15 Tempat Percutian Alam Semula Jadi: 2 Jam Dari Kuala Lumpur

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 18 Dis 2023
nature getaways kl malaysia

Photo Credits: @caijin, Rest. Pause. Rainforest Retreat, The Sticks

Jomlah berehat dan lari dari kesibukan bandar!

Tiarasa Escapes Glamping Janda Baik Malaysia
Photo Credits: @wafflenessa
Ada-kalanya, memang anda terasa buntu dan tidak puas hati, terutamanya dengan kerja. Manalah tahu mungkin percutian boleh membantu? Rasa tertekan kalau dibiarkan lama bukan saja boleh menjejaskan kerjaya, malah hubungan sosial juga boleh terganggu.
Percutian boleh membantu kita untuk menenangkan fikiran, badan dan jiwa. Nasib baiklah, anda tidak perlu pergi jauh untuk berehat daripada kesibukan bandar. Jom tengok senarai tempat-tempat santai yang jauhnya hanya 2 jam dari KL!

Percutian alam semula jadi 2 jam dari KL!

1. Tiarasa Escapes, Janda Baik

Tiarasa Escapes
Photo Credits: @tiarasaescapes
Tiarasa Escapes
Photo Credits: @tiarasaescapes
Jarak dari KL: 45 minit pemanduan
Kalau anda tak suka berkhemah, jom cuba glamping! Anda boleh bermalam di dalam khemah safari atau vila atas pokok di Tiarasa Escapes, sebuah destinasi perkhemahan mewah yang terletak di tengah-tengah Hutan Hujan Janda Baik. Destinasi ini memang sesuai untuk keluarga, pasangan atau kawan. Percutian syarikat pun seronok diadakan di sini! Tiarasa Escapes cuma 40 minit dari KL dan menawarkan udara segar, khemah safari, vila ruftop, peluang tengok wayang berbumbungkan langit dan kolam renang yang cantik.

2. Gopeng Glamping Park

gopeng glamping park staycation malaysia
Photo Credits: @gopengglampingpark
Gopeng Glamping Park Staycation
Photo Credits: @apihassan
Jarak dari KL: 2 jam pemanduan
Gopeng Glamping Park dikelilingi sebuah perkampungan indah, Kampung Chulek. Ia menawarkan peluang untuk merasai pengalaman penduduk tempatan, ditemani alam semulajadi. Memang banyak tempat untuk diterokai, termasuklah tapak warisan budaya, gua dan trek merentas hutan. Anda boleh bermalam di dalam khemah, menikmati langit berbintang dan keluar berbasikal untuk menerokai persekitaran tapak perkhemahan pada keesokan pagi!

3. The Haven Resort, Ipoh

The Haven Resort Ipoh
The Haven Resort Ipoh
Jarak dari KL: 2 jam pemanduan
The Haven Resort ialah sebuah resort cantik di Ipoh yang dikelilingi alam semulajadi seperti batu kapur, hutan dan tasik! Tetamu di resort unik ini boleh tinggal berdekatan hutan dan bandar pada waktu yang sama. Pengalaman menarik ini susah dirasai di tempat lain. Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang infiniti yang direka khas, gim yang serba lengkap, spa, bilik wap, bar tepi kolam dan pelbagai kemudahan sukan!
The Haven Resort Ipoh

4. Glamz At Genting

glamz genting malaysia glamping promo
Photo Credits: @angelieram
glamz genting malaysia glamping promo
Photo Credits: @j.jainis
glamz genting dome room
You'll feel like a VIP in this spacious VIP dome
Jarak dari KL: 45 minit pemanduan
Jom nikmati kedinginan pagi di Glamz, sebuah tapak glamping yang terletak 28 minit dari Genting Highlands. Anda boleh bermalam di dalam khemah loceng (bell tent) atau khemah kubah (dome) yang dilengkapi jakuzi peribadi! Tapak ini penuh dengan lampu hiasan dan khemah putih, memang tempat cantik untuk bergambar. Tempah penginapan semurah RM200 untuk semalam melalui Klook - pelbagai pilihan daripada Bell Tent, Dome Room, Family Dome atau VIP Dome!

5. The Rubber Escape, Melaka

rubber escape nature retreat melaka
Photo Credit: @therubberescape
rubber escape nature retreat melaka
Photo Credit: @yunxii4134
rubber escape nature retreat melaka
Photo Credit: @kyoikillers
Jarak dari KL: 2 jam
Terletak di ladang getah yang luas, The Rubber Escape ialah permata tersembunyi yang jauhnya hanya 30 minit dari pusat bandar Melaka. Destinasi aman dan terpencil ini menjanjikan persekitaran yang damai, tenang dan romantik. Disebabkan unitnya yang sedikit, tetamu boleh meluangkan waktu untuk bersendiri. Bilik-bilik di sini dilengkapi dengan patio peribadi yang menghadap pokok getah. Kolam renang infinitinya pula cantik dikelilingi keindahan menghijau!

6. The Sticks, Kuala Kubu Bharu

The Sticks Glamping Camping Malaysia
Photo Credits: @aiaiwong
the sticks kuala kubu bharu
Photo Credit: @anis.khairina
the sticks kuala kubu bharu
Jarak dari KL: 1 jam 20 minit
Destinasi ini ialah sebuah resort terpencil yang mesra alam di hutan hujan Kuala Kubu Bharu. Perjalanan ke resort ini sudah cukup mencabar. Anda perlu berjalan kaki selama 10 minit melalui laluan hutan dan menyeberangi jambatan gantung yang merentasi sebatang sungai cetek! Kemudian, bolehlah anda bermalam di dalam tendok (khemah dan pondok), menikmati hidangan yang baru dimasak dan melakukan aktiviti seperti merentas hutan, berakit, luncur udara atau berenang.

7. Rest. Pause. Rainforest Retreat, Janda Baik

rest pause rainforest retreat janda baik pahang
rest pause rainforest retreat janda baik pahang
rest pause rainforest retreat janda baik
Photo Credit: @itsedmunddesu
Jarak dari KL: 40 minit
Rest. Pause. Rainforest Retreat ialah sebuah kawasan perlindungan di hutan hujan tertua Barat Malaysia yang menawarkan ketenangan bagi pencinta alam semulajadi. Destinasi ini berada pada ketinggian 1000 kaki di atas paras laut dan dikelilingi keindahan hijau. Oleh itu, pengunjung boleh menikmati udara sejuk, bunyi alam semulajadi, dan pemandangan hutan yang memukau. Persekitarannya yang tenang dan biliknya yang luas menjadikan lokasi ini terkenal untuk percutian keluarga, kawan-kawan atau rakan sepasukan!

8. Sekeping Serendah

sekeping serendah staycation
Photo Credits: @ahjack98
sekeping serendah staycation
Photo Credits: @heuserlyn
Jarak dari KL: 50 minit pemanduan
Nama Sekeping Serendah pasti tidak dikenali oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Destinasi yang terletak di bandar Serendah ini hanya sejam dari KL. Destinasi ini sesuai untuk pasangan, keluarga atau kawan-kawan meluangkan masa bersama, menikmati alam semulajadi, bakar BBQ dan berehat di tepi kolam.

9. The Dusun, Negeri Sembilan

The Dusun Seremban
The Dusun Seremban
Photo Credits: @gemma.lewis
Jarak dari KL: 1 jam 15 minit pemanduan
Keindahan alam semulajadi ini terletak di tengah-tengah hutan simpan. Dari jauh, pengunjung berpeluang untuk melihat bukit Mantin. Anda boleh meluangkan masa dengan orang tersayang sambil dikelilingi pemandangan indah dan tenang. Bagi yang ingin berehat daripada kesibukan bandar, The Dusun wajib dikunjungi.

10. Sekeping Tenggiri, Bangsar

MY BM Sekeping Tenggiri KL Staycation
Kredit Foto: @jovieling
Sekeping Tenggiri KL Staycation
Photo Credits: @saraaliaa_
Sekeping Tenggiri dulunya sebuah gudang seni yang diubah menjadi lokasi percutian indah di pinggir bandar Bangsar. Dihiasi dengan konkrit kasar dan dinding bata, tingkap kaca besar dan kolam yang dikelilingi kehijauan, lokasi ini sesuai untuk yang ingin bersantai tanpa perlu keluar dari bandar.

11. Villa Samadhi, KL

Villa Samadhi KL Staycation Malaysia
Photo Credits: @villasamadhi.kl
Villa Samadhi KL Staycation Malaysia
Photo Credits: @villasamadhi.kl
Villa Samadhi KL Staycation Malaysia
Photo Credits: @villasamadhi.kl
Siapa sangka lokasi tenang seperti ini wujud di tengah-tengah KL? Villa Samadhi ialah hotel 4 bintang yang diilhamkan oleh seni bina tradisional Melayu. Jaraknya hanya beberapa minit dari KL. Meskipun 21 vila unik di sini berkonsepkan kedesaan, ia tetap diberi nafas moden. Apa yang kami paling suka tentang vila ini? Tentulah kolam lagun yang menghubungkan seluruh resort! Anda boleh terus lompat ke dalam kolam atau berjemur di balkoni.

12. Dusuntara Jungle Retreat

Dusuntara Jungle Retreat
Source: Dusuntara Jungle Retreat
Jarak dari KL: 1 jam pemanduan
Dusuntara Jungle Retreat dibina oleh sepasang suami isteri, Kamal dan Hawa. Destinasi ini terletak di kaki bukit Genting Highlands, hanya sejam dari KL dengan menaiki kereta api atau kereta. Apabila sampai, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah sambil menaiki pacuan empat roda ke tempat penginapan.
Destinasi percutian ini dikelilingi kehijauan yang jarang dilihat orang bandar. Ada kebun buah-buahan, hutan hujan tropika dan sungai berdekatan. Kalau inginkan pengalaman mencabar, anda boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti merentas hutan dan memancing. Kalau nak bersantai, berenanglah di dalam kolam air masin atau anda boleh berkaraoke di tempat penginapan.
Alamat: 48200 Batang Kali, Selangor

13. Templer Park Rainforest Retreat

Templer Park Rainforest Retreat
Jarak dari KL: 30 minit pemanduan
Terletak hanya 30 minit dari KL, anda boleh menikmati keindahan di Templer Park Rainforest. Dengan keluasan 3 ekar tanah, pemiliknya telah membina 2 chalet, lama dan baru, daripada kayu merbau dan kayu jati. Pengunjung bebas menggunakan kemudahan seperti jet spa, dapur luar dan kolam renang infiniti yang menghadap Bukit Takun.
Walaupun terpencil, anda tetap boleh mengakses Instagram atau Facebook kerana Maxis WiFi percuma ada disediakan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan kerana destinasi ini menempatkan pelbagai mercu tanda terkenal seperti Air Terjun Kanching, Batu Caves, Kolam Air Panas Selayang dan banyak lagi.
Alamat: 22, Jalan 3/2, Templer Height, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

14. Kuang Kampung Retreat

Kuang Kampung Retreat
Source: anistravelsto.blogspot.com
Jarak dari KL: 40 minit pemanduan
Penginapan resort banglo 3 tingkat di Kuang Kampung Retreat menawarkan pengalaman merasai kehidupan kampung. Ia terletak di Sungai Buloh, tidak jauh dari pusat bandar. Dikelilingi pokok dan herba, pengunjung boleh menikmati keindahan alam semulajadi di dalam dan luar banglo. Anda boleh bersantai di sini sebelum menempuh kesibukan kerja. 
Alamat: Lorong Orkid, Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor

15. Sekeping Jugra, Old Klang Road

Sekeping Jugra KL Staycation Malaysia
Photo Credits: @lil_mun
Sekeping Jugra KL Staycation
Photo Credits: @jeslynyii
Terletak di sebuah kawasan kejiranan di Jalan Klang Lama, Sekeping Jugra ialah permata tersembunyi yang menanti-nantikan para pengunjungnya. Rumah satu tingkat ini dibina pada tahun 1950an dan dibahagikan kepada beberapa ruang penginapan dan ruang kerja. Ruang-ruang ini dihubungkan melalui lorong sempit, laman rumah dan kebun. Reka bentuknya minimal, namun tetap indah. Kami paling suka kebun ruftop mereka kerana pengunjung boleh memetik dan menanam pokok untuk dijadikan bahan masakan sendiri!
Alamat: 3, Jalan Jugra, 58100 Kuala Lumpur

Bonus: Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort
Photo Credits: @caijin
Belum Rainforest Resort
Photo Credits: @tarapapa_
Jarak dari KL: 4 jam pemanduan
Belum Rainforest Resort terletak di tengah-tengah keindahan tropika. Pengunjung boleh bersantai sambil dikelilingi pemandangan hutan hujan yang luas. Anda boleh memilih untuk menginap di resort atau berkhemah (ia termasuk peralatan perkhemahan, pemandu perkhemahan, makan malam BBQ, lawatan ke Taman Negeri Royal Belum selama sehari dan macam-macam lagi!)

Inspirasi percutian anda yang seterusnya!

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu