Panduan Pelancongan Shirakawa-go – Cara Untuk Pergi, Masa Terbaik Untuk Melawat, Tempat Makan Wajib & Banyak Lagi

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 13 Dis 2023
-

Temui tempat bersejarah di Jepun

Merupakan salah satu destinasi terkenal sebagai tempat bersiar-siar di Central Japan, Shirakawa-go terkenal dengan rumah tradisionalnya yang diperbuat daripada atap jerami curam yang dikelilingi oleh alam semula jadi yang subur. Menarik, tenang dan menawan, Tapak Warisan Dunia UNESCO ini mesti dikunjungi!
Walaupun perjalanan ke sana mungkin tidak mudah, tempat ini masih boleh diakses dengan mudah dengan beberapa cara. Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat berharga tentang cara ke sana, tempat tinggal, jenis makanan dan banyak lagi!

Cara untuk ke Shirakawa-go

Dengan menaiki bas

Pergi ke Shirakawa-go dengan menaiki bas mungkin kaedah yang paling menjimatkan tetapi masa perjalanan menjadi lebih lama berbanding dengan kaedah pengangkutan lain. Pergi ke Toyama atau bandar Kanazawa kemudian naik Bas Nohi ke Shirakawa-go.
Bas dari Osaka ke Toyama mengambil masa sekitar 6 hingga 8 jam dengan pilihan bas semalaman. Bas malam dari Osaka ke Kanazawa pula mengambil masa kira-kira 5 jam. Namun, laluan Tokyo ke Toyama atau Kanazawa masing-masing mengambil masa selama 7 jam dan 8.5 jam.

Dengan kereta api

Bergantung dari bandar mana anda datang, anda boleh memilih laluan Shinkansen ke bandar Toyama yang boleh menggunakan JR Pass. Dari bandar Toyama, anda boleh menaiki Bas Nohi ke Shirakawa-go. Shinkansen dari Tokyo dan Osaka ke Toyama biasanya mengambil masa lebih kurang 2 jam hingga kira-kira 3 jam. Berikut merupakan cadangan beberapa JR Pass untuk didapati jika anda mahu menambah Shirakawa-go dalam destinasi pelancongan anda:

JR Pass

Kawasan yang diliputi

Harga

Pas Kereta Api Jepun Lengkap (7, 14 atau 21 hari)

Sesuai jika anda melancong ke beberapa kawasan dan bandar di Jepun! Anda boleh pergi ke tempat ini dari mana-mana sahaja di Jepun dengan pas ini.

daripada RM937

Pas Pelancong Kawasan Takayama-Hokuriku (5 hari)

Sesuai untuk pelancong yang ingin melawat Shirakawa-go (dan Takayama serta Kanazawa) dari Nagoya, Kyoto atau Osaka. Pas ini membenarkan perjalanan tanpa had dengan menaiki kereta api JR yang menghubungkan bandar-bandar di atas serta bas ke Shirakawa-go.

daripada RM450

Dengan lawatan sehari

Tidak mahu serabutkan kepala dengan butiran pengangkutan? Anda boleh daftar lawatan sehari dari Nagoya untuk lawatan yang lancar! Kebanyakan lawatan ini merangkumi makan tengah hari, pengangkutan pergi balik dan pemandu pelancong yang profesional dan mesra. Cari sahaja lawatan sehari Shirakawa-go di Klook untuk mendapatkan lawatan yang sesuai dengan keperluan pelancongan anda.

Masa terbaik untuk melawat Shirakawa-go

Shirakawa-go seperti kebanyakan tempat di Jepun mempunyai empat musim yang berbeza terutamanya disebabkan oleh altitud yang tinggi. Ramai yang suka datang ke sini semasa musim sejuk kerana anda boleh menyaksikan salji putih tebal yang melitupi bandar. Hampir seperti kawasan ajaib bersalji!
Walau bagaimanapun, tidak kira musim apa pun yang anda lawati, Shirakawa-go masih sarat dengan keindahannya! Apabila musim bunga tiba, pemandangan di sini bagaikan alam pastel bunga sakura. Kemudian, hari yang cerah pada musim panas di Shirakawa-go pula dilengkapi dengan landskap yang subur di sekitarnya. Sudah tentu, dedaun coklat dan kemerah-merahan akan melitupi bandar ini menjelang musim luruh.
  • Musim Sejuk: Disember hingga Februari
  • Musim Bunga: Mac hingga Mei
  • Musim Panas: Jun hingga Ogos
  • Musim Luruh: September hingga November

Tempat mesti dilawat di Shirakawa-go

1. Perkampungan Ogimachi 

Perkampungan Ogimachi merupakan lokasi terkenal di Shirakawago dan mempunyai kepadatan rumah gaya Gassho yang menawan dan terbesar di kawasan ini. Rumah gaya Gassho ini berbeza disebabkan oleh rumahnya yang beratap jerami dan mencuram. Malah, rumah ini juga dikenali sebagai rumah yang 'menadah tangan' kerana bentuknya yang unik.
Anda boleh menemui lebih daripada 110 buah rumah ini di Perkampungan Ogimachi. Terdapat beberapa rumah berusia lebih 250 tahun! Jika anda ingin meningkatkan lagi pengalaman anda di Shirakawa-go, anda boleh bermalam di salah satu rumah yang telah diubah suai menjadi rumah penginapan untuk jangka pendek.

2. Dek Tinjau Shiroyama 

Nikmati pemandangan rumah gaya Gassho yang terbaik dari atas apabila anda menuju ke Dek Tinjau Shiroyama. Hanya mengambil masa selama 15 minit dengan berjalan kaki dari kampung utama, perjalanannya agak mudah dengan cerun yang tidak terlalu curam.
Jika anda sukar untuk berjalan, anda boleh ke Dek Tinjau Shiroyama dengan menaiki bas ulang-alik yang hanya berharga 200 yen sehala. Perlu diingat bahawa laluan untuk berjalan kaki mungkin ditutup jika berlaku salji lebat.

3. Jambatan Deai-bashi 

Sumber Gambar: Wikimedia Commons
Jambatan Gantung Deai-Bashi bukan sahaja berfungsi sebagai pintu masuk utama ke kampung, bahkan merupakan tempat untuk pelancong menyaksikan keindahan pemandangan panoramik Shirakawa-go, sungai dan pergunungan di sekitarnya!
Sekiranya anda melancong semasa musim bunga, anda akan dikelilingi dengan bunga sakura yang mekar. Apabila musim berubah, anda juga dapat nikmati pemandangan daun musim luruh atau salji. Pastikan anda berhati-hati semasa musim sejuk kerana jambatan mungkin licin disebabkan oleh salji.

4. Shirakawa Hachiman Shinto Shrine

Sumber gambar: (kanan) Wikimedia Commons
Terletak di Perkampungan Ogimachi, ramai mungkin terlepas pandang Shirakawa Hachiman Shinto Shrine yang kelihatan sederhana. Pastikan anda tidak terlepas! Walaupun bersaiz sederhana, tempat ini dijaga dengan baik dan agak menarik untuk diteroka. Jangan terkejut apabila mendapati diri anda berada dalam kalangan peminat anime kerana tempat keramat ini pernah muncul dalam salah satu anime sebelum ini!
Selain itu, tempat keramat ini juga memainkan peranan penting dalam sejarah Shirakawa-go dan telah berkhidmat kepada penduduk kampung untuk jangka masa yang panjang. Pastikan anda singgah di sini, membuat hajat, menikmati suasana tenang dan tangkap beberapa gambar!
Fakta menarik: Orang ramai melawat Shinto Shirakawa Hachiman Shrine setiap tahun dari September hingga Oktober untuk Perayaan Doburoku!

5. Rumah Kanda 

Menyerupai rumah Gassho lain di kampung, anda mungkin berkesempatan untuk melawat Rumah Kanda. Setelah diubah suai menjadi muzium, tempat ini membolehkan pengunjung untuk meninjau kehidupan penduduk tempatan yang tinggal di rumah ini sejak ratusan tahun yang lalu!
Dengan bayaran masuk sebanyak 300 yen, anda boleh menghabiskan masa menikmati lawatan yang berilmu. Luangkan masa untuk mencari keselesaan dengan secawan teh panas yang dihidangkan di rumah tradisional ini dan saksikan juga pemandangan kampung yang hebat dari tingkat tertinggi!

Tempat makan wajib di Shirakawa-go

Semasa meneroka Shirakawa-go, anda akan dapat melihat banyak gerai makan di seluruh kampung. Gerai di sini menjual pelbagai snek tempatan dan merupakan cara terbaik untuk memahami budaya tempatan sekali gus dapat menambah pengalaman menyeluruh di Shirakawa-go. Berikut adalah beberapa makanan tempatan yang mesti dicuba:

Gohei dango / Gohei mochi

Makanan istimewa di Shirakawa-go ialah gohei mochi, juga dikenali sebagai gohei dango.
Walaupun ramai yang menyangka bahawa mochi merupakan sejenis pencuci mulut manis, gohei dango adalah snek pedas yang diperbuat daripada nasi dan ditumbuk serta disalut dengan pes miso! Pastikan anda tidak pergi tanpa mencuba makanan ini!

Daging Lembu Hida

Teksturnya sangat lembut dan cair di mulut. Daging lembu Hida tidak perlu diperkenalkan dengan panjang lebar. Daging ini ialah satu potongan wagyu terbaik yang anda boleh temui dengan mudah maka tidak hairanlah daging lembu Hida merupakan hasil berharga di tempat ini. Anda boleh memakannya sebagai stik atau makanan ringan seperti onigiri daging lembu (bebola nasi), roti daging lembu atau kroket!

Tochi (buah berangan kuda Jepun) mochi

Makanan istimewa tempatan yang mengambil masa berhari-hari untuk dihasilkan dan banyak proses ini iaitu tochi mochi mesti dicuba apabila berada di sini. Dibuat dengan buah berangan kuda Jepun yang dikumpulkan di kampung dan sekitar Hida, penyediaan tochi adalah bahagian paling sukar bagi menghilangkan rasa yang tidak menyenangkan.

Perayaan Shirakawa-go

Kerlipan Lampu Musim Sejuk

Sumber Gambar: sonotoki for Flickr
Alami keajaiban musim sejuk Shirakawa-go dengan menyaksikan acara Winter Illumination eksklusif yang diadakan hanya beberapa kali setahun semasa musim sejuk! Hampir sama seperti kisah dongeng yang sebenar, anda boleh saksikan cahaya berkelip-kelip antara keindahan pergunungan yang disaluti salji tebal di persekitaran perkampungan tradisional.
Pastikan anda merancang lebih awal kerana anda perlu membuat tempahan lawatan lebih awal untuk mengambil bahagian. Hal ini kerana acara tersebut mengehadkan bilangan pelancong yang dibenarkan masuk ke kampung akibat sekatan tertentu.

Perayaan Doburoku Matsuri 

Sumber Gambar: lau_chan for Flickr
Setiap tahun dari awal hingga pertengahan Oktober, Doburoku (sake tidak bertapis) Matsuri adalah perayaan yang menjadi tumpuan di Shirakawa-go. Penduduk kampung berkumpul untuk berdoa kepada dewa-dewa gunung tempatan demi tuaian yang baik dan berterima kasih atas perlindungan yang diberi.
Semasa Perayaan Doburoku Matsuri, anda boleh saksikan penduduk kampung tempatan menjalankan perarakan suci di tempat keramat. Aktiviti lain termasuk tarian singa, nyanyian lagu asli, tarian dan banyak lagi! Perayaan ini semestinya meriah dengan rasa sake buatan tempatan yang tajam.

Tempat untuk menginap di sekitar Shirakawa-go

Bagi merasai penginapan yang unik, anda boleh memilih salah satu rumah tamu di sekitar kampung Ogimachi. Rumah ladang gassho-zukuri biasanya seronok kerana diduduki oleh keluarga tempatan, jadi anda boleh mengharapkan pengalaman mesra dan asli ketika tinggal di rumah tradisional Jepun.
Di rumah tradisional ini, anda boleh temui lantai tikar tatami dan meja rendah. Pada waktu malam, futon dibentangkan di atas lantai untuk anda tidur! Dengan mengekalkan tarikan kampung, anda masih boleh menemui kemudahan moden di sekitar rumah.
Memandangkan penginapan rumah tamu Jepun semakin terkenal, tempahan adalah agak sukar melainkan jika ditempah jauh lebih awal. Oleh itu, ramai yang memilih untuk melawat Shirakawa-go sebagai lawatan balik hari dan menginap di bandar berdekatan. Penginapan di bandar dan kawasan berdekatan termasuklah Gokayama, Takayama, Kanazawa dan Nagoya.

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu