Panduan Harry Potter: Visions of Magic di Singapura Dari JB Sentral!

Aqalili Azizan
Aqalili Azizan
Last updated 22 Okt 2025
more
panduan Harry Potter Visions of Magic di Singapura Klook MY blog

Teringin Nak Jadi Harry Potter? Inilah Masanya!

Adakah anda peminat tegar Harry Potter? Tahu tak di Singapura, anda boleh melangkah masuk ke dunia magikal melalui pameran interaktif Harry Potter: Visions of Magic di Resorts World Sentosa (RWS)!
Dalam panduan ini, saya kongsikan pengalaman sebenar ke pameran ini — termasuk cara ke sana dari Johor Bahru Sentral (JB Sentral), harga tiket, dan apa yang menanti anda di dalam dunia penuh keajaiban ini.

Cara Pergi ke Resorts World Sentosa dari JB Sentral

jadual bas jb sentral ke singapura resorts world sentosa klook my
Jadual Bas Dari JB Sentral ke Resorts World Sentosa
Bas Singapura ke Johor Bahru Malaysia resorts world sentosa klook my
Dah sampai Resorts World Sentosa!
Untuk pengunjung dari JB Sentral, Malaysia perjalanan terus ke RWS sangat mudah! Penulis memulakan perjalanan dari JB Sentral CIQ menaiki bas terus ke Resorts World Sentosa.
  • Cara pergi: Masuk ke JB Sentral CIQ > Berjalan ke arah Woodlands > Lalui proses imigresen > Pergi ke Platform Bus B > Jalan sampai jumpa platform 15 untuk bas Transtar
  • Masa perjalanan: Sekitar 1 jam 50 minit (bergantung pada trafik dan keadaan cuaca)
  • Tiket bas: Boleh dibeli secara terus di Klook App!
  • Tip: Pilih hotel berhampiran JB Sentral jika anda ingin bertolak awal pagi
Sampai di Sentosa, anda boleh terus berjalan ke arah escalator menuju ke Harry Potter: Visions of Magic.

Harga Tiket dan Info Pameran

harry potter visions of magic entrance klook my
Tiket masuk ke Harry Potter: Visions of Magic bermula daripada RM 184, bergantung pada tarikh dan waktu lawatan anda. Ada dua pakej dekat Klook, dan kedua-duanya termasuk dengan Baucar F&B/ Runcit bernilai SGD10.
Tiket boleh dibeli lebih awal di Klook untuk anda reserve terus timeslot dan elak daripada beratur panjang!
Harry potter visions of magic knight bus klook my
Ingat tak tilam dekat The Knight Bus ni?
harry potter visions of magic ministry of magic klook my
Ministry of Magic dekat Harry Potter Visions of Magic
The Chamber of Secret di harry potter visions of magic Terokai dunia bawah Hogwarts ke tempat tinggal basilisk purba klook my
Eksklusif untuk Singapura - The Chamber of Secret: Terokai dunia bawah Hogwarts ke tempat tinggal basilisk purba.
Lepas tiba di tempat pameran, boleh terus masuk dengan QR code yang anda dapat dekat app Klook.
Di dalam pameran, anda akan menemui 10 zon interaktif yang memaparkan dunia sihir Harry Potter dan Fantastic Beasts dengan teknologi canggih seperti lampu, visual, dan bunyi realistik.
Setiap zon direka untuk membawa pengunjung menyelami suasana Hogwarts seperti The Knight Bus, Ministries of Magic, Diagon Alley, The Room of Requirement dan banyak lagi lokasi ikonik dari filem ini!
Ada 2 zon yang eksklusif untuk Harry Potter: Visions of Magic di Singapura, iaitu
  1. The Chamber of Secret: Terokai dunia bawah Hogwarts ke tempat tinggal basilisk purba.
  2. The Trap Door: Buka kunci beberapa siri ruang untuk mencapai Batu Hikmat.
Waktu Operasi: Buka setiap hari, 11AM - 10PM
Anda boleh merujuk kepada kalendar di sini.

Kedai Merchandise dan Butterbeer

Harry potter visions of magic kedai merchandise klook my
Terdapat pelbagai barang merchandise di Harry Potter: Visions of Magic!
 harry potter visions of magic wands tongkat sakti klook my
Tongkat sakti pun ada dijual di Harry Potter: Visions of Magic!
Harry Potter Visions of Magic kedai makanan klook my
Comel kan dessert berinspirasikan tema Harry Potter ni?
Harry potter visions of magic butterbeer klook my
Dah pernah try Butterbeer biasa, kali ni penulis cuba Frozen Butterbeer!
Jangan lepaskan peluang untuk membeli cenderamata eksklusif Harry Potter seperti tongkat sihir, baju rumah Hogwarts, dan aksesori bertema Harry Potter dan Fantastic Beasts. Harga kalau seingat penulis bermula daripada SGD15. Dan pastinya, Butterbeer wajib anda cuba!
  • Regular Butterbeer: SGD 10
  • Frozen Butterbeer: SGD 12
Minuman ini bukan sahaja ikonik tetapi juga menyegarkan selepas habis explore kesemua zon pameran.
Jangan lupa guna Baucar F&B/ Runcit bernilai SGD10 yang anda dapat bila beli dekat Klook! Scan QR code dari app tu sahaja.

Pakej Istimewa: Singapura Oceanarium + Harry Potter: Visions of Magic di Klook!

Singapore Oceanarium klook my blog
Foto Kredit: Singapore Oceanarium
Harry Potter Visions of Magic klook blog my
Nikmati pengalaman berganda dengan pakej eksklusif untuk keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak) yang termasuk:

Singapore Oceanarium

  • Tiket masuk ke Singapore Oceanarium
  • 1x baucar makanan diskaun 20% (Baucar makan memerlukan perbelanjaan minimum sebanyak SGD 25 dan tidak sah di Ocean Restaurant)
  • 4x gelang Krismas (Singapura Oceanarium)

Harry Potter: Visions of Magic

  • Tiket masuk ke Harry Potter: Visions of Magic
  • Baucar penebusan 2x Butterbeer untuk dewasa
  • Baucar penebusan lanyard 2x untuk kanak-kanak
📅 Tempoh lawatan: 10 November 2025 – 4 Januari 2026 🎟️ Kesahihan tiket: Open-dated (sah 7 hari selepas pembelian)
Pakej ini sesuai untuk keluarga yang ingin menikmati dua tarikan ikonik Sentosa dalam satu hari penuh pengalaman magikal dan marin!

Ada Apa Lagi Dekat Resorts World Sentosa?

The Universal globe at Universal Studios Singapore
Kredit Foto: Nauris Pūķis on Unsplash
Bila korang sampai dekat Resorts World Sentosa ni, macam macam ada tau! Sebab Sentosa adalah rumah kepada beberapa tarikan paling ikonik di Singapura.
Since korang akan habiskan masa dalam 2 jam di Harry Potter: Visions of Magic, boleh lah singgah ke attractions lain yang berdekatan area ni!
Klook Tip: Pssst, jangan risau kalau lapar sebab dekat sini ada mall baru bernama WEAVE yang terletak dalam satu bangunan dengan Harry Potter: Visions of Magic.

Hotel Berhampiran JB Sentral

The Grand Jade Hotel  klook my
Penulis duduk di The Grand Jade Hotel semasa trip ke Harry Potter: Visions of Magic ni!
Jika anda merancang untuk bertolak dari Johor Bahru, antara hotel berdekatan JB Sentral yang sesuai termasuk:
Menginap berdekatan dengan JB Sentral memudahkan anda untuk menaiki bas ke Sentosa pada awal pagi dan pulang pada hari yang sama.

Banyak Lagi Tips Travel ke Singapura Di Sini!

Harry Potter: Visions of Magic di Resorts World Sentosa Singapore ialah pengalaman wajib untuk semua peminat dunia filem tersebut!
Dari perjalanan mudah dari JB Sentral, 10 pameran menakjubkan, hingga Butterbeer yang menyegarkan — ia benar-benar membawa anda masuk ke dunia magikal yang selama ini hanya dilihat di layar perak.
Tengah cari banyak lagi inspirasi ke Singapura? Boleh click related articles di bawah!

Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook🧡

klook kod promo pengguna baru
Baru kenal Klook? Muat turun aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play

📲 Semua Dalam Satu Aplikasi!

Plan trip ke Singapura korang dari A-Z dalam satu app je—dari tiket, pengangkutan, data, sampai ke insurans. Mudah kan?
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu | 🔵Telegram
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 10% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <NEWPLAY10>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
more