5 Cara Paling Mudah Masuk Singapura Dari Johor Bahru (Sesuai Untuk Day Trip)!

Aqalili Azizan
Aqalili Azizan
Last updated 12 Ogs 2025
more
6 Cara Masuk ke Singapura dari Johor Bahru hijab girls at singapore landmark klook my

Jom Masuk Singapura Tanpa Stress!

hijab girl in sentosa singapore aqalili azizan klook my
Kredit Foto: @aqaliliazizan
Tengah plan nak ke Singapura dari Johor Bahru? Tak kisahlah sama ada nak buat day trip atau short getaway, ada banyak cara mudah dan selesa untuk cross border JB to SG ni.
Jom tengok 5 cara paling popular untuk masuk ke Singapura dari Johor Bahru! 😍

Sebelum Masuk Singapura dari Malaysia, Pastikan Buat Ini Dulu!

Tak kisah anda masuk Singapura melalui darat atau penerbangan, wajib isi Kad Ketibaan SG (SG Arrival Card) sebelum melepasi imigresen.
Lepas dah apply dan approve, pastikan tangkap layar atau buka QR code untuk memastikan perjalanan masuk ke Singapura dari Malaysia smooth!
Ringkasan 5 Cara Paling Mudah Masuk Singapura Dari Johor Bahru Klook MY
Ringkasan untuk blog ini!

1. Naik Bas dari Johor Bahru ke Singapura

SBS Transit Bus Singapore - Dave Kim on Unsplash
@rickkee.lee Cara-cara nak naik bus masuk ke singapore melalui jb. Sekiranya video ini membantu korang tolong share #shouldbeme #share #johorbahru #singapore #bus #travel #fyp #viral ♬ Echo Sax End - Caleb Arredondo
Banyak syarikat bas sediakan servis dari Larkin atau JB Sentral ke terminal macam Kranji, Queen Street, dan Woodlands. Antara bas popular adalah:
Tambang bas bermula dari RM2, kalau balik dari Singapura, tambang jadi dalam SGD tau. Akan jadi lebih kurang RM9 macam tu.
Kalau anda book je terus dekat Klook, tak payah pening-pening fasal exchange rate dah.
💡Tip Klook: Siap sedia untuk tunggu lama masa peak hour sebab barisan di imigresen agak panjang masa tu tau!

Nak pergi ke destinasi yang spesifik dari Singapura ke Malaysia? Tengok ini!

2. KTM Shuttle Tebrau

@aqaliliazizan How to enter Singapore from JB by train? KTM Shuttle Tebrau FTW! If I’m planning to go to Singapore from Johor Bahru, I’ll definitely use this method again. By the way, it’s best to download the KTM app on your phone and buy the train ticket online in advance. Travel worry-free with your transportation sorted! SAVE THIS POST for your future references. #traveltiktok #traveltok #jbtosg🇸🇬🇲🇾 #singaporetrain #aqaescape #jbtosg #ktmb ♬ Walking Around - Instrumental Version - Eldar Kedem
Nak elak jam dekat checkpoint? KTM Shuttle Tebrau dari JB Sentral ke Woodlands Train Checkpoint ni antara pilihan paling convenient!
Perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands CIQ ambil masa dalam 5 minit sahaja, laju kan?
Tapi kena book cepat sebab ada lebih kurang 18 trip sehari yang bermula dari pukul 5AM dan train terakhir dalam pukul 10.45PM.
💡Tip Klook: Tiket cepat habis dan terhad, jadi beli awal dekat aplikasi atau website KTM!

3. Sewa Kereta ke Singapura

car rental jb to sg klookmy
Kredit Foto: Art Markiv di Unsplash
@rickkee.lee Ni cara nak bawak kereta masuk sg first kene ada autopass dan ERP- tol mcm malaysia but pakai alat mcm smart tag. If weekend ERP tak kene charge hanya charge autopass #sg #jb #border #custom #travel ♬ original sound - Rickkee.lee
Sewa kereta di Johor adalah satu pilihan yang berbaloi bila anda travel ramai-ramai atau bawa orang tua atau anak-anak.
Paling best sebab anda ada kebebasan nak berhenti ikut suka sepanjang perjalanan!
Tapi jangan lupa, sebelum bawa kereta sewa dari Johor Bahru ke Singapura, pastikan ada Kad Autopass dan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).
Kad Autopass tu sangat penting untuk bayar parking, tol dan akses ke tempat tertentu. VEP kena buat lagi-lagi kalau kereta tu pertama kali nak masuk Singapura.
Masa apply tu pastikan lesen kereta, cukai jalan dan insurans kenderaan masih sah!
Lepas dah dapat semua tu, boleh lah masuk Singapura dari Johor Bahru dengan tenang dan memandu mengikut peraturan lalu lintas di sana.

Senang sahaja nak sewa kereta di Klook:

4. Private Car Charter dari Johor ke Singapura

Nak cara paling stress-free masuk Singapura? Private car charter lah jawapan dia!
Dah siap dengan driver, terus pick-up dari hotel JB terus ke destinasi dalam Singapura.
Tak perlu turun untuk urusan imigresen, duduk dalam kereta sahaja.
Memang memudahkan kalau travel dengan anak kecil dan orang tua, dan boleh terus siap-siap tempah private transfer dekat Klook!

Ni list private car charter dari Johor Bahru to Singapura di Klook:

5. Rapid Transit System Link (RTS Link) [AKAN DATANG]

RTS Link klook my
Kredit Foto: MRT Corp
Kalau korang plan nak ke Singapura pada tahun 2026, lepas RTS Link siap, ini mungkin jadi pilihan paling cepat dan efisien!
RTS Link akan menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands North, Singapura dalam hanya 6 minit saja.
💡 Tip Klook: Untuk sekarang, boleh guna KTM, kereta sewa, private car charter dan bas sebagai alternatif ya!

Bonus: Masuk ke Singapura Melalui Penerbangan dari Kuala Lumpur!

Rain Vortex di Lapangan Terbang Jewel Changi Klook my
Kredit Foto: Singapore Tourism Information Hub
Penerbangan dari Kuala Lumpur dan beberapa destinasi di Semenanjung Malaysia ke Lapangan Terbang Jewel Changi, Singapura biasanya mengambil masa sekitar satu jam. Cepat kan?
Nak lagi memudahkan perjalanan anda semasa percutian, ada dua cara mudah kalau berangkat dari hotel di Kuala Lumpur:
📲 Akses Internet 📲
🔥Aktiviti Popular di Singapura 🔥
🚃Pengangkutan di Singapura 🚃

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

📲 Semua Dalam Satu Aplikasi!

Plan trip ke Singapura korang dari A-Z dalam satu app je—dari tiket, pengangkutan, data, sampai ke insurans. Mudah kan?

Dah Sampai Singapura? Jom Book Aktiviti Best Kat Sini!

Tempah aktiviti Singapura kat Klook sekarang:

Jom Klook bagi inspirasi travel ke Singapura untuk korang!

Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲

more