Rancang perjalanan anda ke Penang dengan tempat-tempat tarikan ini!
Pulau Pinang yang indah sentiasa menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia kerana ia menawarkan makanan yang sedap, suasana pekan lama yang menawan, serta pelbagai tarikan yang seronok dan menarik. Ini dia senarai aktiviti-aktiviti terbaik yang anda boleh lakukan bersama kawan-kawan atau keluarga di Pulau Pinang!
PROMO TERKINI👀
Apa itu #KlookDulu? 🤔 #KlookDulu adalah cara kita raikan Merdeka dengan terokai negara kita sendiri!
Seronok bila dapat melancong dalam Malaysia dan lakukan aktiviti menarik di Malaysia dengan tawaran yang menarik ada di Klook.
Dengan #KlookDulu, anda kini boleh menikmati penjimatan sehingga RM200 pada musim Merdeka, 9.9, dan Cuti Sekolah ini! Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut 🤩
Kami juga ada kejutan tambahan untuk tawaran hebat ni. Dari 18 Ogos hingga 21 September, anda berpeluang untuk sertai pelbagai GIVEAWAY yang best!! Ikuti kami di media sosial!
Cari makanan kat Penang? Tekan link di bawah!
Nak tengok video Klook pergi Penang? Klik link kat bawah!
Tempat-tempat menarik & menyeronokkan di Pulau Pinang
1. The Habitat, Bukit Bendera
Bukit Bendera adalah salah satu tempat yang anda perlu melawati di Pulau Pinang. Nikmati pemandangan seluruh pulau di puncak paling tinggi apabila anda kunjungi The Habitat Penang Hill. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan panorama 360 darjah Pulau Pinang serta hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.
Untuk sampai ke sini, anda boleh menaiki Funikular Bukit Bendera dan mengembara melalui terowong landasan sepanjang 258 kaki yang mana dikatakan adalah yang paling curam di dunia! Paling menarik, korang boleh tengok view seluruh penang kat sini dan sejuk! Jangan lupa untuk OOTD. Kalau korang datang sini dengan partner, korang boleh cuba letak mangga cinta kat sini. Ala-ala korea! Menarik kan?
Kalau dah biasa datang siang, korang kena try experience The Habitat by Night! Suasana hutan hujan lepas matahari terbenam memang lain macam – tenang, sejuk, dan penuh misteri. Boleh jalan atas Curtis Crest Tree Top Walk sambil tengok bintang ✨, dengar bunyi alam, dan feel vibe malam yang rare. Romantic untuk couple, dan seronok juga untuk family yang suka nature dengan twist malam!
3. ESCAPE Theme Park
Tempat terletaknya gelongsor air paling panjang di dunia, sepanjang 1,111 meter, ESCAPE Theme Park wajib dikunjungi. Luangkan masa seharian dengan menikmati lebih 30 aktiviti menerujakan di Taman Adventureplay dan Taman Waterplay, termasuk luncur keluang, gelongsor air, halangan tali, panjat batu dan banyak lagi. Klook dah cuba pergi Escape Penang dan Klook nak korang cuba Flying Lemur! Memang best.
Tips: Pergi weekdays, memang tak ramai! Lagi satu, korang kena pergi main aktiviti yang menguji adrenaline korang dulu baru waterpark!
4. Entopia by Penang Butterfly Farm
Untuk keluarga dan juga pencinta rama-rama, Entopia by Penang Butterfly Farm adalah tempat yang mesti dikunjungi di Pulau Pinang. Sebuah habitat bagi 15,000 rama-rama yang terbang bebas, bersama lebih 200 spesies tumbuh-tumbuhan serta air terjun, kolam, gua dan taman seni, Entopia adalah salah satu taman rama-rama paling besar di Malaysia.
5. Entopia by Night
Selalu pergi waktu siang? Kali ni cuba Entopia by Night – pengalaman baru yang lebih magikal! Tengok rama-rama dan serangga aktif waktu malam, dengan suasana taman tropika yang tenang dan berlampu lembut. Memang chill dan sesuai untuk keluarga atau couple yang nak lari dari hiruk-pikuk bandar.
6.Penang Hill
View paling legend dekat Penang? Confirm Penang Hill! Naik funikular terus ke puncak & nikmati udara sejuk plus pemandangan bandar yang padu – especially kalau datang waktu pagi atau senja. Dekat atas ni banyak spot best macam The Habitat, Love Lock, dan Sky Walk. Nak chill, lepak minum kopi sambil tengok view pun boleh. Memang tempat wajib singgah kalau first time ke Penang!
7. D Project Penang
Kalau korang suka tempat aesthetic untuk ambil gambar, D Project wajib masuk list! Ada banyak ruang interaktif dengan lighting & efek visual yang gempak – sesuai sangat untuk OOTD, content IG, atau TikTok. Dari bilik gelap penuh neon ke ruang yang bertukar warna ikut cahaya – confirm puas hati kalau datang dengan geng!
8. OLO Studio
Nak buat kenangan yang comel dan personal? Jom ke OLO Studio, bengkel best di Malaysia yang terletak di Penang! Kat sini, korang boleh pilih, reka & cipta plushie sendiri ikut gaya dan citarasa masing-masing – siap dengan sijil kelahiran eksklusif untuk plushie tu! 😍Menarik kan!
Tambah aksesori, pilih pakaian, dan karakter korang untuk hasil yang betul-betul unik. Aktiviti ni memang best buat dengan kawan, family, atau pun untuk couple date. Cute, kreatif & penuh dengan vibes happy – sekali datang, confirm tak lupa!
9.Chew Jetty
Salah satu kawasan paling ikonik di George Town! Chew Jetty ni perkampungan atas air dengan vibe klasik dan santai. Boleh jalan atas titi kayu, explore rumah-rumah lama, shopping barang handmade & cuba street food local. Nak tengok sunset pun cun sangat dari sini – old school Penang vibes at its best!
10. Cheong Fatt Tze Mansion
Cheong Fatt Tze (Blue Mansion) memaparkan keindahan seni bina dan sejarah Penang, dengan tarikan sekolah lama yang sangat menawan. Rumah agam berwarna biru nila ini adalah campuran unik elemen rekaan Timur dan Barat, menjadikannya lebih menonjol daripada bangunan-bangunan berdekatan. Bangunan ikonik ini dipaparkan dalam filem seperti Crazy Rich Asians, Indochine dan banyak lagi. Tempah tiket anda untuk guided tour Blue Mansion atau tempah penginapan anda di bangunan ikonik ini!
11. The TOP Komtar
Nikmati lebih banyak pengembaraan di Pulau Pinang dengan pemandangan terbaik Georgetown. Salah satu tempat untuk menikmati pemandangan malam pekan ini ialah dari atas - di salah satu lagi bangunan ikonik Penang, THE TOP Komtar. Berada di tingkat 68, Rainbow Skywalk adalah jambatan kaca separuh bulat yang menawarkan pemandangan indah Georgetown, dengan kaca lutsinar di bahagian bawah dan di tepi jambatan. Nikmati diskaun tiket kemasukan anda ke THE TOP Komtar jika anda tempah melalui Klook!
12. Batu Ferringhi
Batu Ferringhi mempunyai pantai yang luas dan salah satu destinasi paling popular Pulau Pinang! Berjemur di siang hari dan bersantai di bar dan restoran di malam hari. Anak-anak anda boleh bermain di pantai, terbangkan layang-layang, bina istana pasir atau cuba sukan air yang ditawarkan di sini, daripada jet ski kepada paralayar, bot pisang dan banyak lagi.
13. Teluk Duyung
Nikmati percutian pantai anda di salah satu pulau indah di Teluk Duyung. Tempat terpencil ini terletak dalam Taman Negara Pulau Pinang, di mana ia mempunyai lebih 500 jenis flora dan fauna, dan pulau menawan di mana anda boleh bercuti tanpa bersesak dengan orang ramai.
14. Jeti-Jeti Penang
Di hujung Pengkalan Weld Pulau Pinang, ada beberapa jeti yang menjadi tarikan tepi bagan unik yang penting dalam sejarah pulau ini. Anda boleh berjalan di atas laluan kayu dan menikmati suasana kehidupan penduduk tempatan yang masih tinggal di rumah kayu di atas air. Kami dengar matahari terbenam di sini sangat indah - jadi kami cadangkan anda menikmati pemandangan matahari terbenam di Chew Jetty, Lim Jetty atau Tan Jetty.
15. Avatar Secret Garden
Alami dunia ajaib pada waktu malam di Avatar Secret Garden Penang. Terletak di belakang Tokong Thai Pak Koong, taman ini diubah menjadi destinasi fantasi yang menawan. Lokasi ini merupakan salah satu tempat indah Pulau Pinang yang sesuai untuk percutian keluarga atau janji temu romantik!
16. WonderFood Museum
Apa cara yang lebih baik untuk terokai kehebatan kulinari Malaysia kita selain daripada muzium yang mendedikasikan makanan? Wonderfood Museum di Pulau Pinang adalah tempat menarik yang mempamerkan makanan-makanan Malaysia bersaiz besar, begitu juga pameran replika hidangan antarabangsa. Tempah tiket dengan diskaun anda di Klook dan anda boleh masuk saja dengan menunjukkan kod baucer anda di kaunter.
17. Audi Dream Farm
Nikmati percutian singkat di wilayah barat daya Pulau Pinang yang lebih senyap dan kunjungi Balik Pulau, sebuah pekan untuk anda singgah. Salah satu benda kegemaran kami untuk dibuat di sini adalah meluangkan masa di Ladang Audi Dream (Audi Dream Farm), sebuah zoo mini menawan yang sesuai untuk percutian keluarga. Tempah tiket kemasukan ke Ladang Audi Dream di laman Klook yang termasuk pengalaman menunggang unta yang menerujakan!
18. Penang Bird Park
Dengan koleksi lebih daripada 300 spesies burung dari seluruh dunia, Taman Burung Pulau Pinang (Penang Bird Park) adalah taman burung pertama dan paling besar di Malaysia. Taman sebesar 5 ekar ini mempunyai laluan aviari, pondok kecil, laluan berbelok dan kolam yang cantik di mana anda boleh bermesra dengan burung-burung jinak daripada burung kelicap kecil kepada burung unta setinggi 8 kaki, burung undan yang terbang bebas, angsa yang anggun, flamingo, burung enggang, burung botak dan itik yang berwarna-warni. Tempah tiket Taman Burung Pulau Pinang dengan diskaun anda di Klook dan anda tak perlu beratur!
19. The Dark Mansion
Lari dari cuaca panas di luar dan luangkan masa anda dengan melihat lukisan-lukisan yang berubah daripada lukisan 2D kepada ilusi optik 3D yang hebat! Bergambarlah dengan orang tersayang di depan karya seni unik yang bercahaya - kami paling gemarkan lukisan yang bercahaya dalam gelap paling besar di dunia, sebuah karya agung oleh pakar ilusi 3D, Edgar Müller. Anda boleh menikmati diskaun untuk tiket ke Dark Mansion di Klook!
20. Kampung Agong
Jika anda fikir Pulau Pinang penuh dengan kehidupan bandar, anda silap. Anda boleh menikmati suasana kampung seperti di Bali di Kampung Agong, sebuah kawasan kampung yang dikelilingi pokok kelapa, sawah padi dan rumah kayu tradisional yang dibina di atas kaki bajang. Kami percaya ini tempat paling sesuai untuk anda menikmati kehidupan kampung, terutamanya bagi mereka yang membesar di bandar!
21. Armenian Street
Anda tahu tak yang Pulau Pinang terkenal dengan karya seni jalanan? Anda wajib singgah ke sini! Salah satu tempat terkenal untuk mencari karya-karya seni ini adalah di Armenian Street, di mana anda boleh temui karya terkenal seperti Adik-Beradik di atas Buaian, Budak di atas Motosikal, serta Budak di atas Basikal.
Mari jalan-jalan cari makan!
Pulau Pinang memang sebuah syurga makanan di Malaysia - daripada makanan tepi jalan yang enak kepada char kuey teow yang menggiurkan, Pulau Pinang ada semuanya. Namun, ada terlalu banyak tempat makan di seluruh pulau ini sampai susah nak pilih tempat makan mesra Muslim. Tapi jangan risau! Kami dah siasat dan ini senarai lengkap makanan dan restoran halal terbaik di Pulau Pinang yang anda patut cuba di sini.
Dapatkan Pas Klook untuk percutian anda ke Penang!
Jom terokai Penang dengan Pas Klook Penang! Jelajah Penang dengan Pas Klook Penang yang boleh bagi akses ke tempat tarikan popular seperti Entopia, The Habitat Penang Hill, dan Taman Tema ESCAPE dan banyak lagi! Dengan pas ni, anda boleh plan trip penuh adventure atau yang santai-santai sahaja, ikut pilihan hati. Pas ini sah untuk sebulan, anda akan dapat fleksibiliti untuk pilih tarikh dan tarikan yang diingini. Jadi, dapatkan Pas Klook Penang anda sekarang!
Banyak lagi inspirasi percutian ke Pulau Pinang 🌴
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:




























































































