10 Kafe Kid-Friendly di Kuala Lumpur & Selangor yang Parents Kena Pergi!

Aqalili Azizan
Aqalili Azizan
Last updated 20 Jun 2025
more
kafe kid-friendly di Kuala Lumpur dan Selangor Klook MY

Kredit Foto: DuDu Kids Cafe & The Red Beanbag

Rahsia Family Time Paling Best: 10 Kafe Kid-Friendly Ni Ada Jawapannya!

Anak korang suka lari sana sini? Biasalah budak-budak! Lagi-lagi kalau tempat yang parents pergi tu kid-friendly, memang seronok dia lain macam.
Kami nak cadangkan parents untuk pergi kafe kid-friendly sebab ada tempat makan dan bermain sekali—senang lah sikit untuk parents. Anak tak bosan, ibu bapa boleh makan dan minum dengan lebih tenang.
Jom explore 10 kafe kid-friendly di Kuala Lumpur dan Selangor yang Klook senaraikan ni!

7 Tips untuk Anak Kecil Anda Bermain di Indoor Playground dengan Lancar!

Sebelum nak bawa anak-anak main kat kafe yang ada indoor playground, ada beberapa tips penting yang mak ayah kena tahu supaya sesi bermain anak lebih seronok, selamat, dan lancar. Jom check senarai ni!
The Parenthood Indoor Playground JB

1. Bawa Stokin Sendiri

Kebanyakan indoor playground memang wajibkan pakai stokin untuk kebersihan dan keselamatan. Kalau tak bawa, nanti terpaksa beli kat sana (harga selalunya mahal sikit!). Jadi, sediakan je siap-siap stokin untuk anda dan anak-anak, boleh jimat!

2. Pastikan Basuh Tangan Anak

Sebelum dan selepas bermain, ajar anak untuk basuh tangan dengan sabun. Kita tahu playground ni tempat ramai orang, jadi langkah ni penting untuk elak penyebaran kuman.

3. Semak Perlu Tempahan Awal

Sesetengah indoor playground, terutama yang popular, mungkin perlukan tempahan awal, terutamanya masa cuti sekolah atau hujung minggu. Call dulu atau check website mereka untuk elak kecewa bila sampai nanti.

4. Bawa Botol Air Sendiri

Anak-anak mesti dahaga lepas seronok berlari dan melompat. Bawa botol air sendiri dari rumah, jadi tak perlu rushing cari air bila dahaga.

5. Awasi Anak Anda

Walaupun ada staff yang bertugas, tanggungjawab utama untuk awasi anak anda tetap di tangan parents. Sentiasa perhatikan pergerakan anak, terutama di kawasan yang ramai atau tinggi.

6. Pakaian Selesa dan Sesuai

Pakaikan anak baju yang selesa dan tak terlalu ketat atau longgar. Elakkan aksesori yang boleh tersangkut atau mencederakan diri masa bermain. Pastikan rambut panjang diikat rapi!

7. Periksa Keadaan Fizikal Anak (Penting Untuk HFMD)

Ini paling KRITIKAL! Sila pastikan anak anda sihat sepenuhnya sebelum ke playground. Jika anak ada demam, ruam, luka di mulut, tangan atau kaki, atau sebarang tanda penyakit lain (terutamanya Hand Foot Mouth Disease [HFMD] atau Penyakit Tangan, Kaki & Mulut), JANGAN BAWA mereka ke tempat awam termasuk indoor playground.

1. Munchkidz

munchkidz plaza arkadia desa parkcity klook ms-my
Kredit Foto: Munchkidz
munchkidz plaza arkadia desa parkcity klook ms-my blog
Kredit Foto: Munchkidz
Terletak di Desa Parkcity Kepong, Munchkidz ni dia ada 4 jenis play area yang anak anda boleh enjoy—pretend-play, seni dan kraf, soft play seperti tempat memanjat, kolam bola dan gelongsor. 
Selain tempat bermain, Munchkidz menawarkan menu yang muslim-friendly untuk kanak-kanak serta dewasa daripada dua partner restoran—Awagyu dan Hookie Dookie. Tengok makanan pun, terliur kita!
  • Alamat: Block D-G-3a Plaza Arkadia, No.3, Jalan Intisari Perdana, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari, 10 pagi - 8 malam

2. Noriter Café

Noriter Cafe plaza arkadia desa parkcity klook ms-my blog
Kredit Foto: Noriter Café
Noriter Café di Plaza Arkadia membawa konsep kafe kanak-kanak ala Korea. Mereka mempunyai pelbagai jenis permainan dan aktiviti yang disusun rapi untuk perkembangan si kecil, termasuk kawasan soft play dan sudut seni.
Kafe ini juga mementingkan kebersihan dan keselamatan. Menu mereka menyajikan hidangan Korea dan barat yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa!
  • Alamat: B-1-12 No, Plaza Arkadia, 3, Jalan Intisari, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari, 10 pagi- 7 malam

3. Cocoon+ Kids Cafe

Cocoon+ Kids Cafe plaza arkadia desa parkcity klook ms-my blog
Kredit Foto: Cocoon+ Kids Cafe
Cocoon+ Kids Cafe plaza arkadia desa parkcity klook ms-my
Kredit Foto: Cocoon+ Kids Cafe
Cocoon+ Kids Cafe dekat Desa Parkcity ni vibe dia memang selesa dan moden untuk parents dan anak-anak. Mereka ada pelbagai interactive play area termasuk gelongsor, sand pits dan role play kitchen yang sesuai untuk setiap peringkat umur.
Nak buat parti hari jadi pun sesuai dekat sini! Kalau lapar, Cocoon+ Kids Cafe menyediakan hidangan pork free, serta tempat ini adalah stroller dan wheelchair friendly.
  • Alamat: D-1-6, Perdana, Plaza Arkadia, 3, Jalan Intisari, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 11 pagi - 10 malam (Hari Minggu), 10 pagi - 10 malam (Hujung Minggu & Cuti Umum)

4. Ngam Ngam Neighbourhood

ngam ngam neighbourhood lalaport bbcc klook ms-my blog
Kredit Foto: Ngam Ngam Neighbourhood
ngam ngam neighbourhood IOI Mall Damansara klook ms-my blog
Kredit Foto: Ngam Ngam Neighbourhood
Ngam Ngam Neighbourhood ada banyak cawangan, tapi yang ada kids playground adalah LaLaport BBCC dan Tropicana Gardens Mall.
Menawarkan suasana yang santai dan terbuka, Ngam Ngam Neighbourhood sesuai untuk seisi keluarga. Apa yang menarik di sini adalah ruang bermain berpagar yang selamat untuk si kecil, membolehkan ibu bapa menjamu selera dengan tenang sambil anak-anak bermain.
Menu mereka juga merangkumi hidangan tempatan dan barat yang lazat untuk semua peringkat umur. Setakat ini, cawangan LaLaport BBCC sudah ada sijil Halal!
  • Alamat: Lot L3-15, LaLaport BBCC | Lot 3F-49, Tropicana Gardens Mall
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari, 11 pagi - 10 malam | Buka setiap hari, 9 pagi - 10 malam

5. The Red Beanbag

the read beanbag mutiara damansara klook ms-my blog
Kredit Foto: The Red Beanbag
the read beanbag mutiara damansara klook ms-my
Kredit Foto: @aqaliliazizan
The Red Beanbag ni bukan kafe biasa-biasa tau. Mereka ni memang pioneer kafe brunch stail Australia kat Malaysia sejak 2011 lagi. Dulu kat Publika, sekarang dah pindah ke Menara Mudajaya, Mutiara Damansara (dekat je dengan IPC & The Curve!).
Jadi, parents sambil minum kopi specialty dan makanan yang power, bolehlah anak-anak chill juga!
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, seeloknya pergi masa hari minggu sebab akan sesak sikit pada hujung minggu sebab kafe ni sangat popular di kalangan keluarga.
  • Alamat: G-2, Menara Mudajaya, 12A, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari, 8:30 pagi - 5 petang

6. Kids Clubhouse by Juggle Brain

kids clubhouse by juggle mont kiara klook ms-my
Kredit Foto: Kids Clubhouse by Juggle Brain
kids clubhouse by juggle mont kiara play area klook ms-my
Kredit Foto: Kids Clubhouse by Juggle Brain
Kids Clubhouse by Juggle Brain ni memang perfect untuk toddler korang sebab play area mereka fokus pada pembelajaran melalui bermain. Ada macam-macam mainan role-play dan permainan yang buka pintu kreativiti si kecil. Confirm anak korang tak bosan dan dapat belajar benda baru!
Paling syok, ada kafe Muslim-friendly kat tingkat atas (nama dia Keopi & Sul) yang sediakan makanan sedap untuk parents yang bawak anak ke kids clubhouse ni. Jadi, sementara anak main, mak ayah boleh chill dan isi perut. Memang win-win situasi!
  • Alamat: Shoplot LG2-02, Located outside Agile, Residensi Duta Kiara, 7, Jln Duta Hartamas, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Tutup pada hari Selasa sahaja, 9 pagi - 6 petang

7. Play Kingdoms Enchanted Forest

Play Kingdoms Enchanted Forest hartamas shopping centre klook ms-my
Kredit Foto: Play Kingdoms Enchanted Forest
Play Kingdoms Enchanted Forest cafe hartamas shopping centre klook ms-my
Kredit Foto: Play Kingdoms Enchanted Forest
Play Kingdoms Enchanted Forest dekat Hartamas Shopping Centre ni kafe dan indoor playground bertemakan hutan ajaib!
Playground ni direka khas untuk anak-anak hingga 11 tahun untuk mereka main—ada struktur memanjat, gelongsor, dan macam-macam aktiviti interaktif yang confirm buat anak korang seronok tak ingat dunia.
Bila dah penat main, jangan risau pasal perut. Kafe mereka akan sediakan makanan yang fresh, dibuat mengikut pesanan, macam pasta, sandwich, chicken nuggets & fries! Nak manisan? Ada kek dan ice cream sundaes juga. Paling penting, semua pork-free!
  • Alamat: P30-32 Plaza Ground Floor, Hartamas shopping centre, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari termasuk cuti umum, 10 pagi - 10 malam

8. TinyDay Cafe & Playhouse

TinyDay Cafe & Playhouse Kepong klook ms-my
Kredit Foto: TinyDay Cafe & Playhouse
TinyDay Cafe & Playhouse Kepong cafe klook ms-my
Kredit Foto: TinyDay Cafe & Playhouse
Parents kat Kepong, ni ada satu spot baru yang korang WAJIB check out! TinyDay Cafe & Playhouse ni memang syurga kecil untuk anak-anak korang. Konsep dia senang je: kafe dengan playground untuk budak-budak!
Kafe ni pun Muslim-friendly tau. Korang boleh chill, hirup kopi atau makan-makan santai, sementara anak-anak sibuk main dekat play area yang disediakan. Memang win-win situation!
  • Alamat: Fortune Centra, 1-10, 2, Jalan Metro Perdana 6, Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Tutup pada hari Isnin, 10 pagi - 8 malam (Selasa - Jumaat), 9 pagi - 7 malam (Sabtu - Ahad)

9. Marmalade Cafe

Marmalade Bangsar kafe kid-friendly klook ms-my
Kredit Foto: @aisya.jeff di Instagram
Marmalade Bangsar kafe kid-friendly di kuala lumpur klook ms-my
Kredit Foto: @shingweilee di Instagram
Kalau korang nak cari kafe yang cantik, selesa, dan mesra family, Marmalade Cafe dekat Bangsar Village 2 ni memang spot dia! Korang tak payah risau pasal anak-anak tak makan, sebab kids' menu mereka memang confirm budak suka.
Ada fish fingers, mac and cheese, atau smoothie bowl yang warna-warni tu. Paling best, mereka ada ruang mainan yang luas tau, jadi, anak-anak boleh enjoy bermain sementara tunggu makanan sampai. Memang perfect untuk family time yang chill!
  • Alamat: Level 1, F18, Bangsar Village 2, 11, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari, 10 pagi - 9:30 malam

10. DuDu Kids Cafe

DuDu Kids Cafe IOI Mall Damansara Klook ms-my
Kredit Foto: DuDu Kids Cafe
DuDu Kids Cafe IOI Mall Damansara birthday party Klook ms-my
Kredit Foto: DuDu Kids Cafe
Kalau korang mencari tempat yang selesa dan selamat untuk anak-anak bermain, DuDu Kids Cafe lah port dia.
Tempat ni memang ada kafe sendiri kat dalam, korang boleh enjoy makanan & minuman panas yang dihidangkan segar setiap hari. Sambil anak-anak seronok main, mak ayah boleh chill dan isi perut.
Paling best, DuDu Kids Cafe ni mesra kerusi roda tau. Staff mereka memang sedia membantu untuk lap roda dan tolong customers masuk ke dalam kafe. Memang friendly habis!
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, makanan dalam kafe ni kena dengan cita rasa dan ada baby room juga—kuranglah urusan keluar masuk di DuDu Kids Cafe ni.
  • Alamat: Lot 3F-23 & 24, IOI Mall Damansara, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari, 10 pagi - 10 malam

Diskaun 5% Untuk Tempahan Pertama Anda Menanti! 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Nak Bawa Anak-Anak Pergi Mana Lagi Ya? Tengok Sini!


💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 10% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <NEWPLAY10>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
more