17 Staycation Hujung Minggu Terbaik di Malaysia Untuk Wanita

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Dis 2023
girls weekend staycation malaysia

Photo Credit: @maasssssssssss_, @sintong_tan, @leighgriffithslens

Jom rancang cuti hujung minggu bersama kawan wanita anda!

Banyak rancangan kita tidak menjadi disebabkan pandemik dan bertambah sedih apabila percutian yang sudah lama dirancang dengan kawan-kawan terpaksa dibatalkan! Tapi, janganlah risau kerana anda boleh luangkan baki tahun ini untuk merancang cuti hujung minggu dengan mereka! Anda boleh memilih daripada penginapan mewah di kawasan bandar sehinggalah penginapan yang dikelilingi keindahan hijau. Kami bakal kongsikan beberapa penginapan yang pasti membuatkan percutian anda bermakna, walaupun ia tidak jauh dari rumah.

1. KLoé Hotel

kloe hotel staycation weekend getaway
Photo Credit: @dzulfitri (Instagram)
kloe hotel staycation weekend getaway
Photo Credit: @_evonlim_ (Instagram)
Hotel pertama dalam senarai kami ialah KLoé Hotel, sebuah penginapan bandar yang wajib dipilih. Rekaan butik hotel ini dilakukan dengan teliti untuk semua pencinta seni, reka bentuk, muzik dan makanan. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang sibuk, suasana hotel yang tenang dan hiasannya yang kreatif menawarkan tempat untuk bersantai dan berseronok. Anda juga boleh menyertai kelas kesihatan yang direka khas bersama kawan-kawan untuk menyegarkan badan dan minda.
kloe hotel staycation weekend getaway
Photo Credit: @azaelea (Instagram)
Tempah penginapan di KLoé Hotel dan pilih antara City Room atau Courtyard Room. Menginap tanpa rasa risau dengan polisi pembatalan percuma!
  • Alamat: 227, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
  • Harga: $$ - daripada RM132 seorang

2. Kuala Lumpur Journal Hotel

kl journal hotel weekend staycation
Photo Credit: @greentea_dollylicious (Instagram)
kl journal hotel staycation weekend getaway
Kuala Lumpur Journal Hotel adalah sebuah hotel cantik yang menawarkan bar ruftop tepi kolam untuk anda dan kawan-kawan melepak. Anda boleh minum koktel yang berbagai warna sambil mengambil gambar Instagram masing-masing di Swimming Club yang bersuasana santai dan retro. Selepas puas berjemur di bawah matahari, bolehlah anda bermalam dengan selesa di dalam bilik yang dihias cantik.
kl journal hotel staycation weekend getaway
Photo Credit: @jo_sephinetan (Instagram)
Tempah penginapan melalui Klook dan nikmati tawaran penginapan terbaik, termasuk diskaun sehingga 58% dan pembatalan percuma!
  • Alamat: 30, Jalan Beremi, Off, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
  • Harga: $ - daripada RM100 seorang

3. InterContinental Hotel Kuala Lumpur

intercontinental kl staycation weekend getaway
Photo Credit: @intercontinental.kualalumpur (Instagram)
intercontinental kl staycation weekend getaway
Photo Credit: @reinaldacosta (Instagram)
InterContinental KL adalah salah satu hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Terletak di tengah-tengah bandar, hotel ini menjanjikan hospitaliti yang mewah, selesa dan terbaik dengan biliknya yang luas dan dihias dengan elegan. Bukan itu saja pengalaman yang dijanjikan. Malah, anda  boleh menikmati manisan dan hidangan pelbagai rasa dengan Teh Petang Ala Inggeris sambil menikmati air terjun mini di situ.
intercontinental kl staycation weekend getaway
Photo Credit: @xioven (Instagram)
Tempah penginapan Eksklusif Klook di InterContinental Kuala Lumpur dan nikmati diskaun sehingga 56% untuk penginapan anda. Tawaran ini termasuk sarapan percuma, kebenaran daftar keluar lambat dan pengalaman minum Teh Petang Ala Inggeris (bernilai RM158!).
  • Alamat: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
  • Harga: $$ - daripada RM161 seorang

4. Villa Samadhi

villa samadhi staycation weekend getaway
Photo Credit: @lynnalin (Instagram)
villa samadhi staycation weekend getaway
Photo Credit: @villasamadhi.kl (Instagram)
Memang susah untuk percaya anda berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ketika menginap di Villa Samadhi, sebuah destinasi percutian santai yang mengekalkan keindahan alam semulajadinya. Diilhamkan oleh seni bina Melayu tradisional, 21 vila unik ini dibina berkonsepkan kedesaan, namun tetap diberi nafas moden. Apa yang kami paling suka tentang vila ini? Tentulah kolam lagun yang menghubungkan seluruh resort! Bolehlah anda bermandi-manda di dalam kolam atau berjemur di balkoni bersama kawan-kawan.
villa samadhi staycation weekend getaway
Photo Credit: @linglivestolaugh (Instagram)
Tempah percutian santai bersama kawan-kawan di Villa Samadhi sekarang. Tempahan termasuk sarapan percuma!
  • Alamat: No. 8, Jalan Madge, Off Persiaran Madge, Jalan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
  • Harga: $$$$ - daripada RM600 seorang

5. Banyan Tree Kuala Lumpur

banyan tree staycation weekend getaway
Photo Credit: @sheera.aya (Instagram)
banyan tree staycation weekend getaway
Photo Credit: @leighgriffithslens (Instagram)
Jom berehat di sebuah penginapan mewah! Banyan Tree ialah hotel mewah 5 bintang yang sesuai untuk dijadikan tempat berehat sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari atas. Nikmati keselesaan ketika menetap di dalam bilik yang dihias cantik. Bilik ini turut dilengkapi bantal lembut, tempat tidur premium dan tab mandi yang besar.
banyan tree staycation weekend getaway
Tempah melalui Klook untuk menikmati diskaun sehingga 10% untuk penginapan anda, termasuk sarapan dan pembatalan percuma.
  • Alamat: No. 2, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
  • Harga: $$$ - daripada RM376 seorang

6. Momo’s Kuala Lumpur

momo's kl staycation weekend getaway
Photo Credit: @mark0000619 (Instagram)
momo's kl staycation weekend getaway
Photo Credit: @yasmineyusoff (Instagram)
Terletak di Chow Kit dan berdekatan pusat bandar, MoMo's ialah sebuah hotel mesra bajet yang lengkap dengan bar sate cantik dan tempat letak kenderaan persendirian. Hotel ini mempunyai 99 buah bilik mikro dengan hiasan minimalis, dilengkapi TV pintar, pencahayaan ambien dan produk mandian eksklusif. Lobi hotel ini pula bukan biasa-biasa. MoMo's menyediakan ruang yang dipanggil Playground, sebuah ruang sosial dinamik untuk anda melepak dan menikmati pelbagai keseronokan, acara dan makanan.
momo's kl staycation weekend getaway
Photo Credit: @thenictionary (Instagram)
Tempah penginapan dengan diskaun 10% di MoMo's KL. Anda boleh memilih bilik dengan katil bersaiz Queen, single atau dua tingkat. Kami juga menawarkan baucar penginapan 5H4M eksklusif di MoMo's KL serendah RM275, termasuk diskaun 20% untuk menu makanan mereka!
  • Alamat: No. 316, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur
  • Harga: $ - daripada RM74 seorang

7. Glamz Genting

Glamz Genting staycation weekend getaway
Photo Credit: @angelieram (Instagram)
Glamz Genting staycation weekend getaway
Photo Credit: @chloenct (Instagram)
Berehat daripada kesibukan bandar dengan kawan-kawan anda dan nikmati suasana dingin di Glamz, sebuah tapak glamping (perkhemahan mewah), hanya 28 minit dari Genting Highlands. Tempat ini dihiasi lampu dan khemah berwarna putih, menjadikannya tempat cantik untuk bergambar. Anda boleh memilih untuk bermalam di dalam khemah kubah (dome tent) yang dilengkapi jakuzi peribadi, atau di dalam khemah loceng (bell tent) untuk merasai pengalaman berkhemah tanpa digigit nyamuk dan berlapikkan beg tidur!
Glamz Genting staycation weekend getaway
Photo Credit: @intanzuraine (Instagram)
#KlookTip: rancang percutian di Glamz Genting dengan menempah melalui Klook - pilih khemah kesukaan anda, setiap pakej termasuk sarapan!
  • Alamat: No. 1, Jalan Meranti, 69000 Genting Highlands
  • Harga: $$ - daripada RM125 seorang

8. Waterway Villa

waterway villa staycation weekend getaway
Photo Credit: @hangdhamin (Instagram)
waterway villa staycation weekend getaway
Photo Credit: @meiern_tan (Instagram)
Dikelilingi hutan hujan Bentong, Waterway Villa ialah tempat percutian hijau untuk kawan-kawan. Tidak kisahlah kalau anda ingin bersantai atau ingin melakukan aktiviti mencabar, inilah tempatnya. Anda boleh bermalam di dalam vila kaca bertemankan pemandangan bukit-bukit hijau atau di dalam vila buluh berkonsepkan kedesaan yang dibina sepenuhnya daripada bahan semulajadi.
waterway villa staycation weekend getaway
Photo Credit: @limjoeyi_ (Instagram)
  • Alamat: PT 21564, Batu 7, Jalan Kuala Lumpur Lama, Bukit Tinggi, Bentong, 28750 Pahang

9. Danau Daun Chalets

danau daun staycation weekend getaway
Photo Credit: @maasssssssssss_ (Instagram)
danau daun staycation weekend getaway
Photo Credit: @nikki.munirah (Instagram)
Satu lagi penginapan berkonsepkan alam semulajadi di Bentong ialah Danau Daun Chalets. Dikelilingi keindahan hijau, mereka menawarkan enam chalet yang mempunyai tempat bakar barbeku sendiri. Malah, sesetengah chalet juga dilengkapi kolam renang persendirian! Rekaan setiap chalet adalah bertemakan rumah kampung tradisional dengan ruangan terbuka, sesuai untuk anda berjemur sambil dikelilingi kehijauan.
danau daun staycation weekend getaway
Photo Credit: @maasssssssssss_ (Instagram)
  • Alamat: Lot 5851, Kg. Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, Bentong, 28750 Pahang

10. Mangala Resort & Spa

mangala resort staycation weekend getaway
Photo Credit: @farahainazahari (Instagram)
mangala resort staycation weekend getaway
Photo Credit: @jarichb (Instagram)
Mangala Resort & Spa ialah resort berkonsepkan alam semulajadi yang menggabungkan privasi, ketenangan dan kemewahan. Permata tersembunyi yang cantik ini terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit, kebun bunga dan herba eksotik, pokok buah-buahan dan tanah lembap terpelihara. Anda boleh berkelah bersama kawan-kawan di tepi tasik atau nikmati keindahan alam semulajadi di kolam infiniti resort ini. Resort ini juga berdekatan beberapa pantai terkenal di Kuantan dan tarikan-tarikan yang wajib dikunjungi!
mangala resort staycation weekend getaway
Photo Credit: @micolqueen (Instagram)
Rancang percutian menyeronokkan dengan menempah penginapan vila di Mangala Resort & Spa, termasuk pembatalan dan tempat letak kenderaan percuma!
  • Alamat: Lebuhraya Tun Razak, Kampung Melayu Gambang, Kuantan, 26300 Pahang
  • Harga: $$$$ - daripada RM599 seorang

11. Rosa Malacca

rosa malacca staycation weekend getaway
Photo Credit: @orchidslibrary (Instagram)
rosa malacca staycation weekend getaway
Photo Credit: @minfs07 (Instagram)
Nikmati penginapan Instagrammable di Rosa Malacca, sebuah hotel yang berjaya merangkul pelbagai anugerah. Rosa Malacca telah bekerjasama dengan pelbagai artis dan pereka untuk mencipta ruang cantik agar pengunjung boleh mengambil gambar bermakna. Bilik-bilik mereka yang luas dihias agar kelihatan santai dan moden. Jadi, bolehlah anda bermalam di sini selepas penat bersiar-siar di kota Melaka.
rosa malacca staycation weekend getaway
Photo Credit: @iraaaziz (Instagram)
rosa malacca staycation weekend getaway
Photo Credit: @iskandar.zahari (Instagram)
Kalau anda merancang untuk mengunjungi kota Melaka, kami syorkan agar anda menginap di Rosa Malacca dan nikmati diskaun sehingga 40% jika menempah melalui Klook!
  • Alamat: No. 212, Jalan Parameswara, 75000 Melaka
  • Harga: $$ - daripada RM168 seorang

12. Awanmulan

awanmulan staycation weekend getaway
Photo Credit: @naszrulhisyam (Instagram)
awanmulan staycation weekend getaway
Photo Credit: @yenwen91 (Instagram)
Terletak kurang dua jam dari Kuala Lumpur, Awanmulan adalah sebuah penginapan eksklusif berhadapan lembah hijau dan dikelilingi hutan hujan. Anda boleh mandi di dalam kolam air masin atau bersantai di dek kayu sambil melihat kabus menyelubungi tempat ini. Rancanglah percutian bersama kawan-kawan perempuan anda dan menginap di salah satu rumah persendirian yang dilengkapi ruang tamu dan dapur. Malah, ada beberapa bilik yang mesra binatang, jadi bolehlah anda bawa haiwan peliharaan anda sekali!
awanmulan staycation weekend getaway
Photo Credit: @caitlintcy (Instagram)
  • Alamat: Awanmulan Pantai Orchard, Kampung Baru Pantai, 71770 Negeri Sembilan

13. Reserve The Cozytainer

the cozytainer staycation weekend getaway
Photo Credit: @liyanabarkat (Instagram)
the cozytainer staycation weekend getaway
Photo Credit: @hyenaval (Instagram)
Nikmati percutian menyeronokkan di Cozytainer, sebuah butik hotel yang dibina dengan kontena dan direka semula menjadi bilik ala loteng moden. Hotel ini terletak di Taiping dan sesuai untuk pengunjung yang melancong secara berkumpulan. Bilik mereka direka dengan ciri-ciri minimalis dan dilengkapi penyaman udara, WiFi, televisyen skrin rata dan bilik mandi peribadi.
the cozytainer staycation weekend getaway
  • Alamat: No. 183, Jalan Merdeka, Taman Tupai Mas, Taiping, 34000 Perak
  • Harga: $ - daripada RM44 seorang

14. The Haven Resort

the haven resort staycation weekend getaway
Photo Credit: @janwee.c (Instagram)
the haven resort staycation weekend getaway
Photo Credit: @celestlaii (Instagram)
The Haven Resort adalah sebuah hotel peranginan di Ipoh yang dikelilingi keindahan batu kapur, hutan dan tasik! Tetamu di resort unik ini boleh tinggal di dalam hutan dan bandar pada waktu yang sama. Pengalaman menarik ini susah dirasai di tempat lain. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang infiniti yang direka khas, gim yang serba lengkap, spa, bilik wap, bar tepi kolam dan pelbagai kemudahan sukan!
the haven resort staycation weekend getaway
Photo Credit: @yuhxin (Instagram)
#KlookTip: tempah pakej penginapan melalui Klook dan nikmati faedah eksklusif, seperti tiket masuk ke Go Chin Pomelo Nature Park, sarapan percuma, baucar diskaun makan F&B dan tempat letak kenderaan percuma!
  • Alamat: Jalan Haven Persiaran Lembah Perpaduan Tambun, Ipoh, 31150 Perak
  • Harga: $$ - daripada RM241 seorang

15. Brown Hotel

brown hotel staycation weekend getaway
Photo Credit: @ziafmihar (Instagram)
brown hotel staycation weekend getaway
Brown Hotel ialah hotel baru dan mampu milik yang terletak di tengah-tengah Georgetown, sesuai untuk pelancong yang ingin bercuti di Pulau Pinang. Semua bilik dihias dengan ciri-ciri moden dan dilengkapi pengering rambut, televisyen skrin rata, produk mandian dan katil yang selesa serta cadar yang bersih. Terletak di kawasan yang strategik, anda boleh terus menikmati budaya, makanan dan seni di Pulau Pinang sebaik saja melangkah keluar dari hotel.
brown hotel staycation weekend getaway
Tempah penginapan di Brown Hotel di Klook dan jimat 10% untuk bilik yang dipilih, termasuk sarapan dan polisi pembatalan percuma.
  • Alamat: No. 86, Jalan Perak, George Town, 10150 Penang
  • Harga: $ - daripada RM56 seorang

16. Lexis Suites

lexis suites Penang staycation weekend getaway
Photo Credit: @punitha88 (Instagram)
lexis suites Penang staycation weekend getaway
Photo Credit: @_ayie_smile_keke (Instagram)
Kalau anda inginkan percutian mewah, apa kata anda tempah penginapan lima bintang di Lexis Suites, Pulau Pinang? Nikmati penginapan satu malam di Premium Pool Suite yang boleh memuatkan sehingga 4 orang tetamu. Malah, anda boleh menikmati kolam renang peribadi yang menghadap Vanilla Bay - memang tempat cantik untuk bergambar!
lexis suites Penang staycation weekend getaway
Tempah penginapan di Lexis Suites melalui Klook. Tempahan ini termasuk penginapan selama semalam, sarapan dan pembatalan percuma.
  • Alamat: No. 28, Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, 11920 Penang
  • Harga: $$ - daripada RM219 seorang

17. Hard Rock Hotel Desaru Coast

hard rock Desaru staycation weekend getaway
Photo Credit: @agnesxuan95 (Instagram)
hard rock Desaru staycation weekend getaway
Photo Credit: @sintong_tan (Instagram)
Pilih penginapan yang takkan dilupakan di Pantai Desaru, Johor! Hard Rock Hotel Desaru adalah sebuah hotel mewah dan meriah, khas untuk percutian anda. Tetamu boleh bersantai di tepi kolam sambil menikmati hidangan Mexico atau berendam di dalam air sambil menikmati sistem bunyi bawah air di hotel ini.
hard rock Desaru staycation weekend getaway
Photo Credit: @eunice_chicvogue (Instagram)
  • Alamat: Jalan Pantai 3, Desaru Coast, Bandar Penawar, 81930 Johor

Inspirasi percutian anda yang lain!

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu