Nak bercuti ke China? Rakyat Malaysia Boleh Masuk China Tanpa Visa! Ini Info Terkini 2025

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 23 Apr 2025
more
BM China Visa Free 2025

Negara-Negara Yang Boleh Masuk China Tanpa Visa (2025)

Visiting the Mutianyu Section Great Wall of China from Beijing
Berminat untuk melancong ke China?— Jom tengok sendiri keindahan Tembok Besar, suasana bandar macam Shanghai dan Beijing, dan rasa sendiri budaya serta makanan yang menarik di sana.
Berita baik untuk tahun 2025: China sekarang benarkan rakyat dari lebih banyak negara, termasuk Malaysia, untuk masuk tanpa perlu mohon visa! Best kan? Sama ada anda nak pergi ketika cuti pendek, transit, atau jelajah satu negara — ini panduan lengkap untuk anda.

The Great Wall of China

1. Polisi Bebas Visa Sehala (30 Hari)

Mulai 30 November 2024 hingga 31 Disember 2025, pelawat dari 38 negara yang pegang pasport biasa boleh masuk ke China tanpa visa, dan tinggal sehingga 30 hari.
Negara terlibat (yang biasa rakyat Malaysia kenal):
  • Asia: Malaysia 🇲🇾, Jepun 🇯🇵, Brunei 🇧🇳, Korea Selatan 🇰🇷
  • Oceania: Australia 🇦🇺, New Zealand 🇳🇿
  • Eropah: Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Switzerland dan banyak lagi
💡 Dulu, ada negara hanya dapat 15 hari — sekarang naik jadi 30 hari. Best kan?

2. Bebas Visa Dua Hala (30 Hari Juga) 🤝

Ni untuk negara yang ada perjanjian dua hala dengan China. Maksudnya, dua-dua negara saling benarkan pelawat masuk tanpa visa.
Setakat 2025, perjanjian ni ada dengan:
  • 🇸🇬 Singapura — Mulai 9 Februari 2024
  • 🇹🇭 Thailand — Mulai 1 Mac 2024
  • 🇬🇪 Georgia — Mulai 28 Mac 2024
📌 Boleh duduk maksimum 30 hari setiap lawatan. Tapi, jumlah keseluruhan tak boleh lebih 90 hari dalam 180 hari.

3. Transit Tanpa Visa – Sehingga 240 Jam (10 Hari) 🕐

Kalau anda transit di China ke negara lain, anda mungkin layak tinggal tanpa visa selama 10 hari (240 jam) — cukup untuk singgah dan pusing-pusing!
Syaratnya:
  • Anda pegang pasport dari 54 negara (termasuk Malaysia, Jepun, Australia, US, dll)
  • Ada tiket sambung ke negara ketiga (bukan balik semula ke negara asal)
  • Masuk & keluar dari lapangan terbang tertentu sahaja
  • Kena duduk dalam kawasan yang dibenarkan je
Contoh: ✔️ KL → Shanghai → Tokyo (boleh) ❌ KL → Shanghai → KL (tak boleh)
The Great Wall of China

🌏 Kawasan Yang Dibenarkan di Bawah Polisi Transit Bebas Visa (240 Jam)

Pelancong yang layak boleh bergerak bebas di dalam 24 wilayah dan bandar yang disenaraikan di bawah polisi transit bebas visa China. Menariknya, kawasan yang dibenarkan kini telah diperluaskan — termasuk keseluruhan wilayah seperti Anhui, Hainan dan Guizhou.

Senarai 24 Kawasan Yang Dibenarkan:

  • Beijing (Perbandaran)
  • Tianjin (Perbandaran)
  • Wilayah Hebei
  • Wilayah Liaoning
  • Wilayah Heilongjiang
  • Shanghai (Perbandaran)
  • Wilayah Jiangsu
  • Wilayah Zhejiang
  • Wilayah Fujian (kini meliputi seluruh wilayah)
  • Wilayah Shandong
  • Wilayah Henan
  • Wilayah Hubei (kini meliputi seluruh wilayah)
  • Wilayah Hunan
  • Wilayah Guangdong
  • Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang (termasuk 12 bandar seperti Nanning, Guilin & Beihai)
  • Chongqing (Perbandaran)
  • Wilayah Sichuan
  • Wilayah Yunnan
  • Wilayah Shaanxi (kini meliputi seluruh wilayah)
  • Wilayah Shanxi (terhad kepada bandar Taiyuan & Datong sahaja)
  • Wilayah Anhui (meliputi seluruh wilayah)
  • Wilayah Jiangxi (terhad kepada Nanchang & Jingdezhen)
  • Wilayah Hainan (meliputi seluruh wilayah)
  • Wilayah Guizhou (meliputi seluruh wilayah)

🛂 Syarat Polisi Transit Bebas Visa 240 Jam (10 Hari)

Untuk layak guna polisi transit tanpa visa ini, anda perlu:
  1. Memiliki pasport yang sah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh masuk ke China 🛃
  2. Ada tiket penerbangan sah ke negara ketiga (bukan balik negara asal) dalam tempoh 240 jam🎟️
  3. Masuk & keluar dari salah satu daripada 60 pelabuhan yang diluluskan 🛬
  4. Hanya bergerak di dalam kawasan yang dibenarkan seperti dalam senarai di atas 📍
Essential Apps for China Travel - Tourists at The Bund in Shanghai

Kenapa Polisi Ini Best?

Kalau anda hanya singgah sekejap di China dalam perjalanan ke negara lain — contohnya nak stopover di Shanghai sebelum ke Tokyo — polisi ini sangat ideal. Anda boleh:
✔️ Jelajah beberapa bandar utama tanpa perlu apply visa ✔️ Nikmati tempat ikonik seperti Tembok Besar China, Shanghai Tower, atau Sichuan hotpot ✔️ Jimat masa dan kos visa
Cách Sử Dụng SIM Du Lịch Trung Quốc Hiệu Quả

Kawasan Yang Dibenarkan & Lapangan Terbang Yang Sah 🗺️

Anda boleh masuk melalui 60 pelabuhan yang diluluskan termasuk:
  • Beijing Capital International Airport
  • Shanghai Pudong
  • Guangzhou Baiyun
  • Chengdu Tianfu
Dan anda boleh bergerak dalam 24 wilayah termasuk: Beijing, Shanghai, Guangdong, Sichuan, Hainan, Yunnan, dll. Banyak tempat menarik tau!

🎒 Tip Berguna Sebelum Pergi China

Dah confirm bebas visa? Sekarang masa untuk rancang!
📍 Kalau ke Beijing:
Jangan lupa lawat Forbidden City & Tembok Besar China (Mutianyu) – pemandangan cantik dan tak terlalu ramai orang macam bahagian lain.
📍 Kalau ke Shanghai:
Singgah Shanghai Disneyland, naik bot malam kat The Bund, dan naik Shanghai Tower untuk view dari bangunan kedua tertinggi dunia!
📱 App yang wajib install sebelum pergi:
  • WeChat / Alipay (untuk bayaran)
  • Didi (naik teksi)
  • Google Translate / Baidu Translate
🔌 Plug China:
Guna jenis A, C & I. Volt 220V – bawalah universal adapter.
Ngày 2: Đại Lý - Đại Lý Cổ Trấn, Phố Quan Âm, Đường Sinh Thái Bên Hồ Nhĩ Hải - Lệ Giang - Công Viên Hắc Long Đàm, Lệ Giang Cổ Trấn

Soalan Lazim

Negara mana boleh masuk China tanpa visa 30 hari?
👉 Malaysia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, dan banyak negara Eropah.
Kalau dah masuk, boleh sambung duduk lebih 30 hari? ❌ Tak boleh. Bebas visa ni tak boleh dilanjutkan. Kalau nak duduk lama, kena mohon visa pelawat biasa sebelum pergi.
Transit 240 jam tu boleh guna untuk pergi balik ke negara asal? ❌ Tak boleh. Transit ni hanya untuk ke negara ketiga, bukan balik semula ke negara anda.

Tak kira sama ada anda nak cuti pendek, transit panjang, atau lawatan kerja — China sekarang makin mudah untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Dengan polisi baru ni, anda boleh jimat masa & kos visa — terus fokus rancang trip impian anda ke negara penuh sejarah dan teknologi ni!

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Terokai Taman Tema, Muzium & Aktiviti Menarik di Tanah Besar China!


Inspirasi Klook!

Nak pergi bercuti ke negara yang Muslim-Friendly? ✨


💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
more