13 Tempat Berkhemah Dan Glamping Yang Unik Dan Cantik Di Malaysia

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 24 Jul 2023
tapak perkhemahan camping glamping malaysia

Photo Credits: @j.jainis (left)

Tempat-tempat menarik untuk berkhemah di Malaysia!

Dusun Bonda Camping Malaysia
Photo Credits: @sarahmahadi
glamz genting malaysia glamping promo
Photo Credits: @s.hajarrr
Nak hirup udara segar dan pengembaraan alam semula jadi? Malaysia ada banyak landskap semula jadi dan hutan tropika yang indah untuk diterokai. Kami senaraikan tempat-tempat berkhemah dan glamping di Malaysia yang mana anda boleh berkhemah sambil melihat bintang-bintang yang berkelipan. Anda juga boleh bermalam di resort mesra alam yang dikelilingi oleh alam semula jadi. Yang seronoknya, kebanyakan tempat-tempat ini kurang daripada 2 jam dari KL! 🚙

Tempat camping dan glamping yang best di Malaysia

1. Tiarasa Escapes, Janda Baik

Tiarasa Escapes Janda Baik Glamping Malaysia
Photo Credits: @tiarasaescapes (Instagram)
Tiarasa Escapes Glamping Janda Baik Malaysia
Photo Credits: @mimalyahya
Jarak dari KL: 45 minit
Tiarasa Escapes ialah tapak glamping indah yang terletak di kaki bukit Janda Baik yang mempunyai khemah-khemah dan vila-vila berbumbung gaya safari. Bersantailah sambil dikelilingi alam semula jadi di tempat indah ini! Tapak glamping ini penuh dengan beranda luas, perabot-perabot kepuakan, teepee, buaian dan kolam renang yang cantik. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah melihat burung, melihat bintang-bintang, berkebun, berenang, berkelah dan banyak lagi.

2. Lolo Mike's Eco Farm, Kerling

Lolo Mike's Eco Farm selangor
Lolo Mike's Eco Farm selangor
Lolo Mike's Eco Farm selangor
nature retreat lolo mike's eco farm kl selangor staycation camping
Photo Credit: @jirontan
Jarak dari KL: 1 jam
Lolo Mike’s Eco Farm ialah padang kehijauan yang tak ramai tahu - ladang mesra alam 15 ekar di Hulu Selangor ini menawarkan pengalaman alam semula jadi yang lain daripada yang lain. Hirup udara segar semasa bermalam di rumah ladang, chalet desa atau khemah dan penuhi hari anda dengan aktiviti-aktiviti seperti bercucuk tanam, menuai, menoreh getah, merakit buluh, meluncur keluang dan mendekati ayam, itik dan ikan!
Sertakan Lolo Mike's Eco Farm ke dalam senarai anda kalau anda mahukan percutian yang unik bersama keluarga dan kawan-kawan - ladang ini mempunyai chalet yang boleh memuatkan 5 orang serta banglo yang boleh memuatkan sehingga 24 orang.

3. The Rubber Escape, Melaka

rubber escape nature retreat melaka
Photo Credit: @therubberescape
rubber escape nature retreat melaka
Photo Credit: @yunxii4134
rubber escape nature retreat melaka
Photo Credit: @kyoikillers
Jarak dari KL: 2 jam
Terletak di ladang getah, The Rubber Escape ialah lokasi tersembunyi yang terletak cuma 30 minit dari pusat bandar Melaka. Kawasan tenang ini menjanjikan ketenangan dan suasana romantik. Oleh sebab unit di Rubber Escape ini sedikit, tetamu boleh nikmati privasi dan ruang sendiri - bilik-bilik di sini mempunyai patio peribadi yang memperlihatkan pokok-pokok getah dan kolam renang infiniti yang dikelilingi kehijauan!
Percutian ini menawarkan aktiviti-aktiviti menyeronokkan daripada tempat karaoke kepada permainan papan dan kad, memanah tahap junior dan banyak lagi. Ia turut menawarkan basikal untuk anda bersiar-siar di sekeliling ladang ini!

4. Glamz @ Genting

glamz genting
Photo Credits: @eneffel
Glamz At Genting
Photo Credits: @athenabenana
glamz genting malaysia glamping promo
Photo Credits: @s.hajarrr
Jarak dari KL: 45 minit
Nikmati kabus di Glamz, rumah gaya glamping yang terletak 28 minit dari Genting Highlands. Tempat penginapan di khemah loceng atau kubah cantik bersama jakuzi peribadi! Ia penuh dengan hiasan lampu dan khemah putih yang sempurna untuk anda bergambar. Tempah penginapan anda di Klook pada harga dari RM253 semalam - pilih antara Khemah Loceng, Bilik Kubah, Kubah Keluarga atau Kubah VIP!

5. Sea Horizon Resort, Johor

Sea Horizon Glamping Suite Johor Kota Tinggi
Photo Credits: @sanddnas
Sea Horizon Glamping Suite Johor Kota Tinggi
Photo Credits: @chon9wei
Sempurna untuk percutian hujung minggu, Sea Horizon Resort ialah resort glamping romantik yang dibina di tebing bukit dengan pemandangan Lautan China Selatan. Alami keindahan kampung nelayan Sedili Besar di Johor - mereka di sebalik resort ini mendapat inspirasi daripada penduduk tempatan dan budaya serta seni bina di sekelilingnya dan membina tempat yang mempamerkan semangat pelaut.

6. The Sticks, Kuala Kubu Bharu

The Sticks Glamping Camping Malaysia
Photo Credits: @aiaiwong
the sticks kuala kubu bharu
Photo Credit: @anis.khairina
the sticks kuala kubu bharu
Jarak dari KL: 1 jam & 20 minit
Terletak di hutan hujan Kuala Kubu Bharu, The Sticks ialah resort hutan mesra alam yang tersembunyi. Untuk ke resort ini pun satu pengembaraan - anda perlu mendaki laluan hutan sepanjang 10 minit dan menyeberang jambatan gantung di atas sungai cetek! Anda boleh bermalam di tendok (gabungan khemah dan pondok) desa yang selesa, nikmati hidangan masakan di rumah dan lakukan aktiviti-aktiviti seperti berjalan di laluan hutan (terdapat banyak laluan untuk tahap stamina dan usia yang berbeza!), berakit air deras, luncur udara atau berenang.

7. Gopeng Glamping Park, Gopeng

gopeng glamping park staycation malaysia
Photo Credits: @gopengglampingpark
Gopeng Glamping Park
Gopeng Glamping Park Staycation
Photo Credits: @apihassan
Jarak dari KL: 2 jam
Nak tidur di dalam khemah sambil ditemani bintang-bintang di langit, dikelilingi bukit bukau, sungai, gua dan hutan yang lebat? Terletak di bandar bersejarah Gopeng, Perak, Taman Glamping Gopeng ialah tempat percutian hujung minggu yang sempurna untuk bersantai bersama kawan-kawan, keluarga, mahupun pasangan anda. Tapak glamping ini biasa saja, tapi dibina untuk keselesaan dan bersantai walaupun ia ringkas. Yang bagusnya, Ipoh cuma sejauh 30 minit dari sini!

8. Lost World Of Tambun, Ipoh

Lost World Of Tambun Floating Chalet Glamping Malaysia Ipoh
Photo Credits: @sunwaylostworldoftambun
Sunway Lost World Of Tambun
Photo Credits: @nraliyana__
Jarak dari KL: 2 jam & 20 minit
Terletak cuma 2 jam dari KL, Lost World Of Tambun ialah taman tema yang dikelilingi hutan tropika tebal, mata air panas semula jadi dan bukit batu kapur yang berusia 400 juta tahun. Anda boleh bermalam di khemah glamping atau chalet terapung berhawa dingin cantik yang terletak di taman ini! Pakej termasuk bufet sarapan dan pas masuk ke 88 tarikan di dalam taman.

9. Dusun Bonda, Batang Kali

Dusun Bonda Camping Glamping Malaysia
Photo Credits: @azruljantan & @dusan_bonda | Model: @gloriamemar
Dusun Bonda Camping Glamping Malaysia
Photo Credits: @christine_wen
Dusun Bonda Camping Malaysia
Photo Credits: @sarahmahadi
Jarak dari KL: 1 jam
Dusun Bonda ialah tapak glamping yang terletak di dusun buah-buahan! Inspirasi daripada kasih sayang seorang ibu (sebab itulah ia dipanggil bonda!), tempat ini sempurna untuk bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga - meluangkan masa bersama orang tersayang sambil dikelilingi hutan tropika. Tapak perkhemahan ini menawarkan aktiviti-aktiviti mesra kanak-kanak dan pelbagai kemudahan rekreasi termasuklah laluan mendaki, mandian mata air panas, kolam renang dan banyak lagi.

10. Royal Belum State Park, Perak

Belum Rainforest Resort
Photo Credits: @faisalmaps
Belum Rainforest Resort
Photo Credits: @tarapapa_
Lari sebentar daripada kesibukan bandar dan jom menikmati alam semula jadi di Taman Negeri Royal Belum (Royal Selangor State Park). Nyalakan unggun api di bawah bintang-bintang dan berjalan melalui hutan luas di mana anda mungkin dapat tengok bunga Rafflesia, kalau anda bertuah.

11. Time Capsule Retreat, Pahang

time capsule retreat pahang sungai lembing
Photo Credits: @nickcheong11
Jarak dari KL: 3 jam
Anda mungkin pernah melihat gambar Time Capsule Retreat Pahang di media sosial - kawasan tenang ini menawarkan ruang yang luas dan privasi yang anda perlukan semasa percutian untuk mendekati alam semula jadi. Unit-unit kapsul di sini dikelilingi hutan lebat dan menggabungkan alam semula jadi dan kemewahan bandar secara unik (dengan katil dan bandar menawan yang terletak cuma sejauh 5 minit!).

12. Umea Glam Kundasang, Sabah

umea glam kundasang glamping camping sabah
umea glam kundasang glamping camping sabah
Photo Credits: @ted.shuttersnap
Dibuka pada tahun lepas, Umea Glam Kundasang ialah tempat glamping cantik yang dikelilingi pemandangan lembah-lembah, pokok-pokok dan gunung-ganang di Sabah. 4 unit gaya kubah di sini dipenuhi perabot desa dan selesa termasuk karpet dewangga, lantai kayu, kerusi-kerusi yang selesa dan katil. Selak langsir untuk pemandangan lembah di depan mata anda! Kalau anda merancang nak ke Sabah, jangan lupa lawati tempat ini.

13. Tadom Hill Resort, Banting, Selangor

Tadom Hill Resort Camping Malaysia
Photo Credits: @syafiqahhashimxoxo
tadom hill resorts
Photo Credit: @tadomhillresorts
Jarak dari KL: 45 minit
Terletak cuma 45 minit dari pusat bandar KL, Tadom Hill Resort ialah resort inspirasi buluh seluas 45 ekar dengan pemandangan tropika yang indah. Resort ini hampir seluruh daripadanya dibina daripada bahan buluh dan dikelilingi tebing batu kapur yang cantik, tasik jernih dan hutan lebat. Penuhi percutian anda dengan beberapa aktiviti darat dan air seperti bola tampar pantai, berenang, ATV, luncur keluang dan banyak lagi.

Diskaun sehingga 8% dengan Joyful Escape! 🚙🏝

Joyful Escape 2023
Joyful Escape 2023 holiday cheatsheet
Joyful Escape 2023 flash deals
Korang sedang merancang percutian atau last minute short getaway minggu ini? Sekarang ada promosi Joyful Escape 🚙 di Klook! Anda boleh nikmati diskaun sehingga 8% untuk tempahan semua aktiviti. Dari destinasi terkenal dan taman tema hingga hotel dan perkhidmatan sewa kereta. Pastikan anda ikut kalendar di atas untuk rancang percutian anda dengan baik! Selain itu, anda juga boleh dapatkan tawaran istimewa beli satu percuma satu bagi empat aktiviti ini semasa tempoh promosi! 🤩

✨ Inspirasi percutian anda! ✨


Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu