Jom ke Farm in The City di Selangor Bersama Anak-Anak!

Aqalili Azizan
Aqalili Azizan
Last updated 17 Jul 2025
more
seri kembangan farm in the city selangor klook ms-my

Farm in The City Best Tak?

MY BM farm in the city seri kembangan kl malaysia zoo
Kredit Foto: @we_gotravel
Kalau anda tengah mencari aktiviti menarik untuk hujung minggu bersama anak-anak, apa kata pertimbangkan untuk ke Farm In The City Selangor?
Terletak di Seri Kembangan, destinasi ini bukan sahaja menyeronokkan, malah penuh dengan unsur pendidikan untuk si kecil!
Dalam blog kali ini, kami kongsikan semua yang anda perlu tahu termasuk harga tiket istimewa Farm In The City di Klook, waktu operasi, dan kenapa ia menjadi antara tarikan keluarga terbaik di Seri Kembangan.

Waktu Operasi Farm In The City

BM farm in the city selangor baby feed horse carrot klook my
Kredit Foto: @wyne88
Farm In The City dibuka setiap hari kecuali hari Selasa, tapi jangan risau sebab masa hari cuti umum dan cuti sekolah, Farm In The City akan beroperasi! Nak senang, boleh refer waktu operasi dekat bawah:
  • Isnin, Rabu - Jumaat: 10.00 pagi - 6.00 petang
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 9.30 pagi - 6.00 petang
  • Tutup: Setiap hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah

Checklist Sebelum Pergi ke Farm In The City

MY BM farm in the city seri kembangan kl malaysia zoo
Kredit Foto: @abeeraisy

1. Datang Awal

Untuk elak kesesakan dan dapat lebih banyak masa bersama haiwan. Penulis cadang ibu bapa untuk datang awal pagi, betul-betul masa Farm In The City buka pagar kepada pengunjung.

2. Bawa Payung atau Topi

Dekat sini memang anda dan anak-anak akan luangkan masa buat aktiviti luar, jadi lindungi diri dan anak-anak daripada panas terik.

3. Sediakan Air Minuman

Pastikan anak-anak kekal hidrasi semasa cuaca panas! Tapi pastikan jangan bawa masuk makanan dari luar tau. Jangan risau, sebab ada kedai makan di dalam Farm In The City dan di kawasan sekitarnya.
Farm in the City

4. Bawa Tisu dan Hand Sanitizer

Disebabkan konsep Farm In The City lebih kepada petting zoo, anak anda akan ada banyak peluang untuk membelai haiwan-haiwan comel! Kalau nak cepat bersihkan tangan anak-anak anda, sentiasa sediakan hand sanitizer walaupun sinki dan sabun disediakan.

5. Pakai Kasut Selesa

Anda akan habiskan masa sekitar 1 hingga 2 jam di sana! Gerentilah anda dan anak-anak akan banyak berjalan, jadi pastikan pakai kasut yang sesuai untuk aktiviti outdoor!

Harga Tiket Farm In The City

seri kembangan farm in the city selangor alpaca klook my
Nak pergi Farm In The City esok? Boleh bandingkan harga tiket untuk Warganegara Malaysia dan juga Bukan Warganegara dekat bawah tau.
Lepas tu, dekat Klook juga, anda boleh beli pakej yang gabungkan tiket masuk dan foto atau tiket masuk, foto dan pengalaman batik dengan harga yang berbaloi.
Tapi korang kena tahu ni—kalau tempah tiket anda melalui Klook, ada diskaun tau dan hanya perlu tunjukkan kod QR baucar Klook di kaunter tiket untuk tebus dan terus masuk tanpa pening kepala!

Warganegara Malaysia

Jenis Tiket

Harga Asal (RM)

Harga di Klook (RM)

Dewasa berumur 12 tahun ke atas

39

37

Kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah

32

30

Warga emas berumur 60 tahun ke atas

32

30

Bukan Warganegara

Jenis Tiket

Harga Asal (RM)

Harga di Klook (RM)

Dewasa berumur 12 tahun ke atas

58

56

Kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah

48

46

Warga emas berumur 60 tahun ke atas

48

46

5 Sebab Kenapa Berbaloi Pergi Farm in the City

MY BM farm in the city kl
Kredit Foto: @_wanxuan_19
Ramai juga ibu bapa tertanya-tanya, "Berbaloi ke bawa anak ke Farm In The City?." Jawapan ringkasnya—YA! Tak percaya? Cuba tengok 5 sebab ni.

1. Konsep Petting Zoo Interaktif

Dengan konsep petting zoo, anak-anak berpeluang mendekati dan memberi makan kepada haiwan jinak dalam suasana yang selamat dan mesra keluarga.
Ada pelbagai jenis haiwan seperti arnab, kura-kura gergasi, kambing, burung unta dan banyak lagi! Ini memberi pengalaman pembelajaran secara langsung yang menyeronokkan.

2. Suasana Kampung & Alam Semula Jadi

Reka bentuk kawasan menyerupai suasana kampung tradisional Malaysia dengan landskap penuh kehijauan. Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa pun pasti rasa tenang!
farm in the city kl
Photo Credit: @we_gotravel

3. Lebih 100 Spesies Haiwan

Terdapat lebih 100 spesies haiwan dari pelbagai habitat yang ditempatkan dalam persekitaran mesra haiwan.

4. Aktiviti Menarik & Educative

Selain memberi makan haiwan, kanak-kanak juga boleh belajar tentang gaya hidup haiwan, penjagaan haiwan dan menyertai aktiviti-aktiviti yang available mengikut masa yang ditetapkan.

5. Lokasi Strategik di Seri Kembangan

Tak perlu pergi jauh! Farm In The City terletak hanya 30 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sesuai untuk lawatan harian bersama keluarga!

Diskaun 5% Untuk Tempahan Pertama Anda Menanti! 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Nak Bawa Anak-Anak Pergi Mana Lagi Ya? Tengok Sini!


💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
more