Musim Sejuk di Korea: 6 Resort Ski Terbaik Berdekatan Seoul Untuk Anda Sekeluarga!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 31 Okt 2023
-

Pergi bermain ski di Korea Selatan pada musim sejuk ini!

best sky resorts high1 resort 1
Ski telah menjadi salah satu sukan musim sejuk yang paling terkenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika anda sedang mencari tempat untuk mencuba sukan yang menyeronokkan ini, Korea Selatan pastinya destinasi wajib untuk anda kunjungi tidak kira sama ada anda baru saja mahu bermula atau peminat tegar ski!
Kenapa? Lihat sahaja sudah berapa kali aktiviti bermain ski dipaparkan dalam drama Korea Selatan yang paling terkenal dan anda akan tahu bahawa bermain ski adalah sesuatu yang agak besar di Korea Selatan. (hmm... drama terkenal paling baharu seperti "Legend of the Blue Sea" dan "Goblin: The Lonely and Great God" serta drama klasik abadi seperti "Autumn in my Heart").
Salah satu faedah bermain ski sebagai hobi kegemaran negara ini ialah pusat peranginan ski di sini direka untuk memenuhi keperluan orang ramai daripada semua peringkat umur dan tahap kecekapan. Jangan risau jika anda seorang yang baru pertama kali ingin bermain ski atau mahu meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dengan melakukan sesuatu yang berbeza. 5 pusat peranginan ski ini akan menampung setiap keperluan yang anda boleh bayangkan. Anda hanya perlu bekemas dan gerak!

Pusat peranginan ski terbaik berhampiran Seoul

1. Daemyung Vivaldi Park Ski Resort (발디파크 스키월드)

vivaldi park ski seoul korea winter
vivaldi park ski seoul korea winter
Dengan jaraknya yang dekat dengan Seoul (hanya 90 minit perjalanan) dan pelbagai kemudahan yang komprehensif, Vivaldi Park telah menjadi salah satu tempat ski paling popular buat semua peringkat umur di luar Seoul. Taman ini mempunyai sejumlah 12 cerun dan menawarkan sesuatu yang berbeza bagi semua peringkat pemain ski (2 untuk pemula, 5 untuk pemain peringkat pertengahan, 4 untuk peringkat lanjutan dan 1 untuk yang pakar).
best sky resorts Daemyung Vivaldi Park Ski Resort 1
best sky resorts Daemyung Vivaldi Park Ski Resort 3
Terdapat juga sesuatu yang istimewa untuk kanak-kanak! Kawasan bekas andur salji telah diubah menjadi Snowy Land (Dataran Salju) iaitu bahagian bertema yang memiliki 4 cerun unik untuk andur salji. Ada juga tarikan serta tunggangan musim sejuk yang membolehkan kanak-kanak menikmati keseronokan percutian musim sejuk bersalji.
Jika anda sedang mencari tempat untuk bergambar dan muat naik di Instagram di Vivaldi Park, pastikan anda melawat Snowy Land pada waktu malam. Taman tema menjadi indah pada waktu malam apabila deretan cahaya menerangi salji yang lembut di bawah langit malam berbintang.
best sky resorts Daemyung Vivaldi Park Ski Resort 2
Vivaldi Park juga dipaparkan dalam Drama SBS Korea Selatan yang terkenal iaitu "The Legend of the Blue Sea" yang dibintangi oleh jun Ji-hyun dan Lee Min-ho.
Anda boleh berseronok mencipta semula beberapa detik yang tidak dapat dilupakan daripada drama itu!
Bagi mereka yang ingin mengelak daripada orang ramai, Vivaldi Park juga menawarkan perkhidmatan ski pada waktu tengah malam lalu menjadikannya sangat popular dalam kalangan orang muda, pelajar universiti dan pengembara berbajet.
  • Musim Ski: Penghujung November hingga Februari
Pakej ski boleh ditempah melalui Klook (termasuk pemindahan dari Seoul!):

2. Ski Alpensia Resort (알펜시아리조트 스키장)

best ski resorts Alpensia Ski Resort
Bagaimana anda nak tahu sama ada tempat itu bagus untuk bermain ski? Mungkin pengalaman pernah menjadi tuan rumah utama untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk merupakan petunjuk yang baik! Alpensia ialah tapak acara utama untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dan dibina untuk membantu Wilayah Gangwon memenangi bidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Menjadi tempat utama Sukan Olimpik Musim Sejuk bermakna kualiti kemudahan dan salji di Alpensia tidak dapat disangkal lagi. Salji di sini dirujuk oleh ramai peminat ski sebagai "serbuk salji" yang merupakan satu bentuk salji terbaik untuk bermain ski.
best sky resorts Alpensia Ski Resort 2
Jangan risau jika anda bukan pakar ski! 6 laluan ski yang terdapat di Alpensia kini disusun khas untuk memenuhi keperluan pemain ski peringkat pemula hingga pertengahan. Alpensia juga mempunyai padang andur salji khusus yang sangat menyeronokkan buat seisi keluarga. Jika anda lebih gemar bermain papan salji atau ingin mencuba sesuatu selain daripada bermain ski, tapak ini juga mempunyai zon eksklusif untuk pemain papan salji melatih kemahiran mereka.
Jika anda merancang untuk menerokai kawasan sekitarnya selama beberapa hari lagi, Alpensia juga merupakan tempat yang bagus untuk menginap kerana pusat peranginan ini menawarkan pelbagai jenis penginapan buat para pelawat termasuk: The Intercontinental Hotel, Holiday Inn Resort Hotel dan Holiday Inn & Suite.
  • Musim Ski: November hingga Mac

3. Ski Elysian Gangchon Resort (엘리시안 강촌 스키장)

elysian ski resort seoul korea winter ski
elysian ski resort seoul korea winter ski
Terletak tidak jauh dari Seoul, Ski Elysian Gangchon Resort boleh dikunjungi dalam masa hanya 2.5 jam dengan menaiki kereta api bawah tanah dan dalam masa kurang daripada 2 jam dengan menaiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi ITX atau kereta! Terletak di bandar Chuncheon yang indah, Pusat Peranginan Ski Elysian dipenuhi padang salji dan cerun serta dikenali sebagai salah satu tempat ski yang paling selamat buat pemain ski pemula dan pertengahan. Malah terdapat juga cerun yang menyeronokkan dan bahagian latihan untuk kanak-kanak serta penunggang kali pertama - semuanya dikelilingi oleh pergunungan yang dilitupi salji nan indah.
elysian ski resort seoul korea winter ski
Walaupun tempat ini sesuai sebagai destinasi untuk lawatan ski balik hari, anda juga boleh bermalam di sini jika mahu menikmati keindahan ini lebih lama. Pusat peranginan ski terletak tidak terlalu jauh dari kawasan tumpuan pelancong di Gangwon-do seperti Pulau Nami, Garden of Morning Calm, Petite France dan Taman Negara Seoraksan. Para pengembara juga sering merancang untuk singgah di sini semasa mereka berada di kawasan itu. Tempah pakej pembelajaran ski eksklusif Klook yang disertakan dengan semua peralatan yang diperlukan, pakaian dan perkhidmatan ulang-alik!

4. Yong Pyong Resort (알펜시아리조트 스키장)

best ski resorts korea yong pyong
Terletak sekitar 3 jam dari Seoul dan boleh diakses menggunakan bas ulang-alik atau bas awam, Pusat Peranginan Young Pyong ialah salah satu pusat peranginan ski terbesar di Korea Selatan serta menjadi tempat rasmi untuk acara teknikal ski alpine Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.
Pusat Peranginan Young Pyong mempunyai 28 cerun ski daripada pelbagai peringkat – golongan pemula boleh membiasakan diri di sepanjang laluan Mega Green manakala mereka yang profesional boleh menguji diri mereka di sepanjang laluan Rainbow Paradise (5.6 km panjang), cerun ski ke-2 terpanjang di Korea Selatan.
best ski resorts korea yong pyong 2
best ski resorts korea yong pyong 3
Bagi mereka yang ingin berehat daripada semua aktiviti bermain ski, pastikan anda mencuba gondola yang boleh membawa anda ke bahagian pusat peranginan paling indah - Dragon Peak! Di puncak, anda boleh menikmati landskap bersalji yang menakjubkan di Greater Kaeku Mountain Range sambil berehat di kedai kopi, restoran Korea atau restoran stik yang terletak di kawasan perumahan bangunan tradisional gaya Switzerland yang terletak di puncak.
Bagi peminat tegar drama Korea, anda mungkin tidak asing lagi dengan perjalanan gondola dan Dragon Peak. Di sinilah tempat Shin (Gong Yoo) dan Eun-Tak (Kim Go-eun) dalam drama "Goblin: The Lonely and Great God" mempamerkan beberapa adegan paling romantis dalam siri TV itu.
  • Musim Ski: Pertengahan November hingga Awal April

5. High1 Resort (하이원리조트 스키장)

best sky resorts high1 resort 1
High1 Resort adalah salah satu tempat ski terbaik untuk sekumpulan rakan atau keluarga dengan kemahiran ski yang berbeza. Dikelilingi 3 puncak yang saling bersebelahan (Jijang Mountain Peak, Valley Top dan Mountain Hub), 20 laluan yang terdapat di High1 Resort kebanyakannya saling bersambung.
Sesetengah cerun pemula malah terletak betul-betul di sebelah cerun peringkat pertengahan dan lanjutan supaya anda boleh bermain ski dengan gembira bersama rakan anda tanpa mengira sama ada anda seorang pemula atau profesional! Selain itu, kebanyakan cerun juga dilengkapi dengan perkhidmatan rangkaian lif kerusi supaya anda boleh mengakses atau melawat semula mana-mana laluan ski dengan mudah.
best sky resorts high1 resort 2
Bagi mereka yang ingin mencabar diri sendiri, tiga cerun gergasi yang bermula dari puncak Gunung Baekunsan (1,340 m) adalah tempat yang mesti anda kunjungi! Jika anda ingin menikmati pemandangan Gunung Baekunsan yang menakjubkan, anda juga boleh menaiki gondola yang akan membawa anda ke puncak. Di sini anda boleh menjamu selera sambil menyaksikan pemandangan panoramik Naejangsan dan Taebaeksan di "Top of the Top" iaitu restoran berputar 360 darjah.
  • Musim ski: awal Disember hingga awal April

6. Ski Jisan Forest Resort (지산 포레스트 리조트 스키장)

best sky resorts Jisan Forest Ski Resort 1
Jika anda berada di Seoul dan tidak mempunyai banyak masa tetapi masih ingin bermain ski sebelum anda pulang, maka Pusat Peranginan Ski Jisan Forest ialah tempat yang anda cari! Terletak kira-kira 1 jam dari Seoul, Jisan ialah tempat yang popular untuk bermain ski bagi mereka yang tinggal di bandar terutamanya keluarga yang melakukan lawatan balik hari.
Selain mesra pemula, Jisan amat sesuai untuk keluarga dengan anak-anak. Walaupun mereka mempunyai beberapa cerun yang direka khas untuk memenuhi keperluan para pemula dan kanak-kanak, pusat peranginan ini juga mempunyai cerun salji khusus yang menjamin keseronokan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
best sky resorts Jisan Forest Ski Resort 2
J. Plaza yang berada betul-betul di bahagian bawah cerun merupakan restoran gaya kafeteria yang besar. Anda boleh berehat, menyegarkan diri anda untuk satu lagi pusingan ski atau bersantai sambil menikmati pemandangan pusat peranginan ski di sini.
Taman Tema Everland yang sangat popular (taman tema terbesar di Korea Selatan) terletak sekitar 20 minit dari Jisan. Memandangkan ada aktiviti ski malam di Jisan maka anda boleh memilih untuk melawat Everland pada awal petang, menaiki tunggangan dan melawat zoo kemudian meluangkan masa dengan bermain ski malam di Jisan. Anda juga boleh melakukan sebaliknya. Pilihan di tangan anda tetapi ini pasti akan menjadikan lawatan balik hari yang sangat menarik dari Seoul.
  • Musim ski: Akhir November hingga Penghujung Mac
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu