9000+ orang berminat
18 Dec(Jum) - 21 Dec(Isn)
Lokasi:IOI Grand Exhibition & Convention Centre
IOI Grand Exhibition & Convention Centre, 2AT-3A, Level 3
Foto



Maklumat tiket
BOBOIBOY LIVE SHOW: MISI REKRUT TAPOPS
- Klook adalah Rakan Tiket Eksklusif untuk BOBOIBOY LIVE SHOW: MISI REKRUT TAPOPS di Malaysia yang akan berlangsung pada 18, 19, 20, 21 Disember 2026 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall.
- Dimaklumkan bahawa BOBOIBOY LIVE SHOW: MISI REKRUT TAPOPS akan dipersembahkan dalam Bahasa Melayu.
- Tiket boleh didapati melalui Aplikasi Klook dan Web. Pastikan Aplikasi Klook dikemas kini ke versi terkini (7.43.1)
- Tiket mula dijual pada 1 Oktober 2026, jam 8 malam (MYT)!
Pilihan tiket
Mengenai acara
Sertai kami pada 18, 19, 20, 21 Disember 2026 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre untuk BOBOIBOY LIVE SHOW: MISI REKRUT TAPOPS
Klook berbangga sebagai Rakan Tiket Eksklusif untuk Persembahan ini!
Maklumat Berkaitan Tiket
Tiket VIP Disertakan dengan 1 x Jam Tangan Eksklusif Projektor BoBoiBoy dan 1 x Kad VIP Eksklusif TAPOPS BoBoiBoy.
CAT 1 Tiket sahaja
CAT 2 Tiket sahaja
Pembelian tiket dihadkan kepada 10 unit/seorang.
Barangan eksklusif tidak disertakan untuk tiket VIP Rakan Kongsi/Kempen.
Item a la carte untuk Tempahan Awal
- Penganjur berhak untuk menukar watak yang menyertai tanpa notis terlebih dahulu.
- Jam Tangan Projektor BoBoiBoy Eksklusif berharga RM28 setiap unit
Harga Tiket Persembahan Langsung
*Harga tiket sudah termasuk cukai yang berkenaan.
VIP: RM168
CAT 1: RM98
CAT 2: RM78
Polisi acara
Tanpa Pilihan Tempat Duduk
- Sila ambil perhatian terhadap perkara berikut sebelum menempah tiket anda:
- Tempat duduk akan diperuntukkan secara automatik oleh sistem tiket berdasarkan ketersediaan semasa pembelian.
- Bagi tempahan tiket yang melebihi seorang, tempat duduk bersebelahan atau dalam baris yang sama tidak dijamin mengikut ketersediaan semasa pembelian.
- Sekiranya tempat duduk yang tinggal dalam baris yang sama tidak mencukupi, tempat duduk mungkin akan diperuntukkan merentasi baris yang berlainan.
- Pembeli yang ingin duduk kebersebelahan digalakkan membeli tiket dalam satu tempahan untuk meningkatkan kemungkinan mendapat tempat duduk bersebelahan. Walau bagaimanapun, tempat duduk bersama tidak dijamin dan permintaan untuk menukar tempat duduk tidak akan dilayan.
Terma & Syarat
- Kemasukan seorang individu sahaja.
- Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun boleh masuk percuma (FOC) tetapi tidak akan diperuntuk tempat duduk dan mesti duduk di atas pangkuan ibu bapa/penjaga. Pengesahan umur mengikut MyKid adalah diwajibkan sebelum masuk ke dalam ruang persembahan.
- Setiap orang dihadkan kepada pembelian maksimum 10 tiket.
- Tempat duduk akan ditetapkan semasa pembelian tiket yang diperuntuk oleh sistem tiket. Pemegang tiket mesti duduk mengikuti nombor tempat duduk yang tercatat pada tiket mereka.
- Tempoh setiap persembahan adalah lebih kurang 60 minit.
- Tiket hanya sah untuk tarikh dan sesi persembahan yang tercatat pada tiket. Tiket tidak boleh digunakan untuk tarikh atau sesi lain.
- Tiket tidak boleh dikembalikan atau ditukar setelah dibeli.
- E-tiket anda hendaklah disimpan bersama anda pada setiap masa dan ditunjukkan apabila diminta oleh kakitangan tempat acara. Pengesahan identiti pemegang tiket mungkin diminta di pintu masuk.
- Kod QR yang hilang atau digandakan tidak akan dikeluarkan semula; penganjur tidak bertanggungjawab atas penggunaan tanpa kebenaran.
- Pihak pengurusan berhak melarang kemasukan pemegang tiket yang lewat sehingga masa persembahan yang sesuai untuk mengelakkan sebarang pergangguan.
- Pintu tempat acara akan dibuka 45 minit sebelum persembahan bermula.
- Hanya makanan dan minuman yang dibeli di dalam tempat acara dibenarkan.
- Sebarang penggambaran foto atau rakaman video tidak dibenarkan semasa persembahan. Penggunaan kamera profesional, peralatan rakaman, dan lampu kilat kamera adalah dilarang sepenuhnya.
- Penganjur berhak membuat perubahan kepada jadual, pelakon, atau susunan program persembahan tanpa notis terlebih dahulu.
- Pemegang tiket mesti mematuhi peraturan dalaman dan arahan keselamatan tempat acara (IOI Grand Exhibition & Convention Centre) pada setiap masa.
- Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan, atau kecederaan yang dialami semasa acara berlangsung, kecuali disebabkan oleh kecuaian penganjur.
- Dengan memasuki tempat acara, pemegang tiket bersetuju untuk digambar/dirakam bagi tujuan promosi.
- Pihak pengurusan berhak menolak kemasukan atau mengeluarkan mana-mana individu yang berkelakuan tidak sopan, mengganggu, atau tidak selamat.
- Penganjur berhak meminda Terma & Syarat ini tanpa notis terlebih dahulu.
฿ 646 - 1,622
Tempat duduk yang disyorkan
E-tiket
Kemasukan baucar mudah alih atau bercetak
Pengesahan segera
No cancellation allowed