• Go to app
  • Select a destination
  • 18 Tempat Untuk Beli Durian Yang Murah & Jamin Sedap (Delivery Sampai Rumah Tempoh MCO!)

    Team Klook
    Team Klook
    Last updated 22 Jul 2021
    beli durian online sedap murah delivery kl selangor

    Beli Durian Yang Murah Dan Enak Online!

    Durian KL Say Heng PJ
    Photo Credits: @SayHengDurianUsj14 (Facebook)
    Bagi peminat durian, inilah musim yang terbaik! Kami faham macam mana anda impikan durian enak yang berkrim, tapi kecewa semasa gigitan pertama. Memang sedih apabila kita tak dapat keluar untuk beli durian dari gerai durian tepi jalan pada waktu PKP ini, tapi nasib baik ada ramai pembekal durian yang menyediakan khidmat bawa pulang atau delivery supaya anda dapat menikmati durian anda di rumah!
    Durian Soon Ampang KL
    Tempah durian anda dengan beberapa klik di laman Klook dan tunggu ia dihantar ke rumah anda! Kami siap senaraikan gerai dan pembekal durian yang menyediakan khidmat penghantaran (delivery) sampai depan pintu rumah dalam tempoh PKP ini.

    Gerai Durian Yang Menawarkan Tempahan Atas Talian Dan Penghantaran Delivery

    1. Dking Durian

    dking durian delivery klang valley kl selangor
    dking durian delivery klang valley kl selangor
    dking durian delivery klang valley kl selangor
    Dking bermula dengan menjual durian goreng beku dari gerai pasar malam pada tahun 2011. Beri kejutan kepada orang tersayang dengan Set Hadiah Musang King Premium yang mengandungi 2 kotak Musang King (400 g) dan mochi durian D24!
    Selain penghantaran di Lembah Klang, penghantaran juga dibuat di Johor, Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Nikmati free delivery pada hari yang sama antara pukul 5 petang - 7 malam untuk Lembah Klang dan penghantaran keesokan harinya untuk negeri-negeri lain di Malaysia.

    2. Pak Cik Durian

    pak cik durian delivery online kl selangor malaysia
    pak cik durian delivery online kl selangor malaysia
    pak cik durian delivery online kl selangor malaysia
    Pak Cik Durian membekalkan durian berkualiti tinggi segar dari kebun durian setiap hari dan menghantar terus ke rumah anda.  Nikmati durian dengan sekotak D101 atau durian Musang King yang ditawarkan pada harga diskaun sehingga 10% di Klook!

    3. Durian Maison

    durian maison durian delivery mco kl selangor malaysia
    durian maison durian delivery mco kl selangor malaysia
    Durian Maison memproses dan membungkus durian ke dalam kotak setiap hari di kilang mereka sendiri di Raub sebelum menghantar kepada peminat durian di KL dan Selangor.
    Yang kami benar-benar suka tentang Durian Maison ialah mereka membungkus durian mereka dalam kotak tanpa plastik - menjadikannya hadiah sempurna untuk orang tersayang. Kalau anda mencari hadiah untuk kawan anda yang menyukai durian, inilah tempatnya. Tempah Set Istimewa Musang King (1 kg atau 3 kg durian segar) di Klook dan nikmati penghantaran percuma (free delivery) di Lembah Klang!

    4. Little Durian Boy

    little durian boy durian delivery kl selangor klang valley
    little durian boy durian delivery kl selangor klang valley
    Dapatkan Musang King segar dan durian XO dihantar ke rumah anda dari Raub! Little Durian Boy ialah pembekal durian kecil dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam penanaman dan pembekalan durian. Pilih antara Musang King, XO atau kombinasi kedua-dua jenis durian semasa anda membuat tempahan di Klook dan nikmati free delivery durian ke rumah anda. Penghantaran percuma dibuat ke Klang, Shah Alam, Setia Alam, Kota Kemuning, Rawang, Sg Buloh, Puncak Alam, Banting, Jenjarom, Cyberjaya, Dengkil dan Semenyih semasa PKP.

    5. Pahang Tras Durian King

    durian order online delivery kl malaysia mco pahang tras durian king
    durian order online delivery kl malaysia mco pahang tras durian king
    Durian dari Durian King Pahang Tras dihantar segar dari Pahang ke Lembah Klang setiap hari. Dapatkan diskaun sehingga 18% bagi sekotak D24 atau Musang King dan nikmati penghantaran terus ke rumah anda pada keesokan harinya! Kalau anda mencari sekotak durian segar, pesan di Klook sekarang dengan mengklik saja - harga bermula dari RM65 dan penghantaran keesokan harinya dibuat di seluruh Lembah Klang.

    6. Durian Mama

    durian mama durian delivery klang valley kl selangor
    durian mama durian delivery klang valley kl selangor
    Durian Mama komited untuk menghantar durian terbaik di Malaysia dari ladang ke rumah anda. Nikmati penghantaran percuma dan diskaun sehingga 38% apabila anda menempah durian dari Durian Mama di Klook! Penghantaran dibuat setiap hari (antara pukul 3 petang - 6 petang) ke Lembah Klang dan Johor Bahru.

    7. 365 Patisserie

    365 patisserie durian delivery online order kl selangor malaysia
    365 patisserie durian delivery online order kl selangor malaysia
    365 patisserie durian delivery online order kl selangor malaysia
    365 patisserie durian delivery online order kl selangor malaysia
    365 Patisserie adalah bakeri yang pakar dalam membuat pencuci mulut dan kek segar sedap yang menarik. Untuk meraikan musim durian, mereka menawarkan set durian istimewa yang mengandungi sekotak durian segar dan 4 jenis pencuci mulut Musang King: Choco Durian Burnt Cheesecake, Choux Au Craquelin Musang King, Set Kek Musang King dan mochi Musang King! Set ini sesuai untuk diberi sebagai hadiah dan dinikmati dengan rakan-rakan atau keluarga peminat durian. Anda juga boleh menempah kek-kek istimewa 365 Patisserie di Klook!

    8. Sugar Fluff

    durian order online delivery kl malaysia mco sugar fluff durian cream puff
    sugar fluff durian delivery cream puff kl selangor malaysia
    Tak dapat dinafikan, krim paf dari Sugar Fluff nampak sangat sedap. Ditawarkan untuk masa terhad, Krim Paf Rangup Durian D24 (D24 Durian Crispy Cream Puffs) ini dijual dalam 4 set dan penuh dengan durian premium. Tempah sekotak untuk diri anda atau orang tersayang dari harga cuma RM32 sekotak (dapatkan diskaun 8% di Klook) - servis delivery dibuat di kawasan tertentu di Lembah Klang. Klik sini untuk ketahui kalau ia dihantar ke kawasan anda!

    9. Durian Bear

    durian bear durian delivery online order kl selangor malaysia
    durian bear durian delivery online order kl selangor malaysia
    Durian Bear menawarkan penghantaran durian segar keesokan harinya dari ladang mereka ke rumah anda! Mereka berani jamin untuk pelanggan menempah secara percuma walaupun anda ada rungutan tentang kesegaran bungkusan durian yang anda terima. Tempah dengan mengklik saja dan dapatkan durian anda dalam sekelip mata! Anda boleh tempah satu pek durian dengan harga RM65 (diskaun 24% di Klook) atau pakej kombinasi kalau satu tak mencukupi.

    10. Durian Delivery KL

    durian delivery kl malaysia mco
    Tak pasti nak tempah durian apa? Durian Delivery ada Bundle Durian Misteri yang sesuai bagi mereka yang tak boleh memilih! Setiap Bundle Durian Misteri mengandungi 5 kg durian campur yang ditawarkan pada harga diskaun - jadi anda dapat menikmati pelbagai jenis durian sekaligus.

    11. Gold Thon

    gold thon durian delivery online takeaway kl malaysia mco
    gold thon durian delivery online takeaway kl malaysia mco
    Gold Thon adalah perniagaan tempatan yang menghantar durian berkualiti tinggi ke seluruh Malaysia dan juga peminat durian di seluruh dunia (kini boleh didapati di Hong Kong, Taiwan, China dan juga Australia!). Sama ada durian segar atau beku, snek durian, kek piza atau buah-buahan segar lain, Gold Thon ada semuanya. Tempah durian segar (sama ada varieti Musang King, Golden Bun, atau Golden Phoenix) dari Gold Thon di laman Klook.

    12. DurianBB Park, Imbi

    DurianBB KL
    DurianBB KL
    DurianBB KL
    DurianBB Park di Jalan Imbi adalah salah satu tempat kegemaran kami untuk makan durian! Ditubuh oleh sekumpulan peminat durian, DurianBB menawarkan produk durian inovatif dan perkhidmatan yang akan beri kepuasan kepada anda. Anda boleh pilih pelbagai jenis durian berkrim dan produk-produk durian yang unik di sini.
    Tempah baucer tunai DurianBB dengan diskaun 9% di Klook dan nikmati durian berharga serendah RM55 sekotak. Tapi baucer ini cuma sah untuk bawa pulang (takeaway) di kedai mereka di Jalan Imbi.

    13. Say Heng Durian Stall, USJ 14, Subang Jaya

    Durian KL Say Heng PJ
    Photo Credits: @SayHengDurianUsj14 (Facebook)
    Durian KL Say Heng PJ
    Photo Credits: @SayHengDurianUsj14 (Facebook)
    Gerai Durian Say Heng adalah gerai ringkas yang menarik perhatian peminat durian dengan durian berkualiti tingginya! Ia salah satu tempat durian terkenal di Subang Jaya dan sering dipenuhi pelanggan. Sokonglah peniaga tempatan dengan menempah durian atas talian semasa PKP - anda cuma perlu hantar mesej Whatsapp untuk buat pesanan.
    • Alamat: USJ Pedak 11 & 12, Kiosk USJ 14, Subang Jaya
    • Cara Tempahan: Whatsapp +60129992333

    14. Durianity, Puchong

    Durianity KL Durian Fried Rice
    Photo Credits: @durianity (Facebook)
    Durianity KL Durian Fried Rice
    Photo Credits: @durianity (Facebook)
    Ini salah satu tawaran unik dalam senarai kami! Durianity bukan saja menjual durian, kafe bertemakan durian di Puchong ini menawarkan hidangan eksotik seperti Piza Musang King, Nasi Goreng Durian (bersama durian barbeku), Kentang Goreng Keju Durian, Susu Kocak Durian dan juga Nasi Lemak bersama Musang King goreng. Anda tak dapat makan di kedai ini, tapi anda masih boleh menyokong Durianity dengan memesan durian segar Musang King dari dusun durian mereka di Raub (sedia untuk bawa pulang dan penghantaran).
    • Alamat: G21, IOI Boulevard, Jalan Kenari 6, Puchong, 47170, Selangor
    • Cara Tempahan: Whatsapp 012-9851132

    15. DurianMan SS2

    durianman durian ss2 delivery takeaway kl malaysia mco
    durianman durian ss2 delivery takeaway kl malaysia mco
    durianman durian ss2 delivery takeaway kl malaysia mco
    Ditubuhkan pada tahun 1998, DurianMan SS2 semestinya salah satu tempat membeli durian asli di Lembah Klang. Bermula menjual durian di gerai kecil di jalanan dan kini mereka mempunyai kedai yang luas. Malah, mereka sangat ikonik sehingga ramai peminat durian sanggup meredah trafik untuk ke sini! Sayangnya kita tak dapat ke SS2 untuk makan durian semasa PKP, tapi anda masih boleh dapatkan durian enak dari DurianMan SS2 untuk dihantar ke rumah anda. Selain durian Musang King segar, mereka juga menawarkan Kek Keju Bakar Durian Musang King dan Mochi Durian terkenal mereka untuk penghantaran.
    • Alamat: Lot 7680, Jalan SS2/24, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
    • Cara Tempahan: beli di laman web mereka

    16. Durian King TTDI

    durian king ttdi online delivery kl selangor malaysia mco
    durian king ttdi online delivery kl selangor malaysia mco
    Durian King TTDI ialah gerai ringkas di mana anda boleh mendapatkan durian segar anda. Oleh sebab TTDI bukan kawasan PKPD, anda boleh singgah untuk mendapatkan durian kalau anda tinggal berdekatan. Kalau tak, mereka menawarkan penghantaran di Lembah Klang! Mesej saja mereka di Whatsapp untuk membuat pesanan.
    • Alamat: 179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
    • Cara Tempahan: Whatsapp 016-2746474

    17. Sinnaco Durian Specialist

    sinnaco durian online delivery kl selangor malaysia mco
    sinnaco durian online delivery kl selangor malaysia mco
    Sinnaco adalah salah satu tempat membeli durian asli yang menawarkan durian baru dipetik kepada seluruh Malaysia sejak tahun 1960. Semua durian mereka dipetik setiap pagi, dibungkus rapi dan dihantar segar kepada peminat durian. Mereka menawarkan penghantaran pada hari yang sama dari kedai mereka di PJ dan anda akan dapat pesanan anda dalam masa 3-5 jam selepas membuat bayaran. Pilih daripada 6 jenis durian yang mereka tawarkan: Musang King, Tekka, X.O, Mas Pahang, Udang Merah dan D24 (tapi harganya berbeza setiap minggu!)
    • Alamat: 28, Jalan 19/3, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
    • Cara Tempahan: Whatsapp 019-2801313

    Raikan Musim Durian Bersama Klook

    durian delivery order online kl selangor malaysia
    Beli dari lebih daripada 10 pembekal durian dan dapatkan  tawaran durian paling segar di Klook! Durian segar kepada mochi D24, krim paf durian dan set hadiah Musang King, kami ada semuanya. Dapatkan durian anda untuk dihantar ke rumah anda sekarang.