27 Tempat Menarik Di Melaka: Taman Tema Air, Tarikan Istimewa & Makanan Halal Yang Best!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 24 Jul 2023
blogheader - tempat menarik di melaka

Photo Credit: @bellezzasofia (left)

Aktiviti & tempat menarik di Melaka

Cendol Kampung Hulu best place to eat in Melaka
Photo Credit: @fathinsafiah (Instagram)
Korang bukan rakyat Malaysia sebenar kalau belum pernah ke Melaka untuk nikmati makanan yang sedap. Kota Warisan Dunia UNESCO yang menarik dan tak jauh dari Kuala Lumpur ini penuh dengan sejarah, budaya, bangunan kolonial, mercu tanda purba, tarikan mesra keluarga dan makanan yang enak! 😋🍴 Kalau anda fikir Melaka cuma ada bebola nasi ayam dan sate celup, anda silap! Ini senarai tempat makan terbaik, apa yang ada dan boleh dibuat di Melaka. Jom rancang percutian anda!

Tempat yang wajib dikunjungi di Melaka

1. Dutch Square

Melaka Dutch Square
Photo Credits: @chaewonxz
Melaka Dutch Square
Photo Credits: @erniebernie
Dutch Square Melaka sememangnya salah satu tarikan paling ikonik di kota bersejarah ini. Tempat ini mempunyai bangunan-bangunan merah kolonial Belanda yang dibina antara tahun 1660 dan 1700 - anda boleh temui bangunan Stadthuys (dikenali sebagai bangunan Belanda paling tua yang wujud di Timur), Gereja Christ dan menara jam ikonik Melaka di sini. Anda boleh bergambar dengan latar belakang yang cantik di sini!

2. Sungai Melaka

Melaka River Trip
Photo Credits: @barelynineties
Melaka River Cruise
Photo Credits: @irwana.naqiyah
Seterusnya, singgahlah ke Sungai Melaka yang mengalir melalui kota ini dan sebab kenapa Melaka digelar “Venice Timur” pada masa dahulu. Sekarang, ia dikelilingi kedai-kedai kecil, rumah, kafe, restoran dan bangunan bersama lukisan dan seni jalanan. Naiklah River Cruise untuk menikmati pemandangan sungai yang indah atau makan angin di sungai ini.

3. St. Paul's Church

best things to do in melaka st paul's church
Photo Credit: @destiny_yii
Terletak di peninggalan Kubu A’Famosa di puncak Bukit St. Paul, Gereja St. Paul adalah satu lagi bangunan bersejarah ikonik yang anda wajib kunjungi. Asalnya dibina pada tahun 1521, ia tempat yang menarik untuk dikunjungi jika anda boleh mendaki tangga yang curam. Anda akan dapat melihat pemandangan indah kota ini apabila anda sampai di puncaknya!

4. Taman Air A'Famosa

melaka a'famosa water park
A'Famosa Water Park Melaka
Photo Credits: @ashraf_suhaimi
Bercuti di Melaka bersama kawan-kawan dan keluarga? Anda wajib singgah ke Taman Air A'Famosa! Taman air ini pasti takkan membosankan bagi orang dewasa mahupun kanak-kanak. Berseronoklah dengan 11 permainan dan tarikan yang menarik di sini, daripada kolam permainan kepada gelongsor air yang berliku-liku, taman permainan air untuk si kecil dan banyak lagi.

5. A'Famosa Safari Wonderland

best things to do in melaka a'famosa safari wonderland zoo
Photo Credit: @zhenyinggg_
best things to do in melaka a'famosa safari wonderland zoo
Photo Credit: @maicinanui
Jika anda seorang pencinta haiwan, singgahlah ke A'Famosa Safari Wonderland, juga terletak di dalam Resort A’Famosa. Dekati zirafah, harimau, flamingo, monyet, tupai dan banyak lagi di zoo gaya safari yang luas ini! Selain daripada ada pelbagai jenis haiwan di sini, jadual harian safari ini penuh dengan pelbagai persembahan haiwan, waktu memberi makan dan persembahan yang menarik. Bagi mereka yang bercuti dengan keluarga dan anak-anak, anda wajib kunjungi zoo ini.

6. Menara Taming Sari

menara taming sari melaka
Photo Credit: @abeymuizz
Anda mahukan pemandangan panoramik kota bersejarah dari puncak? Jom ke kabin kaca dan naik ke puncak Menara Taming Sari, sebuah menara giro ikonik dengan balai cerap berputar di ketinggian 110m. Anda boleh melihat pemandangan kota ini secara 360 darjah dan tempat-tempat ikonik seperti Pulau Melaka, Muzium Samudera, Sungai Melaka dan banyak lagi dari puncak ini.

7. Jonker Street

Jonker Walk Melaka
Photo Credits: @christinetaaay
Juga dikenali sebagai Jonker Walk, Jonker Street adalah pusat kota Melaka yang menempatkan mercu tanda yang indah, rumah-rumah yang cantik, muzium, bangunan keagamaan, kedai unik (di mana anda boleh membeli barang antik, perhiasan, cenderamata, snek dan banyak lagi!), kafe dan banyak lagi. Bersedialah untuk terokai semua yang ada di sini.

8. Mamee Jonker House

best things to do in melaka jonker walk mamee house
Photo Credit: @hello.happy.cheers
best things to do in melaka jonker walk mamee house
Photo Credit: @hello.happy.cheers
melaka mamee jonker house workshop
melaka mamee jonker house workshop
Sambil anda terokai Jonker Street, anda mungkin akan temui Mamee Jonker House dengan bangunan berwarna kuningnya dan papan tanda Mamee yang besar. Mamee Jonker House adalah sebuah tarikan mesra keluarga di kawasan ini - bangunan ini terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk kafe, muzium kecil, sudut di mana anda boleh membeli buah tangan Mamee dan cenderamata, begitu juga dapur yang menawarkan bengkel guna tangan dan peluang untuk anda cipta mi cawan Mamee anda sendiri!

9. Baba & Nyonya Heritage Museum

best things to do in melaka baba nyonya heritage museum
Photo Credit: @wanderchu
Muzium Warisan Baba & Nyonya yang cantik ini adalah salah satu rumah Peranakan Pra-Perang Dunia Kedua di Melaka. Terletak berdekatan dengan Jonker Street, bangunan ini adalah kediaman kepada empat generasi keluarga tempatan dan kini dijadikan muzium rumah. Beli saja tiket masuk atau tempah lawatan anda supaya anda boleh melihat jubin lukisan tangan, perabot klasik dan artifak yang pasti akan membawa anda kembali ke zaman dahulu.

10. Pasar Malam Jonker Walk

best things to do in melaka jonker walk night market
Photo Credit: @santan_irl
Percutian ke Melaka anda takkan lengkap jika anda tak singgah ke Pasar Malam Jonker Walk yang ikonik ini. Dibuka hanya pada hari Jumaat dan Sabtu, di sini, anda boleh membeli macam-macam daripada makanan yang enak, kepada barang antik dan cenderamata yang menawan. Nikmati popiah nyonya, telur burung puyuh dan aiskrim goreng sambil anda berjalan-jalan di sini!

11. The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower Melaka
The Shore Sky Tower Melaka
Jom mendaki setinggi 163 meter dan melihat pemandangan panoramik Melaka dari dek balai cerap terbuka di puncak The Shore Sky Tower! Ia tak sesuai bagi mereka yang lemah jantung -  tapi bagi mereka yang tak takut tinggi, pasti anda suka dek langit lantai kacanya. Kami cadangkan anda datang pada waktu petang untuk saksikan matahari terbenam yang indah dari puncak ini - anda juga boleh melihat suasana kota dengan cahaya lampu yang indah.

12. Pantai Klebang

Pantai Klebang Melaka
Photo Credits: @serene.cy
Pantai Klebang Beach Melaka
Photo Credits: @eerickc
15 minit dari kota Melaka, anda boleh sampai ke Pantai Klebang di mana anda boleh merasai bayu laut. Pantai Klebang selalunya penuh dengan aktiviti di petang hari di mana penduduk tempatan dan pelancong selalu bermain layang-layang, berkelah dan nikmati pencuci mulut sambil melihat matahari terbenam. Anda juga boleh temui Padang Pasir Pantai Klebang, tempat unik yang pernah tular dengan bukit pasir yang kelihatan seperti padang pasir.

13. Masjid Selat Melaka

Melaka Straits Floating Mosque best things to do in melaka
Photo Credit: @droneninja_
Juga dikenali sebagai Masjid Terapung Selat Melaka, Masjid Selat Melaka dibina di atas laut dan sangat indah pada waktu pagi atau pada waktu senja. Walaupun ia terletak tak jauh dari pusat bandar, anda perlu singgah untuk melihat pemandangan di sini selepas letih berjalan-jalan di Melaka. Pengunjung dibenarkan masuk, tapi anda perlu berpakaian sopan - selendang juga boleh disewa di sini jika diperlukan.

14. Skytrex Adventure Melaka

best things to do in melaka Skytrex Adventure Melaka
Photo Credit: @halloolyna
best things to do in melaka Skytrex Adventure Melaka
Photo Credit: @syafirah.ira
Anda mahu bebaskan adrenalin dan berpeluh semasa bercuti? Anda boleh ke Skytrex Adventure Melaka, sebuah taman pengembaraan yang penuh dengan cabaran termasuk Skybike pertama di Malaysia, Buaian Terjun Lelabah Tarzan, luncur keluang dan banyak lagi! Anda boleh memilih tahap kesukaran yang sesuai untuk semua peringkat usia dan tahap stamina, walaupun untuk kanak-kanak. Aktiviti ini sesuai untuk percutian beramai-ramai bersama kawan-kawan atau keluarga.

15. Bayou Lagoon Water Park

best things to do in melaka Bayou Lagoon Water Park
Photo Credit: @ryffremy92
Satu lagi taman air di Melaka! Taman Air Bayou Lagoon terletak di dalam Resort Taman Bayou Lagoon dan menawarkan permainan basah dan kering yang sesuai untuk berseronok bersama kawan-kawan atau keluarga. Yang seronoknya? Tiketnya sangat berpatutan dan boleh dapat diskaun di Klook, jadi kalau anda nak bermain air, bawalah anak-anak anda ke sini.
Tip Klook: Taman Air Bayou Lagoon agak kecil - sebagai alternatif, anda boleh ke Taman Air A'Famosa atau Taman Tema Air Wonderland Melaka untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan.

16. Rumah Terbalik Melaka

best things to do in melaka Upside Down House Melaka
Photo Credit: @_ainaliya_
best things to do in melaka Upside Down House Melaka
Photo Credit: @_ainaliya_
Rumah Terbalik Melaka adalah rumah moden Malaysia versi terbalik. Dibina oleh seorang pengarah dengan pengalaman 10 tahun dalam industri, tarikan mesra keluarga ini terletak dalam rumah kedai dua tingkat dan pasti akan buat anda kagum dengan hiasan saiz besar terbaliknya dalam beberapa suasana. Bersedialah untuk berseronok dan bergambar sambil menerokainya. Jangan lupa tempah tiket anda di Klook untuk nikmati harga diskaun!

Makanan Halal, Kafe & Restoran Terbaik Di Melaka

Tip Klook: Jika anda mencari makanan halal di Melaka, anda boleh baca artikel restoran Halal terbaik di Melaka di sini.

17. Tan Kim Hock Product Centre

Tan Kim Hock Durian Cendol Melaka
Photo Credits: @sherlintiew
Sebelum mengakhiri lawatan, kunjungi Tan Kim Hock Product Centre untuk mendapatkan cenderahati anda! Kedai yang menakjubkan ini menawarkan lebih 100 produk makanan tempatan dan merupakan tempat beli-belah yang popular bagi penduduk tempatan dan pelancong. Anda akan mendapati deretan barangan yang bersusun tinggi dengan barangan seperti berkotak-kotak dodol durian, gula kelapa, gula melaka, cencaluk, sambal ikan bilis dan banyak lagi. Jika anda penggemar durian, pergilah ke gerai cendol durian yang berada betul-betul di luar kawasan beli-belah untuk nikmati semangkuk cendol segar dengan hiasan ketulan kacang merah dan pes durian yang banyak.

18. Cendol Kampung Hulu

Cendol Kampung Hulu best place to eat in Melaka
Photo Credit: @bellezzasofia (Instagram)
Cendol Kampung Hulu best place to eat in Melaka
Photo Credit: @fathinsafiah (Instagram)
Cendol Kampung Hulu best place to eat in Melaka
Photo Credit: @matagraphyy (Instagram)
Anda inginkan pencuci mulut selepas penat berjalan-jalan? Singgahlah ke Cendol Kampung Hulu, sebuah gerai kecil yang menghidangkan cendol terbaik di kota ini. Terletak di sebelah sungai, gerai ini menawarkan cendol segar dalam kawasan terbuka. Anda boleh pilih hias atas cendol anda seperti aiskrim kelapa, kiub mangga, buah naga, longan mahupun durian.

19. The Daily Fix Cafe

The Daily Fix Cafe best cafe in Melaka
Photo Credit: @ssarahchy (Instagram)
The Daily Fix Cafe best place to eat in Melaka
Photo credit: @l20_jh (Instagram)
The Daily Fix Cafe best cafe in Melaka
Photo Credit: @ssarahchy (Instagram)
The Daily Fix Cafe best place to eat in Melaka
Photo credit: @be.like.erin (Instagram)
The Daily Fix ialah salah satu kafe yang paling digemari di Melaka, terkenal dengan penkek pandan yang lazat! Kafe kecil yang menawan ini memiliki suasana selesa dan terletak di rumah kedai vintaj dua tingkat yang dibina pada tahun 1800-an. Rasailah kelazatan penkek pandan gebu dengan gula melaka di sini. Kafe ini juga menyajikan pelbagai jenis kek, pasta, kopi, teh dan banyak lagi

20. Klebang Original Coconut Shake

Klebang Original Coconut Shake Melaka
Photo Credits: @minnyminhwa
Kalau anda sukakan kelapa kocak, pastikan anda singgah ke gerai Klebang Original Coconut Shake yang terletak berdekatan dengan Pantai Klebang. Gerai kecil ini dikenali sebagai salah satu tempat makan terbaik di Melaka yang menawarkan susu kocak kelapa (bersama aiskrim vanila) yang sempurna untuk hilangkan rasa panas dan dahaga anda. Selain daripada susu kocak kelapa, anda juga boleh nikmati kuih seperti keropok lekor dan karipap, begitu juga nasi lemak, bee hoon goreng dan ayam goreng.

21. Pampas Sky Dining Steakhouse

Pampas Sky Dining Steakhouse best place to eat in Melaka
Photo Credit: @mwrbaharudin (Instagram)
Pampas Sky Dining Steakhouse best restaurant in Melaka
Photo Credit: @tzemay22 (Instagram)
Pampas Sky Dining Steakhouse best restaurant in Melaka
Photo Credit: @__.kiys (Instagram)
Pampas Sky Dining Steakhouse best place to eat in Melaka
Photo Credit: @benjamin_boy29 (Instagram)
Alami pengalaman menjamu selera di Melaka, di Pampas Sky Dining Steakhouse. Dengan pemandangan kota bersejarah secara 360 darjah, ia tempat yang sempurna untuk meraikan majlis istimewa sambil menikmati makan malam mewah. Dengan bayaran tambahan, anda boleh minta meja anda dihiasi untuk meraikan majlis istimewa anda! Antara hidangan yang kami cadangkan anda cuba adalah Gambas, Roulade Salmon Salai bersama Sos Kari Berkrim dan stik istimewa gaya Pampas mereka.

22. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball best restaurant in Melaka
Photo Credit: @nurulnabihanazmi (Instagram)
Ee Ji Ban Chicken Rice Ball best place to eat in Melaka
Photo Credit: @ilham02lavender (Instagram)
Percutian anda ke Melaka pasti tak lengkap tanpa menikmati bebola nasi ayam ikonik kota ini! Ia bukan saja seronok untuk dimakan, tapi sangat enak juga. Bebola nasi ayam boleh ditemui di seluruh Melaka, tapi kegemaran ramai dan yang kami paling cadangkan untuk anda cuba adalah bebola nasi ayam Ee Ji Ban. Selain daripada nasi ayam yang terkenal, mereka juga menawarkan hidangan Nyonya lain seperti sambal petai, telur dadar cincalok, asam pedas dan banyak lagi.

23. Jonker 88

Sebuah restoran vintaj yang terletak di Jalan Hang Jebat yang sibuk, kopitiam ini adalah gabungan zaman moden dan zaman dahulu. Anda boleh temui hidangan tempatan di Jonker 88, termasuk laksa dan cendol. Anda boleh mula dengan Laksa Nyonya terkenal mereka dan sejukkan badan dengan semangkuk cendol. Mereka juga menawarkan pelbagai jenis cendol di sini!

24. Restoran Seri Nyonya

Salah satu restoran Peranakan dengan sijil halal yang ada di Melaka, Restoran Seri Nyonya di Hotel Equatorial telah wujud sejak berabad lamanya. Nikmati hidangan enak seperti Sup Hee Peow, Ayam Pongteh dan Chap Chye Nyonya dalam suasana hotel 5 bintang. Dengan keaslian hidangannya, anda pasti berpuas hati apabila menjamu selera di restoran ini.

25. Kedai Kopi Chung Wah

Chicken Rice Balls Melaka
Photo Credits: @suh_ddong
Berikut adalah tempat kedua anda boleh menikmati bebola nasi ayam. Kedai Kopi Chung Wah ialah sebuah kedai kopi yang menghidangkan bebola nasi ayam yang lazat selama bertahun-tahun - anda akan sentiasa nampak barisan yang panjang, jadi pastikan anda datang lebih awal daripada orang ramai. Sebaik sahaja anda duduk, nikmati bebola nasi yang lembut, ayam kukus yang lembut dan secawan jus plum masam yang menyegarkan!

26. Baba Charlie Nyonya Cake

Baba Charlie Nyonya Cake melaka must visits
Photo Credit: @ihaveneondreams
Baba Charlie Nyonya Cake melaka must visits
Photo Credit: @ihaveneondreams
Baba Charlie Nyonya Cake melaka must visits
Photo Credit: @mightyfoodie
Jangan pulang dari Melaka tanpa merasai kuih Nyonya asli! Tempat terbaik untuk mendapatkannya ialah Baba Charlie Nyonya Cake, sebuah perniagaan kendalian keluarga yang telah beroperasi sejak 1988. Bersedia dengan kejutan pelbagai pilihan kuih-muih daripada kuih lapis berwarna-warni hingga ke kuih chang Nyonya yang sedap, rempah udang yang enak, onde-onde yang lazat dan banyak lagi. Selain kuih-muih, kawasan kafe juga tersedia di sini dan anda boleh menikmati hidangan lazat seperti rendang ayam, nasi lemak, laksa kari Nyonya, popia dan banyak lagi.

27. The Stolen Cup

The Stolen Cup best cafe in Melaka
Photo Credit: @aneeseariena (Instagram)
The Stolen Cup best cafe in Melaka
Photo Credit: @faeznajmuddin (Instagram)
The Stolen Cup best place to eat in Melaka
Photo Credit: @thestolencup (Instagram)
Kafe dengan ruang dalaman berkonsep desa ini dipenuhi dengan meja kayu dan tanaman pasu. The Stolen Cup ialah tempat yang sesuai untuk melarikan diri daripada hiruk-pikuk bandar sambil merehatkan kaki anda. Kafe ini menyajikan pelbagai jenis minuman, pastri (croissant kuning telur masinnya cukup sedap!), pencuci mulut dan hidangan utama - tetapi keistimewaan dalam senarai itu pastinya Signature Gula Melaka Latte.

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu