Panduan Lengkap Taman Tema ESCAPE, Pulau Pinang: Permainan Menyeronokkan, Tiket Diskaun dan Tip Lawatan

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 20 Dis 2023
escape theme park penang longest zip coaster in the world

Tentang ESCAPE Penang

escape penang tickets
Terkenal dengan gelongsor tiub air terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 1,111m, Taman Tema ESCAPE ialah tarikan yang wajib dikunjungi di Pulau Pinang. Taman tema ini dikelilingi keindahan hijau di atas tanah seluah 44 ekar, yang dulunya merupakan kawasan pembinaan terbiar. Ia menawarkan melebihi 30 aktiviti menarik termasuk zip line, gelongsor air, halangan bertali, panjat batu dan banyak lagi - semuanya boleh dinikmati di sini!
escape park penang tickets
escape park penang tickets
Pengasasnya mendapat inspirasi untuk membina taman tema ini kerana terkenangkan memori zaman kanak-kanaknya yang suka memanjat pokok, terjun ke dalam kolam dari atas pokok, dan lumba basikal dengan kawan-kawan. Pengasasnya ingin membina sebuah taman tema yang menjanjikan keseronokan dan pengembaraan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Akhirnya, begitulah terbinanya ESCAPE Penang.

Rancang lawatan anda

escape park penang map
Jom ikut tip kami untuk berseronok di ESCAPE Penang!

Menuju ke ESCAPE

ESCAPE Penang terletak di Teluk Bahang, Georgetown. Ia berdekatan Batu Feringghi dan pusat bandar. Anda boleh menaiki kereta atau bas awam (Rapid Penang 101 dan 102).
  • Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang

Waktu operasi

escape theme park penang
  • Buka setiap Selasa - Ahad, 10 pagi - 6 petang
  • Tutup pada Isnin untuk penyelenggaraan
#KlookTip: Aktiviti di ESCAPE Penang memang banyak, jadi luangkanlah sehari penuh untuk berseronok di sana! Pergi pada waktu pagi dan nikmati tarikan di Dry Park terlebih dahulu kerana ia memerlukan masa yang lebih lama.

Had umur

escape penang tickets
ESCAPE percaya bahawa semua orang boleh berseronok tanpa mengira had umur. Jadi, kebanyakan permainan di taman tema ini direka untuk pelbagai peringkat umur, keupayaan dan tahap tenaga! Kanak-kanak dan orang dewasa berjiwa muda boleh sama-sama berseronok. Namun, ada had ketinggian, berat dan umur untuk tarikan tertentu. Lihat butirannya dibawah!

Harga tiket

Escape theme park penang tickets
Tiket ESCAPE Penang boleh dibeli di kaunter masuk atau secara dalam talian - termasuklah melalui Klook! Nikmati kadar diskaun dan kelebihan tiket bertarikh terbuka (boleh digunakan pada mana-mana hari dalam tempoh sah) jika anda membuat tempahan tiket masuk melalui Klook. Dengan satu harga, anda bebas bermain semua aktiviti dan memasuki semua zon di dalam ESCAPE!
Harga tiket Klook:
  • Tiket masuk Big Kid (13 - 60): RM155
  • Tiket Junior Kid (4 - 12) & Senior (61+): RM103

Pemakaian

escape park penang what to wear
Source: ESCAPE Penang Website
Untuk puas berseronok dengan selesa di ESCAPE, pengunjung perlu memakai pakaian sukan yang longgar, dengan seluar atau seluar pendek! Anda juga diwajibkan memakai kasut bertutup di beberapa kawasan tertentu di dalam taman tema ini (Adventureplay & Gravityplay) atas faktor keselamatan. 
Pakaian yang dicadangkan untuk pengunjung ESCAPE:
  • Seluar pendek atau seluar renang
  • Rashguard atau pakaian luncur air
  • Baju renang
  • Kasut bertutup
Keperluan yang Perlu Dibawa
Pastikan anda membawa semua keperluan untuk berseronok di ESCAPE Penang! Berikut beberapa cadangan untuk anda:
  • Baju renang
  • Topi dan pelindung matahari
  • Tuala
  • Pakaian ganti
  • Pakaian selesa yang sesuai untuk bersukan
  • Ubat nyamuk
  • #KlookTip: Makanan dan minuman dari luar tidak boleh dibawa masuk ke ESCAPE Penang. Anda boleh menyewa loker pada kadar RM10.

Rides To Try At ESCAPE Penang

escape penang tickets
Photo Credit: @fluffywingss
ESCAPE Penang terbahagi kepada dua bahagian utama. Pertama, Adventureplay Park yang menawarkan aktiviti mendebarkan seperti bungee jumping dan memanjat pokok. Kedua, pengunjung boleh bermandi-manda di Waterplay Park. Berikut merupakan tarikan kegemaran kami yang wajib dicuba:

Gelongsor Tiub Air Terpanjang [tarikan utama]

escape park penang tickets
Photo Credit: @matredho88
Terkenal sebagai tarikan utama di ESCAPE Penang, gelongsor tiub air terpanjang di dunia ini adalah sepanjang 1,111m dan dikelilingi keindahan hijau! Untuk berseronok, anda boleh menyusuri gelongsor ini secara berseorangan atau berdua dengan tiub air yang disediakan.
  • Kriteria berat: 40 - 120kg
  • Umur minimum: 4

Zip Coaster Terpanjang di Dunia [tarikan baru]

escape theme park penang longest zip coaster zipline
Photo Credit: ESCAPE Penang
Pada Mei 2022, ESCAPE Penang memperkenalkan satu lagi tarikan utama yang memegang Rekod Dunia Guinness iaitu zip coaster terpanjang di dunia. Panjangnya melebihi 1.1km dan ia menggabungkan elemen roller coaster dan zip line. Sesudah saja anda memakai helmet dan abah-abah (harness), bolehlah anda meredah kehijauan dari atas pokok. 
Selama 6 minit, pengunjung akan merasai pengalaman mendebarkan kerana akan berayun-ayun melalui celahan hutan, sama seperti Tarzan yang berjuntai dari satu pokok ke pokok lain.
  • Kriteria berat: maksimum 90kg
  • Tiada had ketinggian

Cerun Ski Pertama di Malaysia [tarikan baru]

escape penang theme park ski slope dead sea launch
Pada November 2022, ESCAPE Penang melancarkan cerun ski pertama di Malaysia! Walaupun tidak bersalji dan pengunjung tidak perlu memakai jaket musim sejuk, cerun ski kering yang dibina khas ini tetap menjanjikan keseronokan untuk anda bermain ski dan luncur salji. 
Cerun ski sepanjang 302 meter ini mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama sesuai untuk pengunjung yang baru mula belajar kerana kebanyakan cerunnya adalah lurus dan hanya mempunyai satu selekoh mudah. Bahagian kedua pula untuk pemain ski yang lebih berpengalaman atau yang inginkan cabaran. Cerun di sini lebih curam dan selekohnya lebih mencabar. Jadi, janganlah segan silu walaupun anda baru saja belajar!
  • Sesuai untuk pengunjung berumur 4 tahun ke atas (tiada had berat dan ketinggian)

Dead Sea Pool [tarikan baru]

escape penang theme park ski slope dead sea launch
Selain cerun ski barunya, tarikan terbaru di taman tema ini ialah kolam laut mati yang diilhamkan daripada Laut Mati terkenal di Jordan. Tidak seperti kolam yang dipenuhi klorin, kolam laut mati diisi dengan air yang kaya mineral. Ini bukan saja menjanjikan keseronokan, malah turut memberi ketenangan dan baik untuk kesihatan. Kolam laut mati baru di ESCAPE Penang adalah sedalam 4 meter dan diisi dengan air garam yang membolehkan pengunjung terapung secara semulajadi, meskipun tidak tahu berenang.
  • Sesuai untuk pengunjung berumur 4 tahun ke atas (tiada had berat dan ketinggian)

Kite Flyer

escape park penang tickets
Photo Credit: @riniriki
Pernah rasa teringin terbang seperti layang-layang? Kite Flyer boleh memenuhi impian zaman kanak-kanak anda yang teringin terbang tinggi di atas langit. Tetapi, janganlah sangka ia bukan aktiviti mencabar. Pengalamannya bukan biasa-biasa, malah anda mungkin akan ketakutan!
  • Kriteria berat: 20kg - 100kg
  • Tinggi minimum: 1.2m

Tubby Racer

escape penang tickets
Pengunjung boleh merasai pengalaman menuruni gelongsor dengan tiub tubby di Tubby Racer! Kalau anda datang bersama kawan dan keluarga, anda boleh menghubungkan beberapa tiub tubby dan turun bersama-sama. Malah, staf di ESCAPE Penang akan lumurkan minyak pada bahagian bawah tiub anda untuk memaksimumkan kelajuan. Jadi, pastikan anda bertahan sampai ke bawah!
  • Umur minimum: 4
  • Berat maksimum: 120kg

Monkey Business

escape park penang tickets
Pengunjung boleh mencabar diri dengan pelbagai permainan berhalangan di Monkey Business yang mempunyai tiga peringkat! Pastikan anda bijak mengimbangi badan, memanjat dan mencapai ketinggian dalam permainan halangan bertali yang mencabar ini.
  • Berat maksimum: 120kg
  • Tinggi minimum: 1.2m

Banana Flip

escape penang tickets
Nampak saja bentuknya seperti pisang, tapi permainan ini menjanjikan cabaran. Inilah permainan kegemaran para pengunjung di ESCAPE Penang! Pengunjung diminta untuk berdiri di platform di bahagian atas gelongsor. Kemudian, apabila staf mereka menolak tuil, anda akan dihumban menuruni gelongsor. Di penghujung permainan, gelongsor ini akan melengkung ke atas. Jadi, anda akan melambung ke udara sebelum jatuh ke dalam kolam. Sementara itu, anda bolehlah melakukan apa-apa aksi dan bergambar!
  • Umur minimum: 4
  • Berat maksimum: 120kg

Speed Racer

escape park penang tickets
Adakah anda suka bersaing? Jom tentukan siapa pelumba terhebat dalam kumpulan anda dengan permainan ini! Speed Racer menawarkan pengalaman untuk menuruni gelongsor yang berwarna-warni dengan sekelip mata.
  • Berat maksimum: 120kg

Family Twister

Kalau datang bersama keluarga, pastikan anda menaiki permainan ini! Sesuai untuk keluarga atau kawan-kawan, Family Twister mempunyai 3 gelongsor dengan ketinggian berbeza untuk pilihan pengunjung. Malah, anak-anak kecil anda juga boleh berseronok apabila menaiki permainan ini.
  • Tinggi minimum: 1.2m
  • Berat maksimum: 120kg

Lazy River

escape penang tickets
Lazy River tidaklah mencabar, tapi sesuai kalau anda nak berehat selepas penat berayun-ayun dan menaiki gelongsor yang berpusing-pusing! Anda boleh berbaring di atas tiub dan menikmati persekitaran dengan tenang.

Play House

escape park penang tickets
Photo Credit: @tylrrr.t
Dipenuhi dengan gelongsor berwarna-warni dan pistol air, Play House ialah tarikan utama bagi kanak-kanak yang suka bermain air! Malah, permainan ini juga menarik untuk orang dewasa dan sesuai untuk semua peringkat umur. Rasailah pengalaman dijirus air apabila baldi di atas kepala anda dipenuhi air!

Atan's Leap

escape penang tickets
Nak cabar diri anda? Kalau anda teringin mencuba bungee jumping, inilah masanya! Atasi rasa takut pada ketinggian dan lompat dari platform selepas anda mengenakan abah-abah (harness) keselamatan. Nak tutup atau buka mata? Itu pilihan anda!
  • Kriteria berat: 20 - 120kg

Gecko Tower

Uji kekuatan dan stamina anda ketika memanjat menara ini seperti seekor cicak! Menara ini nampak mencabar, tetapi sebenarnya ia tidak terlalu sukar. Abah-abah (harness) untuk permainan ini dilengkapi dengan sistem auto-lilit. Jadi, walaupun cengkaman anda terlepas, keselamatan anda tetap terjamin!
  • Kriteria berat: 20 - 120kg

Kemudahan di ESCAPE Penang

escape park penang tickets
Barangan yang boleh disewa:
  • Loker - RM10
  • Kasut - RM10
  • Tuala - RM9
  • Rash Guard - RM14
  • Baju renang Muslimah - RM10
Kemudahan yang disediakan:
  • Bilik mandi
  • Kios makanan
  • Surau
  • Bilik pertolongan cemas
  • Tandas

Rancang Percutian ke Pulau Pinang dengan Klook

penang trip
Photo Credit: @calvert.wl
Tempah tiket masuk berdiskaun, pengangkutan termasuk pengambilan dari lapangan terbang, kereta sewa, atau sewa kereta persendirian dan pakej hotel melalui Klook! Berikut adalah beberapa tawaran terlaris kami di Pulau Pinang:
Pastikan percutian anda ke Pulau Pinang sempurna:
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu