20 Taman Tema & Tempat Menarik Di KL Untuk Bawa Keluarga & Anak-Anak

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 21 Jan 2024
20 taman tema aktiviti menarik kl kanak-kanak

Tempat menarik di KL untuk dikujungi pada hujung minggu ni!

kl bird park underrated attractions malaysia
Photo Credit: @neadhaniya
Dah ada plan untuk bawa anak-anak berseronok masa cuti sekolah atau hujung minggu ini? Ada beberapa taman tema dan tempat menarik di KL khas untuk anda dan anak-anak!

Jom Cuti Sekolah!

MY BM Jom Cuti Sekolah KV
🎉 Perhatian: Promosi Cuti Sekolah! 🎉
Ingin berjimat lebih banyak semasa salah satu musim paling sibuk di Malaysia? Klook ada untuk anda. Lawatan, tarikan atau aktiviti, anda boleh dapatkan 10% diskaun di seluruh laman web apabila anda mendaftar dengan Touch 'n Go eWallet, serta 15% diskaun di hotel-hotel terpilih!
Seronok kan? , kami sangat galakkan anda untuk menetapkan alarm anda pada 24 Mei, 12 tengah hari untuk menjadi salah seorang yang pertama mengambil tawaran Buy 1 Free 1 kami di tarikan seperti SplashMania Waterpark, Pengalaman Glamping di Glamz di Genting, The Bomb Battle, dan banyak lagi yang lain!

Apa itu Klook? 🤳🏻

klook kod promo pengguna baru
Korang pertama kali dengar pasal Klook app? Berita baik! Kami ada diskaun 5% untuk tempahan pertama anda. Pastikan anda dah download Klook app terlebih dahulu, daftar dan tebus kod promo BETTERONAPP! Tunggu apa lagi, jom mengembara bersama Klook sekarang!

Taman tema dan tempat menarik untuk outing bersama keluarga

1. Sunway Lagoon

sunway lagoon tickets visit guide
sunway lagoon tickets visit guide
sunway lagoon tickets visit guide
Sunway Lagoon ialah taman tema yang wajib dikunjungi di Malaysia! Terletak di Bandar Sunway, hanya 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, Sunway Lagoon menawarkan pengalaman taman tema yang hebat dalam enam zon yang berbeza.
Sama ada anda peminat roller coaster, luncur air atau rumah hantu, taman tema ini pasti memberikan anda keseronokan penuh jeritan dan gelak ketawa. Taman tema dengan pelbagai tarikan ini mempunyai jambatan gantung paling panjang di dunia dan taman tema air Nickelodeon Asia pertama yang sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak kecil!

2. ESCAPE Challenge, Paradigm Mall

Escape Park Paradigm Mall pj best theme parks in kl
Photo Credit: @sintong_tan (Instagram)
Escape park paradigm pj best theme parks in kl
Photo Credit: @4goaldiggers_ (Instagram)
escape challenge pj paradigm mall
Photo Credit: @isaacleeszeyaw
Peminat Taman Tema ESCAPE di Pulau Pinang boleh berseronok dengan cabaran ESCAPE yang kini berada di Lembah Klang di ESCAPE Challenge PJ, Paradigm Mall. Terletak di dalam Pusat Membeli-Belah Paradigm Mall sebesar 35,000 kaki persegi, ia menawarkan taman pengembaraan asli versi dalam bangunan tak kira cuaca panas atau hujan!
ESCAPE Challenge menawarkan aktiviti yang mencabar adrenalin anda seperti halangan bertali, panjat tembok, luncur keluang dan banyak lagi! Taman dalam bangunan ini sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan. Anda juga boleh mencuba aktiviti yang berbeza tahap kesukaran bergantung kepada kesesuaian diri anda.

3. KidZania Kuala Lumpur, Curve NX

kidzania kl kids family
Photo Credit: @emilynn233
KidZania
Photo Credit: @candicetan_12
kidzania kl family kids
Anda dijemput untuk ke bandar interaktif kecil KidZania, dunia penuh keceriaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di sini, kanak-kanak di bawah usia 16 tahun boleh memilih beberapa jenis kerjaya dan alami pengalaman menjadi doktor, wartawan, bomba dan banyak lagi! Kanak-kanak pasti bersedia untuk dunia luar dengan pengalaman belajar yang menyeronokkan ini.
Mereka  juga akan mendapat bayaran dan dapat menggunakannya untuk pelbagai perkhidmatan atau membeli-belah! Tak kira apa yang mereka mahu lakukan, apa saja kerjaya yang mereka pilih di Kidzania, mereka pasti pelajari kemahiran penting dalam sesi menyeronokkan ini yang akan melatih mereka untuk masa hadapan.

4. Wet World Water Park, Shah Alam

wet world water park shah alam
Photo Credit: @zaanuar
Wet World Water Park Shah Alam best theme parks in kl
Photo Credit: @nisha_shaaa (Instagram)
Wet World Water Park Shah Alam best theme parks in kl
Photo Credit: @alifeady (Instagram)
Wet World Malaysia menawarkan keseronokkan kepada semua orang dengan Wet World Water Park. Terletak di Shah Alam, taman tema bertemakan Caribbean ini sesuai untuk anda beriadah beramai-ramai bersama keluarga mahupun kawan-kawan!
Anda pasti berseronok di Taman Tema Air Wet World dengan pelbagai jenis tarikan air seperti Super Hurricane, Kiddy Typhoon Lagoon, Caribbean Rider dan banyak lagi! Menawarkan pelbagai jenis tempat makan dan tempat beriadah, taman tema ini juga sesuai jika anda hanya mahu bersantai.

5. Zoo Negara

zoo negara visit guide exhibits ticket
Photo Credit: @wawazulkifli
zoo negara visit guide exhibits ticket
Photo Credit: @nanaelyna
zoo negara visit guide exhibits ticket
Photo Credit: @widi_soesanta07
Menempatkan lebih 400 jenis mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan,  Zoo Negara sesuai untuk kanak-kanak yang gemarkan haiwan! Zoo berkonsep terbuka ini sebesar 110 ekar dan menjanjikan keseronokan untuk melihat haiwan-haiwan seperti panda gergasi, orang utan, penguin Humboldt, singa Afrika, zirafah, gajah dan banyak lagi.
Jika anda kunjungi bersama keluarga, pastikan anda kunjungi bahagian Dunia Kanak-Kanak di mana kanak-kanak boleh berlari bebas sambil dikelilingi haiwan seperti rusa, kambing, arnab, kura-kura dan kuda kecil! Zoo ini juga mempunyai sesi memberi makan kepada haiwan dan pertunjukkan haiwan.

6. Aquaria KLCC

aquaria klcc tickets
Photo Credits: @brendakfx
aquaria klcc tunnel
Photo Credits: @kikiekemala
Dinamakan sebagai salah satu daripada lima akuarium terbaik di Asia, Aquaria KLCC mempunyai sehingga 5,000 jenis haiwan darat dan air. Kanak-kanak boleh menikmati pameran seperti Kolam Sentuh, Zon Evolusi, Permata Hutan dan banyak lagi!
Pastikan anda kunjungi terowong lutsinar bawah air sepanjang 90 meter di mana anda boleh melihat beratus jenis ikan, jerung, ikan pari dan banyak lagi yang mengelilingi anda. Kanak-kanak kecil pasti teruja dapat melihat jerung. Tempah Tiket Aquaria KLCC di Klook supaya anda tak perlu beratur panjang dan dapat menikmati diskaun!

7. Farm In The City, Seri Kembangan

farm in the city seri kembangan kl malaysia zoo
Photo Credit: @abeeraisy
farm in the city kl
Photo Credit: @we_gotravel
farm in the city seri kembangan
Satu lagi tempat pilihan untuk anak-anak mendekati haiwan dan alam semula jadi - Farm In The City ialah tempat menarik jauh dari kesesakan bandar. Hanya 30 minit dari KL, zoo peliharaan bertemakan kampung ini sesuai untuk kanak-kanak berinteraksi dengan haiwan seperti kuda, landak, kambing dan banyak lagi.
Haiwan-haiwan di sini bebas dan tak dikurung di dalam sangkar. Makanan haiwan juga disediakan untuk kanak-kanak memberi makan kepada kura-kura gergasi, anak buaya dan banyak lagi. Dengan lebih daripada 100 spesies haiwan eksotik dan 60 spesies tumbuhan-tumbuhan dan sayur-sayuran, Farm in the City ialah satu lagi tempat menarik untuk kanak-kanak belajar di luar sekolah.

8. Berjaya Times Square Theme Park

Berjaya Times Square Theme Park best theme parks in kl
Photo Credit: @tysnasaputra (Instagram)
Berjaya Times Square Theme Park best theme parks in kl
Photo Credit: @deelashari (Instagram)
Terletak di dalam pusat membeli belah, Taman Tema Berjaya Times Square ialah taman tema dalam bangunan yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan menawarkan pelbagai jenis tarikan di dalam bangunan tiga tingkat sebesar 133,000 kaki persegi. Anda boleh berehat sebentar daripada membeli-belah dan ke taman tema ini untuk meneroka dunia penuh keseronokan dan berwarna-warni yang menerujakan.
Taman Tema Berjaya Time Square terbahagi kepada dua bahagian - Galaxy Station dan Fantasy Garden yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Galaxy Station sesuai bagi mereka yang inginkan permainan mengerikan seperti Supersonic Odyssey yang pasti akan buat anda berasa gerun. Di Fantasy Garden, ibu bapa boleh nikmati detik-detik berharga bersama anak-anak dengan tarikan interaktif dan berwarna-warni! Tempah tiket ke Taman Tema Berjaya Times Square di Klook!

9. Petrosains

petrosains Malaysia visit guide kl
Photo Credit: @malaysiatopfive (Instagram)
Petrosains
Ayuh bawa anak-anak belajar pada hujung minggu. Salah satu cara untuk menanam minat kanak-kanak pada sains selain di sekolah ialah dengan membawa mereka ke Petrosains, Pusat Penerokaan di Suria KLCC.
Terokai pelbagai zon penerokaan sains dengan tema yang berbeza di mana kanak-kanak pasti menikmati dunia sains dan teknologi menarik tanpa berasa bosan. Petrosains pasti akan menimbulkan rasa minat dan keseronokan untuk seisi keluarga!

10. Camp5

Camp5
Anda mempunyai anak-anak yang aktif? Jadi pengalaman “Cuba Memanjat” di Camp5 sesuai untuk mereka! Dikendali oleh staf profesional dalam suasana selamat dan terkawal, anda tak perlu risau sambil anak-anak anda berseronok.
Gim memanjat ini berada di dalam bangunan (dengan cawangan di One Utama, Utropolis dan KL Eco City), jadi anda pasti dapat berseronok tanpa mengira cuaca di luar. Jangan lupa bawa pakaian salinan dan kelengkapan tandas untuk mandi di bilik mandi yang disediakan selepas penat berpeluh.

11. Big Bounce Park

Big Bounce Park KL Theme Park
Kredit: @amiraahmad_
Big Bounce Park KL Theme Park
Kredit: @amiraahmad_
Big Bounce Park di Kuala Lumpur adalah taman tema inflatable yang sesuai untuk semua umur dan penuh dengan kegembiraan! Lokasinya terletak di Jalan Ampang, tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Di sini, anak-anak boleh rasakan pengalaman bermain dalam dunia inflatable yang warna-warni dan mencabar. Ada pelbagai aktiviti seperti terowong, gelongsor, dan kawasan mendaki, menjadikan pengalaman ini menyeronokkan bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Big Bounce Park merupakan tempat yang sempurna untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan bermain, belajar, dan mengembangkan imaginasi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat dan menikmati keseronokan tanpa had di Big Bounce Park dan dapatkan tiket anda di Klook!

12. District 21

district 21 ioi city mall putrajaya
District 21 IOI City Mall Best Theme Parks In KL
Photo Credit: @frhanem (Instagram)
District 21 IOI City Mall Putrajaya best theme parks in kl
Photo Credit: @masyamohd (Instagram)
Jika anda ingin mencabar adrenalin anda bersama kawan-kawan atau keluarga, terdapat District 21 yang merupakan taman pengembaraan dalam bangunan bertemakan pasca apokaliptik. Terletak di dalam Pusat Membeli-Belah IOI City, atrium seluas 70,000 kaki persegi ini menawarkan 10 tarikan pengembaraan hebat dan cabaran halangan untuk anda lalui.
Cabar diri anda dengan aktiviti memanjat, meluncur, menunggang, melompat, terjun bebas dan terbang. Anda boleh pilih halangan mudah seperti Tubby Ride atau Yoyo Car ke halangan sukar seperti Ninja Warrior dan Roller Glider yang sesuai untuk setiap orang. Uji kehebatan diri anda dengan cabaran-cabaran ini dan hilangkan rasa letih anda dengan bersantai di Pusat Membeli-Belah IOI City selepas berkunjung ke taman tema ini.

13. Jump Street Asia Trampoline Park

Jump Street Trampoline Park KL
Photo Credits: @guibooo
Jump Street Asia Trampoline park best theme park in KL
Photo Credit: @fakh.rul (Instagram)
Jika anda mencari keseronokan untuk melakukan aktiviti bersama kawan-kawan mahupun keluarga, anda boleh ke Jump Street Asia. Jump Street merupakan taman trampolin dalam bangunan pertama di Malaysia yang mempunyai sehingga 17 tarikan berbeza untuk anda alami. Cuba bayangkan trampolin besar, beg udara dan banyak lagi!
Cabar rakan-rakan anda dalam permainan dodgeball atau bola keranjang di atas trampolin dan uji keseimbangan, refleks dan kekuatan anda sambil melompat, memanjat dan belajar helah baru. Tarikan utama tempat ini pastinya lubang busa yang dipenuhi beribu kiub busa lembut!

14. The Bomb Battle

The Bomb Battle KL Theme Park
The Bomb Battle adalah sebuah pengalaman menarik dan unik yang terletak di Berjaya Times Square. Ia adalah permainan misi yang menyeronokkan di mana kumpulan 4 hingga 8 orang akan melalui lima cabaran untuk menguji kecerdasan mereka. Mereka akan terlibat dalam misi menyelamatkan dari serangan dengan menyelesaikan pelbagai cabaran yang unik. Jika berjaya, anda akan menang, tetapi jika tidak, bersedia untuk 'di bom'! Pengalaman ini sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu yang unik dan best untuk dilakukan di Kuala Lumpur, sama ada untuk sambut birthday atau untuk berseronok bersama kawan-kawan. Jadi, kalau anda mencari pengalaman yang tak boleh dilupakan dan penuh cabaran, The Bomb Battle adalah tempatnya!

15. The Parenthood

The Parenthood KL Taman Tema
The Parenthood KL Taman Tema
The Parenthood adalah taman tema yang sempurna untuk anak-anak kecil. Terletak di beberapa lokasi seperti Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, MyTOWN Shopping Centre, dan Melawati Mall, ia menawarkan pengalaman 'edutainment' yang hebat. The Parenthood adalah hub parenting yang menggabungkan hiburan dan pendidikan, dengan taman permainan bertema istana London di dalamnya. Di sini, anak-anak boleh berseronok dengan pelbagai gelongsor, halangan, kolam bola, dan banyak lagi. Ibu bapa boleh ambil peluang ini untuk habiskan masa berkualiti sambil menikmati aktiviti bersama anak-anak mereka. Selain itu, setiap tiket masuk disertakan dengan tiket percuma untuk seorang dewasa. Jadi, dapatkan tiket ke The Parenthood - tempat yang menyeronokkan dan mendidik untuk seisi keluarga!

16. Taman Tema VAR LIVE

VR games at VAR Live date idea in KL
var live mytown shopping centre malaysia kl
Kredit: @thenurbaizura
VAR LIVE Theme Park menawarkan pengalaman realiti maya (VR) yang seronok dan best. Ia adalah taman tema VR terbesar di Malaysia dan terletak di MyTOWN Shopping Centre. Di sini, pengunjung boleh pilih dari 13 tarikan in-house yang menarik seperti Overkill, Crazy Rush, dan Zombie Jail. Taman tema ini menggunakan teknologi canggih seperti teknik penentuan posisi inframerah, konsol bergetar, dan alat peraga untuk ciptakan pengalaman secara menyeluruh. Sama ada anda ingin bermain solo atau bersama kawan-kawan, VAR LIVE menyediakan platform untuk pengalaman bersama yang best. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengalami hari yang penuh keseronokan dan keghairahan di VAR LIVE Theme Park!

17. Taman Burung KL

kl bird park taman tema kl
Kredit: @neadhaniya
kl bird park taman tema kl
Kredit: @nabeelarahim
Taman Burung KL, yang terletak di Kuala Lumpur, adalah sebuah destinasi ekopelancongan yang terkenal dan rumah kepada lebih dari 200 spesies burung yang berbeza. Taman burung ini, yang merangkumi kawasan seluas 21 ekar, adalah salah satu daripada taman burung terbesar di dunia di mana burung-burung boleh terbang bebas. Pengunjung boleh melihat pelbagai spesies burung seperti Kakatua Sulfur-Crested, Bangau Paruh-Kuning, dan Merpati Mahkota, spesies merpati terbesar di dunia. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk sertai aktiviti beri makan burung. Taman ini juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan sehala dari penginapan di pusat bandar Kuala Lumpur ke taman. Jadi, KL Bird Park adalah tarikan yang sempurna bagi peminat burung dan pencinta alam!

18. KF Kiddy Circuit

KF Kiddy Circuit in MyTOWN best kid friendly activity in Kuala Lumpur
KF Kiddy Circuit Ride yang terletak di MyTOWN Shopping Centre di Kuala Lumpur, menawarkan pengalaman lumba go-kart yang unik dan seronok untuk kanak-kanak. Sesi lumba yang menarik ini berlangsung selama kira-kira 10 minit, di mana pengunjung akan rasa keghairahan melalui pelbagai belokan, litar lurus, dan halangan. Keselamatan sangat diutamakan di sini. Kanak-kanak yang tingginya melebihi 1 meter dibenarkan memandu sendiri dan yang lebih kecil boleh nikmati pengalaman bersama orang dewasa. Pengalaman ini sesuai untuk kanak-kanak yang ingin rasa keseronokan berlumba dalam suasana yang selamat dan mesra keluarga. Jadi, KF Kiddy Circuit Ride adalah pilihan tepat bagi keluarga yang mencari pengalaman lumba yang menyeronokkan dan berbeza!

19. Laser Battle

Laser Battle in Klang Valley
Laser Battle yang terletak di Berjaya Times Square dan Tropicana Gardens Mall, menawarkan pengalaman bermain laser tag yang best dan mendebarkan. Di sini, pengunjung boleh memilih dari lebih daripada 55 mod permainan yang berbeza. Dengan peralatan canggih, efek bunyi dan pencahayaan yang menakjubkan, pengalaman ini sama macam dalam filem aksi! Sesi permainan ini sesuai untuk kumpulan kecil atau besar, menjanjikan masa yang menyeronokkan dan penuh aksi bagi sesiapa sahaja yang mencari aktiviti berbeza di Kuala Lumpur. Jadi, bersedia untuk aksi menembak dan strategi dalam dunia laser tag di Laser Battle di Kuala Lumpur!

20. Sunway Sk8te City

Roller blading at Sunway Sk8te City in Sunway Putra Mall
Sunway Sk8te City di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, menawarkan pengalaman bermain roller skate yang seronok dan bergaya! Di sini, pengunjung akan disambut dengan lagu-lagu nostalgia dari era 80-an, lampu neon, dan bola disko yang buat suasana seperti pesta menari! Sesi roller skating ini sesuai untuk semua umur, sama ada anda seorang beginner atau advanced. Anda boleh sewa roller skate dan anda perlu pakai atau bawa stokin sendiri. Bagi mereka yang baru belajar, ada juga bantuan skating untuk disewa. Tempat ini sempurna untuk meluangkan masa yang menyeronokkan dengan keluarga dan kawan-kawan sambil meluncur di atas gelanggang yang bergaya. Jadi, jika anda mencari aktiviti yang menyenangkan dan berbeza di Kuala Lumpur, Sunway Sk8te City adalah pilihan yang tepat!

Aktiviti lain yang sesuai untuk seisi keluarga!

Nak bercuti ke negeri lain?

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu