Panduan Perjalanan 3H2M Mesra Muslim ke Pulau jeju

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 10 Jan 2024
BM Itinerari 3H2M Mesra Muslim di Pulau jeju

Pulau Jeju yang sangat tenang dan romantik! 💙

BM 3H2M di Pulau Jeju
Pulau Jeju yang terletak di Korea Selatan sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Destinasi yang sesuai bagi pasangan yang nak honeymoon atau bagi mereka yang nak percutian healing yang tenang dan santai. Berbeza dengan bandar-bandar di Korea yang lain, Jeju ini lebih kecil dan tidak sibuk seperti Seoul.
Mungkin ramai pelancong Muslim yang ingin ke Pulau Jeju dan tertanya sama ada mudah atau tidak untuk mencari restoran yang menawarkan makanan mesra-Muslim, halal atau pork free. Jadi kami dah masukkan sekali ke dalam panduan perjalanan ini!

Hari Pertama di Jeju 🌊

1. Penerbangan dari Malaysia ke Jeju ✈️

Jeju Muslim Friendly Itinerary Gimhae International Airport
Macam mana nak ke Jeju? Anda boleh naiki penerbangan AirAsia X ke Busan yang perjalanannya mengambil masa kira-kira 6 jam. Bila dah tiba di lapangan terbang Gimhae International Airport (김해국제공항), anda boleh teruskan perjalanan dengan menaiki penerbangan domestik ke Jeju yang hanya mengambil masa kira-kira 1 jam. Anda boleh tengok kencantikan Pulau Jeju ini, air lautnya yang kerbiru-biruan dari dalam kapal terbang!
Bilik solat atau surau di airport 🌙
  • Di Gimhae International Airport (김해국제공항), anda boleh cari surau di Tingkat 3.
  • Berhampiran dengan Jeju International Airport (제주 국제 공항), anda boleh ke Lotte Rent-a-Car untuk solat di surau mereka.

2. Makan tengahari di Bada Punggyeong (바다풍경) 🫕

Muslim Friendly Restaurant Jeju Bada Punggyeong
Setelah tiba di Jeju, anda boleh mulakan pengembaraan dengan makan tengah hari di restoran mesra muslim iaitu Bada Punggyeong. Restoran ini terletak berhadapan dengan laut biru yang sangat cantik. Di Bada Punggyeong, jangan lepaskan peluang untuk rasa pelbagai jenis makanan laut di Jeju. Semua makanan di sini dihidangkan fresh dan anda boleh makan sambil menikmati pemandangan yang indah.
Muslim Friendly Restaurant Jeju Bada Punggyeong
Menu wajib cuba iaitu Seaweed soup with Sea Urchin, makan panas-panas masa cuaca sejuk memang best! Selain itu, anda kena cuba cultlassfish yang dimasak dalam sos kicap yang pedas dan boleh juga order grilled cutlassfish. Kalau anda peminat sashimi, anda boleh cuba raw cutlassfish! Menu mereka hanya menawarkan makanan laut jadi restoran ini adalah pork free.
Status Halal: Makanan adalah mesra Muslim. Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir. Minuman alkohol ada dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: Setiap hari, 10AM - 11PM
Alamat: 제주특별자치도 제주시 서해안로 654, 513-2 Yongdamsam-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
Prayer room 🌙
You can ask the restaurant staff if you can perform your prayers at the dedicated space they’ve prepared. Be sure to bring your own prayer mat and attire.

3. Melawat Jeju Stone Park (제주돌문화공원) 🪨

Jeju Muslim Friendly Itinerary Jeju Stone Park
Teruskan pengembaraan anda di Jeju dengan melawat Jeju Stone Park! Tarikan unik ini memang cantik dengan pemandangan alam semulajadi serta beratus batu-batuan yang merupakan identiti Pulau Jeju. Jeju Stone Park ini dibina atas inspirasi budaya Jeju dan cara penggunaan batu oleh penduduk Jeju.
Jeju Muslim Friendly Itinerary Jeju Stone Park
Jeju Muslim Friendly Itinerary Jeju Stone Park
Setiap satu batu mempunyai bentuk yang unik dan terdapat mitos yang mengisahkan tentang Seolmundae Halmang (Nenek Seolmundae), yang mencipta Pulau Jeju dan batu-batu Obaek Janggun. Selain dari kisah batu-batuan yang unik di sini, anda juga wajib untuk mengambil banyak gambar di sini lagi-lagi di mana adanya silvergrass yang sangat cantik!
Harga Kemasukan: 5,000 won (Dewasa), 3,500 won (Remaja), Percuma bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan warga emas berumur 65 tahun ke atas
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9AM - 6PM (Kemasukan terakhir 5PM)
Alamat: 2023, Namjo-ro, Jeju-si, Jeju-do제주특별자치도 제주시 조천읍 남조로

4. Tengok matahari terbenam di Pantai Dakmeoru (닭머르해안길) ☀️

Pantai Dakmeoru Jeju Muslim Friendly Itinerary
Tarikan seterusnya dalam itinerari kami ialah Pantai Dakmeoreu, pantai yang sangat menakjubkan di Jeju. Pantai ini diberi nama Dakmeoreu yang bermaksud kepala ayam kerana pantai ini kelihatan seperti seekor ayam sedang mematuk tanah dengan paruhnya. Dengan tebing yang besar, air biru jernih, dan pemandangan yang indah, Pantai Dakmeoreu menawarkan suasana yang cantik dan akan buat pengunjung jatuh cinta!
Dakmeoreu Coast Muslim Friendly Jeju Itinerary
Kredit: @cchaeeei
💡 Tip Klook: Datang ke Pantai Dakmeoreu semasa matahari terbenam, di mana langit berubah menjadi kanvas warna jingga kemerah-merahan dan kemudian bertukar ungu! Waktu ini memang sangat cantik dan magical! Jangan lepaskan peluang untuk merakam dan ambil gambar pemandangan matahari terbenam yang memukau, menjadikan lawatan anda ke Pantai Dakmeoreu sebagai pengalaman yang sangat indah.
Alamat: Sinchon-ri, Jocheon-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

5. Check-in hotel 🛏️

Jeju Hotel Muslim Friendly Itinerary
Setelah seharian perjalanan dari Malaysia ke Jeju dan menerokai beberapa tempat tarikan yang wajib dikunjungi di destinasi ini, sudah tiba masanya untuk kita check-in hotel dan berehat-rehat. Antara pilihan hotel yang anda boleh tempah semasa percutian anda di Jeju:

Hari Kedua di Jeju

1. Sarapan pagi di hotel 🍳

Anda boleh mulakan hari dengan sarapan pagi, sama ada anda bayar bufet sarapan pagi di hotel ataupun boleh dapatkan makanan di kedai serbaneka berhampiran. Mungkin agak susah untuk dapatkan bufet sarapan yang halal atau mesra Muslim jadi pastikan anda semak dahulu dengan pihak hotel. Tapi jangan risau, Korea sememangnya popular dengan kedai serbanekanya yang mempunyai pelbagai jenis makanan ready-to-eat. Anda boleh semak dahulu bahan-bahan sebelum membuat pembelian.
💡 Tip Klook: Muat turun aplikasi MUFKO untuk semak status halal snek, minuman dan sebagainya di kedai-kedai serbaneka.

2. Naik go-kart di 9.81 Park 🏎️

9.81 Park Jeju Muslim Friendly Itinerary
Anda dah sedia untuk pengembaraan penuh adrenalin pada hari kedua di Jeju? Jom ke 9.81 Park untuk nikmati pengalaman Go-Kart satu-satunya di Jeju! Anda boleh rasa kelajuan bila turun bukit dengan kelajuan graviti (9.81m/s²) sambil menikmati pemandangan laut Jeju yang sangat indah!
9.81 Park Jeju Muslim Friendly Itinerary
Di 9.81 Park, anda bukan sahaja dapat rasa keghairahan perlumbaan graviti dengan kereta canggih tetapi anda boleh jadi Gravity Racer profesional juga tau! Selain dari Go-Kart, anda juga boleh lawan bersama keluarga atau kawan-kawan dalam arena laser tag yang ada lampu neon. Anda boleh tempah tiket 9.81 Park di Klook!
Harga Tiket: Dari RM105/dewasa
Waktu Operasi: Setiap hari, 9AM - 6PM
Alamat: 880-24 Cheondeok-ro, Aewol-eup, Cheju, Jeju-do, South Korea

3. Bergambar di Eoeumri Village 🌾

Eoeumri Village Muslim Friendly Itinerary Jeju
Kredit: 231 Project (Unsplash)
Eoeumri Village Muslim Friendly Itinerary Jeju
Selepas dah berseronok di 9.81 Park, kita teruskan perjalanan ke Eoeumri Village iaitu sebuah padang yang penuh dengan silver grass. Tempat ni memang wajib dikunjungi di Pulau Jeju sebab sangat instagrammable! Sesuai untuk anda ambil gambar OOTD atau pre-wedding photoshoot sebab tempat ini kelihatan sangat romantik. Anda boleh datang ke sini dar Oktover hingga November, bila rumput paling rimbun. Confirm anda tak akan menyesal!
Alamat: eoeum-ri, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea.

4. Makan tengahari di Sagye Bada (사계바다) 🐟

Choonshim's House Muslim Friendly Restaurant Jeju
Makan tengahari di salah satu lagi restoran yang mesra Muslim (pork free) iaitu Sagye Bada 사계바다! Restoran ini menawarkan menu Korea yang menarik dengan hidangan wajib cuba seperti Grilled Whole Cutlassfish dan Braised Cutlassfish. Ikan yang dihidangkan memang sangat fresh. Bila hidangan diletak di atas meja, anda jangan terus ambil ya! Pekerja restoran itu akan bantu untuk keluarkan tulang sebab ikan ni memang banyak tulang. Jadi, biar mereka keluarkan tulang dulu barulah anda boleh enjoy!
Status Halal: Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir. Minuman alkohol ada dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 10AM - 8PM, (Waktu rehat: 3:30PM - 5PM)
Alamat: 26 Hyeongjehaean-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea 제주 서귀포시 안덕면 형제해안로 26 1층 사계바다
Prayer room 🌙
You can ask the restaurant staff if you can perform your prayers at the dedicated space they’ve prepared. Be sure to bring your own prayer mat and attire.

5. Minum teh Camellia di Manor Blanc 🫖

Manor Blanc Muslim Friendly Jeju Itinerary
Memang banyak tempat instagrammable di Jeju dan salah satu tempat yang anda patut pergi ialah Manor Blanc iaitu sebuah kafe mesra Muslim yang dikelilingi dengan taman bunga dan silver grass. Tempat ini juga sangat romantik untuk anda datang dengan pasangan dan bergambar di photo spot yang ada di kafe ini.
Manor Blanc Cafe Jeju
Manor Blanc Cafe Jeju
Dekorasi dalam kafe ini penuh dengan set teh dan china dari Eropah dan UK, mak-mak mesti suka tengok! Selain dari teh Camellia, ada juga minuman lain seperti kopi dan ada juga pelbagai jenis kek untuk dicuba. Anda juga boleh nampak pemandangan gunung Hallasan dan Sanbangsan dan pulau kecil Hyeongjaeseom. Kafe ini hanya menawarkan minuman seperti teh dan kopi serta pastri.
Status Halal: Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir atau alkohol.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 9:30AM - 6:30PM, (Waktu rehat: 3:30PM - 5PM)
Alamat: 46 Iljuseo-ro 2100beon-gil, Andeok-myeon, 특별자치도, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

6. Petik buah tangerin 🍊

Tangerine Picking Experience Jeju
Memetik buah tangerin di Jeju ni memang pengalaman yang menyeronokkan! Anda akan diberikan bakul dan gunting dan sebelum anda mulakan aktiviti memetik tangerin, mereka akan tunjukkan tutorial cara betul untuk potong tangkai buah tangerin. Nak makan terus lepas petik dari pokok? Mesti lah boleh! Ada tips juga akan diberikan untuk anda petik buah yang cukup masak dan manis, biasanya buah yang kelihatan oren sepenuhnya sudah sedia untuk dipetik. Kalau ada kehijau-hijauan maksudnya belum masak.
Bila dah kenyang makan tangerine, jangan lupa ambil gambar banyak-banyak. Anda boleh posing dengan pokok tangerin! Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan, memetik buah tangerin di Jeju memang akan jadi kenangan manis bagi percutian anda.
Harga Kemasukan: Dari 7,000 won/orang
Waktu Operasi: 9:30AM - 5PM (Waktu rehat: 12PM - 1PM)
Alamat: South Korea, Jeju-do, Seogwipo-si, 특별자치도, Andeok-myeon, Deoksu-ri, 2107-8번지 KR

7. Tengok kawan-kawan comel di Saebyeol Friends 🦙

Jom masuk ke dalam dunia ajaib bersama kawan-kawan comel! Saebyeol Friends ni bukanlah zoo biasa-biasa malah merupakan santuari ladang di mana korang boleh tengok haiwan comel dengan lebih dekat! Anda boleh bagi makan kepada alpaka, rusa, kuda, biri-biri dan banyak lagi.
Pengalaman anda di Saebyeol Friends tak lengkap tanpa gambar bersama haiwan-haiwan comel! Ada juga photo spot di sini yang anda boleh bergambar. Pemandangan di sini juga sangat menakjubkan, dikelilingi dengan alam semulajadi. Ada juga kafe dan kedai cenderahati untuk anda membeli-belah buah tangan.
Waktu Operasi: 9:30AM - 6PM
Alamat: South Korea, Jeju-do, Jeju-si, 특별자치도, Aewol-eup, Bongseong-ri, 4554-20 새별프렌즈

8. Makan malam di Dasoni (다소니) 🍚

Dasoni Restoran Jeju Muslim Friendly
Sebelum kita balik hotel dan berehat, jom kita akhiri malam kedua di Jeju dengan makan malam di restoran mesra Muslim, Dasoni iaitu sebuah restoran lokal yang berkonsepkan hanok tradisional. Anda akan duduk bersila di bawah di atas alas tatami dan restoran ini penuh dengan perabot kayu-kayu tradisional.
Restoran ini menghidangkan menu-menu vegan, jadi tiada sebarang ikan atau daging ada dalam menu (pork free). Hidangan yang wajib untuk anda cuba iaitu nasi teratai (lotus rice), bibimbap, dan perilla sujebi. Bila anda buka daun teratai, anda boleh lihat nasi pulut berserta kacang gingko dan jujube. Sebagai makanan tambahan, anda wajib cuba pancake dan kimchi mereka juga! Wajib cuba teh jujube dan sitrus juga.
Status Halal: Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir dan tiada alkohol dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: 11AM – 9PM (Waktu rehat: 3PM – 5PM)
Alamat: 24, Onam-ro 6-gil, Jeju-si, Jeju-do

Hari Ketiga di Jeju

1. Lihat pemandangan di Pantai Iho Tewoo (이호테우해변) 🌊

Pantai Iho Tewoo Jeju Muslim Friendly Itinerary
Pantai Iho Tewoo sebuah permata di Jeju City, di sini ada dua mercu tanda berbentuk kuda, satu merah dan satu putih, berdiri teguh menentang kanvas biru luas lautan! Pantai ini menggabungkan pasir putih yang lembut dan air berwarna turquoise yang cantik!
Pantai Iho Tewoo Jeju Muslim Friendly Itinerary
Anda boleh berenang, berjemur, naik not untuk memancing ataupun sekadar berehat-rehat sambil nikmati keindahan pemandangan yang menakjubkan. Untuk pengalaman yang lebih best, anda boleh berjalan-jalan di sini semasa matahari terbit ataupun terbenam untuk pengalaman lebih romantik!
Alamat: Dori-ro, Jeju-si, Jeju-do 제주특별자치도 제주시 도리로

2. Lihat pemandangan kapal terbang dari Jeju Iyagi Café

Jeju Iyagi Café Muslim Friendly
Nikmati secawan teh di Jeju Iyagi Café yang mesra Muslim sambil melihat kapal terbang berlepas setiap 5 minit dari lapangan terbang Jeju! Kafe ini juga berhadapan dengan laut yang sangat biru dan menenangkan. Anda boleh cuba teh Camelia dan kopi Americano mereka, ada juga pelbagai kek untuk anda nikmati.
jeju iyagi cafe muslim friendly
Kafe comel ini juga terletak di atas kedai cenderahati, jadi bolehlah anda beli-belah buah tangan popular di Jeju seperti sabun, lilin, poskad dan sebagainya.
Status Halal: Tidak menghidangkan daging dan lemak khinzir dan tiada alkohol dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: 10AM - 7PM
Alamat: 18-2, Sunae1-dong, Bundang-gu, Seongnam, Gyeonggi-do South Korea

3. Makan tengahari di Bagdad Halal Jeju 🍗

Bagdad Halal Jeju Muslim Friendly Restaurant
Teringin hidangan India dan Middle East? Datang ke Bagdad Halal Jeju yang menggunakan bahan-bahan masakan halal. Anda boleh cuba naan, ayam tandoori, butter chicken dan mutton masala! Semua makan dihidang panas-panas dan memang best untuk dinikmati lagi-lagi bila cuaca sejuk.
Anda juga perlu cuba teh masala dan mango lassi! Buat anda rindu nak pergi mamak di Malaysia. Ada juga pilihan hidangan vegeterian di sini.
Status Halal: Bahan-bahan halal digunakan. Minuman alkohol ada dijual di restoran ini.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11AM - 11PM
Alamat: South Korea, Jeju-do, Jeju-si, 특별자치도, Gwandeok-ro, 8길 34
Prayer room 🌙
You can ask the restaurant staff if you can perform your prayers at the dedicated space they’ve prepared. Be sure to bring your own prayer mat and attire.

4. Healing di Halla Arboretum 🌳

halla arboretum jeju muslim friendly
Kredit: Canva
halla arboretum jeju muslim friendly
Kredit: Canva
Halla Arboretum ialah sebuah hutan untuk penyelidikan dan pemeliharaan alam. Ibarat syurga bagi pencinta alam semulajadi! Anda boleh nikmati udara segar dan dikelilingi pokok-pokok yang hijau sambil dengar burung berkicauan. Ada lebih 100,000 tumbuhan yang ada di sini. Tempat ini sesuai untuk anda dtang dengan pasangan dan bergambar sebab memang instagrammable!
Waktu Operasi: Muslim Panas, 9AM - 6PM, Musim Sejuk 9AM - 5PM
Alamat: 72 Sumogwon-gil, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

5. Jeju Light Garden ✨

Jeju Light Garden Muslim Friendly Itinerary
Kredit: @_sweetbutpsych_o
Jeju Light Garden, sebuah dunia fantasi neon! Taman cantik ini penuh dengan lampu-lampu LED yang berwarna-warni, terowong pelangi dan patung-patung yang berlampu. Jeju Light Garden bukan sekadar cantik, tapi interaktif juga! Ambil gambar dengan latar belakang lampu-lampu ini memang cantik. Tarikan ini juga sesuai untuk semua peringkat umur termasuk keluarga dan pasangan!
Waktu Operasi: Setiap hari 5PM - 12AM
Alamat: Pyeonghwa-ro, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Keperluan percutian Jeju anda

1. Kad SIM & WiFi 📶

Pastikan anda sentiasa terhubung dengan menggunakan kad SIM 4G atau peranti WiFi mudah alih untuk Korea Selatan! Dapatkan produk pilihan anda dengan mudah di lapangan terbang semasa anda tiba di Korea!

2. Pemindahan lapangan terbang 🚐

Mencari cara untuk pergi dan pulang dari lapangan terbang? Untuk jadikan semuanya lebih mudah, kami cadangkan anda buat tempahan pemindahan lapangan terbang peribadi di Klook! Dengan keperluan perjalanan ini, anda secara automatik dah selesaikan masalah utama setiap pelancong sebaik mendarat.

3. Penyewaan kereta peribadi & kereta sewa 🚗

car charter klook
Walaupun pulau Jeju agak kecil, untuk bergerak ke satu tempat biasanya mereka bawa kereta sahaja. Jadi, kami cadangkan untuk anda sewa kereta peribadi, bersama pemandu profesional sendiri untuk bawa anda berjalan-jalan di pulau, anda lebih fleksibiliti dan kemudahan untuk meneroka mengikut jadual perjalanan anda.
Pandu sendiri di Jeju juga merupakan pilihan yang popular. Sebenarnya, dengan semua lokasi menarik yang ada di pulau ini, nak sewa kereta di Jeju dan membuat itinerari anda sendiri mungkin merupakan pilihan terbaik untuk menikmati semua yang ditawarkannya.

Aktiviti menarik di Korea 🇰🇷

Inspirasi percutian ke Korea 🇰🇷

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu