19 Aktiviti & Taman Permainan Kanak-Kanak Indoor yang Best di KL & Selangor

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 22 Mac 2024
taman pusat permainan kanak-kanak kl selangor

Rancang outing bersama anak-anak!

kids indoor playgrounds activities kl
Photo Credit: @ameeshimee (Instagram)
kids indoor playgrounds activities kl
Bulan Ramadan ni mesti anak-anak bosan je kalau duduk dekat rumah pada hujung minggu kan? Mungkin cuaca juga agak panas kalau nak buat aktiviti di luar. Jadi, apa kata anda bawa anak-anak anda buat aktiviti indoor? Ada aircond, anak-anak bahagia, ibu bapa pun suka!
Kami ada senaraikan beberapa taman permainan indoor dan aktiviti-aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang di mana anak-anak anda boleh alami pengembaraan yang menyeronokkan!

Apa itu Klook? ๐Ÿคณ๐Ÿป

klook kod promo pengguna baru
Korang pertama kali dengar pasal Klook app? Berita baik! Kami ada diskaun 5% untuk tempahan pertama anda. Pastikan anda dah download Klook app terlebih dahulu, daftar dan tebus kod promo BETTERONAPP! Tunggu apa lagi, jom mengembara bersama Klook sekarang!

โšก๏ธ Dapatkan Pas Klook Taman Permainan dengan diskaun 21%! โšก๏ธ

Klook Pass Playground for indoor playgrounds in Kuala Lumpur
Kalau anda mencari pas untuk pelbagai taman permainan, anda boleh dapatkan Pas Taman Permainan Klook! Jimat sehingga 21% bila anda gabungkan sehingga 6 taman permainan yang berbeza dalam satu pas - anda boleh pilih dari senarai tempat tarikan ini:
Paling best dengan pas ni, ianya sah sehingga 60 hari yang memberikan anda fleksibiliti untuk memilih tarikh lawatan yang anda nak!

19 Taman permainan kanak-kanak indoor yang best di KL & Selangor

1. Kidzania Kuala Lumpur

taman permainan kl kidzania
Photo Credit: @emilynn233
kids indoor playgrounds activities kl
kids indoor playgrounds activities kl
Selamat datang ke bandar interaktif kecil KidZania Kuala Lumpur! Di sini, anak-anak anda boleh pilih beberapa jenis kerjaya dan rasai pengalaman menjadi seorang doktor, penulis ruang surat khabar, bomba dan banyak lagi! Anak-anak anda dapat bersedia untuk dunia sebenar dengan menjadi berdikari, bertanggungjawab dan yakin dalam setiap kerjaya dalam suasana yang menyeronokkan ini.
Kidzania KL best theme parks in kl
Photo Credit: @sincerelyshe2210 (Instagram)
kids indoor playgrounds activities kl
Anak-anak anda juga akan dapat bayaran dan boleh membelanjakannya untuk perkhidmatan atau membeli-belah di sini! Tak kira kerjaya apa yang dipilih, mereka pasti pulang bersama kemahiran daripada aktiviti-aktiviti ini di mana mereka pasti bersedia untuk masa depan.
  • Lokasi: Pusat Beli-Belah Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor.
  • Waktu beroperasi: 10AM - 5PM setiap hari (tutup pada hari Isnin dan Jumaat, kecuali pada cuti sekolah atau cuti awam)

2. Superpark Malaysia, Avenue K

Superpark Malaysia Avenue K
Photo Credits: @mayaidayu
Anda dan anak-anak anda boleh menikmati pelbagai jenis keseronokan di SuperPark Malaysia, sebuah taman aktiviti indoor yang unik, yang terletak di Avenue K Shopping Mall. Taman aktiviti dalaman yang besar ini dibahagikan kepada dua aras dan terbahagi kepada 3 zon, yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang mesra keluarga dan memacu adrenalin yang sama menyeronokkan bagi semua ibu bapa seperti yang mereka sediakan untuk anak-anak.
Superpark Malaysia Avenue K
Photo Credits: @liyanaasri
taman permainan kanak-kanak kl superpark avenue k
Dengan lebih daripada 25 permainan dan aktiviti yang menarik di dalamnya - dari dinding halangan dan trampolin giant, hingga foam pit dan gelanggang skating ais - pasti ada sesuatu untuk semua peringkat umur dan level fitness. Zon kegemaran kami adalah Adventure Area, yang penuh dengan aktiviti yang lebih mencabar adrenalin, seperti flying fox dan trek perlumbaan. Dapatkan pas lawatan SuperPark 2 jam di Klook untuk jimat 16% daripada lawatan anda!
  • Lokasi: Unit 4-1, Tingkat 4 Pusat Beli-Belah Avenue K, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
  • Waktu beroperasi: 10am - 7.30pm (Selasa - Khamis), 9.30am - 9.30pm (Jumaat - Isnin)

3. Little Pirates Playland

Little Pirates Playland in Pavilion Bukit Jalil
Little Pirates Playland in Pavilion Bukit Jalil
Little Pirates Playland merupakan taman permainan terbaru dan sangat menyeronokkan! Baru sahaja dibuka di Pavilion Bukit Jalil, taman permainan indoor bertemakan pirate seluas 16,000 kaki persegi ini menjadi rumah kepada lebih daripada 20 kemudahan taman permainan yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah serta kanak-kanak lain.
Little Pirates Playland best indoor playground in KL
Little Pirates Playland kid friendly attraction in KL
Dari permainan interaktif dalam ball pit, kanak-kanak boleh juga melompat-lompat bebas, biarkan anak-anak anda menggunakan imaginasi mereka untuk alami semua permainan di sini. Kanak-kanak mesti ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa untuk masuk, tapi jangan risau sebab ada kawasan rehat yang dilengkapi dengan baik untuk ibu bapa. Tapi anda juga boleh join keseronokan bersama anak-anak anda!
  • Lokasi: Lot 5.102.00, 5.106.00 & 5.107.00, Pink Zone Level 5, Pavillion Bukit Jalil, 2, Persiaran Jalil 8, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
  • Waktu beroperasi: 10am - 8pm, setiap hari

4. The Parenthood

kids indoor playground activities kl
Photo Credit: The Parenthood
kids indoor playground activities kl
Photo Credit: @tumizzaham (Instagram)
The Parenthood juga direka sebagai hab setempat yang menyediakan aktiviti bermain sambil belajar untuk seluruh keluarga. Istirahat di salah satu kafe di sini sementara anak-anak anda meneroka gelongsor berwarna-warni, kolam bola, trampolin mini dan banyak lagi. Kanak-kanak yang lebih besar boleh bermain luncur keluang dan memanjat dinding atau bermain permainan video di zon konsol Xbox.
  • Lokasi: Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, MyTOWN Shopping Centre, Melawati Mall dan Pusat Beli-Belah Toppen
  • Waktu beroperasi: 10AM - 10PM setiap hari

5. Pinkfong Baby Shark Adventure Ville

Pinkfong Baby Shark Adventure Ville best indoor playground in KL
Pinkfong Baby Shark Adventure Ville best indoor playground in KL
Taman permainan indoor bertemakan Baby Shark yang pertama di Asia, Pinkfong Baby Shark Adventure Ville, akhirnya telah tiba di Malaysia! Ruang ini dihiasi dengan karakter Baby Shark yang diminati kanak-kanak, jadi kalau anda mempunyai peminat Pinkfong kecil di rumah, anda tahu tempat untuk membawa mereka hujung minggu ini (peminat dewasa dialu-alukan untuk datang berseronok juga!).
First ever Pinkfong Baby Shark indoor playground in KL Malaysia
First ever Pinkfong Baby Shark indoor playground in Asia at United Point
Dilengkapi dengan taman permainan yang mengujakan dan permainan yang menyeronokkan, anak-anak anda dapat rasakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan menerokai ruang yang unik ini. Terletak di dalam Toy World Amusement Park, ada kafe, ruang runcit, dan mesin arked di sini untuk mengisi masa anda juga sementara anak-anak anda berseronok. Anda kini boleh menempah pas masuk ke mana-mana cawangan taman permainan Pinkfong di Klook!
  • Lokasi: United Point Mall, Paradigm Mall, Setia City Mall, Quayside Mall
  • Waktu beroperasi: 10am-10pm, setiap hari

6. Jungle Gym

kids indoor playground activities kl
kids indoor playground activities kl
Tak perlu cari jauh-jauh Jungle Gym adalah tempat yang sesuai kalau anda sedang mencari tempat interaktif untuk keluarga dan anak-anak anda. Kemudahan di dalam indoor jungle gym ini dicipta dengan standard keselamatan bertujuan untuk membolehkan anak-anak kecil menikmati aktiviti yang menyeronokkan dan juga mendidik mereka. Ia juga tempat yang sempurna untuk mengadakan parti hari jadi!
Jungle Gym best indoor playground in KL
Jungle Gym best indoor playground in KL
Dari pit bola berwarna-warni hingga pelbagai jenis gelongsor, terdapat banyak sudut untuk diteroka di sini. Pengunjung perlu memakai stokin di dalam Jungle Gym pada setiap masa. Anda boleh membawa stokin sendiri atau membelinya di kaunter dengan segera. Nikmati diskaun 8% untuk tiket kemasukan apabila anda membuat tempahan melalui Klook!

7. Starship Galactica

Starship Galactica 1 Utama Shopping Centre indoor playground for kids KL
Photo Credit: @hazr.imaan (Instagram)
Starship Galactica 1 Utama Shopping Centre indoor playground for kids KL
Photo Credit: @nurulfitriahalias (Instagram)
Jika anda membesar dengan melawat Pusat Beli-belah 1 Utama, anda mungkin pernah bermain di Starship Galactica semasa kecil sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda. Taman permainan indoor mega ini adalah salah satu yang lebih besar dalam senarai ini dan tempat ini adalah sebuah syurga yang sebenar untuk kanak-kanak!
Starship Galactica 1 Utama Shopping Centre indoor playground for kids KL
Photo Credit: @nurulfitriahalias (Instagram)
Starship Galactica 1 Utama Shopping Centre indoor playground for kids KL
Starship Galactica 1 Utama Shopping Centre indoor playground for kids KL
Di taman permainan 3 tingkat ini, kanak-kanak ada banyak ruang untuk meneroka dan bermain, dari permainan mini dan halangan, hingga pit bola dan trek lompatan! Ada juga sebuah kafe untuk ibu bapa duduk berehat dan bersantai dengan segelas kopi atau makanan. Jimat 10% untuk tiket kemasukan kanak-kanak anda ke Starship Galactica dengan membeli tiket di Klook!
  • Lokasi: 1 Utama Shopping Centre, City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu beroperasi: 10am - 10pm (Ahad - Khamis), 10am - 10.30pm (Jumaat & Sabtu)

8. KF Kiddy Circuit

KF Kiddy Circuit in MyTOWN best kid friendly activity in Kuala Lumpur
KF Kiddy Circuit in MyTOWN kid friendly indoor go kart in Kuala Lumpur
Bawa anak-anak anda keluar untuk aktiviti yang mendebarkan! Uji kemahiran perlumbaan mereka di KF Kiddy Circuit, litar perlumbaan go-kart multi-level yang mengujakan dibuat khas untuk kanak-kanak. Terletak di pusat membeli-belah MyTOWN, litar mereka direka khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mencari keseronokan dari semua peringkat umur dan direka untuk memastikan keselamatan, menjadikannya hentian ideal untuk keluarga dan racer kecil. Anda boleh menempah satu pusingan atau gabungkan sehingga 5 pusingan dengan diskaun 50% di Klook!
  • Lokasi: L3-09, MyTOWN Shopping Centre, 6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu beroperasi: 10am - 10pm, setiap hari

9. The Bomb Battle

Bomb battle
Bomb battle
Pernah tak anda bermimpi nak alami video game dalam real life? Kalau ya, anda kena rasakan pengalaman The Bomb Battle! Sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas, permainan imersif ini adalah satu pengalaman yang mereka tak boleh lupakan. Bomb Battle memang buat permainan upgrade next level - siap sedai untuk banyak melompat, selesaikan soalan matematik, dan juga menggunakan suara! Tarikan utamanya adalah Paint Bomb dan Powder Bomb! Kalau anda kalah, kumpulan anda akan di-splash dengan cat neon atau serbuk warna-warni. Satu-satunya cara untuk mengelakkan daripada kena cat adalah dengan menyelesaikan semua misi tepat pada waktunya!
bomb battle elite
Mereka ada 2 cawangan, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Petaling Jaya. Setiap lokasi mempunyai misi yang berbeza, jadi anda boleh pertimbangkan untuk melawat kedua-duanya. Bomb Battle pasti akan menguji kerjasama dan kepintaran anda secara berkumpulan.

10. Big Bounce Park

Big Bounce Park in Avenue K kids indoor playground in KL
Big Bounce Park in Avenue K kid friendly activity in KL
Masuk ke dalam dunia inflatable ini yang penuh warna-warni! Big Bounce Park di Avenue K ini mengambil namanya dengan serius - ia adalah taman permainan inflatable indoor seluas 10,000 kaki persegi dan menawarkan ruang yang menyeronokkan bagi kanak-kanak untuk melompat, merangkak, dan meneroka. Dibahagikan kepada bahagian berunsur tema seperti Boobly Land dan Bobby House, ia menawarkan pengalaman imersif yang menggalakkan permainan imaginatif dan mendorong anak-anak muda untuk berinteraksi dengan persekitaran yang penuh dengan belon.
Big Bounce Park family friendly indoor playground in KL
Taman permainan inflatable ini direka khas untuk kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak kecil, dengan cabaran yang menyeronokkan seperti terowong, gelongsor, dan kawasan panjat, semuanya mematuhi standard keselamatan antarabangsa agar anda tidak perlu bimbang. Ruang permainan yang luas dan berwarna-warni ini juga merupakan tempat yang sempurna untuk mengadakan parti, lawatan sekolah, dan outing keluarga untuk aktiviti berkumpulan!
  • Lokasi: Unit 4-2, Level 4, Avenue K, Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 10am - 7pm, tutup pada hari Isnin dan Selasa

11. Petrosains, The Discovery Centre

kids indoor playground activities kl
Photo Credit: @ekaterina_khlebova (Instagram)
Anak-anak masih boleh belajar walaupun pada hujung minggu! Salah satu cara untuk buat anak-anak anda tertarik dengan sains di luar sekolah adalah dengan membawa mereka ke Petrosains, The Discovery Centre di Suria KLCC.
kids indoor playground activities kl
Melalui zon-zon berbagai tema yang direka khas untuk penemuan saintifik secara praktikal, kanak-kanak akan belajar tentang dunia sains dan teknologi yang menarik tanpa rasa bosan. Petrosains pasti akan buat semua orang rasa ingin tahu dan minat! Nikmati diskaun 8% untuk tiket anda apabila anda membeli secara atas talian di Klook dan tak perlu beratur panjang untuk penebusan tiket!
  • Lokasi: Level 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpurย 
  • Waktu beroperasi: 9.30am - 5.30pm (Selasa - Jumaat), 9.30am - 6.30pm (Sabtu & Ahad)

12. RoboThink

RoboThink Bandar Utama best indoor kids activity in KL Selangor
RoboThink Sunway Pyramid best indoor kids activity in KL Selangor
Berikan cabaran kepada minda anak-anak anda! Di RoboThink, anak-anak dapat terokai pelbagai bengkel robotik dan coding yang inovatif dan akan memupuk kemahiran menyelesaikan masalah dan kreativiti mereka. Kalau anak anda berminat dalam sains dan teknologi, program-program menarik yang terdapat di sini pasti perlu dicuba.
RoboThink Bangsar South best indoor kids activity in KL Selangor
Sebuah kit robotik eksklusif akan disediakan kepada peserta di sini, setiap satu dengan set lengkap motor dan elektronik yang akan digunakan oleh anak-anak anda untuk mengaplikasikan pengetahuan praktikal, seperti membina robot mereka sendiri! Nikmati diskaun 10% untuk sesi pengenalan 90 minit apabila anda membuat tempahan di Klook!
  • Lokasi: Bandar Utama,ย Sunway Pyramid,ย Bangsar South, Kuching
  • Waktu beroperasi: 9.30am - 6pm daily, tutup pada hari Isnin

13. VAR Live

VAR LIVE indoor vr theme park in Kuala Lumpur
VAR Live indoor playground theme park for kids in KL
Jika anak-anak anda suka bermain permainan video, bawa mereka ke VAR LIVE! Terletak di MyTown Shopping Centre, taman tema indoor ini adalah taman tema VR terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 13 tarikan VR dalam taman yang menyeronokkan dan pasti disukai oleh anak-anak anda (dan anda sendiri juga!).
VAR Live indoor playground theme park for kids in KL
Terdapat beberapa permainan yang direka khas untuk kanak-kanak di sini, permainan Baby Shark khasnya menyeronokkan untuk anak-anak kecil. Dengan menggunakan teknologi Realiti Maya (VR) yang canggih bersama dengan barisan permainan yang menyeronokkan, siap sedia untuk alami pengalaman imersif dalam dunia yang mengasyikkan dari realiti maya bebas merayau di arena permainan yang menarik ini! Nikmati tawaran eksklusif 8% apabila anda membeli kredit permainan anda melalui Klook.
  • Lokasi: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No. 6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
  • Waktu beroperasi: 10am - 10pm, setiap hari

14. Play By Reka

play by reka
Jika IOI Mall di Puchong adalah pusat membeli-belah pilihan anda, maka Play By Reka adalah ruang permainan yang sempurna untuk anak-anak anda. Dahulu dikenali sebagai Reka Zone, taman permainan dalaman ini telah perbaharui dirinya menjadi ruang rekreasi dan edutainment lebih besar yang dibuat untuk kanak-kanak serta dewasa.
Play By Reka IOI Mall Puchong indoor playground in kl selangor
Tanah permainan ini mempunyai kawasan permainan yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak, supaya ibu bapa boleh berehat dengan tenang untuk sementara waktu. Permainan yang menyeronokkan dan aktiviti yang mencabar menanti untuk memastikan pengalaman bermain dan belajar yang menarik, serta untuk anda habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Anda kini boleh menempah pas 3 jam atau pas 1 hari tanpa had ke Play By Reka di Klook dengan kadar diskaun!
  • Lokasi: Lot S-W03, Level 2, North Court, IOI Mall Puchong, Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
  • Waktu beroperasi: 10.30am - 9pm (Mon - Thurs), 10.30am - 10pm (Fri - Sun)

15. Fun Factory

Fun Factory at The Mines Shopping Mall kid friendly attraction in KL
Fun Factory at The Mines Shopping Mall kid friendly arcade in KL
Luangkan masa bersama keluarga di Fun Factory, sebuah arked hiburan di The Mines Shopping Mall di mana anda boleh menemui pelbagai permainan arked yang beroperasi dengan syiling! Dengan anak-anak di sisi anda, anda juga boleh mengimbau kembali kenangan kanak-kanak anda dengan permainan klasik seperti hoki udara, Dance Dance Revolution, cabaran bola keranjang, mesin pinball, simulator perlumbaan, dan banyak lagi!
family friendly activity in KL Fun Factory in The Mines Shopping Mall
Roller skating at Fun Factory in The Mines Shopping Mall family friendly activity
Ada lagi, ruang yang luas ini juga menjadi rumah kepada gelanggang bermain roller skating indoor yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Anak-anak kecil juga boleh bermain dengan kereta bumper kanak-kanak, manakala anak-anak anda yang lebih besar boleh cuba archery iaitu memanah.

16. Waka Waka KL

kids indoor playground activities kl
Sama ada anda ada kanak-kanak prasekolah atau pra-remaja, taman indoor berkonsep safari ini menyediakan aktiviti dan kawasan permainan yang telah dipilih dengan teliti yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Selain menyeronokkan, ia membantu membangunkan kemahiran perkembangan untuk anak-anak kecil juga. Ciri-ciri di Waka Waka termasuk kawasan permainan yang luas dengan kawasan pasir, gelongsor kecil, dan banyak lagi yang sesuai untuk kanak-kanak di bawah 90cm.
kids indoor playground activities kl
Bagi kanak-kanak yang lebih besar, mereka pasti akan menyukai struktur maze yang mencabar dan ada banyak level di Kawasan Safari, kursus tali yang best di Adventure Cove. Kemasukan untuk ibu bapa adalah percuma dan ada banyak tempat duduk, jadi anda boleh berehat dan menunggu sementara anak-anak anda berseronok.
  • Lokasi: Furama Bukit Bintang, LG Floor, 136 Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 2pm - 8pm (Jumaat), 9am - 6pm (Sabtu & Ahad)

17. We Rock The Spectrum Kids Gym

kids indoor playground activities kl
Photo Credit: We Rock The Spectrum Malaysia
Bayangkan taman permainan indoor tetapi direka khas untuk menyediakan ruang yang selamat dan memberi pembangunan, tetapi sangat menyeronokkan untuk kanak-kanak dari pelbagai spektrum. We Rock The Spectrum adalah gim kanak-kanak yang inklusif lengkap dengan aktiviti yang direka khas untuk kanak-kanak dari semua peringkat keupayaan bermain dan berkembang bersama-sama.
kids indoor playground activities kl
Photo Credit: We Rock The Spectrum Malaysia
Berasal dari Amerika Syarikat, We Rock The Spectrum kini tersedia untuk kali pertama peringkat antarabangsa di Malaysia, di dua cawangannya di Bangsar dan Melawati Mall. Direka khusus untuk membantu anak-anak kecil dengan gangguan pemprosesan sensori, anak-anak anda kini boleh mendapat manfaat daripada menggunakan peralatan sensori unik mereka dan menikmati aktiviti yang menyeronokkan seperti zipline, trampolin, mainan berasaskan sensori, dan banyak lagi.
  • Bangsar: Level 1, No 204, Jalan Limau Manis, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur. Setiap hari, 10am-9:30pm.
  • Ampang: Lot L6-15, Melawati Mall, Jalan Bandar, Taman Melawati, Ampang, 53100 Selangor. Di buka dari Isnin hingga Sabtu, 9am-6pm. TUTUP pada hari Ahad.

18. Camp5

kids indoor playgrounds activities kl
Adakah anak-anak anda sentiasa gelisah dan suka memanjat sesuatu? Cuba pengalaman 'Try Climbing' di Camp5 yang sempurna untuk mereka! Dibimbing oleh kakitangan profesional dalam persekitaran yang selamat dan terkawal, anda boleh berehat dengan tenang sementara anak-anak berseronok dalam pengembaraan rock climbing.
kids indoor playgrounds activities kl
At Camp5, children will undergo development of their coordination and motor skills, as well as improve their confidence and self esteem as they face each challenge. Let your kids join a thrilling session at any of their branches at One Utama, Utropolis and KL Eco City. Di Camp5, kanak-kanak akan menjalani pembangunan koordinasi dan kemahiran motorik mereka, serta meningkatkan keyakinan dan harga diri mereka ketika mereka menghadapi setiap cabaran. Biarkan anak-anak anda menyertai sesi yang mengujakan di mana-mana cawangan mereka di One Utama, Utropolis, dan KL Eco City.
  • Lokasi: One Utama, Utropolis, KLC Eco City
  • Waktu beroperasi: 12pm - 10pm (Mon - Fri), 10am - 8pm (Sat & Sun)

19. Blok Space

kids indoor playground activities kl
Photo Credit: Blok Space
Tanam dan galakkan kreativiti anak anda dengan membawa mereka ke Blok Space, sebuah pusat rekreasi inovatif. Ruang ini dibina untuk mengembangkan bakat kreatif dan keupayaan reka bentuk dalam kanak-kanak, besar atau kecil, melalui aktiviti yang melibatkan imaginasi dan kemahiran penyelesaian masalah mereka.
kids indoor playground activities kl
Photo Credit: Blok Space
Ibu bapa boleh rasa yakin bahawa anak-anak mereka akan habiskan masa yang berharga di sini dalam kawasan permainan yang selamat dan dipantau. Sesi di Blok Space membolehkan kanak-kanak mengasah keupayaan mental dan kreatif mereka melalui set teka-teki, projek DIY, permainan binaan batu bata dan LEGO.
  • Lokasi: 1 Mont Kiara, Empire Shopping Gallery
  • Waktu beroperasi: 10am - 10pm

Lebih banyak tempat menyeronokkan untuk bawa anak-anak anda

Tahun ini, kita sambut Raya dengan JOY! ๐ŸŒŸ

Raya dengan JOY bersama Klook 2024
Ramadan Buffet Klook
Ramadan dah tiba, pasti ramai yang dah sibuk buat persiapan untuk Raya - nak beli baju baru, kasut baru, langsir baru, perabot baru. Kalau boleh, semua lah nak baru! ๐Ÿคช Apa kata tahun ni, kita Raya cara baru? Tahun ini, kita Raya dengan JOY! ๐Ÿคฉ Nampak tak Cik JOY dah siap pegang kuih-muih kat atas tu? ๐Ÿช
Cik JOY dah tak sabar-sabar nak sambut Raya cara Klook dan Cik JOY pun nak bagitahu yang anda boleh nikmati diskaun hebat sehingga RM120 & flash deals 50%. Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang untuk memenangi bufet Ramadan yang bernila sehingga RM1,300! ๐Ÿ˜
Raya dengan JOY Klook 2024 Diskaun
Ada banyak flash deals yang akan berlangsung sepanjang Ramadan dan Raya ini di Klook, pastikan anda set reminder ok! Boleh lihat jadual di atas sebagai rujukan.

๐ŸŒŸ Raya dengan JOY ๐ŸŒŸ [tebus kod promosi di sini]

  • ๐Ÿฅ˜ JOMBUKAPUASA โ€“ Diskaun sehingga RM25 untuk semua Restoran dan Makanan, dengan perbelanjaan minimum RM300
  • โœจ JOMCUTIRAYA โ€“ Diskaun sehingga RM20 untuk semua Tarikan, Taman Tema & Lawatan, dengan perbelanjaan minimum RM250
  • ๐Ÿ›๏ธ JOMSTAYCAY โ€“ Diskaun sehingga RM25 untuk semua Hotel, dengan perbelanjaan minimum RM300
  • ๐Ÿคณ๐Ÿป MEMBERRAYA โ€“ Diskaun 10% untuk semua aktiviti bagi PENGGUNA BARU sahaja, diskaun maksima RM50, tanpa perbelanjaan minimum
  • ๐Ÿ… RAYAGOLD8 โ€“ Diskaun 8% untuk semua aktiviti, dengan perbelanjaan minimum RM200 dan untuk AHLI GOLD sahaja
  • ๐Ÿ’ณ CIMBRAYA12 โ€“ Diskaun 12% untuk semua aktiviti, dengan perbelanjaan minimum RM300 dan untuk pemegang kad CIMB sahaja

Menangi bufet Ramadan yang bernilai sehingga RM1300! ๐Ÿฅ˜

Ramadan Buffet Klook
Mesti best kalau dapat berbuka puasa dengan bufet Ramadan di hotel bersama yang tersayang, kan? Tapi lagi best kalau dapat pakej bufet Ramadan tu secara PERCUMA! ๐Ÿคฉ Ya, kami nak bagi pakej bufet Ramadan kepada 4 pemenang bertuah secara percuma. Jom tengok apa yang anda perlu buat untuk berpeluang memenangi bufet Ramadan ini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Ramadan Buffet Klook 2024
Nantikan dua video #KlookTries buka puasa kami di TikTok @klook.my pada 11 Mac & 18 Mac.

Cara-cara untuk memenangi pakej bufet Ramadan:

1. Ikuti @klook.my di TikTok
2. Like, save & repost video kami
3. Komen kenapa anda nak menang bufet Ramadan tu & tag 3 kawan anda!
Dua pemenang akan dipilih berdasarkan komen paling kreatif dari setiap video dan akan memenangi pakej bufet Ramadan yang ditaja khas oleh Sheraton Puchong dan Palms Garden Hotel Putrajaya! ๐Ÿคฉ
๐ŸŒŸ 2 pax Tradisi Warisan Ramadhan Buffet Dinner di Four Points Sheraton, Puchong
๐ŸŒŸ 2 pax Kampunglicious Buffet di Palms Cafe at Palm Garden Hotel, Putrajaya
Nota: 2 pemenang dari video pertama akan memenangi 2 pax bufet Ramadan setiap seorang. Dan 2 lagi pemenang dari video kedua akan memenangi 2 pax bufet Ramadan setiap seorang.

Inspirasi untuk outing bersama keluarga!