15 Makanan Halal Terbaik Di Pulau Pinang: Char Kuey Teow, Nasi Kandar, & Laksa Yang Mesra Muslim!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 24 Jul 2023
makanan restoran halal penang pulau pinang

Photo Credits: @grungeee, @bemp777, @myazulkifli

Jom Cari Makanan Halal Di Pulau Pinang!

Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe best halal restaurant in Penang
Photo Credit: @ayunie_smy (Instagram)
Bee Hwa Cafe halal Chinese food in Penang
Photo Credit: @lilylulu_ (Instagram)
Pulau Pinang ialah syurga makanan di Malaysia - daripada makanan gerai Malaysia yang sedap, kepada char kuey teow yang menggiurkan, Pulau Pinang ada semuanya! Tapi dengan pelbagai pilihan enak yang ada di seluruh pulau, mungkin susah untuk kita jumpa makanan mesra Muslim. Jangan risau! Kami dah siasat dan ini dia senarai makanan halal dan restoran terbaik di Pulau Pinang yang anda boleh cuba apabila singgah di sini.

15 Restoran Halal Terbaik Di Pulau Pinang

1. Roti Canai Transfer Road

Roti Canai Transfer Road Family Trip 3D2N Penang Itinerary
Photo Credit: @juneythefoodie (Instagram)
Roti Canai Transfer Road Family Trip 3D2N Penang Itinerary
Photo Credit: @khalwithfood (Instagram)
Gerai roti canai di Jalan Transfer ialah tempat yang selalu disinggah oleh orang tempatan dan pelancong sejak ia dibuka dua dekad lalu. Tak mungkin ada hidangan yang lebih baik daripada makan roti canai dengan kari ayam yang sedap dan pedas di sini sambil minum secawan teh tarik manis. Roti bakar yang dihidangkan dengan telur separuh masak ialah hidangan terbaik untuk bersarapan!
  • Alamat: 110-114, Jalan Transfer, 10050 George Town, Pulau Pinang

2. Nasi Padang Minang Transfer Road

Nasi Padang Minang Kedai Kopi International Hotel best halal food in Penang
Photo Credit: @grungeee (Instagram)
Nasi Padang Minang Transfer Road best halal food in Penang
Photo Credit: @flamingpeanut (Instagram)
Di Jalan Transfer ini, ada satu lagi tempat enak iaitu gerai nasi padang Minang. Terletak di dalam kedai kopi dipanggil Kedai Kopi International Hotel, gerai ini menghidangkan masakan Minang dan nasi kukus gaya Minangkabau Indonesia dari Padang. Ia agak sesak pada waktu makan tengah hari, jadi kami cadangkan untuk anda pergi awal sebelum makanan di sini habis!
  • Alamat: 92, Jalan Transfer, 10050 George Town, Pulau Pinang

3. Deens Maju Nasi Kandar

Deens Maju Nasi Kandar best halal restaurant in Penang
Photo Credit: @byridzuanrahim (Instagram)
Deens Maju Nasi Kandar best halal food in Penang
Photo Credit: @asleenalee (Instagram)
Bersedialah untuk beratur di bawah matahari hanya untuk makan nasi kandar dari Deens Maju, tapi kami janji, ia sangat berbaloi! Kegemaran orang tempatan dan pelancong, restoran ini terkenal dengan nasi kandarnya, hidangan enak yang dibanjiri kari, sambal dan daging. Perkhidmatan di restoran ini juga sangat laju - nasi anda tentu akan sampai dalam sekelip mata dan anda takkan perlu beratur lama.
  • Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

4. Hameed Pata Special Mee Sotong

Hameed Pata Mee Sotong Medan Selera Esplanade best halal food in Penang
Photo Credit: @wen_saja (Instagram)
Hameed Pata Special Mee Sotong best halal food in Penang
Photo Credit: @kakefoodie (Instagram)
Terletak di gerai makan Esplanade Park, gerai Mi Sotong Hameed Pata ialah tempat yang mesti anda singgah untuk mi sotong terbaik di pulau ini. Dengan harga cuma RM5, anda akan dapat sepinggan mi goreng terkenalnya bersama sambal sotong, yang dimasak panas-panas ikut pesanan. Setiap suap rasa manis dan agak pedas, dan ia lebih enak apabila anda menikmatinya dengan air kocak kelapa dari gerai di sebelahnya.
  • Alamat: 5, Esplanade Park, Lebuh Light, 10300 George Town, Pulau Pinang

5. Bee Hwa Cafe

Bee Hwa Cafe halal Chinese food in Penang
Photo Credit: @lilylulu_ (Instagram)
Bee Hwa Cafe halal curry mee in Penang
Photo Credit: @bemp777 (Instagram)
Bee Hwa Cafe halal char kuey teow in Penang
Photo Credit: @khaerollkun (Instagram)
Kalau anda mencari makanan cina halal di Pulau Pinang, Kafe Bee Hwa ialah tempat yang patut dikunjungi. Kopitiam tradisional ini menghidangkan makanan Hainan halal sejak beberapa dekad yang lalu, dan kalau anda mencari mi kari putih, mi udang atau char kuey teow asli Pulau Pinang yang enak, inilah tempat yang anda wajib singgah untuk makan.
  • Alamat: 10, Lebuh Dickens, 10050 George Town, Pulau Pinang

6. Laksa Janggus

 Laksa Janggus Balik Pulau best halal asam laksa in Penang
Photo Credit: @juneythefoodie (Instagram)
 Laksa Janggus Balik Pulau best halal asam laksa in Penang
Photo Credit: @nabilaharon (Instagram)
Singgah sebentar di bahagian barat daya Pulau Pinang dan lawati Balik Pulau, sebuah pekan yang patut anda singgah, dan juga salah satu tempat laksa Melayu terbaik di sini, Laksa Janggus. Ditubuhkan lebih daripada 25 tahun lalu, gerai ini menjadi salah satu pilihan makanan halal paling popular. Setiap mangkuk dipenuhi mi laksa dan kepingan ikan yang enak. Kami juga cadangkan untuk anda cuba pisang goreng di sini juga!
  • Alamat: 338 MK, I, Kampung Perlis, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

7. Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe

Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe best halal food in Penang
Photo Credit: @zafrolrizalmat (Instagram)
Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe best halal restaurant in Penang
Photo Credit: @foodventurer_ (Instagram)
Nasi 7 Benua dari Kafe Koo Boo di Bayan Lepas adalah salah satu hidangan kegemaran kami di pulau ini. Hidangan ini disediakan dengan 7 jenis nasi yang berbeza iaitu nasi putih, nasi tomato, nasi lemak, nasi minyak, nasi lamuni, nasi hujan panas, dan nasi kacang, yang mana akan dihidangkan dengan kari, daging dan sayur. Hidangan yang berwarna-warni ini bukan saja cantik untuk dilihat, tapi sangat sedap juga.
  • Alamat: Jalan Tun Dr Awang, Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

8. Cargas Café Nasi Campur

Cargas Café Nasi Campur best halal food in Penang
Photo Credit: @the_eating_buddies (Instagram)
Cargas Café Nasi Campur best halal restaurant in Penang
Photo Credit: @akmal_akhir (Instagram)
Nasi campur gaya Melayu Kafe Cargas di Bayan Lepas memang salah satu hidangan terbaik di Pulau Pinang, dengan pelbagai hidangan yang dimasak panas-panas. Ia sesak pada waktu siang, jadi kami cadangkan untuk anda tempah tempat duduk dulu sebelum beratur untuk pesan. Cubalah ayam gorengnya (kegemaran ramai!), gulai pari, kari ikan, sambal belacan dan banyak lagi!
  • Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

9. Hameediyah Restaurant

Hameediyah Restaurant best halal food in Penang
Photo Credit: @foodandfootprints (Instagram)
Hameediyah Restaurant Nasi Kandar best halal restaurant in Penang
Photo Credit: @ahmadzufar (Instagram)
Hameediyah Restaurant Nasi Kandar best halal food in Penang
Photo Credit: @bellazahirzain (Instagram)
Restoran Hameediyah tak asing lagi bagi orang tempatan dan juga peminat nasi kandar, terutamanya apabila mereka dah berniaga lebih daripada 100 tahun, menjadikan mereka penjual nasi kandar paling lama di Pulau Pinang dan kekal sebagai yang terbaik! Antara hidangan istimewa yang kami cadangkan untuk anda cuba ialah kari itik, rendang daging, ayam kapitan dan juga kurma kambing.
  • Alamat: 164, Lebuh Campbell, 10100 George Town, Pulau Pinang

10. Kareem Pasembur Rojak

Kareem Pasembur Rojak best halal food in Penang
Photo Credit: @ifa_nomsnoms (Instagram)
Kareem Pasembur Rojak best halal street food in Penang
Photo Credit: @the_fake_photographer93 (Instagram)
Anda peminat pasembur? Singgahlah ke Rojak Pasembur Kareem, sebuah gerai jalanan yang menghidangkan pasembur yang murah, tapi sedap. Anda boleh pesan keropok udang, kek ikan, bebola ikan, sotong dan banyak lagi untuk dinikmati dengan sos buatan sendiri mereka yang pekat dan enak.
  • Alamat: 7, Lebuh Union, 10200 George Town, Pulau Pinang

11. Nasi Melayu Lidiana

Nasi Melayu Lidiana best halal food in Penang
Photo Credit: @sohodp007 (Instagram)
Nasi Melayu Lidiana Masjid Terapung best halal restaurant in Penang
Photo Credit: @leexiwen (Instagram)
Terletak di gerai makan Tanjung Bungah,  Nasi Melayu Lidiana juga dikenali sebagai Nasi Melayu Masjid Terapung kerana gerai ini berada di seberang masjid terapung Pulau Pinang. Bukan sekadar gerai nasi murah biasa, gerai ini juga menghidangkan pelbagai jenis hidangan. Antara hidangan yang anda boleh temui di sini ialah pelbagai jenis ulam, kerabu, ikan goreng, udang, kari dan banyak lagi!
  • Alamat: Medan Selera Tanjung Bungah, Pesiaran Tanjung Bunga, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

12. Restoran Kapitan

Restoran Kapitan tandoori chicken best halal food in Penang
Photo Credit: @leezaramzi (Instagram)
Restoran Kapitan best halal restaurant in Penang
Photo Credit: @bellalunafky (Instagram)
Terletak di Jalan Chulia Pulau Pinang yang sibuk, Restoran Kapitan legenda ini wajib dikunjungi untuk menikmati makanan India Muslim, terutama sekali ayam tandoori. Restoran India halal ini terkenal untuk biryani belanga mereka yang anda boleh nikmati dengan kambing atau ikan, tapi kami cadangkan anda cuba ayam tandoori mereka yang enak.
  • Alamat: 93, Chulia Street, 10200 George Town, Pulau Pinang

13. Lagenda House and Cafe

Lagenda House and Cafe best halal restaurant in Penang
Photo Credit: @jowiepeace (Instagram)
Lagenda House and Cafe best halal Malay food in Penang
Photo Credit: @wardarhmn (Instagram)
Nikmati masakan Melayu dengan sedikit keunikan di Lagenda House dan Cafe. Ditubuhkan sebagai tanda peringatan untuk pemuzik dan pelakon kesayangan Pulau Pinang, P. Ramlee, anda boleh nikmati hidangan tempatan dan yang lain sambil mendengar lagu-lagu nostalgia P. Ramlee yang dimainkan. Antara yang kami cadangkan untuk anda cuba ialah set nasi dengan lauk-pauk unik yang dihidangkan dalam congkak, Gado-Gado Indonesia dan juga Pisang Bakar.
  • Alamat: 2, Campbell Street, Lebuh Carnarvon, 10100 George Town, Pulau Pinang

14. Sup Hameed

Sup Hameed best halal food restaurant in Penang
Photo Credit: @wen_saja (Instagram)
Sup Hameed best halal food in Penang
Photo Credit: @myazulkifli (Instagram)
Kenyangkan perut anda dengan semangkuk sup di Sup Hameed, tempat makan halal kecil di Pulau Pinang ini terkenal dengan supnya. Restoran ini adalah tempat singgah terbaik untuk hidangan pantas - setiap mangkuk sup di sini dihidangkan dengan dua keping roti lembut. Bagi menu sup, ada banyak jenis yang ditawarkan, daripada sup ekor lembu atau sup lidah lembu, kepada sup ayam atau burung.
  • Alamat: 48, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang

15. Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi Kandar Kampung Melayu best halal restaurant in Penang
Photo Credit: @happy_little_tummy (Instagram)
Nasi Kandar Kampung Melayu best halal food in Penang
Photo Credit: @autentico_studio (Instagram)
Terletak di tingkat bawah flat kos rendah di Ayer Itam, anda patut cuba Nasi Kandar Melayu kalau anda mahukan tempat lain yang menawarkan nasi kandar di Pulau Pinang. Tempat makan Muslim ini mungkin tak dikenali oleh ramai orang Malaysia, tapi ia tempat kegemaran bagi penduduk Pulau Pinang. Bahan-bahan mereka disediakan dari awal dan dimasak pada hari yang sama - kami cadangkan anda cuba ayam goreng dan kari sotong bersama bendi untuk dimakan dengan nasi.
  • Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Dapatkan Tawaran Hidangan Di Pulau Pinang

Rancang Pelancongan Penang Anda Bersama Klook

Lebih Banyak Inspirasi Pelancongan Penang