13 Makanan Tempatan Anda Wajib Cuba Di Bangkok: Tom Yam Terlazat, Telur Dadar Ketam, Pad Thai & Banyak Lagi

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 22 Dis 2023
MY BM 17 Makanan Tempatan Mesti Cuba Di Restoran Thai & Gerai Makanan Jalanan Di Bangkok

Kredit Foto: @oommi (bottom right)

Makanan Thai terbaik di Bangkok yang mesti anda cuba!

MY BM best Thai restaurants and street food stalls in Bangkok
Kredit Foto: Streets of Food
MY BM best Thai restaurants and street food stalls in Bangkok
Kredit Foto: Jerome Jome
Salah satu sebab utama pelancong kembali ke Bangkok adalah kerana terdapat pelbagai jenis makanan tempatan yang lazat dan murah! Jika anda seorang penggemar makanan dan merancang untuk mencari makanan di Thailand, tempat terbaik tentulah di ibu kota itu sendiri.
Kami telah mengumpulkan senarai restoran dan gerai makanan jalanan terbaik di Bangkok. Mereka menyajikan hidangan Thai kegemaran anda yang paling autentik dan menyelerakan. Anda mungkin hanya akan melihat penduduk tempatan di kedai makanan ini dan itulah cara anda tahu tempat ini popular!
Berita terbaiknya adalah? Anda boleh mengakses semua tempat ini melalui BTS Skytrain. Dengan cara ini anda tidak perlu risau jika terperangkap dan kelaparan dalam kesesakan lalu lintas.

Perkara-perkara penting untuk percutian Bangkok anda

Makanan tempatan terbaik di Bangkok untuk ditambah ke senarai wajib cuba anda

1. Thip Sa Mai - Pad Thai

Pad Thai at Thip Sa Mai best local food in Bangkok
Anda tahu gerai itu sangat terkenal apabila anda melihat barisan panjang, terutama ketika cuaca panas dan lembap di Bangkok. Beberapa orang menganggap Thip Sa Mai sebagai restoran Pad Thai terbaik di Bangkok dan inilah sebabnya.
Dengan sejarah lebih daripada 50 tahun, Pad Thai di sini berbeza daripada yang lain di luar sana kerana satu perkara - mereka mencampurkan pes udang ke dalam hidangan mereka. Cara ini membuatkan Pad Thai berwarna oren terang, tidak seperti Pad Thai yang berwarna coklat kusam di luar sana. Pastikan anda memesan Pad Thai yang dibalut dengan telur dadar!
  • Stesen BTS terdekat: Ratchathewi
  • Alamat: 313-315 Maha Chai Rd, Khwaeng Samran Rat, Khet Phra Nakhon, Bangkok 10200

2. Wattana Panich - Mi Sup Daging

Beef Noodle Soup at Wattana Panich in Bangkok best local Thai food
Stok sup utama yang digunakan untuk merebus daging lembu telah wujud selama 60 tahun, cuba bayangkan. Bayangkan betapa enak dan pedasnya rasa kuah setelah direbus selama itu, inilah sebab anda patut mengunjungi gerai tersebut. 
Jika anda perlu lebih banyak sebab meyakinkan bahawa Wattana Panich mempunyai sup mi daging lembu terbaik, daging lembu yang lembut akan membuatkan anda makan sehingga menjilat mangkuk.
  • Stesen BTS terdekat: Ekkamai
  • Alamat: 336-338 Soi Ekkamai 18, Sukhumvit 63 Rd, Khlong Toei Nuea, Wattana, Bangkok 10110

3. P’Aor - Tom Yum Noodles

MY BM Tom Yum Noodles at P’Aor best local food in Bangkok Thailand(1)
Kredit Foto: @joyce.wanggg
Dikatakan gerai ini menyajikan sup tom yam terbaik di Bangkok, P’Aor juga mempunyai papan tanda untuk dakwaan itu!  Jika anda sedang mencari mi tom yam yang mewah, mi udang galah mereka dihidangkan bersama Ketam yang disumbat dengan daging cincang serta telur ikan, udang galah bersaiz sederhana, kupang, salmon, sotong yang disumbat dengan daging cincang dan tang hoon, telur onsen dan juga mi. Walaupun harganya 1200 Baht, semangkuk, mi ini boleh dinikmati sehingga 6 orang!
  • Stesen BTS terdekat: Ratchathewi
  • Alamat: 68/51 Soi Petchaburi 5, Between Soi 5 – 7, Phaya Thai, Ratchathewi, Bangkok

4. Somsak Boo Op (สมศักดิ์ ปูอบ) - Woon Sen

MY BM Woon Sen at Somsak Boo Op (สมศักดิ์ ปูอบ) best local food in Bangkok
Kredit Foto: @maxwittawit
Woon Sen bermaksud bihun dan biasanya dihidangkan bersama ketam atau udang di Bangkok. Somsak Boo Op ialah gerai kecil di tepi jalan yang menyajikan salah satu hidangan terbaik Bangkok. Restoran sederhana ini diuruskan oleh hanya seorang tukang masak, hidangannya terdiri daripada campuran suun, makanan laut pilihan anda dan dihiasi dengan daun bawang. 
Seperti semua gerai yang sedap, mungkin ramai orang akan beratur, tetapi semuanya berbaloi setelah dapat merasai makanan laut dibakar serta dihiasi bihun yang diperasakan dengan sempurna.
  • Stesen BTS terdekat: Wongwian Yai Station
  • Alamat: Thanon Charoen Rat Soi 1, Khlong San, Bangkok

5. Hoi Tod Chaw Lae - Telur dadar Tiram dan Kupang

Oyster and Mussel omelette at Hoi Tod Chaw Lae must eat Thai food
Telur dadar tiram di Hoi Tod Chaw Lae ialah salah satu yang paling rangup di Bangkok. Kedai makan sederhana ini terkenal dengan pad thai udang dan kupang goreng serta telur dadar tiram mereka. Dihidangkan dengan makanan laut segar, tidak hairanlah rumah kedai ini menjadi kegemaran tempatan.
Nikmati sepinggan Telur Dadar Tiram Rangup yang terkenal melalui Klook atau pad thai mereka dan nikmati diskaun untuk hidangan anda!
  • Stesen BTS terdekat: Krung Thonburi
  • Alamat: Charoen Nakhon Rd. Banglumpoolang, Khet Khlongsan, Bangkok

6. Pranakorn - Boat Noodles

Thai Boat Noodles at Pranakon best local food in Bangkok
Boat Noodles Thai atau Guaytiao Rua adalah hidangan murah bagi mereka yang mengidam semangkuk mi. Mi biasanya datang dalam hidangan kecil dan pelanggan selalunya memesan mangkuk demi mangkuk, bagi mencipta menara mangkuk tinggi setelah selesai menjamu selera.
Pranakorn Boat Noodles sentiasa penuh dengan penduduk tempatan dan itulah bukti mi di sini sedap! Kuahnya pekat, kaya dengan rempah serta mi dihiasi dengan bahan-bahan berkualiti, menghidangkan anda sajian yang terbaik dalam setiap mangkuk.
  • Stesen BTS terdekat: Victory Monument
  • Alamat: Phahonyothin Rd, Khwaeng Samsen Nai, Khet Phaya Thai, Krung Thep Maha Nakhon 10400

7. Soi Polo (Ayam Goreng Polo) - Ayam Goreng

MY BM Fried Chicken at Soi Polo (Polo Fried Chicken) in Bangkok best local food
Kredit Foto: @polofriedchicken
Semua orang suka ayam goreng dan setiap negara mempunyai cara yang berbeza untuk memasak ayam goreng. Ayam goreng di Bangkok sangat rangup, berempah sempurna dan membuatkan anda ketagih. Semasa anda bersiar-siar di sepanjang jalan di Bangkok, anda akan nampak ayam goreng keemasan yang rangup di mana-mana sahaja.
Anugerah Michelin Bib Gourmand pada tahun 2019, Ayam Goreng Soi Polo dianggap oleh penduduk tempatan sebagai salah satu kedai ayam goreng terbaik di Bangkok. Ayam goreng diperisakan dengan lada hitam dan ditabur dengan bawang putih coklat keemasan yang rangup di atasnya. Jangan lupa cecahkan ayam goreng dengan sos pedas yang disertakan bersamanya.
  • Stesen BTS terdekat: Lumpini  
  • Alamat: 137/1-3 Soi Polo, Th Withayu, Wireless Road, Lumphini, Bangkok, Thailand

8. Jay Fai - Telur Dadar Ketam

Crab Omelette at Jay Fai best Thai restaurant in Bangkok
Crab Omelette at Jay Fai in Bangkok must eat in Thailand
Jay Fai adalah satu-satunya penjaja yang dianugerahkan dengan Bintang Michelin dalam Panduan Michelin Bangkok, itu sebab kukuh untuk anda melawat tempat ini. Tetapi, awas, anda perlu menunggu lama untuk hidangan telur dadar ketam ini.
Telur dadar ketam ini berharga 800 Baht (RM105), agak mahal untuk makanan jalanan. Tetapi apabila anda melihat isi ketam, mungkin sama seperti isi beberapa ekor ketam, dicampurkan ke dalam telur dadar, anda akan faham sebab harganya begitu.
  • Stesen BTS terdekat: National Stadium  
  • Address: 327 Mahachai Road (at intersection with Samranrat Road) Bangkok, Thailand

9. Go Ang Pratunam - Nasi Ayam

Hainanese Chicken Rice at Go Ang Pratunam in Bangkok best local eats
Dianugerahkan Michelin Bib Gourmand pada 2018, nasi ayam ala Hainan Go Ang Pratunam di Bangkok berjarak 5 minit jika berjalan kaki dari pusat beli-belah Platinum Fashion. Ini menjadikannya tempat rehat setelah membeli-belah untuk merehatkan kaki anda yang letih.
Hidangannya ialah sepinggan nasi yang diperasakan dengan ayam rebus yang sempurna. Siramkan hidangan anda dengan sos pencicah untuk menambah rempah! Mereka juga mempunyai lauk pauk dan sup untuk dinikmati bersama nasi anda. Tahukah anda sepinggan nasi ayam hanya berharga 40 Baht (kira-kita RM5) sahaja?
  • Stesen BTS terdekat: Chit Lom  
  • Alamat: Poonam Market, 960-962, Phetchaburi Road, Soi 30, Pratunam, Bangkok, Thailand

10. Yenly Yours – Pulut Mangga

Mango Sticky Rice at Yenly Yours in Bangkok best local Thailand dessert
Makanan wajib apabila berada di Bangkok pastinya pulut mangga, lebih-lebih lagi jika buah mangga jarang didapati di negara anda. Cubalah buah tropika ini apabila anda ke Bangkok di Yenly Yours! Puding mangga yang lembut bersama pulut yang kenyal serta ditabur dengan mangga yang paling manis dan berjus adalah manisan sempurna selepas menikmati hidangan.
Pesan pulut mangga atau smoothie istimewa dan nikmati diskaun untuk pencuci mulut anda! Hanya tunjukkan baucar Klook di dalam aplikasi anda untuk menebus. Dengan begitu banyak cawangan di sekitar bandar, cari yang terdekat dengan anda!

11. Siam Pandan - Kuih Pandan Kanom Krok Bai Toey

Pandan cake Kanom Krok Bai Toey at Siam Pandan best local Thai snack
Kanom Krok Bai Toey ialah snek Thai yang dibuat dengan pandan dan anda perlu mencubanya semasa percutian anda ke Bangkok. Dapatkan kuih ini di Siam Pandan, kedai sederhana yang menjual kuih pandan kenyal ini serta manisan kelapa yang lain. Kuih ini merupakan snek ringan yang enak dimakan ketika anda membeli-belah di Siam.
  • Stesen BTS terdekat: Siam
  • Alamat: Siam Square Soi 6, Khwaeng Pathum Wan, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand

12. Pondtip Pratunam - Mi Itik

Duck Noodles at Pondtip Pratunam best local Thai food in Bangkok
Jika anda sedang mencari semangkuk mi itik yang lazat, itik rebus di Pondtip Pratunam adalah antara yang terbaik di Bangkok. Kuahnya kaya dengan rasa rempah dan daging direbus dengan sempurna dan terlerai daripada tulang dengan lembut. Anda akan menghirup semangkuk mi dalam masa yang singkat sahaja. Lebih-lebih lagi, semangkuk mi hanya berharga 40 Baht (RM5)!
  • Stesen BTS terdekat: Chit Lom  
  • Alamat: 922-924 New Petchburi Rd, Makkasan, Ratchatewee, Bangkok, Thailand

13. Savoey - Kari ketam

Thai Crab curry at Savoey best local food in Bangkok
Apabila anda berada di Bangkok, salah satu hidangan yang mesti dicuba ialah kari ketam! Salah satu tempat terbaik untuk mencuba hidangan ini ialah di Restoran Savoey, salah satu gerai yang terkenal dengan kari ketam terbaik di Bangkok. Kepingan besar daging ketam yang segar dan manis dimasak bersama sos kari beraroma, membuatkan anda ketagih akan kelazatannya. Ikan Snakehead Murrel yang digoreng rangup juga merupakan satu lagi hidangan yang patut cuba di Savoey!
Restoran mungkin padat pada waktu tertentu jadi pastikan anda membuat tempahan sebelum ke sini. Terdapat 7 cawangan berbeza di Bangkok, jadi pilih yang terdekat dengan anda dan bersedia untuk mengisi perut anda!

Rancang perjalanan Bangkok anda dengan Klook!

Baucar urutan Thai, lawatan pasar terapung, baucar makanan, dan tiket tarikan berdiskaun, kami ada sediakan semuanya untuk percutian ke Bangkok anda.
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu