Itinerari 5 Hari 4 Malam Muslim-Friendly ke Beijing Yang Korang Kena Cuba!
Korang wajib tau masuk Beijing ni dalam list travel, lagi-lagi kalau ni first-time korang nak ke China!
Beijing ni memang destinasi yang cun untuk korang alami sendiri gabungan budaya tradisional dengan inovasi moden yang memukau 😱.
Banyak mercu tanda ikonik di Beijing daripada buku teks sejarah korang macam
Forbidden City, Tembok Besar China (Great Wall of China) dan Temple of Heaven, yang korang akan pergi!
Selain dari tempat-tempat yang menunjukkan kehebatan empayar China,
Beijing ni mempunyai kawasan shopping yang
vibrant, dan
food scene yang best gila.
Walaupun baru je balik, dah rasa rindu nak pergi food hunting, lawat tempat yang cantik dan explore banyak lagi tempat hidden gems.
Jadi, itinerari 5 hari 4 malam ni penuh dengan benda menarik yang anda boleh teroka. Jom kita selam destinasi wajib, makanan sedap dan insider tips untuk buat trip Beijing korang lebih onz!
Ringkasan Itinerari 5H4M Muslim-Friendly ke Beijing🗺️
Hari Pertama: Mengenali Bandar Imperial Beijing
Mulakan percutian di Beijing dengan mengenali sejarah imperial Beijing. Pada hari pertama ini, kita akan singgah tempat-tempat legend yang membentuk bandar ini selama berabad-abad.
Dataran Tiananmen (天安门)
Antara dataran awam terbesar di dunia,
Dataran Tiananmen merupakan simbol sejarah yang kaya dan kebanggaan bagi negara China.
Dekat sini, korang akan nampak Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China yang penuh dengan artifak bersejarah.
Forbidden City (故宫)
Kalau korang lintas seberang tu, akan sampai
Forbidden City—kompleks istana yang digazetkan dalam UNESCO World Heritage Site.
Lepas dah jalan menerusi Meridian Gate, anda akan dikelilingi halaman yang luas, ukiran yang mewah dan kompleks istana yang pernah dihuni 24 maharaja dari empayar Ming dan Qing.
Peminat tegar sejarah China? Jangan lupa sewa audio guide atau join guided tour untuk faham kisah-kisah menarik maharaja dan selok-belok istana!
Jangan lupa beli tiket awal sebab ada had pelawat harian.
Taman Jingshan (景山公园)
Akhiri hari anda dengan
light hiking kat Taman Jingshan untuk view panoramic
Forbidden City dari atas. Paling cun kalau datang masa sunset—view dia memang
chef’s kiss!
Hari Kedua: Pengembaraan Tembok Besar China
Trip ke Beijing tak lengkap tanpa pergi Tembok Besar China! Get ready untuk pengalaman yang amazing untuk hari kedua!
Mutianyu Great Wall (慕田峪长城)
Ambil
day trip ke
Mutianyu Great Wall, yang terkenal dengan pemandangan yang memukau dan menara kawalan yang terjaga rapi!
Mutianyu Great Wall ni antara bahagian Tembok Besar China yang paling dijaga rapi. Menggabungkan sejarah, pemandangan alam yang indah, dan kurang sesak berbanding bahagian lain macam
Badaling.
Kalau nak enjoy the view tanpa mendaki, boleh pilih kereta kabel gondola—memang cozy habis! Sambil meluncur naik ke atas, dapat lah tengok gunung ganang yang hijau dan layan view sampai tiba di bahagian tembok tersebut!
Tapi, kalau korang jenis adrenaline junkie, kereta kabel duduk terbuka ni pilihan yang tepat. Bukan setakat panorama je, angin yang sejuk pun dapat sekali. Memang next-level pengalaman ni!
Lepas puas explore dekat bahagian atas, jangan lupa cuba toboggan slide untuk turun pula—ride yang laju dan thrilling ni membolehkan korang kawal kelajuan sendiri sambil meluncur turun dari bukit. Serius fun!
Peking Duck Dinner (北京烤鸭)
Lepas seharian mendaki, reward diri korang dengan signature dish Beijing: Peking Duck. Ada beberapa Halal restoran di Beijing yang serve this dish serta hidangan yang lain!
Nama Restoran | Alamat | Waktu Operasi |
|---|
Hong Bin Lou (鸿宾楼) | 11 Zhanlanguan Rd, Xicheng District, Beijing, China, 100044. | 10:30 pagi - 10 malam |
Zi Guang Yuan (紫光园) | Chaoyang Rd, Beijing, China, 100026. | 10:30 pagi - 10 malam |
Hari Ketiga: Seni Moden & Pop Culture
Hari ini kita terjah scene seni kontemporari Beijing yang interaktif dan syurga untuk collectors!
Aktiviti (Pilihan A): Popland Beijing (Pop Mart City Park)
Popland Beijing menawarkan pengalaman interaktif dan super
fun untuk semua peringkat umur—dengan zon tema yang mempamerkan karakter ikonik POP MART.
Tak kira sama ada korang
hardcore collector atau sekadar nak
enjoy the vibe,
Pop Mart City Park ni akan buat korang mengembara dalam budaya pop dan hype sampai buat orang dewasa pun sanggup beratur panjang dan berebut-rebut setiap kali ada koleksi baru!
Aktiviti (Pilihan B): Beijing EPSON teamLab Massless Art Space (北京EPSON teamLab无相艺术空间)
Kalau POP MART bukan vibe korang, apa kata kita terjah dunia seni digital futuristik di
Beijing EPSON teamLab Massless Art Space? 🤩 Sebaik saja melangkah masuk, korang akan rasa macam dibawa ke alam lain!
Galeri seni imersif ni memang next level—gabungan cahaya, bunyi, pergerakan dan warna yang direka untuk dinikmati sambil bergerak, akan buatkan kita rasa kagum dan terpesona.
Pengunjung pun boleh berinteraksi dengan seni tu sendiri, jadikan pengalaman ni lebih personal!
Taman Beihai (北海公园)
Taman Beihai (北海公园) terletak di barat laut
Forbidden City, merupakan salah satu taman diraja yang paling lama dan terjaga elok di China.
Lepas puas explore tasik yang tenang dan tengok White Dagoba yang ikonik tu, jangan lupa luangkan masa jalan-jalan sekitar kawasan ni—memang meriah!
Korang juga akan jumpa lorong-lorong kecil yang penuh dengan kedai cenderamata, gerai makanan lokal & restoran tersembunyi yang serve macam-macam makanan menarik.
Nak shopping barang kraftangan atau ngap jianbing (crepe Chinese style)? Area Beihai Park ni memang best spot untuk layan culture, makan dan chill sekali gus! 😍
#KlookTip 💡: Bagi kaki foodie, boleh juga cuba street food dekat sini tapi kena pastikan ia Qing Zhen (清真) iaitu halal dalam bahasa Mandarin. Boleh tanya kalau ada pork ataupun alkohol juga untuk lebih kepastian!
Temple of Heaven (天坛)
Temple of Heaven (天坛) ni memang antara mercu tanda paling ikonik kat tengah-tengah bandar Beijing. Tapak Warisan Dunia UNESCO ni dibina sejak abad ke-15, masa zaman Dinasti Ming & Qing — tempat maharaja datang berdoa untuk hasil tanaman yang baik setiap tahun.
Kuil ni memang architectural masterpiece — dari Hall of Prayer for Good Harvests sampai Circular Mound Altar, semua rekaan dia penuh dengan simbolik dan sejarah.
Sekeliling temple ni ada taman yang luas gila, sesuai sangat untuk jalan rilex-rilex. Kalau nasib korang baik, boleh nampak orang tempatan tengah buat aktiviti tradisional macam tai chi, kaligrafi, atau main layang-layang — terus rasa macam orang lokal!
Hari Keempat: Trip Spiritual & Cari Ketenangan
Hari keempat ni kita fokus dekat sejarah, alam semula jadi dan seni bina tradisional Cina. Bersedialah untuk hari yang santai penuh dengan budaya.
Summer Palace (颐和园)
Summer Palace merupakan taman diraja yang menawarkan ketenangan dari kesibukan kota. Ketika anda berjalan di sekitar kawasan taman yang luas ini, anda akan jumpa
Tasik Kunming! Dekat tasik ini, anda boleh menaiki boat dengan santai, dan akan melalui jambatan dan pavilion tradisional. Taman ini juga dipenuhi dengan koridor berhias, kuil dan taman-taman yang hijau yang dahulu dikunjungi keluarga diraja untuk bercuti.
Tidak kira anda mengagumi seni bina klasik Cina, menikmati ketenangan tasik, atau meneroka kehijauan taman,
Summer Palace menjanjikan pengalaman yang mempesona dengan menggabungkan alam, sejarah dan seni.
Wudaokou Hutong (五道口) & Wudaoying Hutong (五道营胡同)
Lepas dah
settle round Summer Palace, kita jalan di dua Hutong,
hidden gems yang menggabungkan vibe lama Beijing dengan suasana moden. Semua peminat seni wajib pergi sini!
Kawasan ini penuh dengan kafe menarik, seni jalanan dan tempat lepak yang tersembunyi di celah rumah-rumah batu tradisional. Ia adalah tempat yang ideal untuk bersantai sambil menikmati sisi moden dan kreatif Beijing yang jarang dilihat oleh pelancong biasa.
Lepas anda dah explore kawasan ini, mesti lapar kan? Boleh pergi ke
Niujie street dan makan tanpa was-was sebab street food dekat situ semuanya Halal!
Hari Kelima: Terokai Universal Beijing Resort
End your trip with an action-packed day at Universal Beijing Resort (Universal Studios Beijing).
Universal Beijing Resort (北京环球度假区)
Kalau korang
thrill seekers atau
adrenaline junkie, wajib pergi taman tema
Universal Beijing Resort (Universal Studios Beijing). Dalam taman tema ini ada
Harry Potter,
Jurassic World,
Transformers,
Minions dan banyak lagi hiburan klasik yang boleh anda nikmati!
By the way, kalau korang minat Kung Fu Panda, kenalah pergi Universal Beijing Resort ni sebab theme ni ada dekat dalam ni sahaja.
Ada makanan Halal tak dalam Universal Beijing Resorts?
Ada macam-macam jenis makanan yang ada dalam
Universal Beijing Resorts, tapi beberapa jenis makanan yang disediakan itu tak ada pork dan lard sahaja. Kira makan
at your own risk! Kami cadangkan untuk consult dulu dengan on-site restaurant staff sebab mereka lebih mengetahui. Tapi, Butterbeer dekat The Wizarding World of Harry Potter tak boleh miss tau!
#KlookTip 💡: Makanan dan minuman berikut
tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam
Universal Beijing Resort (kecuali untuk keperluan perubatan, bayi, atau diet khas):
1. Makanan dan minuman yang melebihi had penggunaan sendiri
2. Minuman beralkohol (seperti bir, arak, dsb.)
3. Makanan yang perlu diproses atau dipanaskan (seperti mi segera, makanan sejuk, hotpot segera, dan lain-lain yang memerlukan air panas, ketuhar gelombang mikro, atau pemanasan sendiri)
4. Makanan dan minuman yang berbau kuat (seperti durian)
Anda masih dibenarkan membawa makanan dan minuman dalam kuantiti kecil untuk kegunaan peribadi, jika perlu. Sila ikut panduan daripada petugas di lokasi. Jika anda membawa makanan secara berlebihan, anda boleh memilih untuk membuangnya sendiri atau berkongsi dengan tetamu lain, supaya setiap orang tidak melebihi had penggunaan peribadi yang dibenarkan.
Selain itu, kami ingin memaklumkan bahawa barangan kaca (contohnya cawan, mangkuk, dan sebagainya) tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Resort kecuali untuk keperluan perubatan, bayi, atau diet khas.
Baru first-time nak pergi ke Beijing?
1. Masa Terbaik ke Beijing
Waktu terbaik untuk melawat Beijing ialah semasa musim bunga (Mac hingga Mei) dan musim luruh (September hingga November). Cuaca masa dua-dua musim ni tidak terlalu panas dan terlalu sejuk—just nice!
Langit pun sentiasa cerah, sebab tu anda kena pergi masa musim bunga untuk lawat tempat ikonik seperti
Forbidden City dan Tembok Besar China. Bukan itu sahaja, taman-taman di sekitar Beijing pun dipenuhi dengan bunga yang sedang mekar termasuk sakura yang terkenal tu!
Musim luruh pula selalunya langit sentiasa cerah, tambah dengan angin yang sepoi-sepoi— sangat sesuai kalau plan nak menikmati keindahan alam dan mercu tanda bersejarah.
Masa ni kena pergi Tembok Besar China untuk tengok warna daun bertukar ke merah, jingga dan kuning yang terang.
Waktu yang patut dielakkan adalah masa Tahun Baru Cina (Februari, minggu pertama) dan
Golden Week, sebab waktu ni tempat-tempat pelancongan utama akan sesak dengan orang tempatan.
2) Cara Pergi ke Beijing
Menaiki Kapal Terbang
Beijing mempunyai dua lapangan terbang utama yang moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan:
Lapangan Terbang | Kod | Info |
|---|
Beijing Capital International Airport | PEK | Sesuai untuk penerbangan antarabangsa dan lebih dekat dengan pusat bandar. |
Beijing Daxing International Airport | PKX | Lebih moden, sesuai untuk penerbangan domestik dan sambungan kereta api laju. |
Beijing mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang luas, jadi ke mana-mana pun mudah dari lapangan terbang.
Menaiki Kereta Api Laju
China mempunyai rangkaian
kereta api laju yang canggih, menjadikan perjalanan ke Beijing dari bandar-bandar besar seperti
Shanghai,
Xi’an, dan
Guangzhou sangat mudah dan cepat. Stesen utama di Beijing adalah:
Kedua-dua stesen ini menghubungkan Beijing ke seluruh China dengan pantas dan efisien.
3) Pemindahan Lapangan Terbang Beijing
Ia menjimatkan masa, elak daripada kesesakan di pengangkutan awam atau kekurangan teksi, dan tak perlu risau fasal keadaan luggage!
Kami menempah MPV untuk 4 orang untuk memudahkan perjalanan ke lapangan terbang, dan sangatlah membantu sebab kami banyak shopping! Ruang yang luas dalam kereta juga membuatkan perjalanan jauh lebih selesa.
4) Kekal Berhubung dengan eSIM
Risau tentang "Great Firewall of China"? Kami ada rahsianya!
eSIM dari Klook membolehkan anda boleh akses Instagram, WhatsApp, Google, dan banyak lagi tanpa perlu VPN!
5) 11 App Anda Wajib Ada Sebelum Travel ke China
Sama ada anda nak
explore Shanghai dengan tenang atau melancong ke Beijing lepas ini? 😏Sekarang semua mudah kalau anda
muat turun 11 aplikasi ini sebelum terbang.
No more stress!
Tak kira sama ada anda nak cuti pendek, transit panjang, atau lawatan kerja —
China sekarang makin mudah untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia.
Dengan polisi baru ni, anda boleh jimat masa &
kos visa — terus fokus rancang trip impian anda ke negara penuh sejarah dan teknologi ni!
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Tebus kod promo di bawah!
Info Terkini Sebelum ke China
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini: