7 Tempat Bersiar-siar Terbaik Untuk Pencinta Haiwan Di KL & Selangor: Zoo, Ladang, Taman & Banyak Lagi!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 22 Mac 2024
MY BM animal lovers zoo farm kl selangor

Kredit Foto: @_wanxuan_19, @adshaysmn

Zoo, ladang, taman & akuarium terbaik di Lembah Klang!

aves world semenyih eco farm
Ingin merancang hujung minggu yang spontan atau percutian keluarga yang menyeronokkan bersama anak-anak anda? Luangkan hari anda dengan rakan haiwan baharu! Kami telah susun senarai tempat tarikan seperti zoo, ladang, taman dan tarikan lain kegemaran kami di sekitar KL dan Selangor! Luangkan satu hari yang penuh keseronokan bersama haiwan jinak dan eksotik pada hujung minggu ini!
  1. Lolo Mike's Eco Farm
  2. Aves World Eco Farm

7 Tempat Untuk Pencinta Haiwan Di KL & Selangor

1. Farm In The City

MY BM panduan lawatan farm in the city
Kredit Foto: @_wanxuan_19
MY BM farm in the city seri kembangan kl malaysia zoo
Kredit Foto: @abeeraisy
MY BM panduan lawatan farm in the city
Kredit Foto: @we_gotravel
Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan ini sememangnya syurga bagi pencinta haiwan. Berbeza dengan zoo biasa yang menempatkan haiwan di dalam sangkar dan kandang, Farm In The City berusaha untuk menjadi lebih daripada sekadar pameran dan tontonan dengan menggalakkan interaksi pelawat bersama haiwan dalam persekitaran yang santai. Memberi makan, membelai dan berkawan dengan arnab, tikus belanda, rusa, alpaka, kuda, rakun dan lebih banyak haiwan yang jinak di sini!
  • Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
  • Harga Tiket: dari RM37 di Klook

2. Zoo Negara

MY BM pameran tiket panduan lawatan zoo negara
Kredit Foto: @wawazulkifli
MY BM panduan rumusan pameran lawatan zoo negara
Kredit Foto: @zoeyeewen
MY BM zoo negara giant pandas
Senarai ini tidak akan lengkap tanpa Zoo Negara! Dibuka secara rasmi pada November 1963, Zoo Negara Malaysia menempatkan lebih 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo dengan konsep terbuka ini meliputi 110 ekar tanah dan didedikasikan untuk pemuliharaan, rekreasi, pendidikan dan penyelidikan pelbagai jenis spesies haiwan serta tumbuhan termasuk spesies terancam dan eksotik seperti orang utan, Harimau Malaya, tapir dan banyak lagi. Pastikan anda singgah di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi untuk melihat sepasang panda gergasi yang comel semasa anda berada di sini!
  • Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor.
  • Harga Tiket: dari RM38 di Klook

3. Aquaria KLCC

MY BM tiket aquaria klcc
Kredit Foto: @adshaysmn
MY BM tiket aquaria klcc
Kredit Foto: @brendakfx
MY BM tiket aquaria klcc
Kredit Foto: @lasnoisenvoyage
Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Aquaria KLCC ialah oceanarium bertaraf dunia yang menempatkan lebih 5,000 hidupan akuatik dan darat. Akuarium ini disenaraikan sebagai salah satu daripada lima akuarium terbaik di Asia dan menyediakan ruang untuk pengunjung mendekati ratusan jenis ikan, jerung, ikan pari, obor-obor, penyu laut dan makhluk laut eksotik lain yang berwarna-warni. Luangkan hari yang penuh keterujaan dan belajar bersama anak kecil anda atau jadikan tempat ini sebagai lokasi janji temu romantik anda!
  • Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
  • Harga Tiket: dari RM39 di Klook

4. Sunway Wildlife Zoo

sunway lagoon wildlife park petting zoo
sunway lagoon wildlife park petting zoo
Kebanyakan orang mengenali Sunway Lagoon dengan gelongsor air dan permainan adrenalin (kapal lanun ialah salah satu tunggangan kegemaran kami!), tetapi tahukah anda bahawa terdapat taman hidupan liar di taman tema itu? Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon menempatkan lebih 150 spesies haiwan daripada singa putih yang mengagumkan kepada kuda padi, memerang, beruang madu, harimau kumbang, burung enggang dan banyak lagi. Taman Hidupan Liar ini dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk zoo haiwan peliharaan dan pentas dengan pertunjukan pelbagai jenis haiwan setiap hari. Tempah tiket Sunway Lagoon pada harga diskaun anda di Klook dan dapatkan akses ke semua 6 taman untuk hari yang menyeronokkan!
  • Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Harga Tiket: dari RM128 di Klook

5. Taman Burung KL

MY BM taman burung kl tarikan tersembunyi malaysia
Kredit Foto: @nabeelarahim
MY BM taman burung kl tarikan tersembunyi malaysia
Kredit Foto: @nabeelarahim
Tahukah anda bahawa Taman Burung KL merupakan kandang burung terbesar di dunia? Dibuka pada tahun 1991, Taman Burung KL ini terletak di atas kawasan tertutup seluas 20 ekar dan menempatkan 3,000 jenis burung tempatan dan eksotik yang berwarna-warni serta terbang bebas. Sekiranya anda penggemar makhluk terbang ini, anda pasti akan berseronok dikelilingi pelbagai jenis burung! Luangkan masa dengan bersiar-siar di ruang berinspirasikan alam semula jadi ini. Taman ini dibahagikan kepada 4 zon dan lihat pelbagai jenis spesies burung seperti flamingo, burung kakak tua, burung enggang, bangau, burung merpati, sekendi, burung unta dan banyak lagi. Pssst, pastikan anda tidak terlepas jadual makan dan pertunjukan burung yang telah ditetapkan sepanjang hari. Semasa anda berada di sini, jangan terlepas untuk mengunjungi Taman Rusa dan Taman Rama-rama yang juga terletak di sekitar Taman Tasik ini!
  • Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur.
  • Harga Tiket: dari RM33 di Klook

6. Lolo Mike's Eco Farm

MY BM lolo mike's eco farm hulu selangor
Kredit Foto: @lolomike_ecofarm
lolo mike's eco farm hulu selangor
lolo mike's eco farm hulu selangor
Larikan diri daripada kesibukan bandar dengan meluangkan masa bersama alam semula jadi! Kami telah menemui permata tersembunyi yang terletak di Hulu Selangor dalam jarak hanya sejam pemanduan dari KL. Dikelilingi oleh padang hijau yang subur, Lolo Mike's Eco Farm ialah ladang eko seluas 15 ekar. Menawarkan pengalaman alam semula jadi yang tiada tandingannya. Hirup udara segar semasa anda bermalam di rumah ladang, chalet desa atau khemah dan penuhi hari anda dengan pelbagai aktiviti seperti menanam, menuai, menoreh getah, berakit buluh, flying fox dan melawat ke ladang haiwan ternakan untuk melihat ayam kampung, itik dan ikan!
  • Alamat: Lot 201, Jalan Besar, Kampung Pasir, 44000 Kerling, Selangor.

7. Aves World 农的传人, Semenyih Eco Venture

MY BM aves world semenyih eco farm
Kredit Foto: @dyanneee_ong
MY BM aves world semenyih eco farm
MY BM aves world semenyih eco farm
Kredit Foto: @riccol_yannn
Semenyih biasanya mengingatkan orang ramai kepada Bukit Broga, tetapi tahukah anda bahawa terdapat juga sebuah zoo haiwan peliharaan kecil yang terletak di sini? Bawa anak-anak anda ke sini selepas anda selesai mendaki Bukit Broga! Aves World telah dibina dengan tujuan untuk memupuk rasa cinta kanak-kana kepada haiwan serta menjanjikan masa yang menyeronokkan dengan pendidikan untuk anak-anak anda. Yang paling menarik? Harga tiket masuk di sini sangat berpatutan dan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun boleh masuk secara percuma! Dapatkan baldi makanan haiwan dan beri makan kepada haiwan yang jinak seperti biri-biri, arnab, itik, kambing, kuda serta kuda padi. Aktiviti mesra keluarga lain yang menyeronokkan di sini termasuk melawat kebun sayur, menunggang kuda padi, mengumpul telur segar dari ladang, menyusukan anak lembu dan banyak lagi.
  • Alamat: Lot PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor.

Temat tarikan lain untuk pencinta haiwan di sekitar Malaysia

Banyak lagi aktiviti menyeronokkan untuk dilakukan di KL & Selangor

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu