Restoran Berputar ORBIT di Menara KL: Nikmati hidangan bufet dengan pemandangan indah di Restoran Berputar Menara KL

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Mac 2024
more
restoran berputar atmosphere 360 menara kl kl tower

Photo Credit: @i.am.govind (left)

Nikmati pengalaman bufet mewah di Restoran Berputar ORBIT KL!

BM Orbit KL Tower
ARAS Revolving Restaurant kl tower review price
Photo Credit: @janice.jein (Instagram)
Panorama indah Kuala Lumpur dengan langit biru terbentang luas yang bertukar menjadi malam gemerlapan. Di Restoran Berputar ORBIT KL, anda dan orang tersayang boleh rasakan keindahan ini sambil menikmati hidangan yang enak dan muzik live yang merdu.
atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @missqasehputeri (Instagram)
Terletak di ketinggian 282m, Restoran Berputar ORBIT merupakan restoran moden dan elegan yang terletak di Menara KL di mana ia menawarkan panorama langit 360 darjah di sekeliling anda. Nikmati makan malam cara baru di sini dengan pengalaman unik di restoran paling tinggi di Malaysia.

Bufet makan tengahari dan malam di Restoran Berputar ORBIT Menara KL

BM Orbit KL Tower
atmosphere 360 kl tower review price
ORBIT menyediakan makan tengahari dan malam yang enak di Menara KL. Daripada hidangan Barat kepada masakan tempatan, tempat ini menghidangkan menu bufet, hidangan à la carte dan pelbagai minuman yang menyegarkan!
atmosphere 360 kl tower review price
Pada ketika ini, restoran ini menyediakan pelbagai pilihan bufet untuk makan tengah hari dengan pembuka selera, pelbagai jenis sup, kuih, mi, hidangan utama bagi pilihan hidangan tempatan dan juga pencuci mulut. Dapatkan butiran menu terbarunya di Klook.

Minum petang di Restoran Berputar ORBIT, Menara KL

atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @farahdinana (Instagram)
Anda nak minum petang (high tea) sambil beborak-borak bersama rakan-rakan dan keluarga? Anda boleh pergi ke Restoran Berputar ORBIT di Menara KL! Anda pasti akan seronok rasakan pengalaman minum petang dengan pemandangan Kuala Lumpur yang cantik di restoran berputar ini. Bayaran tambahan dikenakan untuk tempat duduk bertingkap dan tertakluk kepada kekosongan disebabkan permintaan yang tinggi.
BM Orbit KL Tower
Bagi peminat minum petang, tak dinafikan ini merupakan tempat yang wajib anda kunjungi di Kuala Lumpur. Tempah minum petang anda hanya pada harga RM99 seorang di Klook.
Menara KL juga menawarkan pakej hiasan meja. Nikmati makan malam dengan perhiasan meja yang elegan, kek yang enak bersama jambakan bunga. Sesuai untuk sambut ulang-tahun atau hari istimewa dengan orang tersayang!

Harga pakej & menu

Tempah pengalaman yang tak dapat dilupakan di Restoran Berputar ORBIT Menara KL di Klook untuk nikmati diskaun eksklusif! 
Restoran Berputar ORBIT menukar menu hidangan bufet mereka setiap bulan. Ketika ini, tempat ini menawarkan pilihan bufet penuh untuk makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Kategori/Harga

Adult

Child

Senior

Hi Tea (Weekday)

RM99

RM49

RM69

Hi Tea (Weekend & Public Holiday)

RM119

RM69

RM89

Lunch (Weekday)

RM169

RM109

RM119

Lunch (Weekend & Public Holiday)

RM189

RM119

RM139

Dinner (Weekday)

RM219

RM129

RM149

Dinner (Weekend & Public Holiday)

RM269

RM159

RM189

Sila ambil maklum bahawa restoran ini kerap mengemas kini pilihan hidangan bufet mereka! Buat masa ini, mereka menawarkan bufet penuh untuk makan tengah hari, hi-tea dan makan malam. Nak tahu menu terkini mereka? Semak saja di Klook! Pilih pilihan bufet yang diinginkan, kemudian skrol ke bawah ke bahagian 'Butiran Pakej' dan klik pautan menu tersebut.

Waktu operasi

atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @imaanrhine (Instagram)
Waktu terbaik untuk anda kunjungi adalah pada hari bekerja di mana ia mungkin tak begitu sesak. Ia memberi anda lebih privasi untuk anda nikmati hidangan anda dan mendapatkan tempat duduk bertingkap tanpa tempahan awal! Dengan pemandangan indah, hidangan makan tengah atau minum petang di sini pasti menawarkan pengalaman mewah kepada anda, namun kami mencadangkan anda mencuba pengalaman makan malam!
atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @babyshing18 (Instagram)
atmosphere 360 kl tower review price
Photo Credit: @wanyee_yap (Instagram)
Hayati matahari terbenam dari langit dan selami suasana Kuala Lumpur yang bertukar malam dengan cahaya langit yang gemerlapan. Suasana seperti di angkasa lepas yang tenang di restoran dihiasi cahaya lampu-lampu yang menawan pasti memberikan pengalaman yang indah.

Kod pakaian

BM Orbit KL Tower
Oleh sebab Restoran Berputar ORBIT Menara KL adalah tempat makan elegan, anda dinasihati untuk memakai pakaian yang sesuai. Suasana restoran ini amat indah dan anda pasti ingin memakai pakaian yang bergaya untuk bergambar di menara ini! Kami mencadangkan anda memakai pakaian kasual kemas menawan. Jadi pakaian seperti seluar pendek, singlet, selipar dan pakaian koyak TIDAK dibenarkan di restoran ini.

Cara untuk pergi ke sini

atmosphere 360 kl tower review price
Terletak di Menara KL, Restoran Berputar ARAS terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tempat letak kereta disediakan bagi yang memandu. Bagi pengangkutan awam, anda boleh menaiki LRT atau monorel di mana anda boleh berjalan kaki dari stesen LRT Dang Wangi dan stesen Monorel Bukit Nenas. Jika anda ingin menaiki bas, anda boleh menaiki Bas Go KL City mengikut laluan Ungu yang akan menurunkan anda berdekatan dengan menara ini.

Tawaran restoran dan makanan di Klook!


Apa itu Klook? 🤳🏻

klook kod promo pengguna baru
Korang pertama kali dengar pasal Klook app? Berita baik! Kami ada diskaun 5% untuk tempahan pertama anda. Pastikan anda dah download Klook app terlebih dahulu, daftar dan tebus kod promo BETTERONAPP! Tunggu apa lagi, jom mengembara bersama Klook sekarang!
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 10% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <NEWPLAY10>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
more