8 Lawatan Sehari Yang Menyeronokkan & Indah Dari Kota Kinabalu: Percutian Indah Kurang Dari 20 Minit!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 31 Ogs 2023
@cabanaretreat, @saygoodbyebae, @dji_malaysia_official

Terokai KK dan banyak lagi

papar north borneo railway from kk kota kinabalu sabah
Photo Credit: @rosesabahlady
Pusat bandar KK sudah tentunya menawan, tetapi terdapat banyak lagi yang boleh dilihat dan dilakukan di luar sempadan bandar ini. Selain menerokai Kota Kinabalu, tambahkan beberapa destinasi pada jadual anda untuk melihat sisi lain KK untuk lawatan sehari ✨ Anda akan menemui sesuatu dalam senarai ini, daripada pulau-pulau yang menakjubkan kepada pergunungan yang menyegarkan serta pekan-pekan yang menawan.
Perkara penting: tempah kereta untuk perjalanan ke Kota Kinabalu anda di Klook dan nikmati fleksibiliti menerokai bandar dan banyak lagi dari serendah RM150/sehari! 🚗✨

8 destinasi perjalanan sehari dari Kota Kinabalu, Sabah

1. Kundasang & Ranau

Desa Dairy Farm Kundasang Sabah
Photo Credits: @alghiealonzo
Sosodikon Hill sabah kundasang
Photo Credit: @casseysoo
Jarak dari Kota Kinabalu: 2 jam pemanduan
Semasa di KK, kami cadangkan agar anda meluangkan sedikit masa untuk ke Kundasang! Kundasang boleh diakses melalui pemanduan selama 2 jam dari bandar serta boleh dijadikan destinasi lawatan sehari. Namun kami mencadangkan anda luangkan sekurang-kurangnya satu malam di sini bagi pengembaraan yang lebih nyaman dan tidak tergesa-gesa serta pemandangan yang ditawarkan. Apa yang paling kami suka mengenai Kundasang (selain pemandangannya) adalah iklimnya yang berangin dan selalunya lebih sejuk daripada tanah rendah!
Tambahkan tempat ini dalam senarai lawatan ke Kundasang anda:
  • Desa Dairy Farm 
  • Sosodikon Hill (Bukit Sosodikon)
  • Poring Hot Springs (Kolam Air Panas Poring)
  • Sabah Tea Garden (Kebun Teh Sabah)
  • Kundasang War Memorial (Tugu Peringatan Perang Kundasang)
  • Nabalu Handicraft Market (Pasar Kraf Tangan Nabalu)
  • Kinabalu Park (Taman Negara Kinabalu)

2. Tunku Abdul Rahman Marine Park (Taman Negara Tunku Abdul Rahman)

pulau gaya Island kota kinabalu kk sabah
pulau gaya Island kota kinabalu kk sabah
Photo Credit: @wg.kaori
Jarak dari Kota Kinabalu: 20 minit dengan menaiki bot
Lawatan pulau menjadi aktiviti popular di KK kerana ia berdekatan dengan beberapa buah pulau yang indah, kebanyakannya terletak hanya 20 minit dengan menaiki bot. Pulau-pulau yang paling mudah untuk dilawati adalah gugusan pulau di bawah sayap Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Anda boleh ke sini dengan menaiki bot laju atau menyertai lawatan sehari. Kemudian luangkan masa dengan snorkeling, parasailing, berjalan di dalam laut atau hanya berjemur di Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik atau Pulau Gaya.

3. Pulau Mantanani

pulau Mantanani Island kota kinabalu kk sabah
Photo Credit: @jccliew
pulau Mantanani Island kota kinabalu kk sabah
Photo Credit: @kingston_chan
Jarak dari Kota Kinabalu: 1-Jam pemanduan + 55-minit perjalanan menaiki bot
Mantanani terdiri daripada gugusan tiga pulau terpencil dan merupakan syurga di bumi bagi pencinta laut, terutamanya jika anda mempunyai lesen menyelam. Perairan di sini menjadi rumah kepada pelbagai hidupan marin, bangkai kapal karam lama, spesies burung yang terancam, serta dugong yang menjadi pemastautin di sini yang diberi nama Nicky! Terdapat beberapa buah resort di pulau-pulau ini, jadi anda tidak perlulah bergegas pulang ke KK dan menginap selama satu atau dua malam. Jika tidak, tempah lawatan sehari di Klook untuk pengembaraan tanpa sebarang kerumitan!

4. Mari-Mari Cultural Village (Perkampungan Budaya Mari-Mari)

Mari-Mari Cultural Village kk kota kinabalu sabah
Photo Credit: @mmcv.official
Jarak dari Kota Kinabalu: 1 jam pemanduan
Anda akan terpesona dengan budaya dan kisah-kisah lima kumpulan etnik utama Sabah di Perkampungan Budaya Mari Mari yang bakal memberi banyak maklumat kepada anda. Perkampungan ini terletak jauh di luar bandar, kira-kira satu jam dari KK. Daripada persembahan kebudayaan sehinggalah masakan buluh dan melihat kraf tradisional, perkampungan budaya merupakan muzium hidup yang didedikasikan untuk memelihara dan berkongsi pengetahuan, sejarah serta budaya Borneo kepada pengunjung dari seluruh dunia. Percayalah apabila kami katakan bahawa anda akan lebih seronok di sini daripada anda sangkakan!

5. Papar

papar north borneo railway from kk kota kinabalu sabah
Photo Credit: @rosesabahlady
Jarak dari Kota Kinabalu: 40 minit pemanduan
Dengan landasan yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Papar, Kereta Api Borneo Utara merupakan kereta api wap nostalgia yang bermula dari tahun 1900-an. Pengembara yang menaiki kereta api dijangkakan dapat menikmati pemandangan sawah padi yang luas terbentang serta kampung tradisional di sepanjang perjalanan dalam keselesaan kereta api gaya kolonial yang telah diubah suai sepenuhnya. Sukar untuk ditemui di tempat lain! Kereta api beroperasi dalam dua pelepasan mingguan, setiap satunya dengan tempoh 4 jam. Pastikan anda menyemak semula jadual dan tempah lebih awal perjalanan anda dalam talian!

6. Tip of Borneo (Tanjung Simpang Mengayau), Kudat

tip of borneo kudat sabah travel
Photo Credit: @saygoodbyebae
tip of borneo kudat sabah travel
Photo Credit: @saygoodbyebae
Jarak dari Kota Kinabalu: 3 jam pemanduan
Terletak di daerah Kudat, Tanjung Simpang Mengayau merupakan salah satu tarikan paling terkemuka di Sabah. Bahagian hujungnya menandakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu - suasananya berangin, pemandangannya indah dan menjadi salah satu lokasi melihat matahari terbenam yang paling indah. Malah, Pesta Muzik Matahari Terbenam diadakan di sini pada setiap tahun. Anda akan disambut oleh artis tempatan dan antarabangsa dalam hembusan bayu laut serta pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan sebagai latar belakang. Selain menempah perjalanan sehari, anda juga boleh memandu jika anda menyewa kereta di Klook!

7. Sungai Klias, Beaufort

Klias River Sabah Fireflies Cruise Monkey
Photo Credits: @rosesabahlady
Jarak dari Kota Kinabalu: 2 jam pemanduan
Terletak 2 jam dari Kota Kinabalu, Klias Wetland merupakan hutan simpan bakau yang menjadi rumah bagi pelbagai jenis flora dan fauna termasuklah monyet proboscis dan kelip-kelip. Nikmati keindahan tanah lembap dalam pelayaran sungai dan saksikan matahari tenggelam di ufuk langit. Pakej disertakan dengan perjalanan pergi dan balik dari hotel anda, serta bufet makan malam yang enak di atas kapal.

8. Maliau Basin Lost World

maliau basin tawau sabah travel
Photo Credit: @akieseiko
Jarak dari Kota Kinabalu: 6 jam pemanduan
Dikenali sebagai Sabah's Lost World kerana terasing dari 'dunia luar', Lembangan Maliau sesuai untuk pencinta alam semula jadi serta mereka yang ingin meneroka laluan yang jarang dilalui. Lembangan ini terdiri daripada hutan asli yang menempatkan ekosistem yang kaya dan lengkap. Kebanyakan kawasannya masih belum diterokai sehingga hari ini. Luangkan satu malam di hutan Lembangan Maliau yang termasuk penginapan semalaman, pemandu arah, perjalanan, semua hidangan, insurans dan banyak lagi!

Anda bersedia untuk ke Kota Kinabalu?

Tidak kiralah anda merancang untuk menginap di bandar atau menerokai destinasi berdekatan, anda boleh merancang pengembaraan anda dengan mudah hanya dengan beberapa klik di Klook! Sewa kereta, tempah lawatan sehari, atau tawaran ala carte seperti paragliding di Ranau atau perjalanan menaiki bot dalam 1, 2, 3 ✨
💡 Petua Klook 💡Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk mendapatkan maklumat tawaran pelancongan yang terkini dan terbaik khas untuk anda! Anda juga akan mendapat diskaun 5% untuk tempahan aplikasi pertama anda apabila menggunakan kod promosi <BETTERONAPP>. Terma dan syarat dikenakan.
Tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store. Sudah ada pada peranti mudah alih anda? Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu