - 6pm (Sabtu & Ahad)

Asia I'm In Love ๐Ÿงก Diskaun sehingga 12% ๐Ÿค‘

Berita baik! ๐Ÿ˜ Klook ada promosi Asia I'm In Love di mana anda boleh nikmati diskaun sehingga 12% apabila menempah aktiviti ke Bali, Thailand, Korea dan Jepun!

Lihat taman tema lain di Jepun di sini! ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ต๐ŸŽข

๐Ÿ’ก Tip Klook ๐Ÿ’ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu