Jumlah pembayaran bagi setiap unit (ctg. Dewasa, Kanak-kanak, dsb.) dinyatakan di dalam butiran tempahan. Jumlah diskaun bagi sebarang kod promosi atau kredit yang digunakan untuk membuat tempahan turut dipaparkan, dan Klook akan membayar balik jumlah selepas diskaun bagi setiap unit. Sila ambil maklum bahawa sebarang kod promosi yang digunakan tidak boleh dikembalikan ke akaun anda, kecuali kod promosi daripada Pakej Jimat yang mempunyai polisi yang membenarkan kod promosi dikembalikan. Bagi tambahan atau naik taraf lain, sila semak polisi bayaran balik yang berasingan untuk item tersebut.