8 Tempat Menarik Di Selangor: Destinasi Day Trip Tak Sampai 2 Jam Dari KL!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 24 Jul 2023
day trip terbaik selangor kl

Photo Credits: @onon.ro, @yasmineyusoff, @nasaronzs

Jom lari dari kesibukan bandar!

pulau ketam day trip selangor
Photo Credit: @chentommaiii
day trip terbaik selangor kl sasaran sky mirror
Photo Credit: @fforfreez
Nikmati percutian singkat sambil menikmati alam semula jadi! 🌿 Kami senaraikan 8 lokasi menarik di Selangor, di mana semua destinasi ini tak jauh pun dari pusat bandar KL! Jadi, siapa dah ready nak bercuti pada hujung minggu ini?

8 day trip terbaik di Selangor

1. Kuala Kubu Bharu

kuala kubu bharu KKB day trip selangor
Photo Credit: @amysvh4imi
kuala kubu bharu chiling waterfall selangor day trip kl
Photo Credit: @nasaronzs
kuala kubu bharu white water rafting
Photo Credit: @jidin
Jarak dari KL: 1 jam
Terletak kurang daripada sejam dari KL, Kuala Kubu Bharu ialah kawasan alam semula 🌳 jadi Lembah Klang. Mempunyai air terjun, tapak-tapak bersejarah, bukit-bukau dan pekan lama, Kuala Kubu Bharu sempurna bagi mereka yang mahu menghirup udara segar dan lakukan aktiviti lasak. Aktiviti-aktiviti popular di sini termasuklah white water rafting di sungai Hulu Selangor 🚣🏻‍♀️, mandi Air Terjun Sungai Chiling, mendaki Bukit Kutu dan melihat kilauan bintang di Empangan Sungai Selangor.
Selain aktiviti-aktiviti alam semula jadi, ia juga menawarkan makanan tempatan yang sedap. Nikmati semangkuk Mi Loh Ulu Yam, singgah di Bakeri Teng Wun untuk karipap Kaya dan pastri dan sejukkan tekak anda dengan semangkuk Cendol Pak Samat!

2. Hulu Langat Fishing Resort

hulu langat fishing resort kl
hulu langat fishing resort kl
fishing hulu langat resort
Photo Credit: @reikasuzukii
Jarak dari KL: 45 minit
Anda nak cuba memancing hujung minggu ini? Lari dari kesibukan KL dan jom ke Resort Memancing Hulu Langat yang tenang, juga dikenali sebagai tempat memancing terbaik di Selangor. Resort ini sempurna untuk meluangkan masa dengan orang tersayang dan menawarkan pengalaman memancing yang menyeronokkan untuk orang yang baru nak belajar memancing dan kanak-kanak.
Memancinglah di tempat peribadi. Pancing, umpan dan semua keperluan boleh disewa kalau anda tak ada semua itu. Resort ini mempunyai kolam besar bersebelahan tempat inap yang selesa, jadi anda boleh bermalam di sini untuk nikmati pengalaman penuh. Barulah anda boleh memancing siang dan malam!

3. Tanjung Sepat

tanjung sepat day trip kl selangor
Photo Credit: @khaiyee__
tanjung sepat beach day trip selangor
Photo Credit: @onon.ro
Jarak dari KL: 1.5 jam
Tak ramai yang tahu pekan sunyi Tanjung Sepat. Lokasi tersorok terletak kurang daripada 2 jam dari KL ini patut menjadi tumpuan. Dinamakan sempena ikan Sepat, walaupun tak banyak yang boleh dibuat di Tanjung Sepat, ia masih menawarkan percutian singkat yang menyeronokkan dan jauh dari keriuhan bandar. Bekas lokasi memancing ini mempunyai banyak restoran makanan laut, ladang, jalan semula jadi dan pantai popular.

4. Pulau Ketam

pulau ketam klang day trip kl selangor
Photo Credit: @yanyiechia
pulau ketam klang day trip kl selangor
Photo Credit: @fatinshahiraah
pulau ketam day trip kl
Photo Credit: @a.ilaay
Jarak dari KL: 1 jam + feri
Menawarkan suasana kampung nelayan lama yang indah, Pulau Ketam menjanjikan hari yang tenang dari kesibukan bandar. Anda boleh memandu ke Lembah Klang dan naik feri untuk ke pulau kecil ini dalam masa kurang daripada sejam. Pulau Ketam seronok dan mudah diterokai dengan berjalan kaki mahupun menaiki basikal. Kami mencadangkan anda berbasikal kalau anda nak mengembara sedikit!
Pulau Ketam mempunyai rumah yang dibina di atas kaki bajang (banyak yang dicat dengan warna terang), beberapa tokong Cina dan restoran makanan laut. Pastikan anda akhiri percutian anda dengan makanan laut dengan hidangan ketam cili, ikan kukus, sotong goreng dan kerang segar di restoran-restoran di sini.

5. Sekinchan

sekinchan day trip kl selangor
Photo Credit: @yasmineyusoff
sekinchan day trip kl selangor
Photo Credit: @jinxin__26
Jarak dari KL: 1.5 jam
Terletak di utara Selangor di daerah Sabak Bernam, Sekinchan dikenali dengan sawah bendang yang luas. Pekan dengan pantai ini mula popular selepas muncul dalam filem dan drama TVB dan sekarang menjadi tempat percutian popular terutamanya untuk seisi keluarga.
Pastikan anda merancang percutian anda kalau tak nak kecewa dengan sawah yang dah dituai dan bukannya sawah kehijauan! Waktu terbaik untuk ke Sekinchan untuk sawah kehijauannya ialah pada bulan Mac, April, September dan Oktober. Pastikan juga anda singgah di kawasan pantai dan buat hajat di pokok hajat popular Sekinchan. Sementara Sekinchan terletak cuma sejam dari KL, anda boleh pilih untuk bermalam di sana kalau anda mahu percutian yang lebih tenang. Alang-alang dah sampai, anda juga boleh singgah ke Kuala Selangor!

6. Kuala Selangor

Kuala Selangor Nature Park
Photo Credit: @sheunny_ || 📍 Kuala Selangor Nature Park
fireflies cruise kuala selangor kl day trip
Photo Credit: @enterthewilds
Jarak dari KL: 1 jam
Selalu menjadi tempat singgahan dalam perjalanan ke Sekinchan, Kuala Selangor terkenal dengan beberapa pemandangan ikonik, bukit tempat tinggal monyet perak yang comel, sungai tempat adanya kelip-kelip yang menyala pada waktu malam dan banyak lagi tempat bersejarah yang menawan.
Kuala Selangor pasti menjadi tumpuan peminat sejarah dan alam semula jadi. Untuk percutian yang tak dapat dilupakan, mulakan hari anda di Bukit Melawati yang bersejarah dan lihat tempat-tempat lama, berjalan di Taman Alam Kuala Selangor, nikmati hidangan makanan laut untuk makan malam dan belayar di Sungai Selangor di atas bot sambil mencari kelip-kelip pada waktu senja. Tiket untuk pelayaran kelip-kelip cuma berharga RM20 di Klook. Anda juga boleh dapatkan pakej termasuk memberi makan kepada helang dan pengalaman air mata biru!

7. Sasaran Sky Mirror, Kuala Selangor

sasaran sky mirror kuala selangor kl day trip
Photo Credit: @sonianll
Sky Mirror sasaran beach kuala selangor
Photo Credit: @_ericlim
Jarak dari KL: 1 jam
Dipanggil "Salar de Uyuni Malaysia" disebabkan rupanya yang serupa dengan pamah garam indah Bolivia, Cermin Langit Sasaran ialah keindahan tersembunyi di Kuala Selangor. Tarikan unik ini cuma muncul semasa air surut dan ia tenggelam di bawah air sepanjang hari, menjadikannya destinasi tersembunyi dan misteri di peta dunia.
Bersedia untuk tangkap beberapa gambar unik yang memantul langit biru semasa air surut! Waktu munculnya Cermin Langit Sasaran berbeza, jadi lebih baik untuk anda ke sana dengan bimbingan. Tempah Kunjungan Cermin Langit anda termasuk hidangan ringan dan insurans di Klook dengan harga diskaun!

8. Kanching Rainforest Waterfall

kanching waterfall selangor day trip kl
Photo Credit: @tengkuirdina
day trip terbaik selangor kl kanching waterfall
Photo Credit: @michelley
Kanching Waterfall Picnic Spots KL
Photo Credits: @st.cam
Jarak dari KL: 30 minit
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, Air Terjun Kanching menawarkan semua itu dan banyak lagi. Terletak di hutan simpanan seluas hampir 500 hektar di Rawang, Air Terjun Kanching mempunyai air terjun yang tinggi dan tempat mendaki, berkhemah, berenang dan berkelah yang popular. Jangan lupa bawa baju mandi anda (kalau anda merancang untuk berenang) dan bawa makanan untuk berkelah sambil menghirup udara segar kalau anda singgah ke sana!

Other fun things to do around KL & Selangor


💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu