6H5M Percutian Muslim Friendly di Shanghai: Aktiviti, Hidden Gems & Makanan Halal

Aqalili Azizan
Aqalili Azizan
Last updated 29 Apr 2025
more
Percutian Muslim Friendly di Shanghai

Terokai Old dan New Shanghai dalam masa 6 hari

Nak bercuti ke negara China tapi tak pasti nak teroka bandar yang mana satu? Apa kata kita ke Shanghai dahulu, tapi kita make it muslim friendly.
Panduan lengkap percutian muslim friendly di Shanghai ini akan memudahkan kerja anda, terutama sekali bagi yang pertama kali nak menuju ke sana tidak lama lagi. Jadi, jom plan percutian anda ke Shanghai bersama Klook!
Shanghai Itinerary for First Timers - North Bund Instagram Photo Spot

Ringkasan Itinerari 6H5M ke Shanghai🗺️

Hari Pertama

Yu Garden | Nanjing Road & Zhongshan Road | Huangpu River Cruise ATAU ERA Intersection of Time Acrobatics Show

Hari Kedua

French Concession | Tianzifang

Hari Ketiga

Shanghai Disneyland

Hari Keempat

Taman Rumah Hijau Shanghai | Menara Shanghai ATAU Menara Oriental Pearl | Yang SPACE Kehidupan Mata Air Panas

Hari Kelima

Yaoxue Snow World

Hari Keenam

North Bund | Yuan Ming Yuan Road

Dalam itinerari ini, Klook bukan sahaja berkongsi tentang tempat menarik di Shanghai, tetapi hidden gems serta makanan halal, yang akan membuatkan anda untuk kembali lagi ke bandar yang dinamik ini!

Hari Pertama: Shanghai, Bandar Yang Klasik

Yu Garden (豫园)

Shanghai Itinerary for First Timers - Yu Garden Pavilion
Yu Garden (atau Yuyuan Garden) adalah salah satu daripada lima taman klasik Tiongkok yang terletak di pusat kota Shanghai! 
Taman ini dibangunkan semasa Dinasti Ming pada abad ke-16. Apabila anda memasuki Yu Garden, anda akan disambut dengan patung naga dan feniks dan sepanjang perjalanan akan dikelilingi dengan pavilion, kolam ikan koi dan jambatan batu yang indah.
Shanghai Itinerary for First Timers -Yu Garden Bridge
Setiap sudut adalah peluang untuk anda menangkap gambar dan simpan untuk memori!
  • Harga Masuk: RM 24.05
  • Waktu Operasi: 9 pagi - 4:30 petang (Kemasukan terakhir pada 4 petang)
  • Alamat: No. 168 Fuyou Road, Huangpu District

Yu Garden Bazaar (豫园商场)

Shanghai Itinerary for First Timers - Yu Garden Commercial Area
Lepas dah puas keliling Yu Garden, kita pergi ke Yu Garden Bazaar pula! Kawasan ni memang meriah sebab sepanjang jalan, tempat ni penuh dengan kedai dan gerai makanan yang akan buat kita rambang mata.
Shanghai Itinerary for First Timers - Yu Garden Bazaar Zig Zag Bridge
Jangan skip Nine Turn Bridge yang akan bawa anda terus ke Huxinting Teahouse! Menurut kepercayaan masyarakat Cina, reka bentuk jambatan yang berliku-liku itu adalah untuk halang roh jahat yang dikatakan hanya tahu berjalan lurus. 😱
Fakta menarik: Huxinting Teahouse dikenali sebagai tempat menerima tetamu orang kenamaan seperti Ratu Elizabeth.
Shanghai Itinerary for First Timers - Yu Garden Bazaar
Kalau plan nak hadiahkan cenderamata untuk bagi kawan-kawan atau keluarga, sepanjang dekat Yu Garden Bazaar ni ada kipas sutera, paper cut photos, chopsticks engraved dan souvenir menarik yang lain.
Bagi kaki foodie, boleh juga cuba street food dekat sini tapi kena pastikan ia Qing Zhen (清真) iaitu halal dalam bahasa Mandarin. Boleh tanya kalau ada pork ataupun alkohol juga untuk lebih kepastian!
  • Harga Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi: 9 pagi - 10 malam
  • Alamat: No. 265 Middle Fangbang Road (Yuyuan sub-district), Huangpu District

Nanjing Road (南京路) & Zhongshan Road (中山路)

Shanghai Itinerary for First Timers - Nanjing Road Shopping Street
Kalau ke Shanghai, tak sah kalau tak jalan-jalan kat Nanjing Road — tempat beli-belah paling popular dalam bandar ni.
Sepanjang 5.5km, anda boleh jumpa segalanya daripada jenama mewah, sampai lah kedai cenderamata dan gerai makanan tempatan.
Shanghai Itinerary for First Timers - Zhongshan Road
Kalau jalan ke hujung timur Nanjing Road, anda akan sampai di Zhongshan Road, lebih dikenali sebagai The Bund. Kat sini, bangunan kolonial lama berdiri megah menghadap Huangpu River, berlatar belakang bangunan futuristik Shanghai.
#KlookTip 💡: Datang waktu malam bila lampu neon menyala — vibes dia memang luar biasa!
Shanghai Itinerary for First Timers - Shanghai Skyline The Bund
Tahu tak, sebenarnya banyak juga restoran halal di Shanghai yang terletak di Zhejiang Road, Jiujiang Road dan Guangxi Road. Kiranya kalau anda berjalan di kawasan The Bund ni, tak perlu risau dah fasal makanan! Memang akan kenyang sepanjang masa.

Kawasan

Nama Restoran

Zhejiang Road

Guan Guan Ji (贯贯吉穆斯林餐厅) | Merye Restaurant (玛丽亚餐厅) | Midina Restaurant

Jiujiang Road

Eli Falafel

Guangxi Road

Hong Chang Xing (洪长兴)

Aktiviti Malam (Pilihan A): Huangpu River Cruise

Shanghai Itinerary for First Timers - Huangpu River Cruise at Night
Aktiviti Huangpu River Cruise ni memang cara paling chill dan romantik untuk tamatkan hari pertama anda di Shanghai. Sepanjang perjalanan, anda dapat tengok pemandangan arkitektur ikonik – dari bangunan bersejarah di The Bund sehinggalah pencakar langit moden di Lujiazui.
#KlookTip 💡: Masa terbaik untuk naik cruise ni adalah sekitar 6:30 petang, masa lampu-lampu bandar mula menyala dan langit mula gelap… memang perfect timing untuk tangkap gambar cantik!
Shanghai Itinerary for First Timers - Traveler on Huangpu River Cruise at Night
Tempoh pelayaran selama 1 jam bukan je tenang dan santai, tapi view waktu malam tu… fuh, memang Instagram-worthy, especially bila Oriental Pearl Tower jadi latar belakang gambar anda!

Aktiviti Malam (Pilihan B): ERA Intersection of Time Acrobatics Show

Shanghai Itinerary for First Timers - ERA Intersection of Time Acrobatics Show
Kalau anda nak malam yang lebih ‘wow’ dan penuh aksi, jangan lepaskan peluang tonton persembahan ERA: Intersection of Time ni! Serius, memang mind-blowing!
Ada aksi persembahan udara, melompat dalam gelung berpusing, sampai lah ke aksi seimbang diri atas objek bergerak.
Tapi highlight paling gempak — motorcycle cage! Anda dapat tengok beberapa penunggang motor pecut dalam bulatan besi gergasi… memang jantung pun ikut laju!
Pentas dan pencahayaan semua sangat profesional, dan sebab dewan dia tak terlalu besar, dari mana-mana tempat duduk pun anda still dapat view yang jelas.

Hari Kedua: Kejiranan Yang Tenang Di Shanghai

French Concession dan Wukang Road (武康路)

Shanghai Itinerary for First Timers - French Concession Wukang Building
French Concession ni merupakan kawasan yang pernah jadi pusat komuniti kolonial Perancis di Shanghai – sekarang, ia jadi salah satu kawasan paling ‘insta-worthy’ dengan Bangunan Wukang yang ikonik di Daerah Wutong!
Shanghai Itinerary for First Timers - French Concession Wukang Road
Jalan-jalan kat sini dipenuhi pokok rendang dan bangunan klasik yang buat anda rasa macam throwback ke zaman dulu – tapi still hidup dengan kafe hipster, butik pakaian, dan galeri seni kontemporari. Vibes dia memang chill & artsy!
Minum Petang di GATHERING café (集雅)
Shanghai Itinerary for First Timers - Wukang Road Gathering Cafe
Wukang Road memang terkenal dengan deretan kafe estetik, dan salah satu tempat popular yang kami cuba daripada Xiaohongshu (aka Little Red Book) ialah GATHERING café (集雅).
Lepas dah order kopi, kami cadang untuk duduk luar sebab tengok orang lalu-lalang, memang best untuk ‘people watching’. 😄
  • Harga: ~¥46/seorang
  • Waktu Operasi: 9 pagi – 7 malam
  • Alamat: No. 137, Wukang Road, Xuhui District
#KlookTip 💡: Cari minuman berasaskan susu tumbuhan dan elakkan pencuci mulut yang tidak disahkan halal. Tanya staf untuk pilihan vegetarian atau bebas alkohol jika perlu.

Tianzifang

Shanghai Itinerary for First Timers - Tianzifang
Kalau anda suka suasana hidden gems, Tianzifang memang wajib singgah! Terletak dalam lorong-lorong sempit dengan rumah gaya Shanghai lama (shikumen), kawasan ni penuh dengan butik indie, kedai kraftangan tempatan, dan kafe-kafe unik.
Semasa anda berjalan, akan jumpa galeri seni, studio kreatif, dan halaman tersembunyi – setiap satu ada aura tersendiri yang super artsy!

Dekat Area Tianzifang Ada Makanan Halal Tak?

Disebabkan kawasan Tianzifang ni lebih kepada vibe cafe hunting, kalau nak makanan berat yang halal, anda perlu explore tempat yang lain.
Sebenarnya makanan Halal di Shanghai ni ada beberapa jenis hidangan macam Xinjang, Shanghai dan paling mudah nak dapat adalah makanan Arab. Tapi kalau anda nak cuba hidangan Shanghai, boleh pergi ke salah satu tempat di bawah.

Nama Restoran

Alamat

Waktu Operasi

Atlantic Restaurant (大西洋餐厅)

No. 212, Zhaojiabang Road, Xuhui District

11 pagi - 10 malam

Yang Tongxing (杨同兴)

No. 215 Shimen 2nd Road, Jing'an District

10 pagi - 2 petang, 4 petang - 10 malam

Yershari (耶里夏丽)

918 Dongfang Road, Pudong District

10.30 pagi - 10 malam

Hari Ketiga: Shanghai Disneyland

Shanghai Disney Resort
Ada peminat Disney dan penggemar taman tema dekat sini? Kalau ada, kenalah pergi ke Shanghai Disneyland! Ia merupakan taman Disney terbesar di Asia yang menawarkan permainan serta persembahan eksklusif yang tiada di tempat yang lain.
Sama ada anda datang untuk menaiki permainan yang mendebarkan atau untuk menikmati suasana yang magis, memang sangat berbaloi kalau anda meluangkan seharian di taman ini!
[MY] Tron: Lightcycle Power Run
Photo by: @wcnxx
Salah satu tarikan utama di Shanghai Disneyland ialah TRON Lightcycle Power Run, sebuah roller coaster berkelajuan tinggi di mana anda akan “berlumba” merentasi dunia digital futuristik menaiki lightcycle.
Lain sedikit daripada permainan Disney yang lain, TRON menawarkan pengalaman yang intensif dan imersif—anda suka akan cabaran adrenalin? Tarikan ni wajib anda cuba!
Lagi satu tarikan yang menarik ialah Pirates of the Caribbean: Battle for the Sunken Treasure. Dalam tarikan ni menggabungkan skrin gergasi, animatronik, dan babak pertarungan bawah laut yang akan membuatkan peminat franchise ni teruja!
The Shanghai Disneyland Castle is one of the most breathtaking sights in the Happiest Place on Earth! Credits: @capricorn_song on Unsplash
The Enchanted Storybook Castle of Shanghai Disneyland is one of the most breathtaking sights in the Happiest Place on Earth! Credits: @capricorn_song on Unsplash
Jangan balik selagi tak pergi ke Enchanted Storybook Castle dekat Shanghai Disneyland! Dekat istana Disney ni, anda boleh experience boat ride, persembahan live dan beberapa tempat lawa untuk tangkap gambar.
疯狂动物城 Zootopia
Zootopia merupakan satu-satunya tarikan Zootopia di seluruh dunia! Kalau anda minat watak-watak dalam filem ini, kenalah naik Zootopia: Hot Pursuit—permainan gelap tanpa trek yang bawa kita sekali dalam aksi kejar-mengejar yang mendebarkan bersama Judy Hopps dan Nick Wilde merentasi bandar Zootopia.
Untuk memaksimumkan lawatan anda ke Shanghai Disneyland, sebaiknya tiba awal, sebab taman tema ini membenarkan pengunjung masuk sebelum waktu rasmi dibuka. Ini cara terbaik untuk mengalami tarikan utama seperti TRON, Zootopia: Hot Pursuit dan Pirates of the Caribbean tanpa beratur.
Taman tema ini juga menawarkan Disney Premier Access, sistem berbayar yang berfungsi seperti FastPass dan membolehkan pengunjung skip barisan panjang untuk permainan popular. Oleh kerana taman ini sering sesak, kemudahan ini boleh menjimatkan banyak masa.
#KlookTip 💡: Tempah makanan halal anda di Stargazer Grill 48 jam sebelum tiba di Shanghai Disneyland. Sila telefon Shanghai Disney Resort Reservation Center di 400-180-0000! Setakat ni hanya ada satu menu sahaja iaitu Soy Chicken Fried Rice with Teriyaki Eel.

Hari Keempat: Teroka Bandar Shanghai Yang Moden

Taman Rumah Hijau Shanghai (Shanghai Greenhouse Garden)

Shanghai Itinerary for First Timers - Visitor at Shanghai Greenhouse Garden at Shanghai World Expo Cultural Park
Dah banyak sangat tengok bangunan pencakar langit? Kita healing pula dekat Shanghai Greenhouse Garden. Dibuka kepada orang ramai pada September 2024, taman rumah kaca kaca terbesar di Asia ni jadi viral sebab reka bentuknya yang menyerupai Gardens by the Bay di Singapura.
Shanghai Itinerary for First Timers - Shanghai Greenhouse Garden at Shanghai World Expo Cultural Park
Setiap rumah hijau di taman ini direka dengan penuh teliti dan kubah kaca ni yang membolehkan cahaya semula jadi masuk ke dalam. Setiap zon dipenuhi dengan tumbuhan tropika, bunga-bungaan serta tumbuhan yang hidup di gurun—ada satu kawasan dipenuhi pokok kaktus.
Shanghai Itinerary for First Timers - Shanghai Greenhouse Garden Waterfall

Menara Shanghai

Tháp Thượng Hải Ở Đâu?
Kalau bercuti ke sini, kenalah pergi Menara Shanghai—barulah percutian muslim friendly di Shanghai anda lengkap!
Dengan ketinggian 632 meter, ia bukan sahaja bangunan tertinggi di China, malah yang kedua tertinggi di dunia — satu pengalaman luar biasa bila anda memandangnya dari bawah!
Shanghai Itinerary for First Timers - Tourist at Shanghai Tower Observation Deck
Dek pemerhatian dia terletak di tingkat 118, tapi lifnya sangat lah laju, anda boleh tiba dalam masa kurang seminit. Bila keluar dari lif, anda akan terpukau dengan pemandangan 360 darjah bandar Shanghai ini!
Shanghai Itinerary for First Timers - View of Pearl TV Tower from Shanghai Tower
Waktu cuaca cerah, anda boleh melihat pemandangan indah di sepanjang Sungai Huangpu serta beberapa mercu tanda terkernal sepert Menara Oriental Pearl. Kalau ada minat fotografi, pastikan bawa kamera kerana pemandangan matahari terbenam dari sini memang luar biasa!
Shanghai Itinerary for First Timers - Sunset View from Shanghai Tower Observation Deck
#KlookTip 💡: Pergi sekitar waktu matahari terbenam untuk pemandangan terbaik! Pastikan semak cuaca terlebih dahulu, kerana keadaan cuaca sangat mempengaruhi tahap penglihatan.

Hari Kelima: Shanghai Yaoxue Snow World

Shanghai Itinerary for First Timers - Yaoxue Snow World in Shanghai
Siapa nak main ski? Jom pergi ke Yaoxue Snow World dan main papan luncur salji sepuas hati di Shanghai! Hanya satu jam dari pusat bandar, tempat ini merupakan resort ski tertutup terbesar di dunia (diperakui oleh Guinness World Records).
Resort ski ini terbahagi kepada dua—Ski Area dan Snow Entertainment Area yang memerlukan dua tiket yang berbeza untuk masuk. Jadi, kena rancang lebih awal kalau bercadang nak experience dua-dua tempat.

Ski Area

Shanghai Itinerary for First Timers - Yaoxue Snow World Blue and Red Slopes
Dalam area ski ni ada empat jenis lereng luncur salji, dan salah satu tu panjang dia dalam 300 meter! Disebabkan kita newbie, jadi kita ulang-ulang main di kawasan biru dan hijau—tu pun dah cukup puas dah!
Macam resort ski biasa, anda boleh pergi ke lereng tu guna chair lift atau kereta kabel.
Shanghai Itinerary for First Timers - Yaoxue Snow World Ski Rental
Harga tiket dah termasuk dengan semua peralatan ski (helmet, jaket, seluar dan papan salji)—cuma ingat untuk bawa sarung tangan sendiri sahaja. Kalau bawa barang, jangan risau, sebab ada loker di bilik persalinan untuk disewa.

Snow Entertainment Area

Shanghai Itinerary for First Timers - Yaoxue Snow World Snow Entertainment Area for Children
Kalau anda datang Yaoxue Snow World bersama anak-anak, kawasan hiburan salji ni adalah pilihan yang tepat. Take note yang anda perlukan tiket yang berbeza untuk masuk sebab ia berasingan dengan kawasan ski.
Shanghai Itinerary for First Timers - Yaoxue Snow World Snow Entertainment Area Slide
Kawasan ni banyak menawarkan aktiviti tanpa perlu bermain papan luncur salji, tapi masih lagi menyeronokkan. Ada aktiviti macam gelongsor tiub gergasi, yang sangat sesuai untuk seisi keluarga!
Kalau masa musim panas, anda boleh pergi ke taman tema air yang terletak berserbelahan dengan kawasan ini.
  • Harga: ¥420 (ski 4 jam), ¥520 (ski sehari penuh), ¥290 (snow entertainment sehari penuh)
  • Waktu Operasi: 10 pagi - 8 malam
  • Alamat: No. 1-5, Lane 2088, Hucheng Ring Road, Nanhui New Town, Pudong New District
#KlookTip 💡: Dalam Yaoxue Snow World ini terdapat beberapa kedai kopi dan restoran fast food, dinasihatkan untuk tanya dahulu berkenaan dengan status halal ataupun muslim friendly sebelum beli makanan di sana.
Kami syorkan untuk anda membawa snacks atau makanan sendiri untuk dimakan di luar resort ski ini.
#KlookTip 💡: Kalau pergi ke Yaoxue Snow World pada hari Jumaat, boleh lah pergi ke area Masjid Pudong dan experience Muslim Chinese Street Food Market tanpa risau!

Hari Keenam : North Bund

Shanghai North Bund Walking Route

Shanghai Itinerary for First Timers - North Bund View of Oriental Pearl TV Tower
Hari terakhir ni kita chill sahaja dan berjalan-jalan di tempat yang tak ramai orang! Berlatar belakangkan bangunan pencakar langit di Shanghai, tempat yang kami jumpa di aplikasi Xiaohongshu (versi Instagram di China) ini sangatlah perfect untuk tangkap gambar tanpa risau.
Shanghai North Bund Walking Route ini boleh dapat view bangunan moden, riverside dan beberapa kedai kopi yang anda boleh singgah pada waktu pagi.
Shanghai Itinerary for First Timers - North Bund Walking Route
Yang dalam gambar ni kami tangkap di area North Bund Riverside Walk, macam anda lihat boleh tangkap gambar wide-shots bandar atau sendiri tanpa orang ramai. Laluan pejalan kaki yang popular ini bermula dari North Bund berjalan menyusuri sungai hingga ke jalan Nanjing.
Shanghai Itinerary for First Timers - North Bund Instagram Photo Spot
#KlookTip 💡: Kalau nak tangkap gambar macam kami #instagrammable, berbaloi untuk bangun awal sebelum ramai orang kerumun. Btw, gambar ini diambil sekitar 8 pagi!
Shanghai Itinerary for First Timers - North Bund Manner Coffee
Kami singgah di Manner Coffee untuk minum kopi — dengan pemandangan sempurna menghadap Menara Oriental Pearl!
#KlookTip 💡: Cari minuman berasaskan susu tumbuhan dan elakkan pencuci mulut yang tidak disahkan halal. Tanya staf untuk pilihan vegetarian atau bebas alkohol jika perlu.
Shanghai Itinerary for First Timers - Yuan Ming Yuan Road
Jalan Yuan Ming Yuan (圆明园路) nampak sangat klasik tau sebab dia gabungan bangunan era kolonial dan gaya barat. Mercu tanda seperti Yuanmingyuan Apartment menyerlahkan gaya Queen Anne—batu bata merah dan tingkap dengan bingkai putih yang menonjol.
Shanghai Itinerary for First Timers - Yuan Ming Yuan Road Shops
Terdapat juga beberapa kedai dan kafe menarik di sini, seperti tosummer (jenama minyak wangi tempatan) dan %Arabica — seronok tau membeli-belah dekat sini.

Area Mana Nak Stay Di Shanghai?

Shanghai ialah sebuah bandar yang sangat besar, jadi memilih kawasan penginapan yang sesuai boleh bantu anda enjoy the trip more!
Jika anda mahu berada di tengah-tengah kesibukan bandar, The Bund adalah pilihan yang tepat, sebab senang nak pergi ke tempat yang menarik di Shanghai.
Untuk yang suka vibe yang stylish dan suasana lokal, Former French Concession dipenuhi dengan boutique hotels.

Hotel Mewah di Shanghai

Shanghai Itinerary for First Timers - MaxX by Steigenberger Shanghai on the Bund

Maxx by Steigenberger Shanghai on the Bund

Terletak di tengah-tengah The Bund, hotel ini menawarkan pemandangan ikonik di Shanghai. Anda boleh menikmati akses mudah ke tarikan terdekat seperti Yu Garden dan Jalan Pejalan Kaki Nanjing.

InterContinental Shanghai Ruijin Hotel

Terletak dalam jarak berjalan kaki ke Tianzifang, hotel ini mempunyai suasa yang tenang dan dekat dengan kemudahan. Gaya hotel ini lebih kepada British-style garden villa, jadi banyak tumbuhan hijauan di tengah bandar.

Hotel yang Affordable di Shanghai

Shangtex Hotel Shanghai

Terletak di lokasi strategik, hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dengan akses mudah ke kawasan membeli-belah dan restoran. Kalau tengok review, ramai tetamu suka sebab lokasi yang convenient dan staf yang mesra.

JI Hotel Shanghai The Bund Jiujiang Road

Hotel stylish yang terletak di Huangpu ini menawarkan kemudahan yang moden dan bilik yang selesa. Tempat ni sangat sesuai untuk pelancong yang ingin explore bandar Shanghai.

1) Waktu Terbaik untuk Melawat Shanghai

Shanghai Itinerary for First Timers - Traveler at North Bund
Musim bunga (Mac hingga Mei) dan musim luruh (September hingga November) adalah masa terbaik untuk melawat Shanghai kerana cuacanya yang just nice.
Pelancong pun tidak terlalu ramai — sesuai untuk meneroka tarikan outdoor dan bersiar-siar di taman bunga yang indah.
Elakkan dua musim cuti utama: Tahun Baru Cina (minggu pertama Februari) dan Golden Week (minggu pertama Oktober).

2) Cara ke Shanghai

Menaiki Kapal Terbang
Shanghai Itinerary for First Timers - Shanghai Pudong Airport
Shanghai adalah hub pengangkutan utama, memudahkan pelancong seluruh dunia explore Shanghai. Bandar ini mempunyai dua lapangan terbang antarabangsa:
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong (PVG) – hub utama penerbangan antarabangsa.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao (SHA) – hub penerbangan domestik yang membolehkan pelancong explore Tanah Besar China yang lain.
#KlookTip 💡: Dekat Lapangan Terbang PVG ada 2 halal restoran dekat Level 2. Anda kena keluar imigrisen dan pergi ke Terminal 2 untuk menikmati makanan halal tersebut.
Sama juga di Lapangan Terbang SHA—ada 2 restoran halal di sana. Jadi tak payah risau dah perut lapar sebelum pulang ke rumah!
Menaiki Kereta Api Laju
Beijing to Shanghai High Speed Rail - Beijing South Station Train Platform
Bagi mereka yang sudah berada di China, kereta api berkelajuan tinggi adalah cara yang cepat dan mudah untuk ke Shanghai. Bandar ini sebenarnya banyak menghubungkan bandar yang lain macam Beijing.

3) Pemindahan Lapangan Terbang

Shanghai Itinerary for First Timers - Shanghai Airport Transfer
Untuk perjalanan jauh ke lapangan terbang atau stesen kereta api, menempah pemindahan lapangan terbang adalah pilihan yang terbaik!
Ia menjimatkan masa, elak daripada kesesakan di pengangkutan awam atau kekurangan teksi, dan tak perlu risau fasal keadaan luggage!
Kami menempah MPV untuk 4 orang untuk memudahkan perjalanan ke lapangan terbang, dan sangatlah membantu sebab kami banyak shopping! Ruang yang luas dalam kereta juga membuatkan perjalanan jauh lebih selesa.

4) Kekal Berhubung dengan eSIM

Risau tentang "Great Firewall of China"? Kami ada rahsianya! eSIM dari Klook membolehkan anda boleh akses Instagram, WhatsApp, Google, dan banyak lagi tanpa perlu VPN!

5) 11 App Anda Wajib Ada Sebelum Travel ke China

China Travel Apps - Klook App
Sama ada anda nak explore Shanghai dengan tenang atau melancong ke Beijing lepas ini? 😏Sekarang semua mudah kalau anda muat turun 11 aplikasi ini sebelum terbang. No more stress!

Tak kira sama ada anda nak cuti pendek, transit panjang, atau lawatan kerja — China sekarang makin mudah untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia.
Dengan polisi baru ni, anda boleh jimat masa & kos visa — terus fokus rancang trip impian anda ke negara penuh sejarah dan teknologi ni!

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

Info Terkini Sebelum Travel ke China!


💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
more