Percutian bajet ke HatYai 4H3M termasuk transport, aktiviti menarik & tempat makan halal

Aisyah Farhanah
Aisyah Farhanah
Last updated 29 Mac 2024
Hat Yai

Jom terokai Hat Yai dengan bajet yang mampu milik!

Floating market
Hat Yai adalah sebuah bandar yang memukau dengan kepelbagaian budaya, warisan tradisi yang kaya, makanan yang sedap serta tempat melancong yang murah. Destinasi ini merupakan destinasi yang diminati oleh pelancong dari serata dunia, termasuk pelancong muslim. Hat Yai juga merupakan salah satu bandar yang telah menjadi tumpuan untuk rakyat Malaysia bercuti pada cuti sekolah dan hari umum.
Di bandar ini, anda akan terokai pelbagai jenis makanan Thai yang sedap serta halal untuk dinikmati. Sebagai pelancong Muslim, banyak makanan halal serta masjid yang memudahkan anda untuk solat ketika berjalan-jalan. Yang paling penting tempat percutian ni sangat murah dan budget friendly
Jadikan pengalaman 4 hari 3 malam anda di Hat Yai ini sebagai percutian yang terbaik dengan itinerari halal yang lengkap. Kalau anda nak jadikan bandar ini sebagai permulaan untuk terokai Thailand, Hat Yai pastinya tempat percutian yang menarik, muslim friendly dan murah untuk dilawati! ✨

Tips transport murah & budget friendly Hat Yai!

Floating market
Ada pelbagai cara untuk pergi ke Hat Yai, jadi anda boleh pilih transport yang anda suka dan lebih murah.
1. Perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dengan ETS
Cara yang pertama dan paling disukai oleh pelancong ialah dengan menaiki ETS. Perjalanan anda akan bermula dari KL Sentral ke Padang Besar dengan harga bermula RM76 selama 5 jam 30 minit. 
Selepas tiba di Padang Besar anda akan pergi ke Hat Yai dengan menaiki tren yang berharga THB 60 bersamaan dengan RM6 selama 1 jam. Anda juga boleh menaiki minivan dengan harga RM30 seorang. Perjalanan akan mengambil masa kira - kira 1 jam 15 minit. Tak kisah la apa jenis pengangkutan anda ke Hat Yai, pastikan anda bawa passport dan cop buku putih di kaunter imigresen!
2. Perjalanan dari Alor Setar ke Padang Besar dengan KTM
Cara kedua ialah menaiki bas ke Alor Setar, Kedah dengan harga serendah RM42 sahaja. Selepas itu anda perlu naik ke KTM Alor Setar ke Padang Besar dan seterusnya naik tren ke Hat Yai! Boleh semak jadual tren di sini.
3. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hat Yai dengan flight
Cara yang lain ialah sekiranya anda tak nak bazir masa, anda juga boleh menaiki flight dengan harga bermula RM163 ke Hat Yai International Airport (HDY) yang terletak di daerah Khlong Hoi Khong, negeri di selatan Thailand.
4. Perjalanan dari Malaysia ke Hat Yai dengan pemindahan peribadi
Selain dari tren dan flight, anda jugaboleh tempah pemindahan peribadi antara Georgetown, Penang ke Hat Yai atau dari Stesen KTM Pulau Pinang/Kedah atau Padang Besar ke Hatyai, Thailand.
5. Setelah tiba di Hat Yai
Untuk bergerak ke sana sini di dalam Hat Yai, lebih mudah kalau anda tempah kereta sewa di Klook dengan harga serendah RM111 sehari!
Hat Yai

Hari Pertama

1. Tiba di Hat Yai

Hat Yai
Perkara pertama apabila tiba di Hat Yai pasti la anda nak upload gambar dan gunakan wifi bukan? Terdapat pelbagai pakej yang tersedia dan anda juga boleh mendapatkan data tanpa had! 🤳🏻 Best kan?

2. Makan tengahari di Kaitod Meena

Sebelum anda terokai Hat Yai, mesti dah tak sabar-sabar nak nikmati makanan Thailand! Kaitod Meena merupakan restoran halal yang patut anda cuba dengan pelbagai pilihan makanan seperti Nasi Khaomok yang sedap!
  • Lokasi: Thanon Niphatuthit 3, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (10:00 AM – 6:00 PM)

3. Check-in di Lee Gardens Plaza Hotel

Lee Gardens Plaza Hotel
Kredit: @leegardensplazahotel
Lee Gardens Hotel Plaza merupakan hotel yang terletak di daerah Hat Yai downtown. Hotel ini sangat strategik sebab berdekatan dengan tempat- tempat menarik di Hat Yai. Jarak antara Hat Yai Railway Station juga hanya 650 meter. Harga di hotel ini bermula dengan RM182 satu malam di Klook.

Lebih banyak pilihan hotel yang menarik untuk anda

 4. Membeli belah di Central Festival Hat Yai

Central Festival Hatyai
Kredit: @centralfestivalhatyai
Central Festival Hat Yai merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong bila mereka datang ke Hat Yai untuk shopping atau nak cuci mata. Pusat membeli belah ini merupakan shopping mall yang terbesar di Hat Yai. Harga kat sini juga murah - murah! Jadi kalau korang semua selalu pergi kedai RM2 kat Malaysia, korang mesti tertarik untuk membeli belah di sini.
Terdapat banyak juga kedai menarik yang jual barang dengan harga 10 Baht je iaitu lebih kurang RM2. Makanan halal kat mall ni pun ada kalau anda nak makan makanan Thai! Yang selalu pelancong cuba ialah Toro Fries.
  • Lokasi: 1518 Kanjanavanich Rd, Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

5. Kunjungi Central Mosque of Songkhla Province

Central Mosque of Songkhla
Kredit: @yhtee85
Sekiranya anda ingin menunaikan solat, anda boleh mengunjungi salah satu dari beberapa masjid atau bilik solat yang terletak berdekatan dengan pusat-pusat membeli-belah di kawasan Songkhla. Antara masjid yang anda boleh pergi ialah Central Mosque.
Para pelancong yang pernah datang ke sini selalu samakan masjid ini seperti Taj Mahal, India. Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk rasa pengalaman solat kat sini.
  • Lokasi: 352 Lopburi Ramesuan Rd, Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: Dibuka pada Sabtu sehingga Khamis (8:30 AM–3:30 PM)

6. Makan Malam di Asean Night Bazaar

Selepas seharian berjalan di Hat Yai, mesti korang lapar kan? Asean Night Bazaar ada banyak makanan sedap seperti tomyam, fresh seafood, pulut mangga, pad Thai, somtam, colek buah dan macam - macam lagi.
asean night bazaar hat yai
Kredit: @hikayatputeranazrin (Instagram)
Yang paling penting ialah pasar ini merupakan pasar yang muslim friendly! Makanan kat sini juga murah dan mampu dibeli. Pasar malam kat sini ada tingkat yang berasingan untuk makanan dan juga pakaian. Jadi selepas kenyang, boleh lah sambung aktiviti membeli-belah!
  • Lokasi: 76 Chotevittayakul 3 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad (4:30 PM -10:00 PM)
#Klooktip 💡 : Bawa cash kerana tidak semua kedai menerima card/QR PAY

Hari Kedua

1. Makan di Kai-Tod Decha

Sebelum start hari kedua, mesti anda nak isi perut dengan makanan best kat Hat Yai. Korang boleh cuba Kai-Tod Decha yang famous dan selalu penuh dengan pelancong Malaysia.
Restoran ni ada banyak hidangan nasi dan lauk yang dapat kenyangkan anda sepanjang hari untuk buat aktiviti kat Hat Yai. Bila makan kat sini, anda wajib cuba teh tarik dan teh hijau berbuih yang viral!
  • Lokasi: 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 9:30pm)

2. Lawati Samila Beach & Golden Mermaid Statue menaiki tuk-tuk!

Samila Beach
Kredit: @izzatishaffira
Bila dah sampai kat Thailand, jangan lepaskan peluang anda untuk naik tuk-tuk! Anda boleh pergi ke beberapa tempat menarik pada hari kedua dengan menaiki tuk-tuk selama 30 minit. Menarik kan? Antara tempat yang anda boleh singgah semasa naik tuk-tuk adalah Samila Beach.
Samila Beach merupakan salah satu pantai yang sering dikunjungi para pelancong bila datang ke Hat Yai. Kat Samila Beach ni ada banyak tarikan yang menarik minat pelancong. Antaranya ialah Golden Mermaid Statue yang berada di pantai tersebut.
Selain itu, terdapat juga kuda yang boleh anda naik selama 15 minit dengan RM30 je! Tengok laut yang biru sambil naik kuda baru lah healing kan? Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk pergi ke Samila Beach.

3. Jalan - Jalan di Khlong Hae Floating Market

Khlong Hae Market
Selepas berjalan - jalan menaiki tuk-tuk, anda boleh pergi ke Khlong Hae Floating Market yang unik dan menarik. Dekat je! Penjual kat sini gunakan buluh panjang untuk hulurkan makanan kepada pelanggan mereka. Bot- bot terapung kat sungai ni jual pelbagai jenis makanan yang boleh korang semua rambang mata. Mesti lapar dan haus kan lepas naik tuk-tuk?
Jadi beli lah air kelapa dalam buluh, aiskrim, Miang Kham dan lain-lain kat Khlong Hae Floating Market ni. Kat sini juga disediakan tempat duduk yang memudahkan anda untuk cuba makanan kat sini. Selain makanan, kedai beli barang pun ada tau!
  • Lokasi: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu Operasi: Dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad (1:00 PM – 9:00 PM )

4. Makan malam di Lee Garden Plaza Night Market, Hat Yai

BM Klook Malaysia
Lepas dah pergi Khlong Hae Floating Market, its time for dinner! Anda boleh cuba makan malam di Lee Garden Plaza Night Market yang sangat famous di Hat Yai. Pasar ni macam pasar malam kat Malaysia juga sebab ada Nasi Lemak! Menarik kan?
BM Klook Malaysia
Antara menu yang anda boleh cuba di Lee Garden Plaza Night Market adalah udang galah, nasi goreng Thai, pulut mangga, kerabu maggi, tomyam dan Thai tea yang menjadi kegemaran ramai. Kebanyakan makanan yang dijual di sini juga muslim friendly. Anda juga boleh pergi ke Lee Garden Mall kalau nak shopping.
  • Lokasi: 2F4C+9HG, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu Operasi: Setiap hari (5:00 PM - 12:00 AM)

Hari Ketiga

1. Melawat Hat Yai Municipal Park

Hat Yai Municipal Park
Terletak di tengah-tengah bandar, Hat Yai Municipal yang indah menghampar sepanjang 200 ekar di puncak bukit, menawarkan pemandangan yang menakjubkan ke bandar dan gunung-gunung sekelilingnya. Kat sini, anda boleh berjalan-jalan atau cuba pelbagai aktiviti menarik seperti naik bot, berbasikal, atau mendaki trek yang boleh bawa anda ke tempat-tempat pemandangan indah. 
BM Klook Malaysia
Dengan ketinggian 20 meter, mercu tanda taman ini adalah patung Buddha Berdiri yang telah menjadi tanda keunggulan Hat Yai, malah dapat dilihat dari pelbagai bahagian bandar. Di sini, anda juga boleh menaiki kereta kabel yang membawa anda ke puncak bukit, di mana anda dapat menikmati pemandangan yang cantik di Hat Yai.
  • Lokasi: 445 Rd,Phetkasem, Hat,Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand

2. Makan tengahari di Khlong Hae Buffet Seafood

Khlong Hae Buffet
Kredit: @izzatishaffira
Kepada siapa yang suka makanan laut, Khlong Hae Buffet Seafood sememangnya restoran yang wajib korang pergi bila kat Hat Yai. Yang paling penting, mesti la halal dan murah. Harga bermula dari 299 baht seorang iaitu bersamaan dengan RM40. Boleh makan semua jenis makanan laut sepuas hati sampai kenyang! Untung kan makan kat sini? Masukkan restoran ni dalam list anda sekarang.
  • Lokasi: 85 11 Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (2:00 PM – 10:00 PM)

3. Pergi ke Kim Yong Market

BM Klook Malaysia
Kredit: @ldesierrainmavonparker
Betul ke korang pergi beli barang kat Thailand tapi tak pergi pasar tempatan kat Hat Yai? Pasar Kim Yong di Hat Yai ni tempat pilihan pelancong tau jadi korang wajib ada pengalaman beli barang kat pasar Thai. Jangan lupa untuk gunakan skill tawar- menawar untuk dapat barang yang lebih murah dari penjual.
Pasar ni adalah tempat yang terbaik untuk anda cari produk lokal seperti manisan Thai tradisional, kain, herba dan rempah, cenderahati, barang rumah, sabun buatan tangan dan yang paling best ialah makanan jualan Thai yang sedap. Makanan yang dijual juga banyak yang halal. Jadi pelancong Muslim boleh datang ke sini untuk cari pelbagai pilihan yang menarik.
  • Lokasi: Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (10:00 AM – 6:00 PM)

Hari Keempat

1. Brunch di Dimsum Chabura

Hatyai dimsum chabura
Kredit: @dimsumchabura
Dimsum Chabura merupakan restoran yang menghidangkan pelbagai jenis dim sum. Anda boleh pilih dari menu atau boleh pilih sendiri . Selepas pilih, anda boleh hantar dim sum anda ke kaunter untuk dipanaskan. Tempat ini adalah halal untuk dimakan dan sering jadi tumpuan ramai ketika sarapan pagi. Di sebelah restoran ini terdapat 7Eleven yang penuh dengan snek ringan Thai, jadi anda juga boleh pergi ke 7Eleven yang sudah jadi benda wajib untuk para pelancong masuk apabila ke Thailand. Pastikan anda check logo halal!
  • Lokasi: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (6:00 AM – 2:00 PM)

2. Melawat Wat Hat Yai Nai

Wat Hat Yai Nai
Kredit: @cherylleejy
Kagumi salah satu patung Buddha bersandar terbesar di Thailand di Wat Hat Yai Nai, sebuah kuil yang menarik di Hat Yai. Patung emas yang mengagumkan itu berukuran 35 meter panjangnya dan benar-benar memukau! Kuil ini juga mempunyai beberapa patung lain, termasuk gajah berkepala tiga, Buddha berdiri, dan beberapa lagi imej Buddha.
Sebenarnya, kuil ini sendiri adalah sebuah karya seni. Wat Hat Yai Nai tidak mempunyai dinding, tetapi mempunyai bumbung tradisional Thai yang besar dan seni bina yang rumit.
Kuil ini dianggap sebagai tapak yang suci, jadi datang dengan pakaian yang sesuai. Lebih menarik, kuil ini bersebelahan dengan masjid yang memudahkan para pelancong muslim untuk solat serta melawat kawasan orang Islam di situ. 
  • Lokasi: 2 Wathatyainai Rd,Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

3. Cafe Amazon

Cafe Amazon Hat Yai
Kredit: @a.tfkid
Sebelum balik, korang kena cuba kafe yang viral iaitu Cafe Amazon. Kat sini anda dapat minum minuman bawah RM10. Murah kan? Kat sini ada pelbagai menu air yang menarik yang anda boleh cuba.
Cafe Amazon Hat Yai
Kredit: @a.tfkid
Cafe di Singhanakhon ini juga adalah Cafe Amazon yang paling cantik di Hat Yai berbanding outlet Cafe Amazon yang lain. Anda boleh minum kat dalam atau kat luar kafe sebab kedua - duanya penuh dengan hiasan yang cantik dan ootd spot! Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk minum di sini tau.
  • Lokasi: 238/13 ม.1 ต Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla 90280, Thailand
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (6:30 AM– 8:00 PM)
Sekiranya anda ingin menjimatkan masa dan tidak mahu membawa luggage berat untuk ke Hat Yai, anda boleh ambil pakej pemindahan peribadi bersama Klook! ✨

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Lebih banyak inspirasi perjalanan di Thailand untuk anda ✨

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu