Tips & Perkara Korang Kena Tahu Sebelum ke Labuan Bajo!
Siapa yang tak kenal Labuan Bajo, kan? Destinasi syurga tersembunyi di Indonesia Timur ni memang tengah popular gila. Dari Komodo Dragon yang unik, pulau-pulau eksotik, keindahan bawah laut, sampai pantai-pantai super cantik, semuanya ada! Tapi, sebelum korang packing beg dan ready nak explore, jom kita tengok beberapa tips penting supaya trip korang ke Labuan Bajo jadi smooth dan takde la culture shock sangat.
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play
1. Penerbangan ke Labuan Bajo
Nak ke Labuan Bajo ni, korang kena plan sikit bab penerbangan. Bukan macam ke destinasi biasa, ada beberapa trick yang korang kena tahu:
- Penerbangan Domestik
Semua penerbangan ke Flores adalah penerbangan domestik yang lebih kecil. Kalau korang datang dari luar negara, korang kena transit dulu kat Bali atau Java untuk dapatkan flight ke sana.
- Bagasi
Selalunya, penerbangan domestik tak termasuk bagasi tau. Korang mungkin kena bayar ekstra dan kadang-kadang boleh bayar kat airport je. Tipsnya, kalau booking melalui third party, cuba login ke aplikasi syarikat penerbangan (macam AirAsia atau City Link) guna PNR korang. Kadang-kadang boleh dapat harga bagasi lagi murah.
- Cuaca & Pembatalan Penerbangan
Cuaca kat Flores boleh berubah dengan cepat, jadi penerbangan mungkin dibatalkan. Kalau jadi macam ni kat airport Labuan Bajo, jangan panik! Pergi ke kawasan food court kat bawah dan korang boleh booking penerbangan dengan syarikat lain yang masih beroperasi.
- Pilih Seat
Kalau korang suka tengok pemandangan dari atas, disarankan pilih tempat duduk di sebelah kanan masa nak landing ke Labuan Bajo (KUL-LBJ). Korang boleh nampak keindahan pulau-pulau di Flores, NTT. Untuk penerbangan balik (LBJ-KUL), mula record sebaik sahaja flight take off.
- Check-in Awal
Untuk AirAsia, boleh start check-in flight 14 hari sebelum penerbangan. Ramai orang berebut seat, jadi pasang alarm ya! Walaupun check-in tak berbayar, pilih specific seat yang perlu bayar extra.
2. Cuaca & Musim di Labuan Bajo
Kalau korang tengah plan trip ke Labuan Bajo, timing memang main peranan penting. Tempat ni terkenal dengan aktiviti laut macam snorkeling, diving, dan island hopping, jadi cuaca akan banyak mempengaruhi sama ada itinerary korang smooth atau tak. Jom tengok breakdown ringkas pasal cuaca dan musim kat sini.
Musim di Labuan Bajo
Secara umum, Labuan Bajo ada dua musim utama. Musim kering berlangsung dari April hingga September – inilah waktu paling popular sebab cuaca cerah, laut lebih tenang, dan sesuai untuk aktiviti outdoor. Cuma kena standby dengan crowd sebab bulan Julai dan Ogos ramai pelancong.
Sementara itu, musim hujan jatuh dari Oktober hingga Mac. Pada waktu ni, hujan lebih kerap turun terutama Disember hingga Februari, dan kadang laut bergelora sampai trip island hopping boleh kena batal. Tapi kelebihannya, pemandangan jadi lebih hijau dan crowd pun kurang, jadi suasana lebih tenang.
Suhu & Keadaan Cuaca
Suhu di Labuan Bajo agak konsisten sepanjang tahun, sekitar 25°C – 31°C. Waktu siang biasanya panas, tapi angin laut buat cuaca rasa lebih nyaman. Bila malam, especially lepas hujan, suasana boleh jadi sedikit sejuk. Secara keseluruhan, walaupun musim hujan bawa cabaran, cuaca kat sini tetap sesuai untuk travel sepanjang tahun kalau pandai pilih aktiviti.
Jom tengok tempat tinggal di Labuan Bajo kat bawah ni & banyak lagi!
3. Tips Travel Ikut Musim
Kalau datang waktu musim kering, jangan lupa bawa sunscreen, topi, dan sunglasses sebab matahari memang terik. Kalau musim hujan pula, better standby payung atau raincoat, dan plan aktiviti alternatif indoor macam jalan-jalan sekitar bandar atau food hunting bila hujan turun. Paling penting, sentiasa check ramalan cuaca harian sebelum turun laut untuk pastikan aktiviti korang selamat.
4.Waktu Terbaik Pergi Labuan Bajo
Walaupun Labuan Bajo boleh dilawati sepanjang tahun, waktu paling ideal ialah sekitar April hingga Jun serta bulan September. Cuaca masa ni lebih stabil, laut tenang, pemandangan cantik, dan pelancong pun tak terlalu ramai. Jadi korang boleh enjoy trip dengan lebih selesa dan relax.
Dapatkan Pakej 3H2M di Klook!
- Temui pemandangan dan pemandangan luar biasa Taman Negara Komodo dalam lawatan 3 hari 2 malam ini!
- Pergi berenang dan snorkeling di Pulau Kanawa, Manta Point, Taka Makassar, Pantai Pink dan banyak lagi
- Lawati Pulau Komodo, Pulau Kelor, Pulau Kalong untuk melihat komodo dan kelawar terbang ketika matahari terbenam
- Belayar melalui lautan Labuan Bajo dengan bot Phinisi pilihan anda dengan kabin AC yang selesa, 3 kali makan setiap hari, dan kemudahan yang lengkap
5. Pengangkutan di Labuan Bajo
Kat Flores, terutama Labuan Bajo, memang tak banyak info online pasal transportasi. Tapi jangan risau, once korang sampai sana, semuanya chill dan mudah diuruskan!
• Dari Airport: Di Labuan Bajo, tiada teksi macam Blue Bird atau teksi online lain. Tapi, banyak hotel sediakan pick-up, dan banyak juga sewaan motor/kereta yang boleh COD di airport.
• Sewa Motor/Moped: Ini pilihan popular dan paling murah (USD6-12 sehari) kalau korang nak explore sendiri. Tapi, hati-hati! Jalan tak rata, banyak lubang, dan boleh jadi rough ride kalau korang beginner.
• Shared Taxi: Ini pilihan yang paling disyorkan! Korang akan dijemput dan dihantar terus ke accommodation. Ada air-cond dan boleh minta berhenti kalau nak ke supermarket atau keluar duit. Nak book? Tanya je hostel atau hotel korang, diorang akan bagi nombor WhatsApp. Ya, semuanya deal melalui WhatsApp, nampak tak official tapi memang official!.
• Kereta Sewa Peribadi: Pilihan paling mewah dan mahal (USD80-120 sehari). Korang dapat kereta air-cond dengan personal driver yang boleh ikut jadual korang.
6. Tempat Wajib Lawat & Aktiviti Menarik
Labuan Bajo ni kaya dengan tempat menarik! Korang boleh explore sendiri atau ambil pakej full-day trip atau overnight cruise.
1. Komodo National Park:
Ini signature Labuan Bajo. Korang boleh tengok Komodo Dragon, satu-satunya hidupan purba yang masih wujud di dunia!. Korang akan ditemani ranger untuk melihat Komodo Dragon. Ingat, jangan dekat sangat sebab air liur Komodo berbahaya dan boleh menyebabkan nekrosis!.
2. Pulau Padar
Wajib hiking ke puncak untuk pemandangan tiga pantai berwarna berbeza (putih, hitam, pink) yang menakjubkan. Bawa kasut selesa dan air mineral. Kalau nak main drone, kena buat permit dan bayar 1 juta IDR!.
3. Pink Beach
Pantai dengan pasir berwarna pink yang unik. Warna pink datang dari campuran pasir putih dengan butiran karang merah mati yang dipanggil foraminifera. Airnya jernih sangat, sesuai untuk berenang atau berjemur.
4. Manta Point
Destinasi snorkeling terbaik untuk bertemu Manta Ray secara close-up. Ikan ni friendly dan tenang.
5. Taka Makassar
Pulau pasir kecil dengan air laut yang sangat jernih sampai nampak dasar. Macam kolam renang besar di tengah laut.
6. Kalong Island
Saksikan sunset yang magikal dan fenomena ribuan kelawar terbesar di dunia terbang keluar dari pokok bakau mencari makan.
7. Rangko Cave
Ada kolam air biru semulajadi dalam gua yang cantik sangat. Macam dalam filem!.
8. Dapur Tara
Rasai pengalaman hidup tradisional Flores. Korang boleh belajar tentang herba, minum minuman herba yang menyegarkan, dan mungkin stay kat homestay di tengah kebun. Rasa disconnected dari dunia luar, healing sangat!.
Lebih banyak tarikan dan aktiviti di sini!
7. Tips Penting & Apa Korang Kena Tahu Lagi
• WhatsApp Wajib Ada: Wajib download dan login WhatsApp sebelum sampai. Semua arrangement (transport, makanan, dll) memang guna WhatsApp. Hotel korang pun akan minta nombor WhatsApp, bukan nombor telefon biasa.
• SIM Card: Beli SIM card setibanya di Indonesia. Kalau terlupa di Bali, boleh beli di Main Street Labuan Bajo di kedai Telkomsel untuk coverage yang baik.
• Repellent Nyamuk: Bawa repellent nyamuk atau insect spray sebab nyamuk banyak dan "mengganas" kat sana. Kebanyakan accommodation akan sediakan kelambu.
• Penjagaan Kulit: Jangan lupa pakai sunscreen sebab matahari kat sana terik gila. Korang tak nak kulit "burn" kan?.
• Pentingkan Keselamatan (Elak Penipuan):
◦ Validasi Contact: Pastikan travel agent korang tu betul-betul boleh dipercayai.
◦ Review & Testimoni: Selalu cek review dan testimoni customer.
◦ Bank Transfer: Jangan transfer duit ke akaun atas nama peribadi.
• Berbual dengan Orang Tempatan: Orang Flores sangat baik dan suka senyum. Diorang mungkin akan panggil korang "Bule" (maksudnya tourist atau foreigner). Belajar beberapa frasa asas macam Selamat Pagi (good morning) dan Terima Kasih (thank you) untuk berinteraksi. Kalau nampak tanda Hati Hati, maksudnya berhati-hati sebab ada jalan bahaya.
• Makanan Halal: Kalau korang Muslim, jangan risau. Di Labuan Bajo, khususnya di bot-bot mewah, makanan yang disediakan selalunya halal kerana pemilik dan kru bot adalah Muslim.
• Datang Awal: Untuk trip Labuan Bajo, disarankan tiba di sana D-1 (day before) sebab kebanyakan trip bermula awal pagi (6 pagi).
Labuan Bajo ni memang destinasi impian yang ada mix antara adventure dan relaxing. Walaupun infrastruktur masih dalam pembangunan, keindahan semulajadinya memang tak dapat dinafikan. Kalau korang plan nak pergi, jangan overthink, just go! Korang pasti takkan menyesal. Selamat bercuti!
Explore lebih banyak tentang Labuan Bajo di sini!
Terokai Indonesia dengan Klook!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:


































