Tarikan Skyline Luge di Gamuda Gardens akan dibuka pada 9 Disember 2023

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 15 Feb 2024
Skyline Luge Gamuda Gardens akan dibuka di Malaysia 9 Disember 2023 ini

Tarikan terbaru di Malaysia: Skyline Luge Gamuda Gardens kini dibuka! ๐Ÿ›ท

BM MY Skyline Luge Gamuda Gardens akan dibuka pada 9 Disember 2023
Skyline Luge ๐Ÿ›ท yang sangat popular di Sentosa, Singapura kini dibuka di Malaysia tau! Terletak sekitar 45 minit dari bandar Kuala Lumpur, Skyline Luge ini dibina di Gamuda Gardens, Rawang. Kalau anda nak tahu, tarikan ini juga ada dibuka di Busan dan Tongyeong di Korea Selatan menjadikan Malaysia lokasi keempat! ๐Ÿคฉ
Skyline Luge Gamuda Gardens Rawang review
Ramai dah share pengalaman mereka menaiki skyline luge ini di social media. Ada juga yang share video-video yang mereka cuba skyline luge ini di luar negara membuatkan ramai orang tertanya sama ada tarikan ini dah sedia dibuka kepada umum ke? ๐Ÿค”
Jawapannya... belum lagi! Tapi, jangan risau sebab dalam beberapa hari lagi anda juga boleh rasakan pengalaman menaiki Skyline Luge! ๐Ÿ›ท Wohoo, anda mesti dah tak sabar-sabar kan?

Perkara anda perlu tahu tentang Skyline Luge Gamuda Gardens ๐Ÿ›ท

1. Siapa yang boleh menaiki Skyline Luge ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

BM MY Skyline Luge Rawang Gamuda Gardens dibuka 9 Disember 2023
Anda boleh check ketinggian di sini
Untuk Skyride, bagi yang ketinggiannya 135cm ke atas, anda boleh naik Skyride seorang ataupun berempat. Tapi bagi kanak-kanak yang ketinggiannya antara 85cm hingga 135cm, mereka perlu ditemani dengan seorang dewasa berumur 18 tahun ke atas dan berketinggian 150cm ke atas.
Untuk Luge pula, anda perlu berketinggian 110cm ke atas untuk menaikinya seorang. Bagi kanak-kanak yang berketinggian 85cm hingga 110cm, mereka boleh menaikinya bersama seorang dewasa.
Semua tiket kombo Luge termasuk dengan Skyride. Jadi, anda perlu naik Skyride juga untuk bermain Luge. Bagi ibu mengandung ๐Ÿคฐ๐Ÿป, anda tidak dibenarkan untuk menaiki Skyride dan Luge demi keselamatan!

2. Langkah-langkah keselamatan ๐Ÿ‘ท๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿช–

BM MY Skyline Luge Rawang Gamuda Gardens dibuka 9 Disember 2023
Sebelum naik Skyride, anda perlu memaikai helmet yang boleh diambil dari tong besar yang mereka sediakan. Ada 5 saiz yang berbeza dan ada juga saiz kecil untuk kanak-kanak.

Kalau hujan, macam mana? โ›ˆ๏ธโ˜‚๏ธ

Jika ada guruh dan kilat, operasi akan dihentikan sementara. Luge dan Skyride akan beroperasi seperti biasa jika hujan gerimis ringan. Mereka akan hentikan operasi kalau hujan lebat demi keselematan pengunjung.
Jika pengunjung tak dapat siapkan pusingan, mereka boleh ke kaunter untuk pengesahan semula tiket dan dapat bawa baki pusingan itu kepada hari lain, dalam masa 1 bulan dari tarikh lawatan. Pastikan anda simpan tiket Luge ya! Kalau anda terus balik tanpa membuat pengesahan tiket, maka anda tak boleh guna dah tiket itu untuk datang semula.

3. Naiki Skyride ke atas ๐Ÿš 

BM MY Skyline Luge Rawang Gamuda Gardens Skyride
Sebelum menaiki luge, anda akan menaiki Skyride iaitu lift kerusi empat tempat duduk macam nak pergi ski di resort atas gunung! Sambil anda naik Skyride, anda boleh nikmati pemandangan hijau-hijau dan juga lihat orang lain yang bermain luge sedang turun!

4. Empat trek Luge yang berbeza (sehingga 1.6 meter!)

BM MY Skyline Luge Rawang Gamuda Gardens
Skyline Luge menawarkan 4 trek yang dibina khas dengan selekoh berliku, terowong, dan lereng menurun yang anda boleh experience pada waktu siang ataupun malam! Ya, anda boleh juga menaiki luge pada waktu malam dan akan ada lampu berwarna-warni menyinari lorong di trek. Best tau!
MY Skyline Luge Gamuda Gardens Luge Track
Kredit: Skyline Luge
4 trek yang berbeza ini berbeza dan anda boleh cuba kesemua trek-trek ini. Untuk 'panaskan enjin' dulu, anda boleh cuba trek Express iaitu trek yang paling pendek, sesuai juga untuk lalui trek ini jika anda bawa kanak-kanak bersama. Kemudian, anda boleh cuba trek Gravity yang lebih panjang dan ada satu selekoh untuk anda cuba-cuba drift ๐Ÿ˜‚
Mungkin selepas dua kali dah naik luge, anda nak trek yang lebih mencabar? Dua lagi trek iaitu Ultra dan Legend pastinya lebih mencabar dan lebih panjang! Nak berlumba (secara halal :p) bersama kawan ataupun keluarga? Mesti lah boleh! Tapi pastikan anda bawa dengan selamat ok! Jangan bahayakan orang lain. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat~ ๐Ÿค“

5. Macam mana nak nak bawa Luge ๐Ÿ›ท

BM MY Skyline Luge
Mungkin ramai yang nervous sebelum nak menaiki luge ni, tapi jangan risau sebab staff-staff di sini akan terangkan kepada anda cara nak handle luge tu. Anda boleh tanyakan soalan kalau tak faham, mereka sangatlah peramah!
BM MY Skyline Luge Rawang Gamuda Gardens
Pemegang luge itu boleh kedepan dan kebelakang. Untuk bagi luge bergerak, anda boleh tarik pemegang paling belakang (tapi pastikan tangan anda sentiasa lurus!) dan kemudian lepaskan secara perlahan-lahan. Nanti luge itu akan bergerak. Kalau nak brake pula, anda boleh tarik ke belakang secara perlahan-lahan. Semuanya bergantung pada gerakan tangan anda.

6. Harga tiket ๐ŸŽŸ๏ธ

Anda boleh dapatkan tiket Skyline Luge di Klook dengan pakej eksklusif untuk 4 atau 5 Luge Ride, Skyride & gambar dengan harga serendah RM70!
Harga tiket Skyline Luge dari laman web rasmi:
  • 5 Luge Rides + Skyride: RM68/dewasa, RM25/kanak-kanak
  • 4 Luge Rides + Skyride: RM59.50/dewasa, RM25/kanak-kanak
  • 3 Luge Rides + Skyride: RM54/dewasa, RM25/kanak-kanak
  • 2 Luge Rides + Skyride: RM45/dewasa, RM25/kanak-kanak
Harga tiket kombo Skyline Luge dan FunPark dari laman web rasmi:
  • 2 Pay-Per-Ride permainan di FunPark, 2 Luge ride & Skyride: RM60
  • 5 Pay-Per-Ride permainan di FunPark, 3 Luge ride & Skyride: RM85
  • 5 Pay-Per-Ride permainan di FunPark, 4 Luge ride & Skyride: RM95
  • 5 Pay-Per-Ride permainan di FunPark, 5 Luge ride & Skyride: RM105

7. Waktu operasi โฐ

Skyline Luge akan beroperasi setiap hari kecuali hari Rabu. Kemasukan terakhir ialah 1 jam sebelum tutup dan anda hanya boleh dapatkan tiket kombo untuk 2-3 luge ride.
  • Hari biasa (Tutup setiap hari Rabu): 10AM - 6PM
  • Hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah: 10PM - 10PM

Apa lagi yang ada di Gamuda Gardens? ๐ŸŒณ

BM MY FunPark Gamuda Gardens Skyline Luge
Selain daripada Skyline Luge, ada juga taman tema FunPark yang boleh anda kunjungi bersama keluarga! Ada banyak aktiviti yang mesra-keluarga untuk anda cuba seperti:

1. Aktiviti yang menyeronokkan di FunPark ๐ŸŽ 

BM MY FunPark Gamuda Gardens Skyline Luge
FunPark ni taman hiburan outdoor yang menyeronokkan untuk kanak-kanak! Terletak di dalam Gamuda Luge Gardens, FunPark ini ada 6 aktiviti best, termasuk Jellycup Twist, Jumpshot, Fruity Frenzy dan Carousel. Kesemua permainan ini berwarna-warni dan sangat comel. Memang anak-anak akan excited bila ke FunPark! ๐ŸŽ 
BM MY FunPark Gamuda Gardens Skyline Luge
Anda boleh dapatkan tiket kombo bersama Skyline Luge juga untuk satu hari penuh keseronokan bagi seisi keluarga. Ada beberapa permainan tambahan yang akan dibuka tak lama lagi, FunPark adalah tempat tarikan yang wajib untuk dikunjungi di Lembah Klang!
  • Harga tiket: Dari RM8 bagi satu aktiviti (Tiket kombo bersama Skyline Luge di Klook, akan datang!)
  • Waktu operasi hari biasa (Tutup setiap hari Rabu): 12PM - 9PM
  • Waktu operasi hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah:ย 10AM โ€“ 10PM

2. Mandi manda di Big Bucket Splash ๐Ÿ›

BM MY FunPark Gamuda Gardens Skyline Luge Big Bucket Splash
Big Bucket Splash ialah mini taman tema air seluas 10,000 kaki persegi dan mempunyai beberapa 4 gelongsor air, kolam mandi untuk kanak-kanak, pistol air, rain bucket, dan banyak lagi. Taman tema air ni juga sangat comel dan berwarna-warni, kalau anda bawa anak-anak ke sini memang confirm mereka suka!
Tapi untuk memastikan taman tema air ini tidak terlalu ramai dengan para pengunjung, mereka menyediakan beberapa slot masa yang anda boleh tempah terlebih dahulu. Anda boleh semak waktu operasi di sini.
Anda juga boleh dapatkan tiket kombo bersama Skyline Luge & FunPark juga untuk keseronokan tak terhingga!
  • Harga tiket: Dari RM20 (Tiket kombo bersama Skyline Luge di Klook, akan datang!)
  • Waktu operasi hari biasa (Tutup setiap hari Rabu): Slot 1: 12PM โ€“ 3PM, Slot 2: 3:30PM - 6:30PM, Slot 3: 7PM - 10PM
  • Waktu operasi hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah: Slot 1: 8:30AM - 11AM, Slot 2: 11:30PM - 3PM, Slot 3: 3:30PM - 6:30PM, Slot 4: 7PM - 10PM

3. Kedai makan & kemudahan lain

BM MY FunPark Gamuda Gardens Skyline Luge
Lepas dah kerah tenaga bermain-main di Skyline Luge, FunPark dan Big Bucket Splash, mestilah lapar kan? Jangan risau, ada banyak pilihan kedai makan yang tersedia di Gamuda Gardens ini seperti A&W, Korean Fried Chicken, Coco Loca dan llaollao! Ada juga tempat untuk anda berehat-rehat dengan selesa di sini.

Aktiviti lain yang best dari Gamuda Land untuk anda sekeluarga! ๐Ÿคฉ


Inspirasi aktiviti keluarga untuk hujung minggu! โœจ

๐Ÿ’ก Tip Klook ๐Ÿ’ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu