Dah tak ada idea nak masak untuk iftar? Buka puasa dengan promosi bufet Ramadan yang best!
Salam Ramadhan semua! Tak sangka Ramadhan 2026 dah tiba, cepat kan masa berlalu? Haa, korang dah boleh mula rancang tempat nak buka puasa tau. Tak boleh lambat-lambat, tahu tahu nanti dah habis puasa... Jom luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan sambil nikmati juadah berbuka puasa di bufet Ramadan hotel yang lazat tak terhingga!
Sama ada korang nak hidangan tempatan atau mewah untuk iftar tahun ini, hotel-hotel di KL & Selangor ada tawarkan bufet Ramadan eksklusif untuk memenuhi citarasa korang! Tengok senarai bufet hotel terbaik dan restoran halal di KL & Selangor untuk anda berbuka puasa Ramadan tahun ini.
Tahun ni, kita sambut Raya dengan JOY! 🌟
Pasti ramai yang dah sibuk buat persiapan untuk Raya bila masuk bulan Ramadan ni - nak beli baju baru, kasut baru, langsir baru, perabot baru. Kalau boleh, semua lah nak baru! 🤪 Apa kata tahun ni, kita Raya cara baru? Tahun ini, kita Raya dengan JOY! 🤩 Nampak tak Cik JOY dah siap pegang kurma kat atas tu?
Cik JOY dah tak sabar-sabar nak sambut Raya cara Klook dan Cik JOY pun nak bagitahu yang anda boleh nikmati bufet ramadan RM99 dan flash deals sehingga 50%. Anda juga berpeluang untuk rebut diskaun sehingga RM50! Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi bufet Ramadan sebanyak 16 pax di Klook! Menarik kan?
Ada banyak flash deals yang akan berlangsung sepanjang Ramadan dan Raya ini di Klook, pastikan anda set reminder ok!
- 18 Februari: Diskaun 50% Restoran & Baucar Makan
- 25 Februari: Diskaun 50% Restoran & Baucar Makan
- 4 Mac: Diskaun 50% Restoran & Baucar Makan
- 11 Mac: Diskaun 50% Tarikan & Lawatan
- 18 Mac: Diskaun 50% Tarikan & Lawatan
- 25 Mac: Diskaun 50% Tarikan & Lawatan
Senarai tempat berbuka puasa bufet Ramadan best 2026
1. Dewan Besar, Palm Garden Hotel Putrajaya
Terletak di bandar Putrajaya, Hotel Palm Garden adalah sebuah bangunan kontemporari yang dikelilingi dengan alam semula jadi! Ramadan ini, berbuka puasa dengan orang tersayang di sini.
Mereka ada tawarkan pelbagai jenis hidangan, lebih dari 50 jenis hidangan seperti Kambing Bakar, Murtabak, Satay Ayam, Asam Laksa, Char Kuey Teow serta banyak lagi, Ruang solat lelaki dan perempuan pun disediakan! Senang sangat untuk solat maghrib dulu. Kalau korang nak tahu, Klook ada buat giveaway tau! Klook dan Palm Garden nak belanja 16 orang yang bertuah untuk berbuka kat Palm Garden! Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa follow Instagram Klook okay!
- Harga promosi: RM99 (Dewasa), RM49 (Kanak-kanak)
- Alamat: Palm Garden Hotel, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
2. Lemon Garden Cafe, Shangri-La Hotel
Nikmati hidangan masakan oleh cef-cef di Lemon Garden - restoran utama Hotel Shangri-La yang menyajikan selera antarabangsa dan tempatan. Nikmati pemandangan panorama taman di hotel yang indah ini sambil menikmati pelbagai hidangan yang ditawarkan seperti menu panggang, makanan laut dan sushi.... dan sashimi! Macam kita tahu, Lemon Garden Cafe ni famous dengan seafood tau. Apa lagi hehehe!
Lemon Garden menjemput anda untuk berbuka puasa dengan Bufet Sajian Istimewa, di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut premium, hidangan antarabangsa dan tempatan. Bawa orang tersayang untuk menikmati hidangan yang enak, termasuk tiram segar, kambing bakar, lemang, pulut, aneka pilihan hidangan barbeku dan banyak lagi! Klook paling suka desserts mereka tahun ni! Habis la diet... memang menarik!
- Harga promosi: RM229.50
RM270(Hari minggu), RM270.30RM318(Hujung minggu) - Alamat: Lobby Level, Shangri-La Hotel, 11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
3. Latest Recipe, Le Meridien
Hayati hidangan yang mewah dan sedap di Latest Recipe, Le Meridien yang bertemakan Destinasi Rasa. Cawangan di Putrajaya ni ada menawarkan lima stesen dapur masakan langsung berbeza dan chef-chef yang dah pernah menang anugerah tau!
Atas permintaan ramai, bufet Destinasi Rasa kembali lagi tahun ni! Latest Recipe, Le Meridien Putrajaya akan menawarkan hidangan Santapan Raja Sehari. Kalau korang nak feeling-feeling berbuka puasa seperti seoarang raja, pasti Le Meridien menjadi pilihan hati! Ada macam-macam menu yang mereka hidangkan rendang pucuk ubi, kari kambing bakar, masak lemak belimbing, kuih getas dan banyak lagi, bersama dengan hidangan klasik lain seperti udang masak ros dan sup ekor.
- Harga promosi: RM185.30
RM218(Dewasa), RM92.65RM108(Kanak-kanak) - Alamat: Le Méridien Putrajaya, IOI City Mall, Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor
4. Cinnamon Coffee House di One World Hotel
Bufet berbuka puasa dengan tema Selera Klasik, Jiwa Moden di Cinnamon Coffee House, One World Hotel merupakan pengalaman iftar yang sangat menarik! Bufet ini menghidangkan pelbagai pilihan tradisional, termasuk hidangan utama Kambing Golek Berisi Briyani, yang menangkap semangat perayaan Ramadan dengan dagingnya yang lembut dan rempah aromatik.
Selain itu, korang pun dapat menikmati berbagai hidangan khas lain seperti Sup Gear Box Campur, yang kaya dan penuh rasa, serta Rendang Belanga Tradisional, yang menunjukkan keindahan masakan Malaysia. Pengalaman makan disempurnakan dengan pertunjukan musik Ghazal langsung, menambah suasana hangat dan menyambut yang menjadikan Cinnamon Coffee House tempat yang sempurna untuk keluarga dan kawan-kawan berkumpul dan merayakan semangat Ramadan! Memang sedap makanan kat sini!
- Harga Klook: RM238 (Dewasa), RM119 (Kanak-kanak), RM168 (Warga emas)
- Alamat: One World Hotel, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
5. Hotel Dining di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur
Nikmati pengalaman berbuka puasa yang istimewa di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur, di mana kemewahan dan keselesaan bertemu dengan kelazatan makanan. Setiap malam, anda akan disambut dengan persembahan live band, menjadikan suasana makan malam anda lebih meriah dan menghiburkan.
Bufet ramadan ni menawarkan pelbagai pilihan hidangan yang pasti kena dengan selera anda. Bufet malam di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur menampilkan menu yang kaya dengan rasa dan cita rasa unik, termasuk hidangan-hidangan klasik yang sangat disukai ramai iaitu, Lamb Shank Kabsa Hidangan kambing shank yang dimasak dengan rempah Kabsa yang harum, disajikan dengan nasi beraroma yang sempurna. Celup-Celup Tepung, Lamb Khouzi: Live BBQ Grill Station, Ayam Gunting, Ulam-Ulaman, Jeruk. Mana nak cari kan bufet ramadan macam ni? Best sangat!
Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai hidangan lain yang menarik, termasuk pilihan sup, salad, dan pencuci mulut yang pasti memuaskan selera anda selepas berbuka puasa.
Jom, raikan bulan Ramadan di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur dan nikmati hidangan bufet yang lazat sambil menikmati muzik live yang menghiburkan. Kami menanti kedatangan anda untuk berkongsi pengalaman berbuka puasa yang penuh keceriaan!
- Harga promosi: RM118
RM148 - Alamat : Hotel Royal Signature, 21, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
6. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tahun ini, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya kembali dengan bufet Ramadan berkonsepkan Cita Rasa Klasik. Mereka akan hidangkan lauk-lauk Melayu klasik Kerabu, Acar Buah, Gado-Gado, Jeruk Cermai, Sambal Belacan, Sup Tulang Lembu Kampung dan banyak lagi!
Kambing Golek bakal menjadi sajian utama para pengunjung yang pastinya akan buat korang jatuh cinta! Berbuka puasa bersama orang tersayang di PICC bulan Ramadan ini dan dapatkan pakej bufet dengan harga diskaun di Klook.
- Harga promosi: RM88
RM110(Dewasa), RM48RM60(Kanak-kanak, warga emas) - Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
7. Ramadan Buffet di Sunset Terrace Restaurant, Sunway Resort Hotel
Sambut bulan Ramadan 2025 dengan suasana yang memukau di Sunset Terrace Restaurant, Sunway Resort Hotel. Tahun ini, bufet ramadan ini mengajak anda untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang penuh keajaiban dengan tema "Jemput Makan".
- Harga promosi: RM188
RM228(Dewasa), RM95RM114(Kanak-kanak, warga emas) - Alamat: Level 1, Sunway Resort Hotel, 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
8. Bufet Ramadhan di Resorts World Awana
Selamat datang ke Resorts World Awana, tempat di mana keindahan alam semula jadi bertemu dengan pengalaman makan yang memukau. Sambut bulan Ramadan 2026 dengan Bufet Ramadan yang penuh dengan kelezatan di Jom Makan Awana, restoran yang terkenal dengan pelbagai hidangan istimewa yang pasti memenuhi selera anda.
Dikelilingi oleh pemandangan hijau yang menenangkan dan udara segar, Resorts World Awana menawarkan suasana yang tenang dan santai untuk berbuka puasa bersama keluarga, sahabat, atau rakan sekerja. Bufet Ramadan kami menawarkan pilihan hidangan yang beraneka, dari masakan tradisional Melayu hingga hidangan kontemporari yang pasti memberi kepuasan dalam setiap suapan.
- Harga promosi: RM118 (Dewasa), RM68 (Kanak-kanak, warga emas)
- Alamat: Lobby Floor, Jom Makan Awana, Resorts World Awana, 69000 Genting Highlands, Pahang
9. Kwee Zeen di Sofitel Kuala Lumpur Damansara
Ramadan ini, Kwee Zeen di Sofitel Kuala Lumpur Damansara menjemput anda untuk merasai pengalaman berbuka puasa yang luar biasa dalam suasana yang penuh dengan gaya seni Paris. Menawarkan buffet serantau yang kaya dengan cita rasa, Kwee Zeen membawa anda dalam perjalanan kulinari yang kreatif, sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan-hidangan baru dan tradisional dalam satu tempat.
Restoran ini juga mesra OKU, jadi semua orang boleh menikmati hidangan dengan selesa. Dengan harga serendah RM198, pastikan anda membawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati hidangan berbuka yang memikat selera di Kwee Zeen.
- Harga promosi: RM198
RM241.69(Isnin-Khamis), RM210RM262.89(Jumaat-Ahad) - Alamat: Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.
10. PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur
Di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, pengalaman berbuka puasa tahun ini pasti akan memberi anda nostalgia dengan pelbagai pilihan hidangan bufet Ramadan yang lazat. Restoran Thyme menawarkan aneka juadah tradisional yang pasti menggugah selera. Dengan suasana yang elegan dan selesa, restoran ini merupakan tempat yang ideal untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Nikmati hidangan dengan citarasa Malaysia yang autentik dan pencuci mulut yang memuaskan.
- Harga Promosi: RM258 (Dewasa), RM129 (Kanak-kanak)
- Alamat: PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Nak menangi bufet Ramadan yang sebanyak 16 Pax di Palm Garden? 🥘
Mesti best kalau dapat berbuka puasa dengan bufet Ramadan di hotel bersama yang tersayang, kan? Tapi lagi best kalau dapat pakej bufet Ramadan tu secara PERCUMA! 🤩 Ya, kami nak bagi pakej bufet Ramadan kepada 16 pemenang bertuah secara percuma. Sentiasa follow social media Klook tau!
Diskaun 10% untuk tempahan pertama anda 🧡
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 10% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <NEW2KLOOKMY>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:


















































