Nikmati 7 Pengalaman Menyeronokkan dan Unik di Seoul dengan Discover Seoul Pass

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Dis 2023
seoul discover seoul pass

Penuhi Instagram anda dengan keindahan Seoul!

seoul palace discover seoul pass
discover seoul pass
Discover Seoul Pass sememangnya menawarkan pelbagai manfaat kerana pelancong boleh menikmati tarikan menarik di Seoul dengan harga yang murah. Hanya dengan satu kad, anda boleh mendapatkan akses percuma ke sekurang-kurangnya 30 tarikan pelancong di bandar ini. Jom terokai beberapa tempat tarikan terkenal dan pengalaman menarik di sekitar ibu kota Korea.
Dengan Discover Seoul Pass, anda boleh menikmati akses percuma selama 24, 48 atau 72 jam ke tempat tarikan pelancong yang terkenal di Seoul dan pelbagai diskaun. Selain destinasi-destinasi di dalam artikel ini, anda juga boleh masuk secara percuma ke tarikan seperti Istana Gyeongbokgung, Istana Changgyeonggung, Menara N Seoul, Muzium Trickeye, Akuarium COEX, Muzium Seni Moden dan Kontemporari Negara, dan banyak lagi! Ketahui lebih lanjut tentang Discover Seoul Pass di sini.

1. Berpakaian seperti tahun 60-an di Seoul

discover seoul pass Kyungsung Clothes
Photo Credit: @junesomeday_
Kita sudah terbiasa melihat kawan-kawan cantik mengenakan hanbok di Istana Gyeonbokgung. Tetapi, untuk mempelajari budaya dan sejarah Korea, kami ingin cadangkan sesuatu yang berbeza. Pakaian korea berkonsepkan retro kini terkenal kerana banyak dilihat dalam beberapa drama seperti Mr. Sunshine dan Hotel de Luna.
seoul ikseon boutique discover seoul pass
seoul ikseon boutique discover seoul pass
Diilhamkan daripada pakaian seragam sekolah elit swasta dan selebriti ketika itu, gaya ini muncul pada tahun 1960an. Pakaian ini selalunya berwarna mewah, beropol dan dikenakan dengan aksesori seperti barang kemas, topi dan kerongsang.
seoul ikseon boutique
Anda boleh menyewa pakaian sebegini di Kyungsung Clothes. Pelbagai jenis prop juga disediakan. Jadi, bolehlah anda bergaya sambil mengambil gambar dengan filter vintaj di Instagram. Dapatkan Seoul Discover Pass dengan diskaun 30% untuk menikmati pengalaman ini.

2. Tunjukkan kreativiti di SMOO:D

SMOO:D discover seoul pass
Credit: Discover Seoul Pass
Dengan Discover Seoul Pass, anda boleh menikmati diskaun 10% di SMOO:D. Walaupun namanya sama dengan kedai smoothie di Singapura, SMOO:D ialah jenama yang pakar dalam lampu dan papan tanda neon di Seoul. Anda boleh melukis reka bentuk sendiri dan mengambil idea daripada papan tanda dan hiasan estetik jalanan di kedai ini.
SMOO:D discover seoul pass
Sesetengah orang akan memilih frasa, manakala ada yang sukakan logo. Anda boleh memilih daripada pelbagai tiub lampu neon yang berbeza warna dan ketebalan. Kemudian, anda akan diajar cara memintal tiub lampu neon agar menjadi karya seni cantik dengan bantuan pakar pencahayaan.
Bergantung pada gaya anda, produk akhir mungkin kelihatan berbeza-beza. Kedai ini menyediakan zon bergambar untuk pelanggan mengambil gambar hasil kerja mereka. Ini bukan saja menarik untuk dimuat naik ke Instagram, malah boleh dijadikan hadiah untuk kawan-kawan!

3. Explore traditional Korean art at Cheongchunilhwa

seoul traditional korean art class Cheongchunilhwa
Photo Credit: @cheongchunilhwa
seoul traditional korean art cheongchunilhwa
Photo Credit: @cheongchunilhwa
Belajar tentang seni dan budaya korea dengan menyertai kelas lukisan tradisional Korea di Cheongchunihwa. Anda boleh merasai pengalaman  melukis di atas kertas bertekstur, sutera atau kain tradisional. Pengalaman ini memang cukup berbeza daripada gaya seni yang pernah anda cuba sebelum ini. Sepanjang sesi melukis ini, anda akan berasa tenang dan belajar menghargai kemahiran melukis.
Tunjukkan bakat seni anda ketika memerah idea lukisan dengan sokongan daripada pengajar berpengalaman. Walaupun seni tradisional mementingkan alam semulajadi; dengan bunga, burung dan pokok dianggap simbol budaya, anda bebas mencuba pelbagai idea lain ketika bengkel ini. Dengan Discover Seoul Pass, anda boleh menikmati diskaun 20% untuk kelas ini.

4. Bersiar-siar di Ikseondong Hanok Village dan Café street

ikseondong hanok seoul cafe street
Photo Credit: @margarethatiffany
Di utara pusat bandar Seoul, terletaknya sebuah perkampungan hanok tertua di Seoul iaitu Ikseondong yang juga terkenal dengan lorong-lorongnya yang bersambung. Kawasan ini unik kerana ia berjaya memelihara seni bina tradisional Korea yang dipanggil Hanok, ia membentuk deretan rumah teres yang kebanyakannya tidak disentuh sejak tahun 1920an.
ikseondong hanok alley cafe street seoul korea
Photo Credit: @happyxtravels
Kontras antara bumbung tradisional dan jalan-jalan berdekatan yang kelihatan moden membolehkan pelancong menikmati suasana masa lalu dan masa kini. Memandangkan kebanyakan rumah-rumah di sini ditukar menjadi kafe, kedai dan restoran, ia berjaya menarik pelancong dan penduduk tempatan untuk datang berjalan-jalan dan menikmati hotteok (penkek traditional berisi gula), atau melawati kafe yang berbeza estatik.

5.  Nikmati alam semulajadi di Taman Rimba Gyeongui Line

Gyeongui Line Forest Park
Photo Credit: @rhode_jeju
Jom berehat daripada kesibukan bandar! Beberapa tahun yang lalu, landasan kereta api Gyeongui beroperasi di kawasan ini. Namun, selepas trek ini ditukar ke bawah tanah, tempat ini digantikan dengan sebuah taman. Taman hijau ini menjadi tempat masyarakat berkumpul kerana ia lengkap dengan ruang serbaguna dan kemudahan, sesuai untuk sesiapa saja yang ingin merasai budaya tempatan dan bergaul dengan penduduk tempatan. Selain itu, taman ini juga mempunyai beberapa kolam, sungai dan padang. Disebabkan ini, ia sering dibandingkan dengan Central Park di New York dan digelar "Yeon-tral Park".
Anda juga boleh mengunjungi beberapa kawasan kejiranan terkenal yang berdekatan taman ini seperti Hongdae dan Yeonnam-dong, sesuai untuk mempelajari tentang warisan Seoul dan perubahannya sepanjang zaman. Sambil itu, bolehlah anda mengunjungi kafe, restoran, muzium dan galeri berdekatan.

6. Kunjungi Sangam Sky Park

haneul park seoul korea
Photo Credit: @jenny._.cookie
haneul park seoul korea
Photo Credit: @hyunha_
Memandangkan kita sedang bercerita tentang tempat awam yang santai, kami ingin memperkenalkan satu lagi taman di Seoul, iaitu Sangam Sky Park. Taman ini juga dikenali sebagai Taman Haneul kerana ia lebih tinggi berbanding Taman Piala Dunia FIFA yang lain. Di taman ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan bandaraya Seoul dari atas. Anda boleh ke taman ini dengan pelbagai cara, tetapi kami mengesyorkan agar anda memanjat anak tangga untuk menikmati pemandangan paling cantik dan belajar tentang kawasan ini. Anda juga boleh menaiki kereta elektrik yang disediakan di tempat letak kenderaan Taman Nanjicheon untuk sampai ke puncak.
Sangam Sky Park haneul park seoul
haneul park seoul
Photo Credit: @bichon_kkakku
Taman ini selalunya dikunjungi orang ramai pada bulan Oktober untuk merayakan Silver Grass Festival. Pada bulan ini, bukit-bukit akan dipenuhi silver grass (lalang berwarna keperakan) yang bersinar di bawah matahari. Anda mungkin tidak sangka yang taman ini dulunya sebuah tapak pelupusan. Tapi, melalui usaha penjanaan semula bandar, kawasan ini dibaik pulih dan menekankan kelestarian dan tenaga bersih.

7.  Terokai masa depan di Digital Media City (DMC)

digital media city
digital media city seoul
Source: Digital Media City Official Facebook Page
Seoul memang terkenal dengan pembangunan teknologi, bakat-bakat hebat dan pelbagai sumber. Digital Media City yang terletak di daerah Sangam mementingkan teknologi maklumat, budaya dan hiburan media, yang ditayangkan di Galeri DMC. Selepas puas menerokai masa depan dengan teknologi maya, anda boleh singgah ke Digital Pavilion. Pengunjung di sini boleh menukar gambar-gambar di dinding dengan hanya satu leretan jari. Anda pasti akan terpukau melihat cara inovasi dipraktikkan di sini sebelum ia diperkenalkan dalam kehidupan seharian kita.
Malah, anda boleh melawati Muzium Filem Korea, yang tidak jauh dari sini, untuk memahami perjalanan industri sinematik Korea sepanjang abad lalu, dan mendalami peristiwa bersejarah Korea dan negara-negara jiran. Untuk mudah bergerak, anda boleh menggunakan basikal awam di hadapan Galeri DMC untuk bersiar-siar di Digital Media City.

Bersedia untuk terokai Seoul?

seoul discover seoul pass
Seoul memang kaya dengan pengalaman, budaya dan warisan untuk didalami para pelancong. Dengan Discover Seoul Pass, anda boleh mengunjungi banyak tempat-tempat cantik dan unik dengan harga paling murah. Memandangkan kad ini menawarkan akses ke pelbagai tarikan, kami cadangkan agar anda merancang jadual perjalanan sendiri.

Buku Panduan Elektronik Discover Seoul Pass

discover seoul pass e-guidebook
Perlukan bantuan untuk merancang percutian dengan Discover Seoul Pass? Muat turun jadual perjalanan sehari elektronik percuma kami untuk mendalami budaya dan tarikan bersejarah Seoul dalam sehari!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu