Panduan Lawatan ke Zoo Negara: Pameran Wajib Dikunjungi, Harga Tiket dan Tips Berguna!

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 22 Mac 2024
MY BM Zoo Negara Review

Pengenalan tentang Zoo Negara 🐼

zoo negara visit guide exhibits ticket
Photo Credit: @wawazulkifli
Dibuka secara rasmi pada November 1963, Zoo Negara merupakan Zoo Kebangsaan Malaysia yang mempunyai lebih daripada 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan! Konsep terbuka zoo ini meliputi 110 ekar tanah dan mengutamakan pemuliharaan, rekreasi, pendidikan, dan penyelidikan pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan termasuk spesies terancam dan eksotik seperti orangutan 🦧, Harimau Malaya 🐅, tapir, dan lain-lain.
zoo negara visit guide exhibits ticket
Photo Credit: @nanaelyna
Zoo ini bukan sahaja destinasi wajib untuk pelancong yang melawat Kuala Lumpur (terutamanya kalau anda ni animal lover atau kalau anda bercuti bersama kanak-kanak!) tetapi merupakan tempat perlancongan popular pada hujung minggu dan cuti sekolah di kalangan rakyat Malaysia tau! Jom tengok panduan lawatan kami ini dan rancang lawatan ke Zoo Negara anda sekeluarga dengan sempurna!
@klook.my Korang dah dapat jumpa Oyen belum? 🐱Kami dah! 😌 Jom terokai Zoo Negara dan jumpa pelbagai haiwan-haiwan comeeeel 🐼🐅 🎟️: RM37 (dewasa), RM15 (kanak-kanak) #KlookTries #KlookMY #zoonegara #zoonegaramy #oyennakal #oyencat #animalfriends #zoonegaramalaysia #tempatbestkl #oyencapybara #capybaraoyen ♬ เสียงต้นฉบับ - nad♡inem - 𓇼

Waktu operasi

zoo negara visit guide exhibits ticket
Photo Credit: @carelyntan
Zoo Negara dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kami sangat recommend untuk anda datang lebih awal (sebaik sahaja Zoo Negara dibuka) supaya anda dapat melawat sebanyak tempat yang mungkin dalam satu hari. Ada juga pertunjukan haiwan yang telah dijadualkan dua kali sehari dan wajib-pergi (rugi kalau anda terlepas tau) - jadual waktu ini tertakluk kepada perubahan, jadi pastikan anda semak dulu jadual pertunjukan di laman web rasmi Zoo Negara sebelum pergi!

Harga tiket 🎟️

zoo negara exhibits visit review guide
Photo Credit: @zoeyeewen
Tiket Zoo Negara ada 4 kategori iaitu: dewasa, kanak-kanak, warganegara Malaysia, dan bukan warganegara Malaysia. Nikmati harga diskaun bila anda tempah tiket di Klook - Tiket di Klook juga adalah tiket tarikh terbuka, jadi anda boleh melawat pada bila-bila je dalam tempoh yang sah. Ada fleksibiliti untuk anda merancang perjalanan ke Zoo Negara! Sila lihat harga tiket di bawah ini:

Kategori tiket

Harga di kaunter

Harga di Klook

Dewasa (Warganegara Malaysia)

RM45

RM37

Dewasa (Bukan warganegara)

RM88

RM72

Kanak-kanak (Warganegara Malaysia aged 3 - 12)

RM18

RM15

Kanak-kanak (Bukan warganegara berumur 3 - 12)

RM43

RM37

*Harga tiket tertakluk kepada perubahan - rujuk kepada harga terkini di sini.

Cara untuk pergi ke Zoo Negara 🚗

zoo negara exhibits visit review guide panda
Photo Credit: @mrblion
Zoo Negara ni terletak di Hulu Kelang, Ampang, lebih kurang 15 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Anda boleh pergi ke sini dengan kereta atau bas - ataupun boleh baik tren LRT ke Stesen Wangsa Maju dan kemudian naik teksi atau ambil Grab untuk sampai ke sini. Kalau anda bercuti di KL sebagai pelancong atau anda datang dari negeri lain di Malaysia, boleh sewa kereta di Klook untuk perjalanan yang lebih mudah dan fleksibel di Kuala Lumpur!
Alamat: Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Rancang lawatan anda ke Zoo Negara

zoo negara map review
Zoo Negara ni agak besar - anda boleh luangkan satu hari penuh di sini kalau anda rancang untuk lihat semua pameran yang berbeza. Jangan lupa save peta di atas (atau boleh dapatkan satu salinan di pintu masuk zoo) untuk memudahkan anda berjalan-jalan di Zoo Negara. Pastikan anda aturkan masa yang cukup semasa lawatan supaya anda tak tergesa-gesa untuk pergi ke semua pameran. Teruskan membaca untuk dapatkan tips lawatan tambahan!

Tarikan dan pameran yang wajib dikunjungi di Zoo Negara

zoo negara exhibits visit review guide
Photo Credit: @koolitao
Dengan lebih daripada 5000 spesimen dari hampir 500 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan, Zoo Negara dibahagikan kepada beberapa zon yang menempatkan haiwan-haiwan yang berbeza. Berikut adalah beberapa pameran wajib dikunjungi yang boleh anda tambahkan dalam jadual lawatan anda:

Giant Panda Conservation Centre

zoo negara visit guide exhibits ticket giant panda
zoo negara exhibits visit review guide panda
Photo Credit: @koolitao
Giant Panda Conservation Centre adalah salah satu pameran yang paling popular di Zoo Negara! Xing Xing dan Liang Liang adalah sepasang panda giant yang dihantar ke Zoo Negara sebagai satu simbol hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Mereka akan tinggal di Zoo Negara selama 10 tahun sebelum kembali ke China pada tahun 2024, jadi pastikan anda berjumpa dengan mereka sebelum mereka pulang ke China! Tengok mereka bersantai dan mengunyah buluh di Zoo Negara!

Ape Centre

zoo negara visit guide exhibits ticket
Terletak di bahagian atas Zoo Negara, Ape Centre adalah pameran popular di Zoo Negara juga. Ia menempatkan sekumpulan cimpanzi dan dua spesies orangutan, iaitu orangutan Borneo dan orangutan Sumatera. Kandang terbuka di Ape Centre ini membolehkan haiwan- haiwan ini bergerak secara bebas - saksikan mereka bermain-main dengan ceria, bersalam, bergaduh, dan mengusik satu sama lain dan dikelilingi kehijauan yang subur.

Bird Aviary

zoo negara visit guide exhibits ticket
Photo Credit: @widi_soesanta07
zoo negara visit guide exhibits ticket
Satu lagi pameran yang wajib dikunjungi di Zoo Negara adalah Bird Aviary, yang mempunyai salah satu koleksi spesies burung terbesar di negara ini, termasuk juga dengan spesies terancam yang susah nak jumpa di tempat lain. Saksikan burung-burung yang berwarna-warni ini bersiul dengan riang ketika mereka terbang dengan bebas di dalam sangkar yang besar. Tasik Tunku Abdul Rahman terletak di sebelah Bird Aviary ini menjadi rumah kepada lebih daripada 300 burung yang berkeliaran bebas, termasuk burung bangau, angsa, pelikan, ibis, dan lain-lain. Datang ke sini semasa waktu bagi makan dan anda boleh ambil gambar yang menarik!

Humboldt Penguins

zoo negara penguin
Lapan ekor penguin Humboldt di Zoo Negara ini telah datang dari jauh - dari Zoo Republik Czech yang sejuk ke hutan hujan tropika Zoo Negara sebagai sebahagian daripada program pembiakan dalam kurungan di zoo. Datanglah semasa waktu bagi makan pada pukul 11 pagi dan tengok mereka 'terbang' di dalam air untuk mencari makanan!

Bear Complex

zoo negara visit guide exhibits ticket malayan sun bear
Dari 8 spesies beruang di dunia, Zoo Negara telah menjadi rumah kepada 3 beruang: Beruang Hitam Asia, Beruang Coklat, dan Beruang Matahari Malaysia. Kami sangat suka Beruang Matahari Malaysia yang merupakan spesies beruang terkecil di dunia! ✨ Fakta menarik: Beruang Matahari juga dikenali sebagai Beruang Madu kerana mereka sangat suka madu, dan juga Beruang Anjing disebabkan saiz mereka. Mereka berjalan dengan keadakaan kaki mereka ke dalam dan mereka mempunyai gigi taring yang sangat comel!

Cat Walk

zoo negara visit guide exhibits ticket tiger
Cat Walk bukanlah tempat tinggal bagi kucing kesayangan anda, tapi merupakan rumah bagi kucing besar seperti Singa Africa dan Harimau Malaya! Pada waktu siang, anda mungkin akan melihat mereka berenang di kolam atau tidur di bawah pokok yang teduh.

Children's World

zoo negara visit guide exhibits ticket rabbits
zoo negara exhibits guinea pig
Jika anda datang ke Zoo Negara bersama anak-anak kecil, pastikan anda singgah ke bahagian Children's World di mana kanak-kanak boleh berlari dengan bebas dan dikelilingi haiwan-haiwan yang comel seperti rusa, kambing, arnab, kura-kura, dan kuda kecil! Di sini juga terdapat gua mini di mana mereka dapat belajar dan kagum dengan artifak-artifak unik yang dipamerkan. 💡 #KlookTip: Boleh datang antara jam 12 tengahari hingga 1 petang jika anda melawat pada hujung minggu atau cuti umum untuk sesi bagi makan haiwan!

Mammal Kingdom

zoo negara exhibits puma
Mammal Kingdom di zoo merupakan kawasan yang luas dan ada pelbagai haiwan-haiwan nokturnal termasuk kucing belang, puma, rakun, hyaena, capybara (rodent terbesar di dunia!), landak Malaya, dan lain-lain. Di sini juga ada sebuah pameran lain di mana anda boleh melihat beberapa unta. Kalau anda suka fotografi, anda akan mendapat peluang untuk mengambil banyak gambar mamalia yang cantik!

Savannah Walk

zoo negara visit guide exhibits ticket giraffes
Terletak bersebelahan dengan Mammal Kingdom, Savannah Walk merupakan pameran berkonsepkan terbuka dan juga terbesar di zoo ini! Ia menjadi rumah kepada pelbagai haiwan Afrika seperti zirafah, burung unta, zebra, badak putih, antelop sabel, dan lain-lain. Jangan lupa siap sedia kamera anda untuk ambil beberapa gambar dengan haiwan-haiwan ini yang pasti akan memikat hati semua pencinta haiwan, baik muda mahupun tua!

Malaysian Elephants

zoo negara visit guide exhibits ticket elephants
Zoo Negara menjadi rumah bagi tiga Gajah Malaysia yang diberi nama Siti, Sibol, dan Teriang. Gajah-gajah ini berasal dari Pahang dan merupakan bintang-bintang popular di zoo ini! Lawati pameran mereka dan bagi makan dengan tangan. Makanan kegemaran mereka iaitu tebu dan pisang. 💡 Fakta menarik: Tahukah anda bahawa Gajah Malaysia boleh makan sehingga 300kg makanan dan minum sehingga 225 liter air setiap hari? Sangat mengagumkan!

Pameran lain

zoo negara exhibits wallabies
Selain pameran-pameran di atas, terdapat juga Reptile House, Butterfly Garden, Australian Plain (tempat tinggal bagi sekelompok rusa kutub yang comel, kangaroo, dan burung emu - burung terbesar di Australia!), dan juga Hornbill Centre, kawasan istimewa yang berfungsi sebagai pusat pembiakan bagi 7 spesies burung enggang. Luangkan masa anda dan lawati kawasan-kawasan yang berbeza di Zoo Negara ini untuk satu hari yang menyeronokkan bersama haiwan-haiwan liar di sini.

Jumpa Oyen di Zoo Negara!

Zoo Negara Oyen Capybara
Zoo Negara Oyen Capybara
Mungkin ramai dah tahu tentang kewujudan si nakal ini - Oyen! Kalau anda belum lagi dapat berjumpa dengan Oyen, ini lah masa untuk anda kunjungi ke Zoo Negara. Boleh tengok si Oyen ini duduk bersama-sama capybara macam satu keluarga yang bahagia.

Tips tambahan 💡

zoo negara exhibits visit review guide
Photo Credit: @zoeyeewen
  • Zoo Negara ini sangat luas dan kebanyakan kawasan di sini tidak beratap untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan. Pastikan anda bawa persediaan yang sewajarnya sebab cuaca boleh jadi sangat terik dan panas - bawa topi, payung, serta air yang mencukupi untuk anda dan sekeluarga kekal hidrat sepanjang lawatan! Ada beberapa Pondok Zoo (termasuk beberapa yang berhawa dingin) di seluruh zoo di mana anda boleh singgah untuk berehat jika penat.
  • Pra-tempah tiket Zoo Negara anda di Klook untuk nikmati diskaun! Tiket adalah bertarikh terbuka, pengesahan segera, dan anda juga akan dapat Klook Credits yang boleh digunakan untuk diskaun tambahan apabila anda ingin membuat tempahan yang seterusnya.
  • Zoo ini mesra kerusi roda dan kereta sorong bayi - anda juga boleh menyewa kerusi roda atau kereta sorong bayi jika anda memerlukannya, yuran sewa adalah RM5 dan RM20.
  • Kami sangat menggalakkan anda untuk bawa barang yang ringan sebab anda akan banyak berjalan di zoo! Jika anda perlu simpan barang-barang peribadi, ada loker yang boleh disewa dengan yuran RM2. Anda boleh sewa loker di Kaunter Tiket.

Anda baru kenal Klook? 🤳🏻

klook kod promo pengguna baru
Anda baru sahaja kenal aplikasi Klook? Berita baik! Kami ada diskaun 5% untuk tempahan pertama anda. Pastikan anda dah muat turun aplikasi Klook terlebih dahulu, daftar dan tebus kod promo BETTERONAPP! Tunggu apa lagi, jom mengembara bersama Klook sekarang!

Tempat tarikan lain di KL yang mesra keluarga

Panduan perjalanan ke Kuala Lumpur!

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu