7 Taman Permainan Indoor Terbaik dan Aktiviti Menarik untuk Kanak-Kanak Di Johor Bahru 2021

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 21 Ogs 2023
-

Masa bermain untuk si kecil!

Utopia Jungle World best indoor playground in Johor Bahru
๐Ÿ“ Utopia Jungle World
Kiddytopia Mid Valley Southkey best indoor playground in Johor Bahru
๐Ÿ“ Kiddytopia
Sudah tiba masanya untuk bawa anak-anak keluar berseronok di luar rumah, sama ada pada hujung minggu atau cuti sekolah yang akan datang. Kami telah menyusun senarai aktiviti terbaik untuk kanak-kanak serta taman permainan indoor di JB yang bukan sahaja terdiri daripada papan gelongsor berwarna-warni bahkan permainan yang mesra keluarga. Anak-anak anda boleh melawat sambil merasai pengembaraan yang mengujakan!

7 Taman permainan indoor terbaik & aktiviti kanak-kanak di JB

1. FANPEKKA oleh Aeon Fantasy

FANPEKKA by Aeon Fantasy best indoor playground in Johor Bahru
Photo Credit: @ctalyah (Instagram)
FANPEKKA by Aeon Fantasy best indoor playground in JB
Photo Credit: @nurhalizaabbyna (Instagram)
Taman permainan dalam bangunan FANPEKKA yang terletak di AEON yang berhampiran sahaja dengan LEGOLAND Malaysia yang terkenal. Taman permainan ini merupakan sebuah tempat ajaib untuk anak-anak muda. Taman tema yang besar berasaskan konsep daripada Finland ini menampilkan zon bertemakan fantasi, laluan berhalangan, aktiviti role-playing dan banyak lagi.
FANPEKKA by Aeon Fantasy best indoor playground in Johor Bahru
FANPEKKA by Aeon Fantasy best indoor playground in JB
Photo Credit: @nurhalizaabbyna (Instagram)
Taman permainan ini dibina sebagai taman tema berpendidikan dan direka khas untuk permainan menyelesaikan masalah, pembelajaran dan meningkatkan kemahiran komunikasi. Anak-anak anda boleh bermain sambil belajar di sini!
  • Alamat: AEON Mall Tebrau City, Persiaran Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
  • Waktu buka: 10am โ€“ 10pm, buka setiap hari

2. Utopia Jungle World

Utopia Jungle World best indoor playground in JB
Utopia Jungle World best indoor playground in JB
Semuanya menyeronokkan di alam haiwan Utopia Jungle World ini, taman permainan yang berwarna-warni dengan pelbagai zon permainan yang menarik untuk anak-anak bermain.ย Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk menganjurkan parti hari jadi atau meraikan sebarang majlis khas. Malah, terdapat pentas yang disediakan untuk aktiviti dan persembahan.
Utopia Jungle World best indoor playground in Johor Bahru
Utopia Jungle World best indoor playground in Johor Bahru
Banyak yang boleh diterokai oleh si kecil di sini, seperti Nature's Beach, Bricks World, Bumper Car, Adventure Pool dan banyak lagi! Ibu bapa juga boleh menyertainya (masuk adalah percuma untuk orang dewasa!), anda dapat menjalinkan hubungan dengan anak-anak anda sepanjang aktiviti ini.
  • Alamat: Paradigm Mall JB, 1F13-13A, Jalan Bertingkat Skudai, 81200 Johor Bahru, Johor
  • Waktu buka: 10am โ€“ 10pm, buka setiap hari

3. Meeraland

Meeraland Tesco Extra Plentong best indoor playground in JB
Meeraland Tesco Extra Plentong best indoor playground in JB
Bawa anak-anak anda ke Meeraland, taman permainan dalam bangunan yang luas, terletak di Lotus Plentong (sebelum ini Tesco Extra Plentong), sambil anda pergi membeli-belah dengan tenang. Taman permainan yang paling berpatutan dalam senarai ini - kemasukan adalah RM15 setiap kanak-kanak dan percuma untuk orang dewasa!
Meeraland Lotus's Plentong best indoor playground in JB
Meeraland Lotus's Plentong best indoor playground in JB
Dengan ruang yang luas untuk mereka berlari, Meeraland sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sentiasa aktif. Terdapat tarikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain, seperti dinding panjat batu dan trampolin, serta kedai makan mini untuk mendapatkan tenaga di antara permainan.
  • Alamat: F-45, Tingkat 1, Lotus Plentong, Lot 34, Jalan Masai Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor
  • Waktu buka: 10am โ€“ 10pm, buka setiap hari

4. Kiddytopia

Kiddytopia Mid Valley Southkey best indoor playground in JB
Photo Credit: @shinwin1212 (Instagram)
Kiddytopia Mid Valley Southkey best indoor playground in Johor Bahru
Masuki alam keseronokan dan permainan berwarna-warni di Kiddytopia, sebuah taman permainan mesra keluarga di Mid Valley Southkey. Ruang yang meriah dipenuhi dengan mainan yang menarik dan menyeronokkan, serta tarikan yang boleh diterokai oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Permainan kegemaran pilihan kami adalah gelongsor lingkaran dan gelongsor pelangi!
Kiddytopia Mid Valley Southkey best indoor playground in JB
Photo Credit: @shinwin1212 (Instagram)
Kiddytopia Mid Valley Southkey best indoor playground in Johor Bahru
Kakitangan yang mesra sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang bantuan yang anda perlukan dan terdapat juga ruang kerja yang selesa dengan WiFi percuma di sini. Rasa lapar? Kami dengar kafe mini di taman permainan ini menyajikan kopi yang enak dan makanan yang lazat!
  • Alamat: TM-042 & 043, Tingkat 4, Mid Valley, Persiaran Southkey 1, Southkey, 81100 Johor Bahru, Johor
  • Waktu buka: 10 pagi โ€“ 10 malam, buka setiap hari

5. Pusat Hiburan Mollyfantasy

Mollyfantasy Amusement Centre best arcade playground in Johor Bahru
Mollyfantasy Amusement Centre best arcade playground in JB
Photo Credit: @jujuminhad (Instagram)
Jika anak-anak anda peminat permainan arked, maka Mollyfantasy ialah tempat yang wajib dikunjungi. Pusat hiburan yang berasal dari Jepun ini menyediakan ruang didik hibur dalam bangunan dan taman permainan yang menarik untuk kanak-kanak (dan sesiapa sahaja dari semua peringkat umur!) juga terdapat lebih daripada 5 cawangan di seluruh Johor Bahru.
Mollyfantasy Amusement Centre best arcade playground in JB
Photo Credit: @jujuminhad (Instagram)
Mollyfantasy Amusement Centre best arcade playground in Johor Bahru
Setiap cawangan Mollyfantasy dilengkapi dengan permainan arked yang sesuai untuk kanak-kanak, termasuk hoki udara, tarian, whack-a-mole, perlumbaan dan banyak lagi! Cawangan terpilih juga termasuk taman permainan dalam bangunan mini untuk kanak-kanak bersuka-ria.
  • Outlet: AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, AEON Bandar Dato' Onn, Paradigm Mall JB, Johor Bahru City Square, AEON Permas Jaya, AEON Mall Kulai Jaya, Batu Pahat Mall

6. The Parenthood

The Parenthood best indoor playground in Johor Bahru
Photo Credit: @princessmeenie (Instagram)
The Parenthood best indoor playground in JB
Photo Credit: @wahid4a_ (Instagram)
Tunaikan hajat putera dan puteri kecil anda merealisasikan impian fantasi mereka semasa melangkah ke alam ajaib istana ini. The Parenthood ialah taman permainan dalam bangunan bertemakan jalanan London dengan struktur taman permainan seperti istana, sesuai untuk anak-anak kecil meneroka dan memerintah kerajaan mereka sendiri.
The Parenthood best indoor playground in JB
Photo Credit: @lyn_lemonsister (Instagram)
The Parenthood best indoor playground in Johor Bahru
The Parenthood juga direka bentuk untuk menjadi hab sehenti yang menyediakan aktiviti didik hibur untuk seisi keluarga. Berehatlah di salah satu kafe di sini sambil anak-anak meneroka gelongsor berwarna-warni, lubang bola, trampolin mini dan banyak lagi. Mereka juga boleh bergiat aktif di gim yang mesra kanak-kanak, dengan peralatan yang dibuat khas untuk anak-anak kecil!
  • Alamat: Lot L2.52, L3.02 & L3.03, Pusat Beli-belah TOPPEN, No. 33, Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
  • Waktu buka: 10am โ€“ 10pm, buka setiap hari

7. Laser Battle

Laser Battle Johor best laser tag game in JB
Laser Battle Johor best kids activity in JB
Photo Credit: @laser_battle (Instagram)
Bawa anak-anak anda dan terus beraksi di Laser Battle Johor, pusat tembak laser terbesar di Asia Tenggara. Menjangkau lebih 5000 kaki persegi, seisi keluarga boleh menikmati lebih 55 pilihan mod permainan taktikal dan interaktif terkini di arena besar ini.
Laser Battle Johor best kids activity in JB
Laser Battle Johor best kids activity in Johor Bahru
Photo Credit: @marcodegroen (Instagram)
Anak-anak kecil pasti akan menikmati setiap sesi yang mendebarkan, kerana mereka menyelami suasana seperti filem aksi bersama peralatan terkemuka dan kesan khas. Laser Battle juga sesuai untuk permainan berpasukan, jadi anda juga boleh merancang percutian hari lahir anak anda yang seterusnya di sini bersama rakan-rakan!
  • Alamat: Lot MS-11, Johor Bahru City Square, 108, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
  • Waktu buka: 2pm โ€“ 6pm, tutup pada hari Isnin dan Selasa

Lihat aktiviti mesra keluarga lain di JB!

๐Ÿ’ก Petua Klook ๐Ÿ’กMuat turun aplikasi Klook sekarang untuk mendapatkan maklumat tawaran pelancongan yang terkini dan terbaik khas untuk anda! Anda juga akan mendapat diskaun 5% untuk tempahan aplikasi pertama anda apabila menggunakan kod promosi <BETTERONAPP>. Terma dan syarat dikenakan.
Tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store. Sudah ada pada peranti mudah alih anda? Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu