Mengapa saya tidak memperoleh KlookCash untuk ulasan saya?
Ulasan anda tidak akan mendapat KlookCash jika:
- Anda telah menghantar 10 ulasan bulan ini
- Tempahan telah dibatalkan atau dikembalikan bayaran
- Kos tiket adalah HKD38 (kira-kira USD5) atau kurang, termasuk tempahan percuma
- Anda telah pun mengulas aktiviti yang sama untuk lawatan lain dalam bulan yang sama (hanya ulasan pertama yang layak mendapat KlookCash)
- Aktiviti tersebut sudah mempunyai 100 atau lebih ulasan yang layak mendapat KlookCash
- Ia adalah tempahan penerbangan atau Kereta Api Kelajuan Tinggi Hong Kong
- Ulasan anda tidak memenuhi syarat bilangan karakter minimum atau keperluan foto
Jika tiada satu pun daripada ini yang berkenaan dan anda masih belum menerima KlookCash anda, sila hubungi Khidmat Pelanggan Klook. Untuk butiran lengkap, sila rujuk Terma & Syarat kami.