Sekarang giliran urusan dalam negara pula...
Kalau dulu kita panik nak ke luar negara sebab kena isi TDAC Thailand, kini urusan domestik pun bakal berubah secara digital.
Bermula 15 Januari 2026, kerajaan Malaysia akan menjadikan MyDigital ID sebagai log masuk tunggal untuk banyak aplikasi penting — termasuk urusan imigresen, JPJ, dan portal kerajaan lain.
Tapi apa sebenarnya MyDigital ID? Bagaimana ia beri kesan kepada rakyat Malaysia, dan bagaimana nak prepare supaya travel pun smooth? Jom kita tengok!
Apa Itu MyDigital ID?
MyDigital ID bukan sekadar aplikasi baru. Ia ialah identiti digital rasmi kerajaan Malaysia yang membolehkan rakyat log masuk ke pelbagai portal dan aplikasi kerajaan dengan satu akaun sahaja.
Basically, MyDigital ID ni macam Apple account korang dan boleh gunakan untuk log in masuk ke aplikasi lain.
Ciri-ciri MyDigital ID:
- Log masuk satu akaun untuk banyak portal kerajaan (MyNIISe, MyJPJ, MySejahtera, MyBayar Saman, dan lain-lain).
- Pengesahan identiti selamat melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa menyimpan data peribadi dalam aplikasi.
- Mudah & cepat – tak perlu ingat banyak password.
- Diiktiraf secara rasmi, sah dari segi undang-undang untuk urusan digital kerajaan.
Pendek kata, MyDigital ID ialah kunci digital rasmi untuk semua urusan kerajaan. Kalau belum daftar, kemungkinan urusan korang akan tergendala bila sistem ni dah jadi standard nasional.
Apa Kaitannya MyDigital ID Dengan Travel?
Ramai ingat MyDigital ID cuma untuk urusan kerajaan “kat rumah” — tapi sebenarnya ia penting untuk perjalanan juga, terutama bila guna aplikasi MyNIISe untuk imigresen di Malaysia.
Walaupun MyDigital ID akan menjadi log masuk tunggal untuk MyNIISe bermula 15 Januari 2026, setakat ini penggunaan aplikasi MyNIISe belum lagi wajib bagi semua pelancong. Pihak
Jabatan Imigresen menjelaskan bahawa kaedah pemeriksaan imigresen sedia ada — seperti imbas passport di autogate, manual counters, atau menggunakan sistem MyBorderPass — masih dibenarkan semasa fasa roll-out ini.
Pengarah Imigresen sendiri menekankan bahawa orang ramai tidak perlu risau jika belum memuat turun atau menggunakan MyNIISe, kerana beberapa pilihan clearance masih beroperasi secara selari dengan sistem baru ini.
Namun begitu, MyNIISe tetap disarankan kerana ia boleh mempercepatkan proses imigresen dan memberikan pengalaman yang lebih lancar jika sistem itu tersedia di pintu masuk yang korang guna.
💡Tip Klook:
Walaupun belum wajib sepenuhnya, kerajaan masih mendorong rakyat untuk:
1. Download MyNIISe
2. Daftar dengan MyDigital ID
3. Cuba guna sistem digital semasa rollout
Kerana bila sistem ini benar-benar aktif penuh di semua terminal — termasuk KLIA, Bayan Lepas, Kuching & Kota Kinabalu — persediaan awal akan beri korang kelebihan untuk urusan imigresen lebih cepat & kawalan perjalanan lebih teratur.
Lepas dah setup, buka MyDigitalID > Direct ke MyNIISe > Pilih MyGate QR > Buka QR code dan imbas di reader.
Dan korang masih perlu bawa passport fizikal tau, jangan tinggal pula!
Kelebihan MyDigital ID Untuk Travel
- Urus dokumen imigresen lebih cepat – log masuk sekali untuk semak pas & permit.
- Kurang stress di airport – tak perlu cari dokumen fizikal, cukup sahkan identiti melalui aplikasi.
- Integrasi dengan sistem masa depan – bila lebih banyak portal kerajaan & airport integrate digital ID, travel jadi lebih seamless.
Secara ringkasnya, MyDigital ID = kunci digital supaya perjalanan domestik & antarabangsa lebih lancar, cepat, dan selamat.
Ini semua sebab urusan pelepasan imigresen jadi lebih pantas dan lancar hanya menggunakan kod QR!
Disebabkan ini, servis macam fast track, airport transfer, Sky Suite Ariport Lounge, dan lawatan yang korang book, akan jadi lebih efektif sebab semua urusan digital sudah tersusun sebelum sampai ke kaunter imigresen.
Apa Maksud Ini Untuk Rakyat Malaysia (Secara Praktikal)?
Dengan MyDigital ID, korang...
- Tak perlu ingat banyak password – satu ID untuk semua portal kerajaan.
- Kurang risiko digodam – pengesahan menggunakan pangkalan data JPN.
- Urusan jadi lancar – semak pas imigresen, lesen JPJ, atau akses portal kerajaan hanya dengan satu log masuk.
- Selamat & sah – semua urusan digital diiktiraf kerajaan.
Tips Daftar MyDigital ID Tanpa Stress
- Download aplikasi MyDigital ID dari Google Play / App Store / Huawei AppGallery.
- Daftar menggunakan e-mel > dapatkan OTP dan verify
- Masukkan Nama Penuh & No. Kad Pengenalan (seperti dalam MyKad)
- Imbas wajah (eKYC) – pastikan cahaya cukup, jangan pakai topi/cermin mata, kamera jelas.
- Cipta password dan siap!
💡Tip Klook: buat eKYC waktu siang supaya gambar jelas. Sistem mungkin reject kalau cahaya atau sudut tak cukup.
Tips Klook Untuk Perjalanan Smooth Tiba di KLIA
Bila semua dah tersusun, dari MyDigital ID ke lapangan terbang di Kuala Lumpur — travel korang jadi smooth, cepat, dan bebas stress.
Jom Klook bagi inspirasi travel ke Malaysia untuk korang!
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 10% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <NEW2KLOOKMY>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲




























