Nights of Fright 9: Festival Paling Seram Kembali Lagi di Sunway Lagoon pada September 2023!

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 26 Mac 2024
Nights of Fright 9 at Sunway Lagoon Halloween event

Sedia untuk menjerit sekuat hati sempena Halloween ini? ๐Ÿ‘ป

Nights of Fright 9 at Sunway Lagoon
sunway lagoon nights of fright 9 halloween 2023
Masanya akan tiba, tak lama lagi - Edisi Halloween tahunan Sunway Lagoon akan kembali pada 2023! Buat tahun yang ke-9, Nights of Fright 9 ini merupakan acara paling seram yang dah menang anugerah dan akan buat anda terpaksa untuk hadapi ketakutan masuk ke rumah hantu, zon seram, permainan yang mengerunkan dan pertunjukan yang immersive dan akan membuatkan adrenalin anda bergelora sepanjang malam ๐Ÿ˜ฑ
Masih ada beberapa bulan lagi sebelum musim Halloween tiba dan tak lama lagi akan melangkah ke bulan Oktober! ๐ŸŽƒ Walaupun masih tak banyak maklumat yang telah dikeluarkan tentang Nights of Fright 9, inilah perkara yang kami tahu tentang aktiviti ini.
[๐Ÿšจ Tawaran Harga Early Bird ๐Ÿšจ] Jimat 8% untuk tiket kemasukan ke Nights of Fright 9 dengan membeli tiket awal! Boleh dapatkan dari sekarang sehingga 31 Julai 2023, tiket hanya berharga RM118 sahaja. Cepat dapatkan sekarang! โšก๏ธ
๐Ÿ’ก Tip Klook ๐Ÿ’ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ

Bila Nights of Fright 9 akan berlangsung?

Sunway Lagoon Nights of Fright 9 ticket date price
Nights of Fright 9 dijadualkan bermula setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad sepanjang bulan Oktober! Malam tayangan perdana akan berlangsung pada 29 September (Jumaat) dan taman akan membuka pintunya kepada pengunjung setiap Jumaat - Ahad dalam bulan Oktober. Bagi malam kengerian terakhir, ia akan diadakan pada malam Halloween sendiri - 31 Oktober 2023 (Selasa).
๐Ÿ“† Tarikh: setiap Jumaat - Ahad (29 Sept - 29 Okt), Selasa (31 Okt)
โฐ Masa: 7.30PM - 11.30PM
๐ŸŽŸ Harga: RM118 RM128 (termasuk door gift) *harga early bird
๐Ÿ“ Alamat: Sunway Lagoon, 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Apa yang boleh dijangka pada malam Nights of Fright 9 di Sunway Lagoon?

What to expect at Sunway Lagoon's Nights of Fright 9
All you need to know about Sunway Lagoon NoF 9
Siap sedia untuk rasa takut dan seram! ๐Ÿ‘ป Edisi Nights of Fright tahun ini akan ada 8 rumah berhantu, 1 teater berhantu, 2 kawasan seram, 11 permainan yang mendebarkan, dan 2 pertunjukan, semuanya direka untuk membuat jantung anda berdegup kencang. Sunway Lagoon akan berubah menjadi satu tempat yang sangat menyeramkan, di mana anda akan berjalan bersebelahan dengan roh-roh seram, iblis, zombi, badut, dan juga watak-watak popular daripada filem seram kegemaran anda!
Nights of Fright 8 at Sunway Lagoon things to do this Halloween in Malaysia 2022
Kami dah pergi ke Nights of Fright 8 tahun lepas yang mana ada rumah berhantu dengan tema-tema yang sangat menyeramkan - dari Blood Shed iaitu kegemaran ramai yang boleh buat anda mimpi ngeri, hingga kelab gusti mengerunkan yang dinaiktaraf ke UV3D. Beberapa permainan dan tarikan di Sunway Lagoon juga akan dibuka pada waktu malam sekiranya anda nak lakukan aktiviti yang menyeronokkan selepas lawatan ke rumah-rumah berhantu - termasuklah Grand Canyon River Rapids, carousel, fun fair, pirate ship, dan banyak lagi!
Pastikan anda juga semak jadual event ini setelah dikeluarkan supaya anda tak terlepas pertunjukan menarik yang akan berlangsung pada waktu-waktu tertentu sepanjang malam!

Siapa boleh masuk ke Nights of Fright 9?

Nights of Fright 8 at Sunway Lagoon halloween event in Malaysia 2022
Nights of Fright 9 adalah eksklusif untuk pengunjung berumur 13 tahun ke atas sahaja.
Pengunjung perlu membeli tiket khas ke Nights of Fright 9 kerana pas biasa Sunway Lagoon tidak termasuk dengan kemasukan pada waktu malam. Sila ambil perhatian bahawa Sunway Night Park juga tidak akan beroperasi semasa Nights of Fright 9 berlangsung.

Berapa harga tiket?

Untuk dapatkan kemasukan ke event Halloween ini, tempah tiket anda di Klook yang termasuk door gift yang menyeramkan. Ini adalah senarai harganya:
  • Harga early bird [berakhir 31 Julai]: RM118
  • Harga tiket masuk: RM128
  • Harga tiket Xpress Lane: TBC
Tip Klook: Tiket yang tersedia untuk event ini adalah terhad setiap hari, dan kami sangat mengesyorkan untuk anda beli lebih awal supaya tidak terlepas!

Macam mana nak ke Sunway Lagoon

Nights of Fright 9 at Sunway Lagoon halloween event in Malaysia 2023
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Dengan kereta ๐Ÿš—

Untuk ke Sunway Lagoon dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Federal Highway, Damansara-Puchong Expressway, New Pantai Expressway atau KESAS Highway. Tempat letak kereta disediakan di Sunway Pyramid Shopping Mall dan Sunway Resort Hotel & Spa.

Dengan bas ๐ŸšŽ

Naik keretapi KTM ke stesen Setia Jaya, jalan selama 5 minit ke BRT (Bus Rapid Transit) dan naik bas ke stesen Sunway Lagoon. Sebagai alternatif, anda juga boleh naik bas U63 atau U67 dari KL Sentral turun di Sunway Pyramid.

Dengan shuttle bus ๐ŸšŒ

Ada servis shuttle bus percuma yang akan lalu setiap 25 minit dalam kawasan Sunway City. Tempat hentian shuttle bas: Sunway Pyramid Hotel, Sunway Resort and Spa, Sunway Lagoon Entrance, Sun-U Residence, Sunway Medical Centre, Menara Sunway, Sunway University College, Monash University Sunway Campus, Sunway Pyramid Shopping Shopping Mall.

Tak sabar menunggu Halloween? ๐ŸŽƒ

Kami pun sama! Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nights of Fright 9 dalam minggu-minggu yang akan datang. Sementara itu, anda boleh rancang lawatan ke Sunway Lagoon terlebih dahulu, atau dapatkan rasa suasana taman tema pada waktu malam dengan lawatan ke Sunway Night Park!
๐Ÿ’ก Tip Klook ๐Ÿ’ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu