Percutian Mesra Muslim Di Bali: Jadual Perjalanan 5H4M Untuk Pelancong Muslim

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 21 Dis 2023
BM Percutian mesra muslim di Bali: Jadual perjalanan 5H4M untuk pelancong muslim

Jom terokai keindahan Bali! ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐ŸŒด๐ŸŒŠ

BM Percutian mesra muslim Bali Pantasi Melasti
Ramai orang Malaysia dan juga negara-negara jiran yang gemar bercuti ke Bali ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ pada tahun ni. Bali sememangnya popular dengan pantai-pantai, keindahan alam semulajadinya, kebudayaan dan pengalaman pelancongan yang unik. Ada juga banyak tempat makan dan kafe di Bali yang best dan wajib untuk dikunjungi!
Ramai juga pelancong Muslim yang bercuti ke Bali ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ sebab memang mudah untuk cari tempat makan yang halal ๐Ÿ— serta ruang solat, surau atau masjid ๐Ÿง•๐Ÿป๐Ÿ•Œ Tapi, kalau ini kali pertama anda untuk bercuti ke Bali - jangan risau! Kami menyediakan jadual perjalanan yang mesra Muslim selama 5H4M ke Bali untuk para pelancong Muslim! ๐Ÿคฉโœˆ๏ธ

Jadual perjalanan 5H4M Bali untuk pelancong Muslim!

BM MY Percutian mesra muslim Bali Penglipuran Village

Hari Pertama

BM MY Percutian mesra muslim di Bali Tanah Lot

1. Tiba di Lapangan Terbang Denpasar ๐Ÿ›ฉ๏ธ

Setelah mendarat, anda boleh ambil WiFi mudah alih atau kad SIM yang telah ditempah awal daripada Klook di kaunter 24 jam supaya mudah untuk anda berhubung sepanjang percutian anda. Terdapat banyak pakej berbeza dan anda juga boleh dapatkan data tanpa had! ๐Ÿคณ๐Ÿป
BM MY Airport transfer Bali Denpasar
Anda juga boleh tempah airport transfer untuk bawa anda terus ke hotel pilihan! Ada booth Klook di lapangan terbang Denpasar yang anda boleh kunjungi untuk membuat tempahan atau jika ada sebarang pertanyaan.
BM MY Kereta sewa peribadi private car charter Bali
Tapi, sebenarnya lebih mudah kalau anda tempah kereta sewa peribadi je di Bali, akan ada pemandu yang bawa anda explore Bali - dari satu tempat ke satu tempat. Jadi, tak perlu risau tentang transport! Pemandu juga muslim, nak tanyakan rekomendasi tempat makan halal atau surau dan masjid berdekatan dengan tempat yang dikunjungi pun lebih mudah!

2. Lawatan ke Tanah Lot & menaiki ATV di pantai ๐ŸŒด

BM MY Tanah Lot & ATV Ride Muslim Friendly
Tanah Lot ini merupakan sebuah 'pura' di laut yang terkenal dengan keunikan dan kecantikannya. 'Pura' dalam Bahasa Indonesia merujuk kepada kuil Hindu. Kuil ini terletak di atas batu besar di tepi laut yang bagi pemandangan sangat menakjubkan lagi-lagi pada waktu senja bila matahari terbenam. Tanah Lot ni juga sangat mengutamakan budaya dan tradisi Hindu di Bali, ini lah masa untuk anda kenali budaya penduduk tempatan di Bali.
BM MY Tanah Lot & ATV Ride Muslim Friendly
Anda boleh ambil gambar dengan latar belakang kuil di atas batu yang unik ini. Tanah Lot ini juga merupakan salah satu lokasi wajib untuk dikunjungi oleh para pelancong. Anda juga boleh tempah lawatan peribadi ke Tanah Lot ini di Klook - boleh pilih sama ada anda nak melawat dalam satu kumpulan ataupun secara solo.
Pakej lawatan ini termasuk pemandu lawatan yang boleh berbahasa Bahasa Inggeris, transport pergi dan balik dari hotel anda dan pemandu juga beragama Islam. Jadi, anda boleh tanyakan rekomendasi tempat makan halal ataupun ruang solat yang berdekatan. Selain itu, anda juga boleh alami pengalaman naik ATV selama dua jam di tepi pantai Tanah Lot ini!

3. Makan tengahari di De Jukung Resto & Bar ๐Ÿ™

BM MY muslim friendly De Jukung Resto & Bar
Lepas dah puas ambil gambar di Tanah Lot dan naik ATV tu mesti lapar kan? Bila bercuti di kawasan pantai ni mestilah kita kena cuba makanan-makanan laut mereka! Jom makan tengahari di De Jukung Resto & Bar yang terletak berhampiran Tanah lot. Anda boleh nikmati hidangan makanan laut yang segar dan sedap sambil pemandangan laut yang sangat cantik!
Dapatkan pakej bufet makanan laut yang sangat mampu milik di Klook! Ada dua pakej yang anda boleh pilih dan pakej terdiri daripada udang galah, ikan, sotong, kerang, udang biasa, sayur, buah, sambal-sambal serta minuman. Makanan adalah mesra Muslim jadi anda tak perlu risau!

4. Check-in hotel ๐Ÿ›๏ธ

hotels in bali
Di Bali, memang sangat terkenal untuk para pelancong menginap di hotel yang berkonsepkan villa yang mewah dan dikelililingi dengan hijau-hijau. Ada beberapa pilihan hotel yang kami dah list kan di bawah ini!
*Anda perlu semak dengan pihak hotel jika menu bufet yang mereka tawarkan adalah mesra muslim atau tidak

5. Makan malam di Oclub by Oculus, Kintamani Bali ๐Ÿฅ˜

BM MY Oclub By Oculus di Kintamani Bali
Kredit: @o_c_u_l_u_s_bali (Instagram)
Selesai sahaja check-in hotel, bolehlah anda berehat-rehat dulu dan kemudian bersiap-siap untuk makan malam! Nikmati hidangan makan malam di salah satu restoran yang sangat Instagrammable di Bali - Restoran Oculus Bali yang terletak di tanah tinggi Kintamani. Restoran ini sangat sesuai untuk makan malam romantik bagi pasangan yang nak menyambut honeymoon ataupun anniversary. Suasana di restoran ini sangat tenang dan mempunyai pemandangan yang cantik, boleh nampak hutan serta gunung di Bali.
Jangan risau sebab semua hidangan di restoran ini adalah muslim friendly. Anda boleh tempah pakej makan malam Restoran Oculus Bali di Klook! Ada dua pilihan set menu; Nusantara dan Barat (untuk dua orang). Lihat menu bagi kedua-dua set di sini.

Hari Kedua

Bali rice terrace
Photo credit: Canva

1. Lawatan ke Perkampungan Penglipuran ๐Ÿ 

BM MY Penglipuran Village Muslim Friendly
Kampung Penglipuran di Bali adalah destinasi yang menarik dengan seni bina yang unik dan kecantikan alamnya. Terkenal dengan rumah tradisional Bali di sepanjang jalan, kampung ini menawarkan pengalaman yang damai di tengah keindahan alam. Anda juga boleh berpakaian tradisional iaitu kebaya serta kain songket mereka untuk bergambar.
BM MY Penglipuran Village Muslim Friendly
Pada waktu-waktu tertentu, anda boleh lihat sekumpulan wanita yang berpakaian tradisional berjalan di sepanjang kampung itu sambil membawa barang di atas kepala mereka. Sangat menarik!
Nikmati keunikan kampung ini dengan menempah pakej lawatan ke Perkampungan Penglipuran ini di Klook, pakej juga termasuk dengan lawatan ke sawah padi Tegallalang, air terjun Tegenungan, ladang kopi Ubud dan Sacred Monkey Forest!

2. Lawatan ke Tegallalang Rice Terrace ๐ŸŒพ

Where better to see the Tegalalang Rice Terrace than from the Tegalalang Swing? Credit: laura.gmbt
Kredit: @laura.gmbt
Sawah padi Tegallalang di Bali merupakan sebuah kawasan sawah yang sangat cantik dan menakjubkan. Pemandangan yang hijau subur buat mata sedap memandang! Tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang sangat popular di Instagram, ramai yang ambil gambar di atas buai dengan pemandangan lanskap hijau sebagai latar belakang. Jangan lupa tempah pakej lawatan ke Tegalalang Rice Terrace di Klook!

3. Makan tengahari di Bebek Bengil ๐Ÿชฟ

BM MY Bebek Bengil Ubud Muslim Friendly
Makan bebek (itik) di Bebek Bengil ialah pengalaman yang wajib untuk anda cuba di Bali! Itik merupakan hidangan yang sangat popular di Indonesia. Bebek Bengil ada beberapa cawangan di Bali - Ubud, Nusa Dua dan Jimbaran! Restoran ini juga muslim friendly.
BM MY Bebek Bengil Ubud Muslim Friendly
Dapatkan pakej pengalaman makan Bebek Bengil di Klook! Ada beberapa set menu yang anda boleh pilih dan set termasuk itik rangup, nasi kukus, sayur-sayuran, keropok udang, sambal dan minuman. Jangan risau kalau anda bukan penggemar itik sebab mereka juga ada set ayam rangup!

4. Terokai Air Terjun Tegenungan ๐ŸŒณ

BM MY Tegenungan Waterfall Muslim Friendly
Air terjun Tegenungan di Bali adalah destinasi yang patut dikunjungi! Terletak di desa Tegenungan, air terjun ini menampilkan kecantikan alam yang luar biasa dan airnya yang deras. Datang dan nikmati keindahan semula jadi ini dengan mendekati air terjun, ambil gambar di sekitarnya, atau mandi air terjun yang sangat menyegarkan.
BM MY Tegenungan Waterfall Muslim Friendly
Anda boleh datang ke air terjun Tegenungan ini dengan menempah lawatan peribadi mesra muslim di Klook. Pakej ini juga termasuk Ladang Kopi Ubud dan Sacred Monkey Forest Sanctuary. Tak perlu risau tentang transport atau nak cari tempat makan halal dan masjid sebab pemandu juga muslim dan anda boleh tanyakan rekomendasi.

5. Makan malam di Selasar Deli, Apurva Kempinski ๐Ÿ›

BM MY Selasar Deli di The Apurva Kempinski Hotel
Kredit: @kempinskibali
Selepas seharian berjalan-jalan menerokai Bali, jom kita bermakan malam di hotel yang mewah 5 bintang terbaik di Bali iaitu restoran Selasar Deli di The Apurva Kempinski Hotel. Tempah pakej makan malam di Klook dan anda boleh dapat berjalan-jalan di kawasan pantai atau di kelab pantai mereka.
Pakej ini menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional kegemaran ramai yang dihidangkan dengan pedati kayu yang mewah. Di hotel ini juga ada kemudahan surau untuk anda menunaikan solat.

Hari Ketiga

1. Naik Banana Boat di Pantai Tanjong Benoa ๐Ÿ›ถ

BM MY Tanjong Benoa Lawatan Pantai di Bali Selatan
Pantai Tanjung Benoa di Bali adalah destinasi yang menarik dan sangat cantik dengan pasir putih halus dan air laut yang jernih. Pantai ini terkenal dengan aktiviti air yang mencabar. Jadi, kalau anda gemarkan aktiviti air yang menyeronokkan, pastikan anda datang ke Tanjong Benoa untuk alaminya sendiri!
BM MY Tanjong Benoa Lawatan Pantai di Bali Selatan
Selain menikmati panorama pantai yang indah, pengunjung di Tanjung Benoa juga boleh mencuba aktiviti menarik seperti menaiki banana boat. Pengalaman menaiki banana boat di sini pasti memberikan keseronokan tak terhingga, menjadikan lawatan anda ke Pantai Tanjung Benoa lebih best! Dapatkan pakej lawatan ke pantai di Bali Selatan di Klook dan anda boleh pilih lawatan berkumpulan ataupun solo.

2. Makan tengahari di Bale Udang Mang Engking, Kuta Bali ๐Ÿฆ‘

BM MY Bale Udang Mang Engking di Kuta Bali
Kredit: @baleudang_ubud
Dapatkan pengalaman makan yang santai di tepi tasik dengan suasana kampung tradisional di Bale Udang Mang Engking. Terdapat pelbagai menu yang sesuai untuk seisi keluarga. Dapatkan pakej makan di Klook untuk set menu yang lebih berbaloi! Ada set itik, vegetarian dan banyak lagi. Jangan risau, restoran ini juga dilengkapi dengan surau untuk keselesaan anda menunaikan solat. Lebih best lagi, restoran ini juga adalah mesra Muslim!

3. Terokai Pantai Padang Padang ๐Ÿ–๏ธ

BM MY Pantai Padang Padang Bali
BM MY Pantai Padang Padang Bali
Pantai Padang Padang yang cantik dengan pasir putih dan air yang biru, menjadikannya destinasi pantai yang wajib untuk diterokai di Bali! Pantai ini terkenal dengan keindahannya dan suasana yang tenang, sesuai untuk bersantai-santai.

4. Lihat tarian Kecak di Pantai Melasti ๐ŸŒŠ

BM MY Pantai Melasti Kecak Dance
Pantai Melasti di Bali ini menawarkan pemandangan yang sangat menakjubkan! Pantainya putih bersih dan airnya yang kebiru-biruan buat anda rasa sangat tenang. Selain dari ambil gambar dan bersantai-santai di pantai ini, anda juga boleh tonton persembahan tarian Kecak yang sangat popular di Bali!
BM MY Pantai Melasti Kecak Dance
Tarian Kecak adalah satu seni pertunjukan tradisional di Bali. Tarian ini dilakukan oleh sekelompok penari yang akan duduk bersila dalam bulatan sambil mengangkat tangan mereka ke atas. Yang menarik, tak ada alat musik yang digunakan, melainkan suara dari mulut para penari sendiri! Biasanya, tarian Kecak menceritakan sebuah kisah dan terdapat beberapa kisah berbeza yang dipersembahkan. Lebih best kalau anda dapat lihat persembahan ini semasa matahari terbenam!
Tempah pakej lawatan ke pantai-pantai Bali di Klook dan anda boleh terokai 4 pantai yang mempunyai keunikan yang tersendiri.

5. Makan malam di Pandan Sari, Pantai Jimbaran ๐Ÿค

BM MY Jimbaran Seafood Pandan Sari
Selepas seharian penat berjalan-jalan di pantai, kita akhiri hari dengan makan malam di Pantai Jimbaran. Pandan Sari, sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan lautnya yang lazat. Terletak di tepi pantai, restoran ini menawarkan suasana yang romantis dan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Nikmati hidangan seafood segar yang disediakan secara khas, seperti udang bakar, sotong, ikan bakar, ketam dan banyak lagi, sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa!
Restoran ini adalah mesra muslim dan anda boleh dapatkan baucar di Klook yang menawarkan pelbagai jenis set menu untuk dipilih!

Hari Keempat

1. Lawatan trekking & jeep ke Gunung Batur ๐Ÿ—ป

BM Percutian Mesra Muslim Gunung Batur Lawatan
Kredit: Unsplash
Pengalaman mendaki Gunung Batur dan Lawatan Jeep di Bali bersama Klook merupakan pengembaraan yang mengujakan! Bermula dari 4 pagi, perjalanan dimulakan dengan menaiki jeep untuk sampai ke puncak Gunung Batur dan menikmati pemandangan matahari terbit yang menakjubkan.
Mount Batur in Muslim friendly Bali itinerary
Photo credit: Unsplash
Perjalanan naik jeep ke puncak akan mengambil masa kira-kira 1 jam, pemandu akan bawa anda ke tempat pemandangan yang memukau untuk menikmati matahari terbit dan pemandangan Tasik Batur sambil menikmati sarapan pagi. Sebelum turun, anda akan ke Black Lava juga. Ini adalah pengalaman yang unik untuk menikmati kecantikan alam Bali dari puncak! Klook menyediakan lawatan ke Gunung Batur dan Lawatan Jeep yang unik dan anda tak perlu trek ke puncak.

2. Makan tengahari di Kintamani Bali ๐Ÿฅ˜

Selepas trekking Gunung Batur menaiki jeep, anda boleh nikmati bufet makan tengahari yang menyeronokkan sambil menikmati pemandangan gunung dan tasik yang menakjubkan di Kintamani!
Mereka menawarkan hidangan utama seperti nasi goreng, nasi kukus, mee goreng, gado gado, stroganoff daging lembu, kentang goreng, spring roll, sate ayam dengan sos kacang dan banyak lagi. Anda juga akan dihidangkan pencuci mulut yang sangat enak. Semua makanan yang dihidangkan adalah mesra Muslim. Tempah baucar makan anda di Klook untuk tawaran harga terbaik.

3. Berehat-rehat & makan malam

Anda mulakan hari sangat awal, jadi ambil masa ini untuk berehat-rehat sebelum buat aktiviti-aktiviti seterusnya pada hari terakhir anda di Bali! Untuk makan malam, anda boleh pilih untuk nikmati bufet makan malam yang tersedia di hotel pilihan anda ataupun untuk berjalan-jalan di kedai makan yang berhampiran dengan hotel. Boleh rasa makanan lokal di Bali!

Hari Kelima

1. Mandi-manda di Waterbom Bali ๐Ÿ›๐ŸŒŠ

BM MY Waterbom Bali Muslim Friendly
Waterbom Bali adalah destinasi taman tema air yang menawarkan kegembiraan tanpa henti bagi pengunjung dari setiap peringkat umur! Terletak di Kuta, Waterbom menawarkan pelbagai permainan air yang best seperti The Constrictor, Boomering, Funtastic, Superbowl dan banyak lagi. Suasana taman air yang menyeronokkan dan pemandangan tropika menjadikan Waterbom Bali ni tempat yang sangat sesuai untuk seisi keluarga.
BM MY Waterbom Bali Muslim Friendly
Selepas penat bermandi-mandi, anda boleh makan tengahari di cafe yang tersedia di dalam taman tema Waterbom! Ada pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan di taman tema air ini dan semua makanan adalah mesra muslim. Untuk buat pembelian makanan, minuman dan loker, anda akan diberi satu gelang tangan untuk scan biila buat pembayaran. Jadi, anda boleh topup amaun yang anda nak di mana-mana stesen topup disediakan.
BM MY Waterbom Bali Muslim Friendly
Di Waterbom juga ada surau yang sangat selesa untuk para pengunjung menunaikan solat. Nak ke Bali tak lama lagi? Tempah tiket anda sekeluarga ke Waterbom Bali di Klook!

2. Tengok haiwan-haiwan di Bali Safari ๐Ÿฆ

BM MY Bali Night Safari Marine Park
Kenapa pergi safari pada waktu siang kalau anda boleh nikmati pengalaman masuk safari pada waktu malam? ๐Ÿคฉ Bali Safari menawarkan pengalaman safari malam yang best! Anda juga boleh nikmati makan malam sambil ditemani haiwan-haiwan comel. Pengalaman yang sangat unik!
BM MY Bali Night Safari Marine Park
Anda juga dapat menikmati pengalaman menaiki tram untuk berjumpa dengan zebra, unta, harimau, singa dan banyak lagi! Bukan sahaja itu, anda juga boleh bagi makan kepada mereka. Pastikan mereka tak gigit tangan ya.
BM MY Bali Night Safari Marine Park
Bagi bufet makan malam, anda boleh pilih untuk duduk di luar ataupun di dalam. Kedua-dua menawarkan menu yang sama tetapi pemandangan yang berbeza! Jika makan di luar, anda boleh lihat kawan-kawan zebra sedang berlari-lari. Di dalam pula anda boleh lihat kawan-kawan singa dengan jarak yang sangat dekat. Tapi jangan risau, ada cermin tebal yang menghalang! Tiket untuk safari malam adalah termasuk bufet makan makan juga, tempah di Klook untuk nikmati diskaun.

Inginkan inspirasi untuk percutian ke Bali? ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉโœˆ๏ธ

Rancang percutian mesra Muslim anda di Klook


๐Ÿ’ก Tip Klook ๐Ÿ’ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu