Panduan Dan Cara Renew Passport Malaysia Online Terkini 2024

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 15 Mac 2024
Cara Renew Passport Malaysia Online Terkini 2024

Anda perlu renew passport tak lama lagi?

renew passport online malaysia
Sebelum anda mulakan rancangan untuk travel, jangan lupa semak dulu tarikh luput passport! Kalau dua tahun lepas, anda kena buat janji dulu baru boleh renew passport. Tapi sekarang, boleh terus je walk-in atau siapkan semua permohonan renew online tanpa perlu keluar rumah! Hanya pengambilan passport sahaja memerlukan anda pergi ke Pejabat Imigresen dan jika anda ada masalah dengan passport.
Tempah semua keperluan perjalanan dan tiket di Klook untuk destinasi-destinasi ini dan banyak lagi:

Apa itu Klook? ๐Ÿคณ๐Ÿป

klook kod promo pengguna baru
Anda baru sahaja kenal aplikasi Klook? Merancang perjalanan dalam masa terdekat? Kami ada segala-galanya dari A hingga Z untuk anda! Tempah tiket masuk, hotel, lawatan, insurans perjalanan, pas perjalanan, dan semua keperluan di Klook hanya dengan beberapa klik. Gunakan kod <BETTERONAPP> untuk potongan 5% bagi tempahan pertama anda melalui aplikasi Klook! ๐Ÿ“ฑ

Cara Renew Pasport Malaysia Anda

Pilihan 1: Renew passport secara dalam online

renew passport online malaysia
Anda kini boleh elak daripada menunggu lama di pejabat imigresen yang sesak dengan mempebaharui passport anda secara online dari keselesaan rumah anda! Semua yang anda perlu lakukan ialah menyediakan semua maklumat yang diperlukan melalui borang MyOnline Passport dan ambil passport di pejabat imigresen setelah siap diperbaharui.
Nota: hanya pemohon berumur 13 tahun ke atas yang boleh renew passport mereka secara online.

Anda mungkin boleh panjangkan tempoh kesahihan passport anda untuk 10 tahun

[Terkini: Feb 2024] Jabatan imigresen mungkin akan melanjutkan tempoh sah laku passport Malaysia dari 5 tahun kepada 10 tahun. Mereka sedang menjalankan satu survey untuk menilai kelayakan melanjutkan tempoh kesahihan passport sebab banyak negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura telah melanjutkan tempoh sah laku passport mereka kepada 10 tahun.

Beberapa tip untuk renew passport anda secara online:

passport renewal malaysia online
  1. Masalah paling biasa yang dihadapi oleh mereka yang cuba renew passport mereka secara online adalah mengambil gambar yang mengikuti standard sistem online. Ada beberapa tip untuk mengambil gambar: pakai pakaian warna gelap, ambil di tempat yang terang dengan latar belakang kosong (tanpa bayang-bayang), dan pastikan rambut anda tidak menutupi muka/dahi. Ramai juga menggunakan aplikasi photo editor untuk memastikan gambar mereka memenuhi spesifikasi yang diperlukan (contohnya: untuk hilangkan bayang-bayang atau mengubah saiz gambar [45mm x 35mm] untuk memenuhi saiz standard).
  2. Selepas selesai permohonan, anda perlu mengambil passport baru dari pejabat imigresen pilihan anda. Pastikan anda bawa passport lama, IC, dan resit pembayaran untuk ambil passport tanpa masalah. Anda perlu ambil passport anda sendiri - tiada wakil dibenarkan. Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu mengambil passport dengan seorang penjaga.
  3. Pemohon renew passport online biasanya akan menerima kelulusan untuk pengambilan pasport melalui emel dalam masa 3 hari. Anda boleh terus ke pejabat imigresen untuk semak status jika anda tidak menerima e-mel dalam masa 3 hari (dalam kebanyakan situasi, baisanya passport anda sudah siap diperbaharui! Jika tidak, anda hanya perlu tunjukkan resit untuk siap renew dan ambil passport pada hari yang sama).
  4. Kadar renew passport terkini (kesahihan 5 tahun): RM200 untuk pemohon berumur 13 - 59 tahun & RM100 untuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas.

Pilihan 2: Renew passport anda secara fizikal di pejabat imigresen

how to renew passport online malaysia
Sebelum ini anda perlu membuat janji temu di Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia sebelum anda kunjung ke pejabat imigresen, kini anda boleh walk-in untuk renew passport. Anda biasanya boleh dapat passport baru anda pada hari yang sama dalam masa 1 - 2 jam setelah anda selesai dengan permohonan.
Ada juga pemohon yang perlu hadir ke pejabat imigresen untuk renew passport mereka termasuk individu yang pertama kali memohon, warga emas, OKU, kanak-kanak bawah 13 tahun, mereka yang kehilangan passport, pelajar yang ingin sambung belajar dan jemaah haji.
[Terkini] Pejabat imigresen di seluruh negara baru-baru ini telah mengubah waktu operasi mereka sebab permohonan untuk renew pasport pada waktu malam semakin berkurang.
Waktu operasi pejabat pengeluaran passport:
  • [hari biasa] KL, Putrajaya, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka: 8AM - 7PM
  • [hari biasa] Perlis, Pahang, Terengganu, Kedah: 8AM - 5PM
  • [setiap hari] Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia (kecuali Perlis, Pahang, Terengganu, Kedah): 8AM - 9PM
  • [Sabtu] Semua pejabat (kecuali Perlis, Pahang, Terengganu, Kedah): 8AM - 1230PM
P/s: kebanyakan pejabat akan tutup untuk rehat 2.5 jam (dari 12.15PM - 2.45PM) pada hari Jumaat. Sila semak waktu operasi pejabat yang anda rancang untuk kunjungi sebab waktu operasi mungkin berbeza. Klik di sini untuk senarai pejabat yang anda boleh kunjungi untuk renew passport anda!
Hanya kaedah e-bayaran (kad kredit, kad debit, dan Touch 'n Go e-wallet) diterima di kebanyakan pejabat imigresen buat masa ini. Banyak pejabat tidak lagi menerima pembayaran tunai untuk memastikan transaksi tanpa sentuhan yang selamat.

Rancang pengangkutan anda ke KLIA

Perlukan pengangkutan antara KLIA dan Kuala Lumpur?
KLIA Ekspres Airport Train Tickets on Klook
Jangan risau โ€” kami ada penyelesaian untuk anda. Anda boleh tempah tiket Keretapi Ekspres KLIA satu hala atau dua hala di Klook! Dengan KLIA Ekspres, anda boleh bergerak antara KL Sentral dan terminal KLIA 1 & 2 dalam masa kurang dari 30 minit, laluan terpantas antara dua destinasi tersebut. Semua gerabak dilengkapi dengan penghawa dingin dan tempat duduk yang selesa, tandas, WiFi percuma, dan ruang khusus untuk luggage ringan dan besar. KLIA Ekspres ada juga ` porter untuk membantu anda bawa luggage anda, jadi anda tidak perlu risau tentang jika anda bawa lebih dari 1 luggage.
Eksklusif di Klook: Tempah di Klook dan nikmati fleksibiliti baucar tarikh terbuka โ€” anda boleh menggunakan tiket anda pada sebarang hari dalam tempoh sah 30 hari (bermula dari tarikh tempahan).

Dah sedia untuk menerokai dunia?

how to renew passport online malaysia
Sama ada anda inginkian percutian di pantai yang santai dan kafe-kafe comel di Bali atau jelajahi Australia dalam sebuah roadtrip, kami menyediakan semua keperluan perjalanan yang anda perlukan, dari insurans hingga pas kereta api, hotel, tiket tarikan, pengalaman unik, lawatan, dan banyak lagi.

Inspirasi percutian Cuti-Cuti Malaysia!

๐Ÿ’ก Tip Klook ๐Ÿ’ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu