8 Taman Kembara Terbaik di KL & PJ 2024: Cabar Diri Anda dengan Sukan & Aktiviti yang Menyeronokkan!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 22 Sep 2023
more
Kredit Foto: @shermaine.juju (kiri), @masyamohd (kanan)

Sukakan cabaran?

Discovery Park at Gamuda Cove best adventure park in kl & selangor
Photo Credit: @shermaine.juju
Escape Park Paradigm Mall pj best theme parks in kl
Photo Credit: @isaacleeszeyaw (Instagram)
District 21 IOI City Mall Best Theme Parks In KL
Photo Credit: @frhanem (Instagram)
Keluar dan luangkan masa dengan bergembira selepas seminggu terkurung di rumah atau di pejabat! Cergaskan tubuh badan dengan aktiviti sukan yang mengujakan dan laluan berhalangan yang mencabar di beberapa taman aktiviti serta taman kembara terbaik di KL dan PJ. Tambahkan destinasi berikut dalam senarai hajat anda yang sesuai dilakukan bersama rakan-rakan atau untuk senaman hujung minggu!

8 Taman kembara terbaik di KL & PJ

1. Escape Petaling Jaya

Escape Park Paradigm Mall pj best theme parks in kl
Photo Credit: @sintong_tan (Instagram)
Escape park paradigm pj best theme parks in kl
Photo Credit: @4goaldiggers_ (Instagram)
Escape Park Paradigm Mall pj best theme parks in kl
Photo Credit: @isaacleeszeyaw (Instagram)
Escape park paradigm pj best theme parks in kl
Photo Credit: @azimyusof_
Aktiviti dan cabaran yang menyeronokkan sesuai dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan menanti anda di ESCAPE Petaling Jaya. Versi taman tema ESCAPE Pulau Pinang dalam bangunan ini terletak dalam ruangan seluas 35,000 kaki persegi di dalam Paradigm Mall. Ruang ini dipenuhi aktiviti untuk deruan adrenalin anda seperti cabaran bertali, memanjat dinding, luncur keluang dan banyak lagi! Anda juga boleh memilih aktiviti mengikut tahap kesukaran yang anda mampu lakukan.

2. Beast Park

Beast Park @ JUMPA
Photo Credit: @beastparkmalaysia (Instagram)
Beast Park JUMPA @ Sungei Wang Plaza obstacle course park in KL
Photo Credit: @beastparkmalaysia
beast park kl kids bouldering
Photo Credit: @beastparkmalaysia (Instagram)
Selesaikan laluan berhalangan dan memanjat batu tongkol di Beast Park, sebuah taman kembara dan aktiviti dalam bangunan unik yang direka untuk membantu menguji tahap kelasakan anda. Lokasi ini dikenali sebagai salah satu arena dalam bangunan yang paling komprehensif untuk aktiviti senaman fizikal dan pembinaan pasukan yang mencabar dengan dinding batu dalam tahap kesukaran yang berbeza hingga ke ayunan tali, trapez jaring dan banyak lagi!

3. SuperPark Malaysia

superpark malaysia review price ticket
Photo Credit: @shingweilee
SuperPark Malaysia best activity park in KL
Photo Credits: @liyanaasri
SuperPark Malaysia best sports park in KL
Photo Credits: @mayaidayu
Bersedia untuk merasai semua jenis keseronokan di SuperPark Malaysia, sebuah taman aktiviti dalam bangunan semua dalam satu yang unik dan dibina khas ini. Taman yang luas ini dibahagikan kepada 3 zon yang diisi dengan lebih 25 jenis permainan dan aktiviti menarik termasuk dinding berhalangan dan luncur keluang, taman skuter dan trampolin. Setiap aktiviti mesra keluarga dengan deruan adrenalin di sini sangat menyeronokkan untuk sesiapa sahaja, tanpa mengira umur atau tahap kecergasan!

4. District 21

District 21 IOI City Mall Best Theme Parks In KL
Photo Credit: @frhanem (Instagram)
District 21 ioi city mall Putrajaya best theme parks in kl
Photo Credit: @ruohuai0717 (Instagram)
District 21 ioi city mall Putrajaya best theme parks in kl
Photo Credit: @masyamohd (Instagram)
Bersedia untuk memanjat, meluncur, terjun bebas dan terbang di District 21, sebuah taman kembara dalam bangunan yang unik dengan tema dunia pascamalapetaka pada masa hadapan. Atrium seluas 70,000 kaki persegi ini terletak di dalam IOI City Mall dan menampilkan 10 tarikan mendebarkan serta laluan berhalangan untuk anda. Anda boleh memilih aktiviti yang mudah seperti Tubby Ride hingga ke aktiviti yang lebih sukar seperti Ninja Warrior dan Roller Glider kerana cabaran di sini dibuat untuk disesuaikan dengan sesiapa sahaja pada tahap keupayaan yang berbeza.

5. Camp5 Climbing Gym

Camp5 Climbing Gym best obstacle course park in KL
Photo Credit: @camp5climbinggym
Camp5 Climbing Gym best sports activity park in KL
Photo Credit: @camp5climbinggym
Camp5 Climbing Gym best sports activity park in KL
Photo Credit: @camp5climbinggym
Camp5 ialah tempat yang sempurna untuk aktiviti panjat batu dalam bangunan atau panjat batu tongkol pertama anda! Cabar diri anda dengan dinding yang disesuaikan mengikut tahap kesukaran yang berbeza. Gimnasium panjat batu dalam bangunan ini juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Lembah Klang. Anda boleh menempah pengalaman pendakian berpandu selama 1 jam dengan mudah untuk sesi panjat batu dalam bangunan yang selamat dan menyeronokkan serta sesuai untuk kanak-kanak!
  • Cawangan: One Utama, Utropolis, KL Eco City

6. Discovery Park at Gamuda Cove

Discovery Park at Gamuda Cove best adventure park in kl & selangor
Photo Credit: @shermaine.juju
Discovery Park at Gamuda Cove best obstacle course challenge in KL Selangor
Photo Credit: @syazzwan_yusof
Dirt Bike and ATV at Discovery Park, Gamuda Cove
Photo Credit: @motomaniacmalaysia (Instagram)
Cove Aerobar at Gamuda Cove best adventure park in Selangor
Cove Aerobar di taman kembara terbaik Gamuda Cove di Selangor Discovery Park ialah sebuah kawasan riadah dan hiburan yang menempatkan taman tema rekreasi serta berada di perbandaran Gamuda Cove serba baharu yang meriah dan dinamik. Taman ini terletak di ruang seluas 50 ekar dan dibahagikan kepada 2 zon. Anda boleh melakukan aktiviti dalam bangunan dan luar bangunan yang menyeronokkan yang termasuk Goosebumps Rope Course yang rumit, Cove Aerobar (bar terbang pertama di Asia Tenggara!) serta laluan basikal yang menarik!

7. Jump Street Asia Trampoline Park

Jump Street Asia Best Theme Parks In KL
Jump Street Asia Trampoline Park best indoor attraction in KL Malaysia
Photo Credit: @guibooo (Instagram)
Lompat ke tahap yang lebih tinggi bersama orang tersayang anda di Jump Street Asia! Taman trampolin dalam bangunan ini dipenuhi dengan 17 tarikan dan kemudahan berbeza untuk anda nikmati. Di sini terdapat trampolin besar, beg udara dan banyak lagi! Lompat sambil cabar rakan anda untuk bermain elak bola (dodgeball) atau bola keranjang di atas trampolin, uji keseimbangan, refleks dan kekuatan semasa anda melompat, memanjat dan mempelajari helah lompatan baharu.

8. SKYTREX Adventure Sungai Congkak

SKYTREX Adventure Sungai Congkak best adventure park in kl & selangor
Photo Credit: @criskpy
SKYTREX Adventure Sungai Congkak best obstacle course park in Selangor
SKYTREX Adventure Sungai Congkak best obstacle course in KL Selangor
Walaupun terletak sedikit jauh di luar KL, aktiviti ini tidak terkecuali daripada senarai kami! Bersantai di hutan untuk sesi aktiviti lasak dengan mengharungi laluan berhalangan di SKYTREX Adventure, Sungai Congkak. Anda akan dibimbing barisan tenaga pengajar profesional di sepanjang litar laluan bertali di atas pokok ini serta berdepan dengan cabaran dan halangan pada tahap yang berbeza seperti luncur keluang dan Fish Bone sambil dikelilingi keindahan pemandangan hijau.

Lebih banyak aktiviti menarik untuk dilakukan di KL

💡 Petua Klook 💡Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk mendapatkan maklumat tawaran pelancongan yang terkini dan terbaik khas untuk anda! Anda juga akan mendapat diskaun 5% untuk tempahan aplikasi pertama anda apabila menggunakan kod promosi <BETTERONAPP>. Terma dan syarat dikenakan.
Tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store. Sudah ada pada peranti mudah alih anda? Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
more