14 Aktiviti Menarik di Genting Highlands: Taman Tema, Spa Onsen, Glamping, dan Lain-lain!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 21 Feb 2024
tempat menarik di genting highlands

Photo Credits: @_friesmcd, @gregjpearns, @j.jainis

Apa yang terbaru di Genting Highlands? 🎡

How to get to One Piece Exhibition in SkyAvenue Genting Highlands?
skytropolis genting highland indoor theme park
Photo credit: @nurazlyanatazah
Di Genting Highlands ada pelbagai tarikan yang menyeronokkan, termasuk taman tema luar Genting SkyWorlds yang meriah, serta hotel, pusat beli-belah, tempat makan, kasino, dan banyak lagi, tak peliklah Genting Highlands menjadi destinasi kegemaran rakyat Malaysia dan para pelancong!
Lebih daripada sekadar pusat hiburan biasa, perjalanan ke Genting percutian day trip yang sempurna di Malaysia kalau anda nak rasa angin sejuk dan udara segar. Kalau anda rancang untuk berkunjung ke sini tak lama lagi, semak senarai ini untuk aktiviti dan tarikan popular yang boleh anda nikmati di Genting Highlands!

Jom Cuti Sekolah!

MY BM Jom Cuti Sekolah KV
🎉 Perhatian: Promosi Cuti Sekolah! 🎉
Ingin berjimat lebih banyak semasa salah satu musim paling sibuk di Malaysia? Klook ada untuk anda. Lawatan, tarikan atau aktiviti, anda boleh dapatkan 10% diskaun di seluruh laman web apabila anda mendaftar dengan Touch 'n Go eWallet, serta 15% diskaun di hotel-hotel terpilih!
Seronok kan? , kami sangat galakkan anda untuk menetapkan alarm anda pada 24 Mei, 12 tengah hari untuk menjadi salah seorang yang pertama mengambil tawaran Buy 1 Free 1 kami di tarikan seperti SplashMania Waterpark, Pengalaman Glamping di Glamz di Genting, The Bomb Battle, dan banyak lagi yang lain!

Apa pengguna baru Klook? 🤳🏻

klook kod promo pengguna baru
Anda baru sahaja kenal aplikasi Klook? Berita baik! Kami ada diskaun 5% untuk tempahan pertama anda. Pastikan anda dah muat turun aplikasi Klook terlebih dahulu, daftar dan tebus kod promo BETTERONAPP! Tunggu apa lagi, jom mengembara bersama Klook sekarang!

14 Aktiviti dan tempat menarik di Genting Highlands

1. Nikmati permainan di Genting SkyWorlds

Genting SkyWorlds things to do in Genting Highlands
genting skyworlds new outdoor theme park tickets review
Antara tarikan paling popular iaitu taman tema outdoor Genting SkyWorlds yang ikonik. Terokai taman ajaib outdoor Genting yang berwarna-warni - mengingatkan kita tentang taman tema di Genting yang dulu dan mesti banyak memori rakyat Malaysia ada tentang tarikan tu, tapi dengan tampilan terbaru, berwarna-warni dan lebih banyak permainan baru yang menarik!
Taman tema ini memiliki 9 dunia bertema unik yang tersebar di atas 26 ekar tanah. Terokai pelbagai permainan dan tarikan bertema filem kelas dunia (termasuk tema filem 20th Century Fox seperti Ice Age!) yang sesuai untuk semua peringkat umur. Terdapat banyak tempat makan, kedai, serta pertunjukan hiburan live yang dijadualkan sepanjang hari, jadi pastinya banyak yang boleh dinantikan di sini!

2. Pergi membeli-belah di Genting Highlands Premium Outlets

genting premium outlets
Genting tak terkenal sebagai tempat membeli-belah, tapi ada Genting Premium Outlets di sana. Anda boleh beli-belah jenama-jenama terkenal seperti Michael Kors, Coach, Hugo Boss, Kate Spade dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 70% di sini!
Terletak di sebelah Stesen Kereta Kabel Awana Skyway, sangat mudah untuk ke Genting Premium Outlets. Kalau anda letih dan lapar lepas berjalan-jalan, ada pelbagai jenis tempat makan, sama ada gerai dengan ruang yang luas atau restoran dan kafe.

3. Terokai taman tema indoor Genting Skytropolis

genting skytropolis indoor theme park
Photo Credit: @yasmatthews
genting highlands theme park
Photo Credit: @chinqli
Rasakan seolah-olah anda telah melangkah ke dalam karnival bergaya 'steam punk' dengan pelbagai tarikan menarik dan cahaya warna-warni di Genting Skytropolis. Mereka baru sahaja refurbish beberapa tahun yang lalu, taman tema indoor di SkyAvenue ini menawarkan banyak keseronokan untuk pencinta adrenalin dan keluarga. Dengan lebih dari 20 tarikan dan permainan baru, pasti akan membuat anda sibuk selama beberapa jam. Pssst, walaupun anda tidak ingin mencuba permainan tersebut, cahaya neon dan suasana menyeronokkan di Skytropolis juga menjadi latar belakang yang menarik untuk foto!

4. Terokai Ripley's Believe It or Not! Adventureland

Ripley's Believe It or Not! Adventureland things to do in Genting Highlands
Visit 5 attractions at Ripley's Believe It or Not! Adventureland in Genting Highlands
Di tingkat atas SkyAvenue ada Ripley’s Believe It or Not! Adventureland yang menarik. Senang sangat nak cari tarikan ni sebab anda akan nampak pintu masuknya dengan patung gajah besar, dan pelbagai kedai makan di sekitarnya. Di Adventureland, ada lima tarikan berbeza yang boleh anda terokai, termasuk Ripley’s Believe It or Not! Odditorium yang ikonik.
Instagrammable spot in Genting Highlands at Ripley's Adventureland
Berjalanlah ke dalam dunia yang menarik penuh dengan keanehan dan keunikan di Odditorium, alami pengalaman yang menyeramkan di Zombie Outbreak (sebab kami pun rasa seram), dan berjumpa dengan dinosaur di Jurassic Research Center! Anda juga boleh mengambil foto estetik di Ruang Infinity, serta mencipta ilusi foto di 4D Trick Art Museum. Dapatkan Ripley's Adventure Pass anda di Klook pada harga diskaun dan akses ke kesemua 5 tarikan di sini!

5. Melawati Kuil Chin Swee Caves

genting highlands weather chin swee caves temple
Photo Credit: @mylittletrips__
genting highlands chin swee caves temple
Photo Credit: @riekemaharanii
Terletak di hutan berbatu dan dikelilingi oleh alam semula jadi, Kuil Chin Swee Caves (Chin Swee Caves Temple) adalah sebuah tarikan ikonik di Genting Highlands. Kalau anda naik Kereta Kabel Awana Skyway, jangan lupa untuk singgah di Stesen Chin Swee!
Kuil ini mempunyai beberapa dewan sembahyang dan Pagoda sembilan tingkat (tetamu boleh mendaki sampai ke atas untuk lihat pemandangan langit!). Nikmati suasana yang indah sambil berjalan-jalan di kuil ini sebelum anda ke puncak Genting Highlands.

6. Mengopi di salah satu Starbucks paling unik di Malaysia ☕

Unique Starbucks Malaysia Genting Highlands Chin Swee Chin Temple
Photo Credits: @ngoc.bich.104
Percutian anda ke Genting tak akan lengkap kalau anda tak singgah minum kopi ☕ di Starbucks dalam cuaca yang sejuk. Walaupun ada banyak kafe Starbucks di Genting, yang paling unik ini terletak di dalam Kuil Gua Chin Swee! Seni bina kafe ini disesuaikan dengan suasana Kuil Gua Chin Swee yang dikelilingi oleh gunung-ganang dan kabus.

7. Manjakan diri anda di The Yanne Onsen

The Yanne Onsen Hotel in Genting Highlands
The Yanne Onsen Spa Experience in The Yanne Onsen Hotel Genting Highlands
Ingin memanjakan diri atau orang tersayang dengan sedikit kemewahan? Kunjungi The Yanné Onsen Hotel, sebuah hotel bertema hot spring yang terletak di puncak Genting Highlands. Bayangkan anda berada di tempat sejuk kemudian masuk untuk berendam di kolam hotpsring yang hangat - sangat menyenangkan! Walaupun buatan manusia, kolam multi-fungsi di sini mengambil air segar yang dari kawasan tanah tinggi berbatu, bermakna setiap kali anda berendam, anda akan menikmati air yang kaya dengan mineral dari gunung.

8. Beli belah dan makan di SkyAvenue

SkyAvenue Genting
How to get to SkyAvenue in Genting Highlands
Dulu First World Indoor Theme Park, tapi sekarang dah jadi kompleks membeli-belah, restoran, tarikan yang menyeronokkan, perkhidmatan dan banyak lagi! Anda boleh nampak SkyAvenue sebaik saja anda turun dari kereta kabel Stesen SkyAvenue.
Pusat membeli-belah SkyAvenue di Genting Highlands pasti memberi suasana membeli-belah yang baru untuk anda semua! Memang tak akan bosan berjalan-jalan di pusat membeli-belah yang besar ini di mana ada banyak perkara anda boleh lihat, makan dan lakukan.
five guys genting highlands malaysia first outlet
Untuk pencinta makanan, ada banyak pilihan tempat makan di sini yang pasti memuaskan selera anda! Anda boleh menikmati hidangan di Burger & Lobster London yang sangat terkenal, pizzeria kegemaran Brooklyn, Motorino (lengkap dengan oven kayu bakar) atau menikmati burger yang lazat, kentang goreng, dan milkshake di Five Guys, kedai burger terkenal yang berasal dari Amerika Syarikat.

9. Cuba zip lining di Eagle Landing Zipline

Eagle Landing Zipline in SkyAvenue Genting Highlands
Eagle Landing Zipline things to do in Genting Highlands
Siapa nak pengalaman yang menggegarkan adrenalin selepas berjalan di mall? Sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran, sekarang anda boleh 'zip line' di dalam SkyAvenue mall, pada ketinggian 200 meter! Eagle Landing Zipline ini melintasi mall dan taman tema dalamnya, membawa anda 'terbang' tinggi di atas orang ramai dan menawarkan pemandangan yang luar biasa.

10. Catch the hourly SkySymphony display

SkySymphony and Atrium Stage in SkyAvenue Genting Highlands
Photo credit: Entertainment Project Services (EPS)
Genting Skysymphony
Pameran LED ini terletak di sepanjang atrium pusat membeli-belah dan pada setiap jam, anda boleh saksikan visual sinematik yang bergabung dengan muzik digubah khas. Dapat disaksikan secara percuma oleh tetamu di pusat membeli-belah, SkySymphony juga ada winc yang dihiasi daripada 1,001 bebola. Saksikan teater dan muzik yang menyampaikan kisah secara visual ini di sini.

11. Tonton filem di Bona Cinemas

Bona Cinemas things to do in Genting Highlands
Jangan terlepas filem terkini walaupun anda berada di Genting Highlands! Bona Cinemas menawarkan pawagam IMAX, memberikan anda pengalaman menonton yang ditingkatkan dengan skrin yang lebih lebar dan sistem bunyi yang hebat. Lebih baik lagi, anda boleh cuba teater Gold Class D-Box mereka yang mempunyai kerusi gerak khas yang boleh disesuaikan dan akan bergerak mengikut aksi di skrin! Anda pasti akan mendapat pengalaman menonton yang berkesan setiap kali anda menonton filem di sini.

12. Cabar rakan-rakan anda di Vision City Video Games Park

Vision City Video Games Park in Genting Highlands
Vision City Video Games Park activity in Genting Highlands
Ingat tak arcade lama di Genting Highlands? Jangan risau kerana anda dan kawan-kawan anda masih boleh bermain game - Vision City Video Games Park di Genting Grand mengingatkan kita pada arcade dulu, lengkap dengan semua permainan kegemaran biasa. Ada permainan klasik seperti Pac-Man dan Street Fighter untuk keluarkan semula semangat kanak-kanak anda, atau cuba permainan baru seperti Time Crisis 5 yang menawarkan pengalaman menembak laser!

13. Nikmati pengalaman glamping di Glamz Genting

glamz genting
Photo Credit: @jennajane101
glamz genting
Photo Credits: @eneffel
Anda ingin nikmati suasana glamping dan tak mahu bermalam di hotel? Ini salah satu aktiviti yang anda boleh buat di sini! Terletak di kaki bukit Genting Highlands yang bercahayakan bulan dan bintang, Glamz Di Genting adalah rumah gaya glamping yang dikelilingi kabus sepanjang pagi dan petang 🍃
Menawarkan pengalaman glamping yang tenang dan unik bagi mereka yang mahu lari daripada kesibukan bandar, ia percutian sempurna bagi anda bersama rakan-rakan, orang yang tersayang, mahupun keluarga. Tapak glamping inspirasi alam semula jadi ini terletak di tengah-tengah kehijauan, dengan suasana tenang yang sesuai untuk anda meluangkan masa dengan orang yang tersayang.

14. Bawa anak-anak ke Jungle Gym

Jungle Gym in Genting Highlands
Jangan cari tempat lain selain Jungle Gym jika anda sedang mencari taman aktiviti interaktif keluarga untuk anak-anak anda di Genting Highlands. Fasiliti di taman permainan dalaman ini dibuat dengan standard keselamatan untuk membolehkan anak-anak kecil menikmati aktiviti yang seronok dan berpendidikan. Dari kolam bola yang penuh warna warni hingga pelbagai jenis gelongsor, terdapat banyak sudut untuk diteroka di sini. Ia juga tempat yang sempurna untuk menganjurkan majlis hari jadi yang tidak akan dilupakan!

Perkara penting untuk trip anda ke Genting lebih sempurna ✅

Download the Klook app for the best travel deals
Jimat lebih lagi bila anda tempah keperluan trip anda di Klook! Masuk dengan mudah menggunakan e-tiket kereta kabel atau sewa kenderaan pilihan anda untuk pengembaraan road trip.

Banyak lagi tempat menarik untuk anda bercuti!

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu