8 Lokasi Semula Jadi Yang Anda Perlu Lawati Apabila Tiba di Jepun

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Okt 2023
-

Lihat sendiri keindahan alam semula jadi Jepun dengan senarai 8 pengalaman kami yang anda boleh tambah dalam jadual pelancongan lawatan ke Jepun anda!

Sedang mencari tempat untuk keluar daripada kawasan bangunan pencakar langit dan jalan-jalan sibuk di Jepun semasa percutian anda? Cara terbaik untuk menyegarkan minda, badan dan semangat anda adalah dengan menikmati udara segar serta menyaksikan pemandangan nan menghijau di kawasan luar bandar Jepun yang indah.
Para pelancong seringkali datang untuk menikmati pergunungan Hokkaido yang dilitupi salji pada musim sejuk. Mereka juga ke sini untuk melihat sendiri bunga-bunga berkembang mekar di Ladang Sera Kogen yang terletak di Hisroshima semasa musim bunga demi menikmati keindahan alam semula jadi Jepun yang tidak ternilai.
Agak sukar untuk memilih destinasi dalam jadual perjalanan yang seterusnya kerana Jepun memiliki banyak pilihan landskap semula jadi yang menarik untuk dilawati. Jangan risau, kami telah senaraikan pengalaman melawat alam semula jadi yang menarik untuk anda tanpa mengira musim semasa!

Aktiviti musim bunga dan musim panas

1. Bersiar-siar ditemani kerlipan bintang sambil menikmati keindahan hutan di Iriomote atau Pulau Ishigaki

family looking up at starry sky
Iriomote dan Pulau Ishigaki merupakan antara tempat terbaik di Okinawa untuk merasai pengalaman meneroka alam semula jadi yang menakjubkan kerana tempat ini dilitupi hutan tebal dan hutan bakau. Penduduk tempatan dan para pelancong sering mengunjungi Taman Negara Iriomote Ishigaki untuk merasai pelbagai pengalaman alam semula jadi yang mereka boleh cuba di tempat-tempat menarik di situ.
Perairan di sekelilingnya membolehkan para pelancong berkayak di laut dan di sungai, snorkel, selam skuba dan berenang di pantai. Mereka yang suka mendaki mungkin ingin mencabar pelbagai denai kembara di pulau ini - denai yang terkenal ialah denai yang bermula di Air Terjun Campire di Sungai Urauchi yang menjangkau hingga 20 km lalu membawa anda mengembara merentasi kawasan pedalaman pulau.
Jika anda mencari sedikit kelainan daripada lawatan biasa ke Iriomote dan Ishigaki, kami sangat syorkan agar anda pergi bersiar-siar di hutan sambil menyaksikan keindahan kerlipan bintang pada waktu malam! Lawatan ini membawa anda berjalan ke dalam kawasan hutan bakau untuk meneroka landskap hutan yang terdapat di pulau ini pada waktu malam dan bertemu hidupan liar yang ada di hutan ini. Jangan terlepas peluang untuk menyaksikan segala-galanya sepanjang jalan kerana anda mungkin terserempak dengan makhluk subtropika yang jarang ditemui dan sangat menakjubkan seperti ketam kelapa!

2. Kayak lut sinar di Tasik Shikotsu

girl rowing a clear kayak
Tasik Shikotsu sangat terkenal dan merupakan salah satu daripada dua tasik kaldera Taman Negara Shikotsu-Toya. Tasik ini terbentuk daripada runtuhan yang berlaku di permukaan bumi selepas aktiviti gunung berapi berlaku di kawasan itu. Kebanyakan kawasan itu belum dibangunkan kecuali Shikotsu Kohan iaitu sebuah destinasi bandar pelancongan kecil yang menjadi tempat untuk orang ramai menikmati aktiviti luar yang menyeronokkan seperti berbasikal, selam skuba dan berkayak di sepanjang bahagian barat tasik.
Walaupun aktiviti lain dalam senarai kami mungkin terdiri daripada berlayar di sungai atau berjalan di sepanjang hutan, mereka yang lebih suka beraksi di atas air mungkin ingin mencuba pengalaman berkayak lut sinar di Tasik Shikotsu. Perkara yang menarik tentang pengalaman berkayak ini ialah anda dapat menikmati dua perspektif tasik yang berbeza semasa mendayung - satu dari atas air dan satu lagi dari dasar kayak yang lut sinar!

3. Meredah sungai di Sungai Shirakami 

group of people overlooking mini waterfall
Shirakami-Sanchi sering dikunjungi oleh para pelancong kerana keindahan alam semula jadinya yang tidak dirosakkan oleh tangan-tangan manusia dan dipelihara dengan baik serta merupakan tempat terletaknya hutan pokok bic purbakala terbesar di dunia. Hutan tebal yang menjadi habitat pokok bic di Tapak Warisan Semula Jadi Dunia ini menghasilkan mata air bagi membantu untuk menyokong kehidupan flora dan fauna yang kaya di kawasan itu. Mata air jernih dan sejuk serta hutan hijau subur di Shirakami Sanchi menjadikan aktiviti meredah sungai sebagai pengalaman yang mesti dilakukan bagi sesiapa sahaja yang ingin berhubung dengan alam semula jadi apabila berada di Jepun!
Perkara yang paling kami suka tentang pengalaman tersebut (selain daripada haiwan-haiwan yang kami temui di sepanjang jalan!) adalah apabila kami berhenti untuk berenang. Kami dapat mengharungi air sungai yang jernih dan ini semestinya idea yang bagus jika anda ingin menyejukkan badan daripada cuaca panas.

4. Petik tembikai di Shizuoka

man holding melon
Terasa-rasa kemanisan musim panas semakin menyeru dengan tembikai ikonik Shizuoka! Selain daripada teh, daerah ini juga terkenal dengan tembikai wangi yang terkemuka atau "Raja Buah-buahan" di Jepun. Anda ingin tahu apa bezanya dengan tembikai biasa? Tembikai premium ini lebih manis dan enak berbanding tembikai susu dan tembikai wangi yang kita biasa makan. Ini menjadikannya pencuci mulut menyegarkan yang terkenal untuk melawan peningkatan suhu panas pada musim ini!
Para pelancong boleh menikmati tembikai enak ini kemudian melawat ladang-ladang tempat ia ditanam dan dijaga. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menyeronokkan dengan memetik tembikai di sekitar kawasan ini! Kami sangat suka melawat ladang ini kerana anda akan berpeluang untuk berinteraksi dengan petani sebenar yang menanam tembikai wangi! Mereka akan tunjukkan tempat anda boleh memetik buah dan menjawab soalan anda tentang ladang dan cara tembikai ditanam. Makanan musim panas yang lazat dan peluang untuk belajar tentang budaya tempatan Shizuoka? Daftarkan kami!
Tip Klook: Kepada mereka yang ingin berehat selepas aktiviti memetik buah, ladang tembikai ini terletak berhampiran mata air panas Hamanako Kanzanji yang terkenal. Pastikan anda bawa satu set pakaian tambahan jika anda bercadang untuk berenang di mata air panas!

Aktiviti musim luruh dan musim sejuk

5. Tengok ikan paus di Okinawa

mist from a humpback whale forming a rainbow
Okinawa menawarkan banyak tempat menarik buat mereka yang berminat untuk menyelam bagi menikmati keindahan bawah air di Lautan Pasifik manakala mereka yang tidak suka berenang di dalam lautan biru yang sejuk ini masih berpeluang untuk bertemu dengan haiwan laut yang menakjubkan di pulau itu! Paus kelasa yang menakjubkan ini akan berkumpul di pinggir pantai Pulau Zamami kira-kira 40 km di barat Okinawa untuk berenang di sekitar kawasan itu dari bulan Disember hingga April.
Mencerap paus kelasa telah menjadi aktiviti terkenal pada musim ini kerana ada kemungkinan besar anda bukan sahaja dapat melihat haiwan laut ini berenang-renang bersama bot anda bahkan dapat juga melihat ikan lumba-lumba berenang di sekitar situ! Kami amat kagum apabila dapat melihat ikan paus ini memancutkan air pada ketinggian kira-kira 3-5m. Pelayaran pergi balik yang menyegarkan dari pulau dan pertemuan dengan haiwan laut yang mesra menjadikan hari ini sebagai hari yang akan tersemat dalam ingatan!
Tip Klook: Jangan lupa untuk bawa kelengkapan dan set pakaian tambahan kerana cuaca di laut boleh menjadi sangat sejuk.

6. Bersiar-siar dengan kasut salji di Kolam Goshikinuma di Fukushima

children looking at frozen pond
Walaupun Kolam Goshikinuma di Fukushima yang bersejarah merupakan tarikan pelancong yang terkenal pada musim panas dan musim bunga, tahukah anda bahawa sangat disyorkan untuk melawat kolam berwarna-warni yang terkenal ini pada musim yang berbeza sepanjang setahun? Terbentuk akibat letupan Gunung Bandai pada tahun 1888, warna Kolam Goshikinuma berubah sepanjang tahun disebabkan oleh faktor seperti cuaca, masa, musim, sudut pandangan dan paras bahan gunung berapi yang terkandung dalam air.
Apabila musim sejuk tiba, kolam tersebut sangatlah ajaib kerana warnanya menjadi semakin gelap dan pekat berlatarbelakangkan pemandangan hutan putih bersalji. Cara terbaik yang kami cadangkan untuk menerokai kawasan ini adalah dengan menyertai lawatan ke kolam menggunakan kasut salji. Berjalan dengan kasut salji ialah aktiviti musim sejuk yang menyeronokkan dan mudah dilakukan terutamanya untuk keluarga yang melancong dengan anak-anak. Anda pasti akan mendapat ganjaran pemandangan tasik ajaib yang mengagumkan dan juga senyuman orang tersayang yang menikmati kembara musim sejuk!

7. Berlayar di Sungai Obihiro pada Waktu Malam

boat cruising river at night
Pelayaran sungai mungkin aktiviti yang biasa dilakukan pada musim bunga dan musim panas tetapi di Hokkaido, berlayar menyusuri Sungai Obihiro semasa musim sejuk adalah sesuatu yang anda tidak mahu ketinggalan jika anda benar-benar ingin merasai keindahan landskap semula jadi Jepun. Biasanya anda akan dapat menyaksikan ketibaan burung hijrah seperti swan dari Siberia yang luar biasa besarnya pada musim ini. Keindahan latar belakang burung yang berterbangan di udara dengan pokok hutan yang dilitupi salji menjadikannya pemandangan yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan sepanjang pelayaran sungai itu.
Sertai jadual pelayaran sungai pada waktu malam kerana persekitaran malam Obihiro yang tenang dan indah sebenarnya menambahkan lagi perasaan damai. Pengalaman malam ini akan membuatkan anda hanyut dalam ketenterama sungai sambil menikmati bunyi air, angin dan haiwan yang bergerak dalam kegelapan. Pada hari yang cerah, pelayaran ini akan menjadi lebih menakjubkan kerana anda akan mengembara di bawah cahaya bulan dan langit yang penuh dengan bintang. Inilah aktiviti yang terbaik buat anda jika anda mencari percutian alam semula jadi yang damai semasa melancong ke Jepun!

8. Berjalan di atas ais di Shiretoko

Drift Ice Walking in Shiretoko
Taman Negara Shiretoko dianggap sebagai salah satu taman negara Hokkaido yang paling indah dan tidak tercemar. Anda mesti kunjungi taman negara ini terutamanya semasa musim sejuk! Taman ini terletak di Semenanjung Shiretoko dan merupakan habitat pelbagai hidupan liar seperti beruang perang, rusa, musang dan banyak lagi.
Semasa musim sejuk, Shiretoko menjadi lebih menawan kerana merupakan salah satu kawasan hemisfera utara paling selatan yang mengalami ais hanyut atau ryuhyo dalam bahasa Jepun. Fenomena semula jadi Shiretoko yang menakjubkan ini menjadikannya sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Jepun kerana kepentingannya yang besar buat alam semula jadi dan ekosistem semenanjung Jepun.
Yang paling menarik? Anda boleh berjalan di atas ais hanyut! Pelancong boleh mencuba ais hanyut dari dekat dengan trek di laut beku bersama pemandu pelancong profesional dan memakai baju kalis air. Pengalaman itu akan membuatkan anda menyeberangi laut dan berjalan dari satu kepingan ais ke kepingan ais yang lain. Saksikan dan rasai pergerakan dan perubahan bentuk ais hanyut semasa anda menyertai kembara ini yang berlaku kerana angin dan ombak. Detik kegemaran kami adalah semasa mendaki bukit salji dan ais - pengalaman alam ajaib ketika musim sejuk yang sempurna!
Tip Klook: Bagi mereka yang mencari cabaran tambahan semasa lawatan sejuk ini, anda juga boleh cuba berenang di dalam air yang sangat sejuk! Baju kalis air anda akan membantu anda terapung dan memanaskan badan anda semasa berenang.

Banyak lagi untuk diterokai di Jepun!

Mencari lebih banyak inspirasi untuk bercuti sambil menikmati pemandangan indah di Jepun?
Jepun menawarkan banyak tempat tarikan pelancong, aktiviti menarik dan pemandangan yang indah jadi anda tidak akan kebosanan tanpa sebarang aktiviti sepanjang pengembaraan anda!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu