Masuk Thailand Lepas 1 Mei? Rakyat Malaysia WAJIB Tahu Peraturan Baru Ini! Cara isi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC)

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 22 Apr 2025
more
BM TDAC banner thailand

Mulai 1 Mei, Pelancong Perlu Isi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) Tiga Hari Sebelum Masuk!

Luôn Mang Theo Bản Sao Passport
Thailand sering menjadi destinasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Kepelbagaian budaya, sejarah dan warisan yang kaya, serta pulau-pulau tropika yang romantik menjadikan Thailand tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi.
Namun, Jabatan Imigresen Thailand telah mengumumkan bahawa mulai 1 Mei 2025, semua pelancong asing yang ingin memasuki Thailand mesti mengisi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian tiga hari sebelum ketibaan. Sama ada anda masuk melalui udara, darat atau laut, semua warga asing wajib isi! Jangan risau, prosesnya tidak susah pun — Klooki dah sediakan panduan mudah untuk anda!

Nak pergi bercuti di Thailand? Wajib baca ni!

BM TDAC THAILAND

Langkah-langkah Isi TDAC:

  1. Klik "Arrival Card"
  2. Masukkan maklumat peribadi & pasport, klik “Continue”
  3. Masukkan maklumat perjalanan dan penginapan, klik “Continue”
  4. Isi negara/wilayah yang anda kunjungi dalam 2 minggu sebelum tiba — jika negara anda tersenarai dalam senarai Kementerian Kesihatan Awam, sistem akan minta anda isi borang kesihatan
  5. Klik “Add” jika ada pelancong lain yang ikut bersama dan ulang Langkah 1–4, jika tidak klik “Next”
  6. Semak semula maklumat — klik “Edit” jika ada kesalahan
  7. Masukkan emel untuk terima TDAC anda
  8. Semak dan tanda setuju pada terma & syarat, klik “Submit”
  9. Muat turun kad ketibaan anda — boleh juga cetak atau simpan dari emel

Apa Itu Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC)?

Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) adalah borang dalam talian yang menggantikan kad ketibaan bercetak. Ia bertujuan memudahkan proses ketibaan bagi semua pelancong yang masuk ke Thailand melalui apa-apa cara. Ia akan digunakan untuk menghantar maklumat ketibaan serta pengisytiharan kesihatan kepada Kementerian Kesihatan Thailand sebelum ketibaan.
Setelah lengkap diisi, pelancong akan menerima kod QR. Kod ini perlu ditunjukkan kepada pegawai imigresen semasa ketibaan untuk memudahkan proses semakan dan mengurangkan sentuhan fizikal di pusat pemeriksaan sempadan.

Siapa Perlu Isi Kad Ketibaan Elektronik Thailand (TDAC)?

Semua warga asing yang ingin memasuki Thailand perlu mengisi TDAC kecuali:
  • Warga asing yang transit di Thailand sahaja
  • Warga asing yang menggunakan Border Pass (Pas Sempadan)

Bila Perlu Isi?

Semua warga asing perlu menghantar maklumat TDAC dalam tempoh 3 hari sebelum ketibaan, termasuk tarikh ketibaan ke Thailand.

Panduan Mengisi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC)

Dokumen & Maklumat Diperlukan:
  1. Maklumat pasport
  2. Maklumat peribadi
  3. Maklumat perjalanan
  4. Maklumat penginapan di Thailand
  5. Maklumat kesihatan
Tour Tham Quan Các Ngôi Đền Cổ Ayutthaya

Cara Kemaskini Maklumat TDAC

  1. Layari laman rasmi TDAC
  2. Klik “Update Arrival Card”
  3. Masukkan maklumat carian seperti: nombor TDAC, nombor pasport, tarikh lahir, kewarganegaraan
  4. Klik “Search”
  5. Buat perubahan yang diperlukan
  6. Semak semula maklumat
  7. Masukkan emel untuk terima versi kemaskini
  8. Tanda setuju dan klik “Submit”
  9. Muat turun atau cetak versi terkini kad TDAC

Perkara Penting Tentang Kad Ketibaan Digital Thailand:

  • Semua maklumat perlu diisi dalam Bahasa Inggeris
  • Untuk pilihan dropdown, taip tiga huruf pertama untuk cadangan automatik
  • TDAC bukan visa masuk ke Thailand
  • Maklumat berikut tidak boleh diubah selepas dihantar:
    • Nama penuh (mengikut pasport)
    • Nombor pasport
    • Kewarganegaraan
    • Tarikh lahir

Klook Dulu! 👀

BM KlookDulu
Apa itu #KlookDulu? 🤔 #KlookDulu adalah cara kita raikan Merdeka dengan terokai negara kita sendiri!
Seronok bila dapat melancong dalam Malaysia dan lakukan aktiviti menarik di Malaysia dengan tawaran yang menarik ada di Klook.
Dengan #KlookDulu, anda kini boleh menikmati penjimatan sehingga RM200 pada musim Merdeka, 9.9, dan Cuti Sekolah ini! Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut 🤩
Kami juga ada kejutan tambahan untuk tawaran hebat ni. Dari 18 Ogos hingga 21 September, anda berpeluang untuk sertai pelbagai GIVEAWAY yang best!!

Jom Cuba Quiz Klook Sempena Merdeka!

Rakyat Malaysia dan makanan tidak dapat dipisahkan! Jom cuba kuiz #KlookDulu tahun ini: Makanan Malaysia Mana Menjadi Pilihan Hati?.
Kita kaitkan dua perkara fave kita semua, makanan dan travel. Jom biar makanan tempatan tentukan gaya travel anda!

Jangan lupa untuk sertai giveaway quiz ini dan anda berpeluang memenangi RM50 e-baucar Klook secara PERCUMA! Semua info ada DISINI. <AKAN DATANG>

Makanan Malaysia Mana Menjadi Pilihan Hati Klook Quiz Klook MY
Klik gambar untuk terus ke kuiz!

Nak tahu lebih lanjut tentang promo merdeka & giveaway ? Baca blog kat bawah ni!

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Nak pergi Thailand dengan budget yang murah dan muslim-friendly? ✨

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram

more