Restoran Berputar ARAS di Menara KL: Nikmati hidangan bufet dengan pemandangan indah di Restoran Berputar Menara KL

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Mac 2024
restoran berputar atmosphere 360 menara kl kl tower

Photo Credit: @i.am.govind (left)

Nikmati pengalaman bufet mewah di Restoran Berputar ARAS KL!

atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @keingkokck (Instagram)
ARAS Revolving Restaurant kl tower review price
Photo Credit: @janice.jein (Instagram)
Panorama indah Kuala Lumpur dengan langit biru terbentang luas yang bertukar menjadi malam gemerlapan. Di Restoran Berputar ARAS KL, anda dan orang tersayang boleh rasakan keindahan ini sambil menikmati hidangan yang enak dan muzik live yang merdu.
atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @missqasehputeri (Instagram)
Terletak di ketinggian 282m, Restoran Berputar ARAS Menara KL merupakan restoran moden dan elegan yang terletak di Menara KL di mana ia menawarkan panorama langit 360 darjah di sekeliling anda. Nikmati makan malam cara baru di sini dengan pengalaman unik di restoran paling tinggi di Malaysia.

Bufet makan malam di Restoran Berputar ARAS Menara KL

atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @atmosphere360official (Instagram)
atmosphere 360 kl tower review price
Atmosphere 360 menyediakan makan malam yang enak di Menara KL. Daripada hidangan Barat kepada masakan tempatan, tempat ini menghidangkan menu bufet, hidangan à la carte dan pelbagai minuman yang menyegarkan!
atmosphere 360 kl tower review price
Pada ketika ini, restoran ini menyediakan pilihan bufet untuk makan tengah hari dengan pembuka selera, pelbagai jenis sup, kuih, mi, hidangan utama bagi pilihan hidangan tempatan dan juga pencuci mulut. Menu restoran ini sentiasa ditukar setiap bulan, jadi anda boleh nikmati pilihan yang berbeza setiap kali anda ke sini. Dapatkan butiran menu terbarunya di Klook.

Minum petang di Restoran Berputar ARAS, Menara KL

atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @farahdinana (Instagram)
Anda nak minum petang (high tea) sambil beborak-borak bersama rakan-rakan dan keluarga? Anda boleh pergi ke Restoran Berputar ARAS di Menara KL! Anda pasti akan seronok rasakan pengalaman minum petang dengan pemandangan Kuala Lumpur yang cantik di restoran berputar ini. Bayaran tambahan dikenakan untuk tempat duduk bertingkap dan tertakluk kepada kekosongan disebabkan permintaan yang tinggi.
atmosphere 360 kl tower review price
Bagi peminat minum petang, tak dinafikan ini merupakan tempat yang wajib anda kunjungi di Kuala Lumpur. Tempah minum petang anda hanya pada harga RM89 seorang di Klook.

Bufet makan malam Restoran Berputar ARAS Menara KL

atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @gorgeous_daily_dose (Instagram)
Apabila malam menjelma, restoran ini menyediakan bufet enak dengan suasana tenang untuk anda dan orang tersayang. Cef-cef berbakat di Restoran Berputar ARAS di Menara KL menyediakan setiap hidangan dengan terperinci untuk memuaskan deria rasa anda.
ARAS Revolving Restaurant kl tower review price
Photo Credit: @janice.jein (Instagram)
Anda ingin meraikan orang tersayang? Restoran Berputar ARAS di Menara KL juga menawarkan pakej hiasan meja. Nikmati makan malam dengan perhiasan meja yang elegan, kek yang enak bersama jambakan bunga.

Harga pakej & menu

Tempah pengalaman yang tak dapat dilupakan di Restoran Berputar ARAS Menara KL di Klook untuk nikmati diskaun eksklusif! 

Pakej

Harga

Buffet Minum Petang (High Tea)

RM89 (Isnin - Jumaat)

RM109 (Sabtu & Ahad)

Buffet Makan Malam (Dinner)

RM199 (Isnin - Jumaat)

RM249 (Sabtu & Ahad)

Restoran Berputar ARAS menukar menu hidangan bufet mereka setiap bulan. Ketika ini, tempat ini menawarkan pilihan bufet penuh untuk makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Waktu operasi

atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @imaanrhine (Instagram)
Waktu terbaik untuk anda kunjungi adalah pada hari bekerja di mana ia mungkin tak begitu sesak. Ia memberi anda lebih privasi untuk anda nikmati hidangan anda dan mendapatkan tempat duduk bertingkap tanpa tempahan awal! Dengan pemandangan indah, hidangan makan tengah atau minum petang di sini pasti menawarkan pengalaman mewah kepada anda, namun kami mencadangkan anda mencuba pengalaman makan malam!
atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @babyshing18 (Instagram)
atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @wanyee_yap (Instagram)
Hayati matahari terbenam dari langit dan selami suasana Kuala Lumpur yang bertukar malam dengan cahaya langit yang gemerlapan. Suasana seperti di angkasa lepas yang tenang di restoran dihiasi cahaya lampu-lampu yang menawan pasti memberikan pengalaman yang indah.

Kod pakaian

Oleh sebab Restoran Berputar ARAS Menara KL adalah tempat makan elegan, anda dinasihati untuk memakai pakaian yang sesuai. Suasana restoran ini amat indah dan anda pasti ingin memakai pakaian yang bergaya untuk bergambar di menara ini! Kami mencadangkan anda memakai pakaian kasual kemas menawan. Jadi pakaian seperti seluar pendek, singlet, selipar dan pakaian koyak TIDAK dibenarkan di restoran ini.

Cara untuk pergi ke sini

atmosphere 360 kl tower review price
Terletak di Menara KL, Restoran Berputar ARAS terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tempat letak kereta disediakan bagi yang memandu. Bagi pengangkutan awam, anda boleh menaiki LRT atau monorel di mana anda boleh berjalan kaki dari stesen LRT Dang Wangi dan stesen Monorel Bukit Nenas. Jika anda ingin menaiki bas, anda boleh menaiki Bas Go KL City mengikut laluan Ungu yang akan menurunkan anda berdekatan dengan menara ini.

Tawaran restoran dan makanan di Klook!


Apa itu Klook? 🤳🏻

klook kod promo pengguna baru
Korang pertama kali dengar pasal Klook app? Berita baik! Kami ada diskaun 5% untuk tempahan pertama anda. Pastikan anda dah download Klook app terlebih dahulu, daftar dan tebus kod promo BETTERONAPP! Tunggu apa lagi, jom mengembara bersama Klook sekarang!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu