13 Hotel Terbaik di KL & Selangor: Hotel Yang Best, Unik, Lawa, Dan Mesra Keluarga

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 24 Jul 2023
hotel terbaik di kl

Photo Credits: @malyyhh, @syhrahazi, @myazulkifli

Jom cuti di hotel yang best di KL 🛏️

mandarin oriental hotel kl breakfast in room
Photo Credit: @malyyhh
Rasa bosan terperap di rumah? Kami ada beberapa senarai tempat penginapan di Lembah Klang, sempurna untuk percutian singkat jika anda inginkan pemandangan mahupun suasana baru. Anda tak perlu keluar dari KL untuk ke hotel-hotel ini!

Hotel terbaik di KL & Selangor

1. KLoe Hotel

kloe hotel kl
Photo Credit: @ainey_rashid
Kloe Hotel KL Staycation Malaysia
Photo Credits: @kloehotel
kloe hotel kl
Photo Credit: @djhuimin
kloe hotel kl boutique hotel staycation
KLoe Hotel ialah hotel yang baru dibuka pada Februari 2020. Hotel butik ini dikelilingi kehijauan, ruang luas, teres matahari, kolam renang dalam bangunan, katil yang selesa dan bilik bersama pemandangan langit. Mereka di KLoe memaparkan ruang seni yang mempamerkan “keselesaan dan kediaman kreatif dan ingin tahu” dengan koleksi kreativiti yang membuatkan tetamu berasa seperti berada di rumah.

2. Mandarin Oriental Kuala Lumpur

mandarin oriental kuala lumpur hotel
Photo Credit: @darrenlow.ig
mandarin oriental hotel kl breakfast in room
Photo Credit: @malyyhh
mandarin oriental kl
Photo Credit: @tyaabubakar
mandarin oriental kuala lumpur hotel
Photo Credit: @emperor_chen
Mandarin Oriental ialah hotel 5 bintang yang elegan, mewah dan tak lapuk dek zaman dengan bilik yang menawarkan pemandangan langit KL, Taman KLCC atau kolam renang hotel yang cantik. Jika anda mahu memanjakan diri anda dan orang tersayang, ini hotelnya. Bilik hotel ini sesuai untuk penginapan singkat bersama katil yang selesa, bilik air yang dihiasi marmar mewah, TV pintar, radio Bluetooth dan semua yang anda perlukan.
Kemudahan lain juga ditawarkan seperti spa, kolam renang dalam bangunan, gelanggang tenis, restoran yang memenangi 10 anugerah dan pusat kecergasan. Tempah bilik di Mandarin Oriental di Klook dan nikmati bilik ihsan serta sarapan dan bufet makan malam. Bilik Deluxe dan Suite ditawarkan dengan diskaun 36%.

3. Shangri-La Hotel

shangri la hotel kl review
Photo Credit: @sharonyws
Shangri-La Hotel Kuala Lumpur Best Family Hotel
Photo Credit: @thisisme2018z (Instagram)
shangri la hotel
Hotel Shangri-La mempunyai 662 bilik dan suite mewah dengan keselesaan dan kemudahan yang menjanjikan penginapan mewah untuk anda. Anda boleh nikmati pelbagai jenis makanan di restoran mereka yang menawarkan bufet makanan laut, minum tengah hari, sushi premium, serta dim sum.
Semua restoran di hotel ini juga dibuka untuk orang awam jika anda tidak merancang untuk menginap di Hotel Shangri-La, jadi anda juga boleh menempah baucar makan malam di Klook dan nikmati hidangan anda di sana pada bila-bila masa saja!

3. The RuMa Hotel & Residences

the ruma hotel and residences kl
the ruma and residences boutique hotel kl kuala lumpur
Photo Credit: @qilaqla (Instagram)
the ruma and residences boutique hotel kl kuala lumpur
Photo Credit: @ng_ning1 (Instagram)
ruma & residences hotel kl
Photo Credit: @carinayeoh
Disenaraikan sebagai 100 Hotel Teratas Paling Hebat di Dunia oleh Fodor’s Travel 2020, The RuMa sememangnya memberikan anda keselesaan paling mewah sambil berasa seperti berada di rumah. Kediaman selesa di tengah-tengah kesibukan pusat bandar, hotel bersama bilik dan suite mewah ini menawarkan banyak pemandangan langit KL. Bilik-biliknya juga mempunyai bathtub yang pasti menghilangkan tekanan harian anda!

4. WOLO Kuala Lumpur

wolo hotel kl kuala lumpur
Photo Credit: @nelson_ahson
wolo hotel kl kuala lumpur
Photo Credit: @nelson_ahson
wolo hotel kl kuala lumpur
Photo Credit: @nelson_ahson
wolo hotel kl kuala lumpur
Photo Credit: @nelson_ahson
Anda mungkin pernah ternampak WOLO Kuala Lumpur yang menarik berhampiran Jalan Bukit Bintang. Menawarkan bilik rekaan moden yang selesa, WOLO juga menawarkan bilik tidur yang selesa, tempat kerja, berehat, berseronok dan meneroka.
Koleksi bilik dan suite di WOLO direka untuk mengagumi, bersama perabot yang cantik dan kemudahan yang anda perlukan semasa penginapan anda. Selepas tidur yang lena, anda boleh berjalan-jalan di Bukit Bintang berhampiran yang mana sempurna untuk membeli-belah dan nikmati hidangan enak.

5. Villa Samadhi Kuala Lumpur

Villa Samadhi KL Staycation Malaysia
Photo Credits: @villasamadhi.kl
Villa Samadhi KL Staycation Malaysia
Photo Credits: @villasamadhi.kl
Villa Samadhi KL Staycation Malaysia
Photo Credits: @villasamadhi.kl
Siapa sangka oasis kehijauan seperti ini wujud di tengah-tengah KL. Villa Samadhi ialah hotel mewah 5 bintang yang diinspirasikan oleh seni bina tradisional Melayu yang terletak tak jauh dari KLCC. 21 buah vila di sini direka dengan rekaan sofistikated dan menawan. Yang menariknya, tempat ini menawarkan kolam lagun dalam bangunan yang menghubungkan seluruh resort. Anda boleh terus melompat ke dalam air atau berjemur di balkoni anda.

6. InterContinental Kuala Lumpur

intercontinental hotel kl
Photo Credits: @eliaizzati
intercontinental kl hotel room
intercontinental kl hotel room
InterContinental Kuala Lumpur Best Family Hotel
Photo Credit: @intanshafizaa_ (Instagram)
InterContinental merupakan salah sebuah hotel 5 bintang terbaik di Kuala Lumpur. Terletak di tengah-tengah bandar, hotel ini menjanjikan keselesaan dan layanan mewah dengan bilik yang luas serta lengkap dengan hiasan elegan. Tempah pakej penginapan romantik di Klook termasuk sarapan, minum tengah hari gaya Inggeris (bersama skon, hidangan savuri dan pastri!) dan semua kemudahan di hotel. Harga asal ialah RM810, tetapi kini anda boleh tempah penginapan anda di laman Klook dari hanya RM500/malam.

7. The Chow Kit

MY BM The Chow Kit Hotel KL Staycation Malaysia
Kredit Foto: @ormondhotels
MY BM The Chow Kit Hotel KL Staycation Malaysia
Kredit Foto: @fioneooi
MY BM The Chow Kit Hotel KL Staycation Malaysia
Kredit Foto: @moannaxdessire
Hotel ini disenaraikan di tempat ke-20 dalam senarai 52 Tempat Untuk Dikunjungi pada tahun 2020 New York Times! The Chow Kit menawarkan kemewahan ringkas dengan rekaan ruang yang diinspirasikan oleh kisah tempatan dan bahan-bahan terpilih. Dengan tingkap yang besar, lantai kayu, pancuran hujan dan katil dengan linen mewah, The Chow Kit ialah tempat inap yang wajib dikunjungi!

8. Royale Chulan

royale chulan hotel kl
Photo Credit: @royalechulankl
royale chulan hotel kl
Photo Credit: @royalechulankl
royale chulan hotel kl
Photo Credit: @royalechulankl
royale chulan hotel kl
Photo Credit: @royalechulankl
Royale Chulan ialah hotel klasik 5 bintang di mana warisan bertemu kemewahan. Kemudahan hotel ini termasuk kolam renang dalam bangunan (bersama jakuzi dan kolam kanak-kanak!), spa untuk anda tenangkan minda dan tubuh anda dan pusat kecergasan untuk anda bersenam. Tempat penginapan anda di Klook dan nikmati diskaun dengan pakej termasuk sarapan!

9. Ascott Kuala Lumpur

Ascott Kuala Lumpur Best Family Hotel
Photo Credit: @amirasyafiqahh (Instagram)
Ascott Kuala Lumpur Best Family Hotel
Photo Credit: @shannie.mollie (Instagram)
Ascott Kuala Lumpur Best Family Hotel
Photo Credit: @farahinsaruddin (Instagram)
Ascott Kuala Lumpur Best Family Hotel
Photo Credit: @ezamils (Instagram)
Untuk keselesaan seperti berada di rumah, kediaman inap di Ascott Kuala Lumpur direka khas dengan kemudahan yang melengkapkan gaya hidup tetamu, termasuk yang berkeluarga. Nikmati penginapan bersama keluarga anda di apartmen luas yang dilengkapi sistem hiburan rumah dan dapur di mana anda boleh memasak semasa penginapan anda.

10. Grand Hyatt Kuala Lumpur

grand hyatt kuala lumpur hotel kl
Photo Credit: @crystal_qing
grand hyatt kuala lumpur kl hotel
grand hyatt kuala lumpur kl hotel
Grand Hyatt Kuala Lumpur Best Family Hotel
Photo Credit: @atqhfm (Instagram)
Dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas, Grand Hyatt Kuala Lumpur ialah satu lagi hotel 5 bintang mewah dan ikonik di bandar ini. Sambil anda berehat di bilik serba mewah anda yang mempunyai tingkap besar, anda dan keluarga anda boleh nikmati pemandangan langit KL yang indah. Anak-anak anda pasti seronok dapat berendam dan bermain buih di dalam tab mandi marmar besar.
Jika anda ingin nikmati hidangan mewah, anda boleh ke THIRTY8 iaitu ruang makan elegan yang terletak di tingkat 38 hotel ini. Anda juga boleh nikmati hidangan enak minum tengah hari istimewa - pelbagai jenis manisan tiga tingkat sertai hidangan savuri.

11. Aloft KL Sentral

Aloft Kuala Lumpur Sentral Best Family Hotel
Photo Credit: @myazulkifli (Instagram)
Aloft Kuala Lumpur Sentral Best Family Hotel
Photo Credit: @aloftkls (Instagram)
Aloft Kuala Lumpur Sentral Best Family Hotel
Photo Credit: @bh_eyka (Instagram)
Bawa keluarga anda ke Aloft Kuala Lumpur Sentral, sebuah hotel moden yang berwarna-warni. Menawarkan keselesaan, bilik gaya para di Aloft pasti akan memberi anda dan keluarga anda kenangan penginapan yang tak dapat dilupakan.
Anda juga boleh minta Camp Aloft, tempat di mana anak-anak boleh mempunyai “khemah” mereka sendiri, tilam angin dan permainan istimewa. Anak-anak anda pasti akan sukakannya.

12. The Majestic Hotel

the majestic hotel kl
Photo Credit: @themajestickl
the majestic hotel kl
Photo Credit: @themajestickl
majestic kuala lumpur kl hotel
majestic kuala lumpur kl hotel
Tersenarai sebagai tapak warisan kebangsaan, The Majestic Hotel ialah bangunan seni bina kolonial yang dibina pada tahun 1932. Hotel ini mempunyai pelbagai sejarah dari zaman Perang Dunia Kedua dan pernah menjadi tempat majlis sosial, jamuan pegawai kerajaan dan kediaman pelawat antarabangsa.
Hari ini, hotel ini kekal berdiri megah bersama siling tinggi, kubah daun keemasan, lampu siling vintaj, lantai marmar berkilat, candeliar berkilauan dan bilik yang cantik. Inovasi kemewahan moden dan bergaya digabungkan di ruang yang tak pernah ditelan zaman ini.

13. Hilton Kuala Lumpur

5 star hotel kl hilton hotel
5 star hotel kl hilton hotel
hilton hotel kl
Photo Credit: @sylviacing_
hilton kl hotel
Photo Credit: @louda.amor
Terletak bersebelahan dengan Pusat Membeli-belah Nu Sentral di KL Sentral, Hilton Kuala Lumpur ialah satu lagi hotel 5 bintang ikonik di bandar ini. Bilik dan suite hotel ini penuh dengan pemandangan panorama Taman Tasik Perdana dan penghiasan mewah yang pasti anda takkan dapat lupakan.
Hotel ini sempurna untuk penginapan singkat dan menawarkan segala yang anda perlukan, jadi anda tak perlu keluar dari hotel - termasuk 10 restoran dan bar yang menerima anugerah, spa, kolam renang (yang mempunyai luncur air untuk kanak-kanak!) serta jakuzi air panas dan gym 24 jam.

Inspirasi percutian anda di sekitar KL dan Selangor!

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu